Wednesday, March 19, 2008

Dr Wan Azizah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia


Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dipersetujui oleh parti-parti pembangkang untuk dicadangkan sebagai Ketua Pembangkang Palimen Malaysia.


Dr Wan Azizah akan mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang (ulang Ketua Pembangkang bukan kerusi Wakil Rakyat) apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen dan menang.


Persetujuan itu disepakati oleh Datuk Seri Anwar yang mewakili PKR, Lim Kit Siang yang mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Ustaz Abdul Hadi Awang yang mewakili Parti Islam-Se-Malaysia (PAS) dalam satu pertemuan pada malam 18 Mac di Kuala Lumpur.


Ketiga-tiga pemimpin itu juga bersetuju bahawa hasrat rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini perlu dihormati dan dilaksanakan oleh ketiga-tiga parti itu.


Anwar, Kit Siang dan Ustaz Hadi juga bersetuju bahawa kerjasama yang lebih erat perlu dipertimbangkan dengan serius dengan mengambil kira hasrat rakyat untuk mewujudkan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang baru dan boleh membawa perubahan-perubahan besar kepada rakyat.


4 comments:

FactFactor said...

DSAI akan bertanding kawasan mana?
Apa yang didengari, dia tak nak Wan Azizah kosongkan kerusi permatang pauh

Syed Imran said...

Benar Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak akan meletak jawatan. Ini telahpun dipersetujui. Ada beberapa oang ahli PKR yang memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat dan merekalah yang diharapkan untuk mengosongkan kerusi Dewan Rakyat bagi membolehkan Anwar bertanding. Siapa orangnya, kena tunggu masa dan ketikanya.

An-Men said...

Saya yakin bahawa jika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dimana-mana kerusi Dewan Rakyat sekalipun, beliau pasti akan menang..100% sure!!

Zukri Valenteno said...

Pak Tuan...

Kami dengaq cerita Anwar dok cadang bertanding di kerusi parlimen Bandar Tun Razak di KL yang akan dikosongkan oleh Khalid Ibrahim yang kini MB Selangor.

Khalid yang juga Adun Ijok mungkin ingat tugas-tugas parlimen dah secondary memandangkan tugas MB lebih demanding apatah lagi segala honaq dan rgaphlah yang dilakukan oleh pentadbiran sebelum ini.

Adalah suatu kehilangan bagi PKR dan tidak cerdik pada strategi politik mudah untuk melepaskan kerusi-kerusi parlimen Permatang Pauh atau Lembah Pantai. Tapi dengaq cerita ini akan berlaku pada akhir bulan April, lepas "edah" Sdra Anwar.

Kot mana pun PKR nak legitimise Anwar's status as a real politician! depa la kata

Walaupun kenai baik dengan Sdra Zaharin Yassin aka Sang Kelembai tapi saya tak tau sejauh mana la pengaruhnya sekarang ini di Umno Bahagian Bandar Tun Razak.

Namun sekiranya Sang Kelembai masih hebat sebagai "blogger pertama yang dipecat Umno" dan berbisa dan mempunyai pengaruh yang besar, maka Barisan Nasional tidak hanya akan berhadapan dengan Anwar pada pilihanraya ini akan tetapi juga bertembung dengan Sang Kelembai yang saya yakin dan percaya bahawa semua orang tau sikapnya terhadap Perdana Menteri.

Ish! Ish! Ish...haru tak kecik ni Pak Tuan...apakah Ibu Pejabat Umno tidak memikirkan kebarangkalian ini?

Tapi pasai Sang Kelembai itu saya rasa Setiausaha Agung Umno yang baru mungkin boleh pujuk dia kot?? Depa kenai baik...bukan ka? Tapi bab prinsip macma mana??

Seperkara yang menjadi kemusykilan saya -- boleh ka seseorang ahli parlimen itu sewenang-wenangnya meletak jawatan tanpa sebarang sebab yang kukuh??

Apakah yang disebut dalam Akta Pilihanraya Malaysia mengenai perkara ini?

Apakah Pak Tuan masih ingat bahawa kerajaan telah meminda akta ini selepas perletakan jawatan tanpa sebarang sebab yang kukuh seperti yang dilakukan oleh seorang ahli parlimen barisan nasional bagi kerusi Parlimen Ampang Jaya di awal tahun 1990?

Ekoran itu pilihanraya kecil parlimen ampang jaya telah menyaksikan pertembungan antara arwah Dtk Harun Idris dari Parti Melayu Semangat 46 dengan Ong Tee Kiat mewakili BN.

Tee Kiat yang menang akan tetapi ramai orang menyifatkan itu adalah perang politik antara Umno Baru dan Umno Lama.

Sebelum itu Shahrir Samad telah letak jawatan dan menang kembali kerusi parlimen johor baru untuk membuktikan sesuatu dan keputusan itu mempengaruhi perletakan jawatan di ampang jaya.

Kekalahan S46 di Ampang Jaya telah dikatakan mengagalkan niat Radzi Sheih Ahmad untuk mengosongkan kerusi Parlimen Kangar. Teori domino itu tersekat di Ampang Jaya, depa la kata.

Depa juga kata Radzi jadi sejuk kaki!

Macam la semalam depa kata dia jadi sejuk gigi dan letak jawatan setiausaha agung umno...