Thursday, March 27, 2008

Ghapur Salleh letak jawatan timbalan menteri


Belumpun huru-hara politik pasca pilihan raya umum ke-12 reda, seorang timbalan menteri dari Sabah, Abdul Ghapur Salleh, memeranjatkan bosnya Abdullah Haji Ahmad dengan meletak jawatan.


Ghapur, seorang ahli politik veteran dari negeri di bawah bayu itu, dilantik sebagai timbalan menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.


Mesti ada sesuatu yang tak kena yang menghantui pentadbiran Pak Lah.


Sebelum ini seorang lagi wakil rakyat Sabah, Anifah Aman, adik Ketua Menteri Musa Aman, menolak perlantikan sebagai timbalan menteri dan seorang wakil rakyat Pahang, Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, juga menolak perlantikan yang sama.


Anifah dan Ku Lan adalah timblan menteri dalam pentadbiran lalu dan mereka merasai yang kekananan mereka sebagai timbalan menteri tidak dihargai apabila Pak Lah mengangkat wakil rakyat lain yang tiada pengalaman (sebagai timbalan menteri) terus sebagai menteri penuh.


Mungkinkah kita akan melihat apa yang disebut sebagai 'lompat parti' akan berlaku dalam tempoh masa terdekat ini?


Kepada ketua-ketua bahagian UMNO, hayatilah apa yang sedang dan akan berlaku kepada parti kesayangan anda. Sanggupkah anda melihat UMNO musnah dan terkubur dek kepimpinan yang lemah dan tidak bermaya sekarang?


UMNO amat memerlukan seorang pemimpin yang berpengalaman luas, tegas, bersih daripada rasuah dan skandal-skandal lain dan boleh diterima dan dihormati oleh kawan dan lawan. Orangnya ialah Tengku Razaleigh Hamzah, calonkan Ku Li untuk jawatan presiden UMNO, biar lambat asal selamat.


19 comments:

Anonymous said...

en syed bulih konfim ke 3 datuk di T'ganu kena tarik balik gelaran Datuk oleh Agong/Sultan?

Syed Imran said...

'Berita' mengenai pelucutan anugerah datuk ada dilaporkan dalam beberapa laman sesawang termasuk Siasah.
Ia bersumberkan 'sumber Istana' dan dua daripada tiga orang berkenaan ialah Idris Jusoh dan Rosol Wahid.
Setakat itu yang saya tahu.

Anonymous said...

natijah bila rakyat berjiwa 'raja'

Anonymous said...

Dear Tuan Syed

Apa duk jadi dah ni dekat system pentadbiran Hadhari?... Lepas satu, satu lagi dia duk mai, memang sah ada orang kena mandi Bunga la lepas ni!!!

Syed Imran said...

Bukan saja kena mandi bunga, tapi kena cari air dari tujuh kolah (kolam) di masjid. Bukan senang tu sebab masjid moden mana ada kolah, semuanya guna paip.

Pada zaman yang menghala ke akhirnya, masjid dibina sebegitu indah dan tersergam tetapi bukan untuk tujuan beribadat 100 peratus... contoh Masjid Kristal di Kuala Terengganu. Inikah yang diktkan Islam "Hadhari"?

Anonymous said...

Mandi bunga? Bidaah tu!....
Bina masjid pun salah.
Sebab itulah agaknya selepas berbelas tahun memerintah tidak ada masjid yang didirikan?

Anonymous said...

Assalamualakum

Anon 5:45 PM,

bina masjid tak salah, untuk tujuan ibadat. Tapi selagi masjid yang sedia ada mencukupi, tak da pasal nak bina masjid baru. Duit tu baik buat kebajikan.

Pak Lah buat masjid kristal bukan ibadat, tapi untuk pelancongan(nawaitu utama). OK gak r Tun Mahathir, dia buat KLCC untuk tarik pelancong, bukan buat masjid.

Apa guna buat masjid besar2, cantik2 kalau tak da orang sembahyang? Saya sembahyang terawih dekat Masjid Putrajaya, ada la 3-4 saf. Lepas 8rkt, tinggal la 1 1/2 saf.

Pikir2 la sendiri....

Pak Tuan, Kerajaan Penang nak buat subway, biar betul?

Skuad Peninjau

merantikota said...

Apologise, Karpal urges Dr M in open letter

By ROYCE CHEAH

PETALING JAYA: Bukit Gelugor MP Karpal Singh has asked former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad whether he would be prepared to tender an unqualified and unconditional apology to former judges Tun Salleh Abas, Datuk George Seah and the late Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh.

In an open letter to Dr Mahathir, Karpal Singh said, in his view, it was Dr Mahathir who had single-handedly destroyed the judiciary which has yet to regain its equilibrium after the 1988 crisis.

He said if there was no response within a week, he would raise the matter when Parliament sat next month.

“It is my view that you abused the provisions of Article 125(3) of the Federal Constitution leading to the setting up of the two tribunals which found the three judges guilty of misconduct,” Karpal Singh said in the letter.

“These three judges were unfairly removed from office.

“It is not the present Government which should apologise, but you (Dr Mahathir) yourself personally.

“The necessity for you to apologise cries to high heaven. Your acts caused the judges concerned and their families untold pain and suffering.”

Karpal Singh added that it was the least Dr Mahathir could do to atone for what transpired 20 years ago.


