Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Zulhasnan Rafique, dikatakan terperanjat besar bila diberitahu bahawa UMNO Bahagian Cheras mahukan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO dipertandingkan.
Dia naik panik kerana Cheras berani melawan arus sedangkan dalam pertemuan dengan presiden parti merangkap (sekarang lebih sesuai dikata merangkak) perdana menteri, Abdullah Haji Ahmad atau Pak Lah, Zulhasnan memberi sokongan sebulat suara UMNO WP kepada Pak Lah.
Kita tidak terperanjat dengan pendirian Zulhasnan kerana dia dilantik semula sebagai menteri WP walaupun UMNO WP hanya memenangi dua kerusi Parlimen (tidak termasuk Labuan) dan dimalukan di kubu kuatnya, Titiwangsa. Sebagai balasan, dia kenalah sokong Pak Lah sebab dia sedar dia tidak sepatutnya dilantik semula sebagai menteri.
Kita angkat kopiah dan songkok kepada UMNO Bahagian Cheras atas keberanian, keterbukaan dan bersemangat mengamalkan sistem demokrasi sepenuhnya. UMNO Cheras membuktikan bahawa tidak semua bahagian UMNO atau pemimpin di peringkat bahagian adalah pak turut atau 'yes man' belaka.
Saya berkata demikian bukan kerana ketua bahagian itu, Syed Ali Alhabshee ada kena-mengena dengan saya atau tidak, tetapi kerana saya menyokong sesiapa sahaja yang berani bercakap dan berani menunaikan apa yang dicakapnya. Saya benci akan manusia munafik yang hanya pandai bersandiwara semata-mata untuk mengampu atau membodek bos dan untuk mendapat sesuatu habuan dan ganjaran selepas itu. Syed Ali bukan orang seperti itu.
Dalam mesyuarat khasnya semalam, UMNO Bahagian Cheras menegaskan bahawa cadangan agar kedua-dua jawatan tertinggi UMNO itu dipertandingkan untuk membolehkan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi, di mana letaknya kekuatan UMNO, untuk menterjemahkan pendirian secara jelas mengenai kehendak dan aspirasi mereka terhadap pemimpin.
Dengan mengadakan pemilihan, ahli UMNO khasnya dan rakyat umumnya, akan tahu sama ada presiden dan timbalan presiden (Pak Lah dan Najib) benar-benar mendapat sokongan parti atau tidak.
Syed Ali berkata sekiranya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, parti tidak dapat mengetahui kekuatan sebenar presiden dan timbalan presiden.
Bagi saya, saki-baki kekuatan yang ada pada Pak Lah semakin menurun dan hanya menanti masa dan saat untuk rebah. Najib, walaupun memiliki sedikit kekuatan, namun beberapa kes dan skandal yang dikaitkan dengan beliau dan isteri (jika benar), akan menambah satu lagi masalah kepada UMNO dan BN kerana mereka akan menghadapi jumlah wakil rakyat bukan BN yang bukan calang-calang orang. Zaman wakil rakyat BN mengeluarkan kata-kata tidak senonoh dan 'biadab' dalam Dewan Rakyat sudapun berakhir.
Oleh itu, dalam keadaan dan suasana sekarang, UMNO perlu mencari calon paling sesuai untuk menerajui parti itu serta menyuntik semangat dan iltizam baru jika ia ingin terus menjadi sebuah parti politik yang relevan.
UMNO perlu ingat, sedar dan insaf bahawa orang Melayu mempunyai pilihan lain dan tidak lagi bergantung harap kepada UMNO. Orang Melayu sanggup memangkah parti lain kerana mereka sedar UMNO telah melakukan banyak kesilapan. Orang Melayu bukan bencikan UMNO tetapi mereka dah bosan dan tidak dapat menerima sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang rakus, tamak dan mengutamakan kepentingan peribadi dan keluarga serta segelintir pengampu mereka.
9 comments:
fuyoo...makan popular, petikan blog ni disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dalam kolum DARI BLOG KE BLOG -turut popular blog kuda kepang, dan banyak lagi. hi..hi...
Zul Hasnan hanya layak bergelar "wakil pos" bukan wakil rakyat kerana menang dengan undi pos dan masih lagi berlagak seolah-olah rakyat di setiawangsa menyokong beliau
Realiti politik semasa dan akan datang mewajibkan UMNO bergerak maju ke depan, dan bukannya gostan ke belakang.
