Tuesday, March 18, 2008

Kabinet yang luar jangkaan

Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi) mengumumkan barisan Kabinet barunya dengan sedikit kejutan.

Dua orang tokoh yang mahir dalam bidang masing-masing akan dilantik menganggotai Kabinet dan mereka akan mengangkat sumpah petang ini sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Mereka ialah Datuk Zaid Ibrahim, rakan kongsi kanan Zaid Ibrahim & Co., firma guaman tempatan terbesar di Malaysia. Zaid dilantik menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bertangungjawab ke atas hal ehwal undang-undang. Zaid juga dipertangungjawabkan untuk membantu dalam mengreformasikan cabang kehakiman.

Seorang lagi yang merupakan pakar kewangan dan ahli ekonomi unggul yang menerajui bank terbesar di Malaysia, Maybank, Datuk Amirsham Abdul Aziz juga dilantik menganggotai Kabinet melalui perlantikannya sebagai Ahli Dewan Negara. Amirsham bertangungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Sesuatu yang mengejutkan ialah perlantikan mantan menteri besar Selangor, Tan Sri Muhamnad Md Taip sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ini mungkin satu kesilapan yang dilakukan oleh Pak Lah.

Satu lagi kejutan yang dibuat oleh Pak Lah ialah tiada perlantikan jawatan Setiausaha Parlimen. Hanya menteri penuh dan timbalan menteri. Sayugia diingatkan bahawa hanya menteri penuh menganggotai Kabinet, timbalan menteri bukan ahli Jemaah Menteri atau Kabinet.

Antara perubahan dalam portfolio ialah Syed Hamid Albar ke Kementerian Dalam Negeri, Dr Rais Yatim ke Kementerian Luar, Azalina Othman Said ke Kementerin Pelancongan, Muhyiddin Yassin ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Shafie Apdal ke Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Khalid Nordin ke Kementerian Pengajian Tinggi, Mustapha Mohamad ke Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Maximus Ongkili ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pak Lah kekal sebagai Menteri Kewangan (1) manakala Nor Mohamed Yakcop kekal sebagai MK (2), Najib Tun Razak kekal sebagai Menteri Pertahanan.

Jabatan Perdana Menteri yang merupakan kementerian terbesar dalam Kabinet Malaysia, mempunyai tujuh orang menteri termasuk PM dan TPM. Menteri lain ialah Bernard Dompok, Nazri Aziz, Ahmad Zahid Hamidi (baru), Zaid Ibrahim (baru), Amirsham A Aziz (baru).

Hishamuddin Hussein kekal di Kementerian Pelajaran manakala Peter Chin di Kementerian Perladangan dan Komoditi, Zulhasnan Rafique di Kementerian Wilayah Persekutuan, Douglas Unggah Kementerian Sumber Asli, Ong Tee Kiat di Kementerian Pengangkutan, Dr Ng Yen Yen di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noh Omar di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Zin Mohamad di Kementerian Kerja Raya, Shaziman A Mansor di Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Ahmad Shaberi Chik di Kementerian Penerangan, Dr S Subramaniam di Kementerian Sumber Manusia, Yeo Tiong Lye di Kementerian Kesihatan, Shahrir Samad di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Ong Ka Chuan di Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Ismail Sabri Yaakob di Kementerian Belia dan Sukan.

Untuk melihat senarai penuh Kabinet dan Timbalan Menteri, sila ke laman sesawang Bernama:
http://www.bernama.com/

Walaupun pada pilihan raya lepas, Pak Lah telah menggugurkan Dr Mashitah Ibrahim daripada mempertahankan kerusi Baling yang mengakibatkan BN kalah kepada PAS, Pak Lah nampaknya telah memperbetulkan kesilapannya dengan melantik Dr Mashitah selaku timbalan menteri di JPM, iaitu selepas Mashitah mengangkat sumpah sebagai Senator.

