Sunday, March 23, 2008

Siapa pecat Ahmad Said?

Tertarik saya mendengar berita yang dipancarkan oleh media elektronik bahawa bakal MB Terengganu yang dipilih oleh Istana Terengganu, Ahmad Said, dipecat kerana menerima perlantikan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Rosol Wahid, yang juga penyokong kuat mantan MB Idris Jusoh, calon yang menjadi pilihan Presiden UMNO Abdullah Ahmad (Pak Lah).

Saya pernah mengulas mengenai kuasa pemecatan yang ada dalam UMNO dan untuk kes ini, elok juga diulangi.

Buat permulaan, Presiden UMNO, Setiausaha Agung UMNO mahupun pengerusi dan setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri tiada kuasa untuk memecat mana-mana ahli UMNO.

Presiden UMNO hanya diberi kuasa oleh Perlembagaan UMNO seperti berikut:-

1. menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti.
2. melantik setiausaha agung, bendahari dan pengerusi dan timbalan pengerusi Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.
3. memanggil dan mempengerusikan sidang Majlis Tertinggi
4. melantik tidak lebih daripada dua belas (12) Ahli Majlis Tertinggi.

Itu saja kuasa dan tugas yang diberikan oleh Perlembagaan UMNO kepada presiden UMNO. Saya tidak jumpa dimana-manapun dalam Perlembagaan UMNO yang memberi kuasa kepada presiden parti untuk memecat mana-mana ahli parti. Tidak ada.

Mari kita lihat kuasa atau tugas yang diperuntukkan oleh Perlembagaan UMNO kepada setiausaha agung.

1. bertanggungjawab kepada presiden
2. bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung.
3. menyediakan Penyata Tahunan yang menerangkan pekerjaan dan kemajuan parti dalam masa setahun kepada Majlis Tertinggi.

Itu saja.

Bagaimana pula dengan pengerusi dan setiausaha Badan Perhubungan Negeri, apa tugas yang diperuntukkan oleh Perlembagaan UMNO.

Pengerusi ditugaskan untuk melantik setiausaha, ketua penerangan dan bendahari; memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan; bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota pejabat Badan Perhubungan.

Setiasuaha Badan Perhubungan pula bertanggungjawab secara langsung kepada pengerusi; bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan pejabat perhubungan; dan memanggil mesyuarat.

Jadi, atas peruntukan mana dan perkara mana dalam Perlembagaan UMNO yang digunapakai oleh Rosol Wahid apabila dia menyatakan bahawa Ahmad Said dipecat daripada parti? Dia tiada kuasa, Idris Jusoh selaku pengerusi pun tiada kuasa, Pak Lah selaku presiden pun tiada kuasa apatah lagi Teuku Adnan Teuku Mansor yang begitu ghairah memegang jawatan setiausaha agung.

Kalau barisan kepimpinan UMNO sendiri tidak mengikut dan berpandukan apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO, siapa yang nak ikut? Jangan salahkan anak apabila dia kencing berlari apabila si bapa kencing berdiri.

Seperti yang pernah saya utarakan sebelum ini, hanya Lembaga Disiplin yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan ke atas anggota yang melanggar peruntukan Perlembagaan UMNO dan kesalahan lain yang disenaraikan dalam Tataetika Ahli UMNO.

Majlis Tertinggi diberi kuasa untuk menubuhkan Lembaga Disiplin dan ahli-ahli Lembaga Disiplin yang dilantik oleh Majlis Tertinggi mesti terdiri dari ahli-ahli yang tidak berjawatan dalam parti dan tidak mempunyai kepentingan dalam pemilihan.

Majlis Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian. Mungkin peruntukan ini yang digunapakai oleh Rosol Wahid tetapi persoalnnya, bilakah Majlis Tertinggi bersidang untuk berbuat demikian?

Selain daripada itu, Lembaga Disiplin di peringkat Badan Perhubungan Negeri atau Bahagian, setelah mendengar dan berpuas hati terhadap pelanggaran peruntukan Perlembagaan UMNO atau Tataetika Ahli UMNO, boleh mengenakan mana-mana hukuman setakat yang diperturunkan kuasa oleh Majlis Tertinggi.

Persoalannya, bilakah Badan Perhubungan UMNO Terengganu menubuhkan Lembaga Disiplin dan bila pula ia diarahkan oleh Majlis Tertinggi untuk berbuat demikian?

Oleh itu, tindakan Rosol Wahid mengumumkan pemecatan atau apa-apa tindakan lain ke atas Ahmad Said adalah tidak mengikut semangat Perlembagaan UMNO atau Tataetika Ahli UMNO.
Dalam erti kata lain, tidak sah.

