Wednesday, March 05, 2008

Pembatalan penggunaan dakwat hitam memalukan

Hanya empat hari sebelum kira-kira 10 juta rakyat Malaysia keluar mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa cadangan penggunaan dakwat hitam kekal pada pilihan raya ke-12 Sabtu ini dibatalkan.


Alasan yang diberikan oleh pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid menjurus kepada soal keselematan dan kemungkinan pilihan raya kali ini disabotaj atau diganggu-gugat.


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan pihak polis ada menerima empat laporan yang menyebut ada pihak yang membawa (menyeludup?) masuk dakwat hitam untuk tujuan-tujuan tertentu termasuk mensabotaj pilihan raya.


Peguam Negara Tan Sri Gani Patail pula berkata penggunaan dakwat hitam membabitkan soal perundangan dan undang-undang pilihan raya perlu dipinda terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.


Memandangkan kenyataan-kenyataan tersebut dibuat atau dikeluarkan oleh tiga orang tokoh penting iaitu Pengerusi SPR, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, sudah tentu ia menimbulkan banyak persoalan.


Apakah pihak-pihak berkenaan tidak membuat kerja rumah atau mengkaji dan meneliti semua aspek termasuk undang-undang dan keselamatan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan dakwat hitam kekal pada pilihan raya kali ini? Jika tidak, rakyat boleh membuat andaian bahawa mereka kurang cekap dan kurang teliti dalam membuat keputusan.


Kerajaan telah membelanjakan wang rakyat yang banyak untuk membolehkan SPR mengendali dan mengurus pilihan raya termasuk mengimport dari India dakwat hitam kekal. Bukankah ini satu kerugian kerana dakwat berkenaan tidak akan digunakan dan berkemungkinan besar tidak boleh digunakan pada pilihan raya seterusnya atas alasan tarikh luput dakwat berkenaan.


Di Malaysia, isu membuat sesuatu keputusan tetapi membatalkannya kemudian seolah-olah sudah menjadi perkara biasa. Di mana ketelitian? Jawapannya - tiada.


Isu ini sudah pasti akan menjadi satu bahan berita yang memalukan negara. Ia sudahpun tersebar luas ke seantero dunia. Ia memperlihatkan ketidakcekapan dan ketidaktelitian SPR.

9 comments:

Anonymous said...

sebagai rakyat malaysia saye malu btui dgn peristiwa ni.

setahu saye dakwat tu org perseorangan tak bulih beli, abih tu camne ade kat merata2 tempat dlm malaysia ni,,??

Rakyat bukan nya bodo LAH

fudzail said...

Selepas 50 tahun, masih kita dibelakang Indonesia, India...

http://1426.blogspot.com/2008/03/warkah-untuk-perdana-menteri.html

Anonymous said...

Pak lah dah buat hal lah pulak...

tak sangka betul lah mamat sorang ni...

Anonymous said...

Pak tuan ...

teringat kata-kata pujangga..

BERFIKIRLAH DULU KERANA BERFIKIR TU ADALAH PELITA HATI ..

Anonymous said...

Pak tuan ...

dengaq cerita sebanyak 47,000 botol dakwat hitam berharga RM2 juta telah ditempah ....banyak tuuuu.....

MYSON said...

the whole world (maybe half lah) are laughing at us... good material for universal jokes

Pengundi Hantu said...

IM BACK..HEE..HEE..

An-Men said...

Mereka dah takut dengan bayang sendiri..

Anonymous said...

merdeka.. merdeka.. merdeka.. merdeka.. merdeka.. merdeka.. merdeka kah mereka??
50 taun oo kita sulah merdeka tapi masih mengimport dakwat dari negara orang.. merdekanyeeeeeeeeeee..