Pengguguran Rafidah Aziz adalah dijangka walaupun banyak pihak yang menganggap ia satu kerugian kerana Rafidah memiliki pengalaman yang begitu luas dalam bidang perdagangan antarabangsa dan rundingan-rundingan yang berkaitan. Patah tumbuh hilang berganti.
Walau apapun, kita hendaklah memberi peluang kepada Kabinet baru untuk membuktikan kemampuan dan ketelusan mentadbir negara.
Selamat bertugas untuk negara.

22 comments:

FactFactor said...

nasib baik pak lah cerdik sikit hari ni tak lantik KJ..
kepada KJ, sabar2 la yek, lagi 4 tahun kot tu pun kalo pak lah masih lagi PM..
nak jadi PM termude kene sabar, berhemah, tak kalut dll..
tapi yang sebenarnya rakyat malaysia ni tak suka kat KJ.. ada elemen kurang ajar dan tamak dalam diri KJ yang patut di ubah (tu pun kalo sedor diri nak berubah)

Anonymous said...

errrr.... mana KJ???

hahahha.. terbantut la cita2 dia nak jd PM by age 40.. saya pd mulanya menjangkakan KJ akan diberi portfolio pendidikan or belia & sukan... errrr... mungkin kedua2nya kot... dia kan hebat...

);-( Samurai said...

Pak Tuan,

Yang tak berubah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Kalau itu pu diganti muka baru kan bagus. Nak bagi can, takut Umno terlangkup, tak bagi can, orang kata tak adil lah tak bagi peluang dia memperbetulkan keadaan. Tapi adakah jaminan keluarga tak kacau dalam pentadbiran? Dulu Menteri senior pun hanyut, takut nak tegur, sekarang Menteri baru lagi lah...KJ mungkin jadi Ketua Backbencher lah kot...ada suara, glamour...Ahli Parlimen lain mesti bagi jalan punya. Shahrir pun dah dapat habuan kesetiaan.

Anonymous said...

Nampak gaya Pak Lah dah sedar sikit kenapa BN kalah dengan 5 negeri dapat kepada pembangkang, dengan barisan kempipinan terbaru, nampak gaya muka-muka yang orang dah tak mau tengok telah di gugurkan...
harapan rakyat malaysia agar barisan baru ni dapat mengubah negara kearah lebih maju dan rakyat tak susah lagi.

-mijan-

Anonymous said...

Pak Syed,
Lihat senarai kabinet baru, saya tak nampak pun seorang tokoh Islam hadhari dilantik bagi menganti Datuk Abdullah Zain. Pak Lah sendiri kot nak memegang jawatan hal ehwal agama keran dia seorang saja faham dengan Islam hadhari yang beliau lahirkn itu. Kelam kabut kita nampaknya. Mak Cik Rafidah keluar ok kot dah lama sangat dan dah pun kaya raya. Kesian Azmi Khalid kini full time jaga bini. Kita pasti lihat kerajaan BA pada pilihan raya depan.

Husin Lempoyang said...

Salah besar pergi ambik Muhammad Muhammad Taib. He is a confirmed corrupt and law breaker.

Mat Taib diletak untuk mengekang Khir Toyo.

He is past his prime and too much checkered past.

Anonymous said...

Salam Paka Tuan Syed ,

Rakyat Sabah dan Sarawak terkilan dengan perlantikan jemaah menteri hari ini. Kata mereka Sabah dan Sarawak telah memberi lebih daripada 1/3 kerusi Parlimen kepada kerajaan minoriti Pak Lah tetapi jumlah menteri masih dimonopolikan orang Malaya (Semenanjung Malaysia). Mereka kesal dan hairan orang yang tak bertanding dan mempunyai rekod kuramg bersih seperti Muhammad Muhammad Taib dilantik menjadi menteri. Kata mereka perlantikan ini tidak rasional dan kronisma masih bertapak di dalam UMNO.Mereka juga berkata ramai daripada kawan-kawan mereka bersedia "bercakap" dengan Anwar dan Lim Kit Siang.kalaulah benar dakwaan orang sabah dan sarawak ini, semakin rapuhlah kerajaan BN.Apa nak jadi dengan Pak Lah ini Pak Tuan Syed? Adakah ia hendak cabar rakyat atau adakah rancangannya untuk membunuh UMNO/BN pada arena politik negara?