Yang jelas dan nyata dalam Perlembagaan UMNO ialah Perkara 20.10 yang menyentuh tentang pemecatan seseorang ahli yang bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan dalam pilihan raya dan ahli yang dipecat itu tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.

Dalam kes Ahmad Said, dia bertanding atas tiket Barisan Nasional bukan sebagai calon bebas atau atas tiket parti lawan. Jadi, dia tidak boleh dikenakan tindakan berasaskan Perkara 20.10 Perlembagaan UMNO.

Nampaknya, isu atau krisis perlembagaan membabitkan perlantikan MB Terengganu menjadi semakin kusut dan jalan penyelesaian mungkin tidak dapat dicapai oleh pihak-pihak yang terbabit.

Jalan terbaik untuk menyelesaikan kebuntuan dan untuk mengelak kejadian-kejadian yang tidak diingini daripada berlaku, Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah diberi mandat untuk mengadakan semula pilhan raya peringkat negeri Terengganu.

Kita bimbang sekiranya krisis ini tidak dapat diselesaikan secara baik dan aman, Kerajaan Persekutuan berkemungkinan akan menggunakan kuasanya untuk mengisytihar darurat dan meggantung Perlembagaan Negeri dan mengambil alih kuasa pemerintahan sehinggalah darurat ditarik balik.

13 comments:

Anonymous said...

lembaga displin yg pecar bukan pengerusi

FactFactor said...

salam

pada saya, si rosol tu taktau undang2, bila dibgtau impilikasinya dah tergagap2 nk jawab balik..

sanggup dia bermatian pertahankan siderih, sampai peringkat derhaka pada raja..

mulia sangat ke si derih tu sampai org sanggup memBESARkan dia lagi drpd sultan?

or ada faktor2 $$ yg wat dia sokong bermatian? apa pendapat Tuan?

kemelut penderhakaan kuncu2 and barua2 derih ni boleh di anggap melampau..

ade eloknye dibuat pilihanraya sekali lagi.. biar skali lagi rakyat tganu buat pilihan (ekoran sikap sbena yg ditonjolkan oleh wakil2 rakyat bn yg menderhaka, dan memBESARkan derih mengatasi sultan)

untuk barua2 derih, cuma cari seorg calon yg selain daripada derih utk dilantik MB.. takkan takde kot.. tganung ni ketandusan pemimpin ke?

saya ni, walaupun bukan rakyat tganung, rase sangat sedih bila sultan di hina sebegitu rupa oleh barua2 bn kat tganung ni.. apatah lagi, sultan mizan tu adalah Agong kita.. sultan mizan, pada pandangan saya, adalah sebaik-baik sultan dan rakyat tganung patut bersyukur..

Anonymous said...

Kome sedih dengan apa yang berlaku di Ganu sebab perkara derhaka kepada Sultan ini tak pernah berlaku dikalangan orang Melayu. Kenapa perkara ini berlaku di zaman pemerintahan Pak Lah? Siapa dalangnya? Muhasabahlah diri tuan tuan dan renungkan kembali prinsip prinsip Rukunegara..

Anonymous said...

Penderhakaan kepada Sultan terjadi kerana sikap angkuh Pak Lah dan takut akan kehilangan projek besar yang merompak hak rakyat Terengganu..apa salahnya PM dan Derih bersemuka dgn Sultan dan mengatasinya secara diplomasi...hebat sangatkah Derih?

Anonymous said...

Memang sedih tengok depa buat onar di Terengganu.

Maklumat sari sana semalam ada dua kumpulan berhimpun haram di Kuala Terengganu. Satu pro-Idris media tunjuk. Satu lagi pro-Ahmad media arus perdana tak tunjuk.

Ini semua hasil kelemahan kepimpinan peringkat pusat dan negeri. Prestasi MB penggal lepas juga di tahap yang boleh dipertikai oleh rakyat dan istana.

Anonymous said...

Ini yang dikatakan Umno Boleh...boleh buat apa yang dia suka...macam umno tu bapak dia orang yang punya..

Kepada Sultan terengganu, tarik balek title datukship yang dah diberi pada dia orang tu, kemudian istiyarkan yang mereka tu PENDERHAKA, buka undang-undang tubuh kerajaan terengganu, dan tengok...apa hukuman keatas penderhaka...habis kes....

tipulagi said...

Buat je pilihanraya baru. Buat undi tak percaya terhadap pilihanraya lepas.
Untuk Dolah n kuncu2 nya..
Dolah diharamkan pijak kaki ke bumi terengganu dan Adun2 tu dibuang negeri - sebab derhaka pada sultan

Anonymous said...

Asmlkm Dato'
Am not a person of legal standing that understand well of what going on.Malay proverb has an interesting proverb ie.'Kadok naik Junjung' to explain the situation.

