FOTO DIKUTIP DARIPADA JINGGO'S FOTOPAGE. Terima kasih Jinggo.
Semakin ramai orang yang mahukan Pak Lah undur, atau letak jawatan selaku Perdana Menteri. Beberapa sepanduk atau kain pemidang telah dipasang di sekitar Lembah Klang mendesak Pak Lah supaya letak jawatan.
Selain itu, menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, beberapa buah bahagian UMNO juga telah dan akan mendesak Pak Lah berbuat demikian. Kepercayaan terhadap kepimpinan Pak Lah mulai merudum berikutan pencapaian pilihan raya paling buruk yang dicatat oleh Barisan Nasional sejak empat dekad lalu.
Siapakah yang layak untuk menerajui pentadbiran negara? Timbalan Presiden UMNO Najib Tun Razak dilihat sebagai pilihan yang kurang bijak memandangkan isu Altantuya dan isu pembelian aset pertahanan. Oleh itu, dalam keadaan sekarang, Najib tidak sesuai.
Di kalangan pemimpin UMNO, tokoh yang paling sesuai dan yang dilihat sebagai mampu memulihkan kekuatan UMNO ialah mantan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau adalah seorang pemimpin yang bebas daripada skandal, tidak rasuah, dihormati bukan sahaja di kalangan BN tetapi parti-parti bukan BN. Ku Li juga dikatakan tidak menghadapi masalah dalam hubungan dengan PAS dan PKR terutama sekali Anwar Ibrahim.
Adalah diharapkan agar bahagian-bahagian UMNO akan mencalonkan Tengku Razaleig Hamzah sebagai presiden UMNO dan sekaligus Perdana Menteri.
10 comments:
Kalau nak kira, sepatutnya tidak ada masalah even dgn DAP, kerena pernah bermaufakat masa Semangat dulu. Dan dijangka takda masalah dengan semua istana.
Mungkin juga should be rewarded for his persistence and patience.
Kalau ada rezki tu, adalah.
kudaranggi dan kudakepang tu orang yang sama ek?
Eida,
Tidak. Tapi kami sama-sama mantan wartawan dan kami berkawan. Saya pernah berkhidmat dengan Bernama dan selepas tu dengan Dr Rais Yatim semasa dia jadi menteri di JPM. Kudakepang (Datuk Ruhanie Ahmad) pernah berkhidmat dengan Berita Harian sebelum berkhidmat dengan Tun Musa Hitam, lepas tu dia masuk bertanding dan jadi Ahli Parlimen dan orang kuat Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
Kami berdua ada pengalaman (as former insiders) sedikit sebanyak tentang politik parti pemerintah. Itu aja.
Tuan Syed
Apa khabaq?
Betoi ka Penang dah nak telingkup dah? Apa firasat Tuan Syed mengenai masalah ni? Apa akan jadi pada Penang sepanjang zaman pemerintahan DAP? Nak jugak tau walaupun dari jauh!
Nani
Big Apple
Do not worry Nani. Only those who refused to accept facts and reality are restless.
Agak sedih bila orang Penang mudah terpengaruh dengan tindak-tanduk mereka yang kalah. Saya tak nampak apa faedah buat bantahan. Rakyat yang buat keputusan. Penduduk keturunan Melayu hampir sama banyak dengan jumlah penduduk Cina, jadi Melayu pun sokong parti-parti bukan BN.
Kita harus beri peluang kepada pentadbiran baru memerintah. Siapa tahu, hasilnya akan jauh lebih baik daripada pentadbiran BN?
Keadaan pada amnya baik, selamat dan berjalan seperti biasa. Usah bimbang.
salam pak syed,
saya rasa la kan..org yg bt bantahan tu pn bukan org pg..klau org pg pn mgkn org dato azhar yg tak berapa cerdik tu..saya rasa org pg terutamanya di bahagian pulau tak la sebodoh yang disangka..kami pn tau brp byk 'sumbangan' BN Gerakan selama memerintah dulu..org UMNO terutama dato azhar ni mgkn dalam keadaan mamai atau tau tak sedar lagi kot..depa ingat depa dah bnyak 'tolong' org melayu pg kot..tu yg bt kenyataan mcm 'padan muka kat melayu pg, nak sgt sokong pembangkang, nah lani rasa cukup2'.. saya pn dah bosan dgn org luar yg risau dengan nasib melayu pg..dari malam pilihanraya lagi saya dok dapat sms ucap selamat 'smoga Allah melindungi org melayu pg'.. selama ni pn nasib kami terbela ka?..sebelum ni pn bila timbul isu melayu pg terpinggir..ada la perhatian sikit2..ada la pendapat ahli akdemik, org politik tah sapa lg..bincang2 pnya bncang..lepas tu senyap.. tak dak apa tindakan pn yang diambil untuk majukan melayu pg..