Syed Imran said...

Saya setuju. Pak Lah memperkecil-kecilkan sumbangan dan sokongan MP dari Sabah dan Sarawak. Apa kelebihan Mat Taib yang pernah kena tangkap di Australia, yang pernah menipu (berbohong) kepada Almarhum Sultan Selangor dan korup dari segi moral itu?

Sudah tiba masanya para Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak memikir semula sokongan mereka kepada BN Pusat. Jika sokongan mereka tidak dihargai, buat apa tunggu lagi. Sokong sajalah Barisan Alternatif.

Saya juga setuju bahawa Islam Hadhari, telah diketepikan. Elok juga tu. Yang saya tahu hanya ada satu saja ISLAM. Pengikut Syiah, Sunni mahupun Wahhabi tidak menyebut Islam Syiah, Islam Sunni atau Islam Wahhabi. Hanya Pak Lah yang sebut Islam Hadhari.

Saya menyambut baik perlantikan Zaid Ibrahim dan Amirsham Abd Aziz ke dalam Kabinet. Saya kenal Zaid dan saya tahu pendirian tegasnya berkaitan isu undang-undang dan keadilan. Dia jauh lebih baik dan berwibawa daripada Nazri Aziz yang sebelum ini menjaga hal ehwal undang-undang. Amirsham pula seorang tokoh korporat yang bijaksana dalam soal kewangan dan ekonomi. Pengalamannya yang luas dalam bidang perbankan, terutama semasa menerajui Maybank, dapat memberi keyakinan kepada pasaran dan pelabur. Zaid dan Amirsham mesti diberi kebebasan untuk menjalankan tugas.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed Imran...

Yang lain saya tak berapa mau nak komen tapi saya tidak dapat nak elak beri ulasan pasai pa Che Mi Khalid dan Mak Di gugur.

Untuk makluman Pak Tuan (pak tuan bukan tau jugak, connection pun maha hebat bukan ka?), Mak Di (Radzi) tidak hanya gugur jawatan menteri akan tetapi kemungkiann besar (99 peratus!) tidak lagi memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO dan BN.

Tengku Adnan Mansor akan dilantik Setiausaha Agung dan BN dalam sedikit masa lagi. Tugas utama TA ialah membersihkan Umno dan mengembalikan kekuatan parti di peringkat akar umbi, suatu tugas maha berat yang dikatakan Pak Lah "hanya Tg Nan boleh buat". Mungkin akan ada jawatan berstatus menteri (atau menteri di jpm)kerana dalam umno kalau SUA tidak ada kuasa menteri tak siapa pun yang heran!

Ada orang telah dikatakan mencemarkan nama baik setiausaha agung umno dengan kisah-kisah yang kita semua tahu. Habuan campur tangan orang tertentu dan dalam perlantikan MB Perlis ialah mereka pun gugur sebab Che Dan pun gugur di Perlis.

Dikatakan ada perjanjian bahawa Che Dan digantikan dipertengahan penggal dengan orang lain akan tetapi ada orang telah melanggar perjanjian itu dan mendahului malahan membelakangkan keputusan pak lah melantik che dan sebagai mb.

kira sana tak dapat di sini pun melepas, jadi semua puas hati -- tak lama lagi perlis pun akan hanyut dalam tsunami politik sebab mb pun tak berapa sihat (nampak dalam tv dok terketaq-ketaq masa depa interbiu dia), depa la kata!

Had lain adalah habuan sebab kesetiaan dan kepatuhan kepada party line. Shahrir pasai dok hingaq sangat, la ni hang pi la settle hrga gula, beras, tepung, ayam dan ikan...baru hang tau.