When UMNO new Sec Gen announced that ADUN Kijal can be stripped as an UMNO member,thus forfeiting his post as stated in 'Watikah' from the Sultanate of Trengganu ,Tengku Adnan has risen his mertabat to quite a sigificant level within such short span of time.It most be meteoric to say the least.

Here we have a TENGKU KARPET who conveniently titled himself (believing that he is from the royal house of long gone Melaka Sultanate)has risen to the level of an ability to insult the Trengganu Sultan by waving a new found magicalbroom to sweep everything under a carpet.

Little did he realise that this little ADUN can call for dissolution of Trengganu Assembly.If this ADUN played his card well ,there is going to be a new state election and I doubt very much Trengganu people would allow their Sultan to be humillated again by UMNO and not esp by a new 'Sultan' Tengku Adnan.

Gone would be the conduit for PakLah,Mr Khairy,Mr Patrick Badawi to continue siphoning the people's money for their own personal gain.Pak Lah in his usual loftiness saw Idris and his supporters as his trusted allies,but the truth is 'penyu masih menangis'.
To PakLah I say please pack your bag and go out of Terengganu.

SirTopa

Anonymous said...

Pak Tuan, belum habis pikir lagi depa dah buat hal lagi...

Hari ini pak lah kata perlantikan ahmad said melangar tatacara perlembagaan...

Perlembgaan negeri Terengganu menyebut perlantikan menteri besar adalah hak sultan yang pada fikiran baginda seseorang yang dilantik itu mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.

Majlis Perrwakilan Pemangku Raja (MPPR) telah menyampaikan watikah perlantikan menteri besar kepada adun kijal Ahmad Said dari UMNO,bukan dari PAS, UMNO adalah parti yang mendapat kerusi majoriti sebanyak 24 dari 36 kerusi dun terengganu dan sudah sewajarnya wakil UMNO akan menjadi Menteri Besar dan MPPR telah memperkenankan Ahmad Said untuk menjadi menteri besar.

Untuk mengelakkan ketegangan dengan istana tidak berpanjangan UMNO sewajarnya mengadap Sultan dan mendengan penjelasan Sultan , bukan berbicara diakhbar untuk menunjukkan keangkuhan dan guna Ghani Patail yang tak pernah punya raja ( orang Sabah )untuk membuat kenyataan yang boleh memalukan institusi raja

Ahmad Said selaku menteri besar boleh saja menawarkan jawatan EXCO kepada wakil rakyat termasuk 23 adun yang telah derhaka itu ( Siapa tak mahu jadi exco terutama yang belum pernah menikmati jawatan tersebut) atau memilih dari kalangan 8 adun PAS bagi membentuk kerajaan negeri ,jika beliau takut akan risiko undi tidak percaya terhadap beliau,beliau boleh menasihatkan MPPR membubarkan DUN Terengganu dan bolehlah pilihanraya telus dan maha adil dilaksanakan di terengganu.

mari kita lihat siapa yang kena.....

Anonymous said...

Dear Dato'
The news I got fr Trg is that The Sultan had a team sent to estimate the cost of Taman Hadhari .It was found that the cost is much less than the price mentioned.

The monsoon cup is another issue that people were upset about.The yearly expenditure of more than RM200 million spent is really a sheer waste of money after considering that no new facility been built after the the first phase.

The third issue is that ,Out of 22 ADUN ,they cant even nominate another candidate other than Idris.Why is PL so adamant about Idris being MB becoming the burning issue in Trg.Is there a system created by Idris whereby Khairy and Patrick interest is welltaken care of ,that no one else capable of doing except him.
To the people of Trg the event when PL left his officil car with Idris to join Patrick entourage while on official visit to Trg suddenly become all consuming image.

Considering the wastage so far people look at Idris and PakLah a team cooking up another PONZI scheme to siphon the money from Trg.

All in all, now that Idris dare to challenge the Sultan or His Authority ,it might as well crowned himself the King with title Maharaja Idris Hadhari Mahawangsa.....

SirTopa

Anonymous said...

Kalau ikut cara Melayu penderhaka wajar dihukum. - mantea

Pok Jak said...

Saya cadangkan:

1. stripped the datukship title from all the ADUNs

2. buang negeri selama 20tahun

3. ask the 23 ADUNs to recite Rukunegara

4. do another election

Anonymous said...

"Yang jelas dan nyata dalam Perlembagaan UMNO ialah Perkara 20.10 yang menyentuh tentang pemecatan seseorang ahli yang bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan dalam pilihan raya dan ahli yang dipecat itu tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya." Interesting... How about Ku Li? He was in Semangat 46 as calon..Right???

How come he is a member now..? Same goes for others.. Explain Anyone?