Wednesday, March 19, 2008

Kontraktor kelas "F" puas hati hasil pertemuan dgn Guan Eng

Semalam, kira-kira 500 orang kontraktor kelas 'F" dari seluruh Pulau Pinang telah mengadakan pertemuan dari hati ke hati dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di KOMTAR.


Pertemuan itu diadakan berikutan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan isu berkaitan nasib Bumiputera yang digembar-gemburkan oleh media arus perdana. Tajuk berita yang mengelirukan dan isi kandungan berita berkaitan bukan sahaja membimbangkan tetapi boleh meninggalkan kesan negatif di kalangan rakyat Pulau Pinang.


Dalam pertemuan itu, Guan Eng telah memberi jaminan bahawa pengagihan kontrak berlandaskan tawaran terbuka (open tender) akan dilaksanakan secara telus dan adil. Tawaran kerja untuk kontraktor kelas 'F" yang terdiri daripada Bumiputera akan dikekalkan.


Mengenai wujudnya 'kroni' dalam pentadbiran lepas yang mengakibatkan ketidakadilan dalam pengagihan kerja untuk kontraktor kelas 'F', Ketua Menteri berkata perkara itu akan ditangani dan beliau memberi jaminan bahawa perkara seumpama itu tidak akan dibenarkan wujud dalam pentadbirannya.


Guan Eng memberi jaminan bahawa beliau dan pentadbirannya akan bersikap adil dan saksama kepada semua.


Majoriti kontraktor Bumiputera kelas 'F' yang menghadiri pertemuan itu berpuas hati meninggalkan Tingkat 5, DOME Komtar dengan perasaan lega. Mereka kini menunggu pelaksanaan apa yang dijanjikan oleh Ketua Menteri.


Kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang, jangan leka mendengar khabar-khabar angin yang disebarkan oleh mereka yang kecewa, hampa dan yang ditolak oleh rakyat, berilah peluang kepada pentadbiran baru untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir negeri.


Negeri aman, rakyat pasti selamat. Negeri makmur, rakyat pun tumpang senang.

8 comments:

Anonymous said...

Syabas buat YB GE Lim kerana mampu mengawal keadaan semamsa dgn baik termasuk isu pertemuan dgn 500 org kontraktor kelas-F. But please..please.. YB you should have a team to check balance the current F-class oontractors..as we all in Penang knew that some of them werebin group who always awarded most of the F-class work tender.. beware of Fadzil Contruction (the president)...Shaffie Ahmad..

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Nampaknya telah kelihatan cahaya di hujung terowong. Siapa kata kerajaan BA tak ada hati perut terutama kepada orang melayu Kerajaan BA berdiri di tanah nyata, mereka tahu Malaysia ini negara bebilang kaum, agama dan bangsa. Mereka sedar satu bangsa atau kaum sahaja tidak boleh keutmaan kerana bangsa-bangsa lain akan "memerontak".Kerajaan Pak Lah kini masih kelam kabut, tetapi kerajaan baru negeri P.Pinang, Perak,kedah dan selangor dah mula melaksanakan manifesto masing-masing. Kalau macam ni dalam masa terdekat, kerajaan persekutuan majoriti mudah yang semakin rapuh, pasti berkubur.
Pak Lah bukan mencari cari jalan mengatasi masalah tetapi mewujudkan lebih banyak masalah setiap kali beliau membuka mulutnya.Saya nampak kerajaan BA lebih effisen.

www.pembelamelayu.com said...

macamana nak tau efisen atau pun tidak...memerintah pun tak sampai sebulan...kita tunggu 100 hari dulu...skrang ni sumer masih dok main kata je...nak tunai tunai itu ini...but action tak nampak lagi...so wait n see...

Anonymous said...

saya yakin DAP lebih baik pemerintahannya berbanding Gerakan dan MCA, DAP bukan parti perkauman cuma parti yg didominasi kaum cina sahaja... UMNO sebelum nipun xbuat apa2 kat pulau pinang.. lebih2 lagi memperjuangkan nasib melayu... sekarang pulak nak melalak soal DEB, betul ke UMNO perjuangkan DEB atau Kroni... ???

An-Men said...

Saya adalah salah seorang yang hadir di majlis tersebut yang di adakan di Dome Komtar,semalam. Walaupun saya bukanlah kontraktor kelas 'F' ataupun mana-mana kelas, tetapi saya terpanggil untuk mendengar dan melihat secara langsung majlis soal-jawab di antara para kontraktor kelas 'F' dengan Ketua Menteri yang baru. Segalanya berjalan dengan lancar. Saya hormat dengan sikap yang di tunjukkan oleh beliau dan terharu apabila melihat para kontraktor naik ke pentas bersalaman memberi sokongan dan bergambar mesra dengan Ketua Menteri yang baru apabila majlis tersebut selesai.

Kasim_Selamat said...

member aku bagi tau,kalau depa buat open tender,semua kontraktor melayu mampus.Sebabnya dia beli barang kena hentam harga 30% lebih mahal dari kaum satu lagi.Dah la tu,kena hentam 10% every month sebagai bunga.Kalau kaum lain beli barang untuk construction,depa dapat murah 30% dan credit 6 bulan.Kalau macam ni,dunia kiamat balik pun kontraktor melayu tak akan dapat tender walau pun kecil.Kalau mau buat tender terbuka,padang permainan kena samarata.Barang2 merupakan 40% dari kos projek.Mesin lagi kena sewa.Kalau mau buat open tender pada semua bangsa,jangan ada "unfair trade practice".Kalau di Amerika depa boleh bawa ke mahkamah.tapi di Malaysia depa tekan orang lain sampai tinggal hampas.Kerajaan patut ujudkan pembelian harga barang2 direct dari anak syarikat kerajaan yg memberi harga setara.

Syed Imran said...

Dulu dah ada Pernas Edar tapi entah apa dah jadi. Benar, masalah utama yang dihadapi kontraktor Bumiputera ialah bekalan. Sekarang ada banyak GLC, kenapa tak tubuh sebuah syarikat pengedar atau pembekal bahan binaan untuk bantu kontraktor kecil? Untung tetap untung jika urus niaga dijalankan secara profesional oleh syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan. Masalah lepas, pihak yang dipertanggungjawabkan tidak amanah dan tidak mengamalkan etika perniagan kerana mereka bukan orang berniaga.

aziezoul said...

Perkembangan yang menarik. Share la sorang sikit..... dan adil kepada yang layak