pimpinan baru ni cuma tukar tgn dari satu cina ke cina yg lain' ja(maaf pak syed, kata2 tu bukan bersifat perkauman) tp hakikatnya itu la yg ada di minda org melayu biasa di pg.. pimpinan baru ni, klau dari apa yang dibaca setakat ni (bukan MSM) nmpk mcm positif..so kita tggu dan lihat bagaimana prestasi pimpinan baru ni..klau tak baguih, kita tukaq lepas 5 tahun..
buat nani,
selama ni pn yg telingkup bukan pulau pinang tp melayu pulau pinang.. insya allah tak jadi apa2 di bawah pimpinan DAP..kita berdoa la..klau ada yg ingt akan jadi yang buruk2 kepada nasib org melayu pg..jgn la risau..sebelum ni pn dah mmg terjadi dalam pemerintahan sebelum ni..
pak syed, mintak maaf..terpanjang la plk..
Pak Tuan Syed Imran...
Saya tengok TV3 semalam yang dok buat riuh rendah di Komtar tu adalah orang-orang yang merasakan dunia sudah kiamat kerna kontrak, huloq dan habuan akan terhenti dek hilangnya kuasa Umno di Pinang.
Ada la sorang yang depa interbiu tu cukup-cukup garang..dengaq cerita dia (antara ADUN dalam parlimen kepala batas) punyai rumah sikit punya agam di tengah-tengah kawasan rumah orang sederhana, sticking out like a sore thumb.
Dia ni dok keriau deras sangat! Mungkin pasai dah tak boleh cari makan kot?
Kita ok kot?
Saya kenai sangat dengan depa tu.
Apa depa buat bila pegang kuasa? La ni baru nak sedark. Dah telambat.
Saya dok usyar, doa perati dan dok teropong kat Penang seminggu. Saya yakin semuanya orait. Ok.
Gomen Lim Guan Eng akan buktikan yang depa lebih telus, terbuka dan saksama. Kalu tak, mai pilihan ghaya depan, kita tok sah pangkah depa lagi. La ni, kita bagi peluang kat depa. Tak payahla nak tunjuk perasan, nak tuntot tu la nak tuntot ni la. Tak payah.
Saya dok gelak sorang-sorang bila baca komen Ahmad ibni Hajar pasai Penang Port dan feri. Awat la ni baru nak buka mulut. Dia ni yang jugak ketua UMNO Tanjong tak pandai urus Penang Port dan feri. Feri yang dah jadi simbol Penang selalu rugi. Pasai apa? PAsai dia tak pandai urus tapi dia tak mau mengaku hat tu. Depa cekap main boria.
Dear Tuan Syed..
Saya bukan apa, sebagai anak Pulau Pinang dan kerja dengan agency lapor melapor lebih 7 tahun di tanah kelahiran saya ni, saya tau la jugak sedikit sebanyak mengenai pentadbiran dan masalah di Pulau Pinang.
Sebagai pemerhati dari jauh sekarang ni, saya pun nak jugak tahu apa duk jadi pada negeri kelahiran saya tu. So kinda ada sedikit kedebaran dalam hati nak tau apa nak jadi pada masa depan Tanjung ni1 :)
Satu lagi, pengalaman on the ground tiga pilihanraya kat Malaysia masa saya bertugas di Pulau Pinang, saya dapat melihat sendiri "kesandiwaraan" pemimpin dari pelbagai parti hanya semasa pilihanraya, cuma pilihanraya kali ni saya tak dapat merasai kehangatannya lagi.
Baca laporan akhbar mengenai pelbagai isu, buat timbul sedikit kekacauan dalam hati duk tenguk macam ada sikit "raqlah".
To ct - Terima kasih atas maklumat yang anda berikan tu. Saya sedar apa yang berlaku kat Melayu Pulau Pinang sebelum ni, cuma tak nak pisang berbuah dua kali, tak nak la, orang Melayu Pulau Pinang masih di takat yang sama atau lebih teruk lagi selepas tsunami politik dah berlaku ni.
Kepada Tuan Syed terima kasih kerana sering post info mengenai Tanjung!
Anak Tanjung
Nani
Big Apple
Salam,
Sewajarnya Pak Lah berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin yang bersih, jauh dari skandal, tiada permasalahan dan yang telah terbukti dalam kepimpinan dan pernah memegang porfolio penting kerajaan sebelum ini dan saya amat tertarik dengan kepimpinan YBM Tengku Razaleigh.
Saya masih mengingati saranan Allahyarham YM Tunku Abdul Rahman dalam ucapan lampau meskipun di lihat sebagai berseloroh bahawa teori RAHMAN (Rahman-Abd. Razak-Hussien-Mahathir-Abdullah-Najib) sekiranya ditukarkan kepada RAHMAT (Rahman-Abd. Razak-Hussien-Mahathir-Abdullah-Tengku Razaleigh) adalah sesuatu yang lebih bermakna dan memberi rahmat kepada Malaysia. Ia mungkin tidak mustahil sekiranya inilah pilihan yang terbaik untuk kesejahteraan kini dan masa depan negara.
Wasalam.
Post a Comment