=== what's your take on this??

jelapang padi dapat sanjungan said...

pak syed
nak tanya la no
tengku azlan bukan johor ka ?
anakanda tuanku sultan johor
kalo salah maapkan kami
kami oghang kedah

Syed Imran said...

Jelapang Padi Dapat Sanjungan,

Ku Lan orang Pahang, adinda Sultan Ahmad Shah dan anakanda Almarhum Sultan Abu Bakar.

Saya berpeluang mengenali Ku Lan semasa YBM itu bertugas sebagai timbalan menteri di JPM. Dia seorang yang 'down to earth' kata Mat Salleh. Tak sombong dan tak bangga diri.

Syed Imran said...

Skuad Peninjau,

terima kasih kerana memberi penjelasan berkaitan isu pembinaan masjid. Masih ramai orang yang tidak faham berkaitan masalah ini.

Mengenai bida'ah, saya sebenarnya kasihan kepada mereka yang suka menjadikan perkataan itu sebagai satu hujah. Jika ikut pendirian mereka, hampir semua yang kita lakukan hari ini adalah bida'ah kerana tidak dilakukan atau dibuat oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sebenarnya, hujah berkaitan bida'ah adalah cetek dan sebab itu saya keberatan nak berhujah panjang lebar.

Merujuk kepada soal mandi bunga, saya menyambut ulasan pelawat ke blog ini. Kita perlu akui bahawa orang Melayu masih berpegang kepada adat-resam selain ajaran agama asalkan ia tidak bercanggah dengan Islam.

Syed Imran said...

Merantikota,

while agreeing with YB Karpal Singh, I think it is extremely important for the government of the day to apologise. But, YB Zaid Ibrahim's proposal received lukewarm response from other ministers. Knowing Zaid, he will not give up easily. Yes, I subscribe to the notion that Tun Dr Mahathir should apologise. To err is human, to forgive is divine.

Anonymous said...

Tuan Syed

Salah satu ayeq masjid yang kena ambik tu ialah masjid Maqbul kat Sg Pg tu, than baru la ada orang dapat tenguk macam mana orang sg pg duk kena bau busuqnya sg tu!!!!!

Lagi enam masjid nanti kita pakat-pakat cari!!!!!!!!

Anonymous said...

Tengku Razaleigh?

Dengan skandal BMF nya dulu pun tak settle? Dengan hilangnya nyawa rakyat Malaysia di Hong Kong?

Melayu mudah betul lupa.

aziezoul said...

Lebih baik Ku Li daripada yang lain....takkan nak suruh Najib kot.....Mat Tyson jauh sekali laaa

An-Men said...

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sajalah calon yang paling sesuai untuk memimpin negara yang tercinta ini. Dan saya amat yakin bahawa sesuatu keajaiban akan berlaku tak lama lagi..kita tunggu dan lihat.

Anonymous said...

Ada orang post petition untuk Tun tolong check kasi ubat untuk negara. Jom sign!

http://www.petitiononline.com/nbe9009/petition.html

Anonymous said...

Salam Siber.

Tengku RAZALEIGH jadi Presiden UMNO? Satu harapan yang jelas sia2. Tuan Syed rasa Kalau T.R jadi akan dapat membuat perubahan besar dalam UMNO?

Kalau dah nama UMNO Baru, tidak akan ada perubahan2 besar dalam parti renta itu. Lihat sahaja veteran2 UMNO lama yang berkokok macam Malaysia baru MERDEKA. Kita yang dah 50 tahun Merdeka pun dikatakan tidak bersemangat kebangsaan bila mengundi parti Barisan Rakyat.

UMNO dah macam PARTI KOMUNIS , sampai dah tak boleh rakyat membuat pilihan sendiri.


Bila Undi Parti lain dikatakan tak semangat Kebangsaan.

Itulah UMNO yang memang Haprak. Sampaikan seorang Senator UMNO pernah berkata Hidup mati kerana UMNO.Nauzubillah tak terjejas aqidah ke ucap macam tu?

Saya bukan orang UMNO, orang PAS atau PKR, jauh sekali DAP. Tapi 2 Kali pilihanraya saya undi PKR dengan PAS. 2004 saya kecewa kerana pilihan saya bukan pilihan majoriti masyarakat.Minyak naik harga saya tak kecewa pun sebab saya tahu parti BN tidak ambil kisah tentang kesusahan rakyat.

PRU 12 yang lalu saya gembira sekali wakil saya ke DUN dan PARLIMEN adalah calon yang saya pangkah. Saya berharap mereka boleh membawa perubahan kepada semua rakyat. Lebih gembira sekali bila negeri Selangor kami mendapat Kerajaan Baru menggantikan Kerajaan ToyOL yang merampok dan menyamun hak kami.

So, moral of the story tak payahlah susah2 nak highlight kan masalah2 UMNO atau BN dalam blog tuan ini. Tak cukup kah promosi besar2an di media arus perdana tentang kebaikan, kebagusan mereka?

atau Tuan Syed masih sayang kepada Parti UMNO? apa yang Parti UMNO buat untuk orang MElayu Pulau Pinang?

Almarhum Tunku kalau masih hidup , saya rasa dia pun jijik denga Parti UMNO.


Sekian Wassalam

Assalammualaikum wbt.

Dulu Kini dan Selamanya

.... Bukan UMNO

Anonymous said...

....mereka letak jawatan bukan apa tapi takut isyhtihar harta dorang....UMNO harus dimansuhkan untuk membuka jalan kearah pembentukan Bangsa Malaysia...