Cheras, Muar, Gua Musang dll pendukung UMNO yang progresif wajib berganding bahu mencetuskan kesedaran dan keinsafan bagi merentes perubahan dan pembersihan parti dari anasir-anasir yang hendak menjadikan UMNO seperti sebuah parti komunis lagaknya.
Salam Pak Tuan Syed,
Negara amnya dan UMNO khasnya memerlukan ramai lagi orang seperti Syed Ali, Mukhriz dan Tengku Razaleigh. Mereka berani kerana benar dan menerima kenyataan atas mesaj rakyat yang jels lagi terang pada PRU 12 yang lepas. Sebenarnya ramai lagi anggota UMNO mempunyai semangat seperti tiga wira itu tetapi kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan mahu tidak mahu terpaksa akur dengan kehendak pemimpin. Saya difahamkan sokongan yang dibuat pada perjumpaan ketua-ketua bahagian dengan presiden parti baru-baru ini, tidak mendapat restu daripada penyokong akar umbi.Malah ramai berkata sokongan itu bukan sokongan bahagian tetapi sokongan peribadi ketua bahagian masing-masing demi kepentingan diri.Ramai juga mendakwa bahawa mereka tidak diberitahu tentang perjumpaan itu dan ketua-ketua bahagian tidak diberi mandat oleh bahagian untuk memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada presiden parti.Kata mereka bahawa mereka kesal dengan sikap ketua-ketua bahagian masing-masing kerana bertindak tanpa berbincag dahulu di peringkat bahagian. Tidak hairanlah Bahagian Cheras telah melawan arus kerana Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan bertindak atas kepentingan diri sendiri. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur BN kalah semua kerusi dipertandingkan kecuali Setiawangsa. Itu pun Perdana Menteri melantik semula wakil berkenaan (saya tak suka menyebut namanya kerana jijik bagi saya) sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang majoritinya wakil-wakil Rakyat bukan BN. Tak malu menjadi pemimpin negeri yang tewas seperti bos dia juga. jangan takut Pak Tuan Syed, bila cawangan dan bahagian UMNo mula bermesyuarat banyaklah lagi berita penolakkan tehadap pucuk pimpinan parti UMNO yang tak sedar diri itu.
Pemimpin UMNO peringkat negeri Perlis dan Terengganu yang disokong kuat oleh Perdana Menteri telah TEWAS ditolak bulat-bulat oleh istana.Dalam bahasa jalanan "istana tak angkat muka dengan Pak Lah." Itu pun dia tak sedar lagi. Tebal betul kulit muka Pak Lah ni.
".....Orang Melayu bukan bencikan UMNO tetapi mereka dah bosan dan tidak dapat menerima sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang rakus, tamak dan mengutamakan kepentingan peribadi dan keluarga serta segelintir pengampu mereka."....INI MEMANG SAYA SETUJU SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT!!!!!..DAH MELUAT!
pak tuan, saya sokong saranan UBC. patut dah lama buat tu!
Saya 'respect' dengan pendirian UMNO Bahagian Cheras terutama sekali, Datuk Wira Syed Ali kerana keberanian beliau bersuara. (Bukan macam setengah-setengah kaki ampu yang lain). Walaupun beliau tahu akan risikonya. Demi maruah bangsa dan parti,kita tidak harus mengulangi kesilapan..
Syabas kepada UMNO bhgn Cheras, Muar, & Gua Musang ! Mereka adalah pendukung UMNO yang progresif !
Saya menyeru agar Syed Ali, Mukhriz dan Tengku Razaleigh berganding bahu dan mengajak UMNO bhgn lain untuk beranikan diri mengharung arus perubahan. Rakyat tidak mahu pemimpin YESMAN. Rakyat mahu pemimpn yg berani & berjuang utk RAKYAT.
Saya percaya sangat ramai orang Melayu diluar sana masih sayangkan UMNO tapi sudah tindak sanggup menyokong pemimpin UMNO yg mementing diri sendiri.
Jika UMNO tidak berubah, tunggulah masa dimana UMNO akan terkubur terus.
STEADY RAH!!
Uncle Ali''
-Mijan-
Post a Comment