Dengar cerita pulak ada orang jumpa pak lah buat hal pasai pa drop dia dpd lubuk emas di MITI.

"What did i do wrong? Lah, u cannot do this to me! Who represent wanita umno dalam kabinet?" kedengaran dis ebalik pintu bilik pejabat pm.

Nazri aziz memprotes jawatan yang dikekalkan manakala bernard dompok mungkin tidak akan mengangkat sumpah kerana turut memprotes tidak diberikan kementerian. Alasan nazri ialah beliau telah lama dalam kabinet dan mereka yang masih junior dah dapat habuan besar seperti penerangan dan macam2, depa la kata.

Ini kes "depa komplen takdak kasut, depa tak tau pun ada orang kaki pun tarak". Kata seorang bekas peniaga cendol yang sudah bungkus barang2 dari pejabat yang dia kata "saya ni menumpang saja".

Pendek kata mcm2 la Pak Tuan...

Saya? Tadi ikuti pengumuman senarai kabinet di Rest Khaleel di Gurney Drive. TV besaq yang depa seluloi tunjuk wrestling tadi buka la sat nak tengok. Sambey tengok tu saya dok sentai la nasi kandaq yang kurang original....Nak pekena sotong katoq depa belum buka lagi...


Din Simpang Kola
singgah sat di Tanjung nak tengok Melayu nak belarak dan cuba buat huru-harq, depa la kata!!

Syed Imran said...

Aisay Din Simpang Kola,

buat apa yang pi pekena nasi kat situ, lebih bagoih hang pekena roti canai dan minum teh tarik kurang manis.

Ku Nan dulu dahpun jadi SU Kerja UMNO tanpa gaji. Dia gian sangat waktu tu dan Tun M pun lantik dia.

Saya tau dia boleh buat kerja, duit pun bertimbun-timbun.

Che Mi dengan Che Di elok pencen. Saya setuju.

Tapi saya kurang senang tengok sikap Che Dan. Kalu marah ka merajuk ka, jangan lah sampai 'boikot' majlis. Che Dan kenalah jaga adab sikit, hat tu majlis rasmi depan Raja pulak tu. Yang ni saya tak setuju. Be a gentleman, kata Mat Salleh celup.

Saya cuma nak tau nasib mufti yang dilantik Che Dan. Apa nak jadi dengan dia? dengak habak Raja tak bekenan.

Anonymous said...

Maap Pan Tuan...

Untuk makluman Pak Tuan (pak tuan bukan tau jugak, connection pun maha hebat bukan ka?), Mak Di (Radzi) tidak hanya gugur jawatan menteri akan tetapi kemungkiann besar (99 peratus!) tidak lagi memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO dan BN.

Yang sebenaqnya saya nak kata ialah "Pal Tuan pun bukan tak tau..conenction pun maha hebat, bukan ka? Ada typo error tu...maap atau kata omputih yang bunyi macam melayu "ayam selori"...

Mantan Boss di Wisma Putra yang saya kira adalah bertepatan dan sesuai dengan kelayakan, hemah dan perwatakannya. Tapi gad tu yang kamis emua nampak di luaq...Pak Tuan Syed Imran lebih tau sapadia DRY ni, bukan ka?

Salam untuk Pak Tuan dan Tompah...Semoha Allah sentiasa memberkati dan merahmati Pak Tuan sekeluarga

Din Simpang Kola

p.s. tengah tunggu depa nak buka gerai sotong katoq, sotong kangkong dan assam laksa...had tang Gurney Drive ni sedap sangat la...ish la!

Anonymous said...

Dari segi "guaman", track record Zaid Ibrahim dilihat lebih baik dari Nazri Aziz.

Tapi apa perlu ada dua peguam di JPM, sedangkan Dolah Md Zain diketepikan dan tidak berganti. Kalau Zaid main Islam liberal beliau, siapakah yg akan menangkis bagi menjaga kepentingan umat Islam? Cukupkah dgn Mashitah yg cuma seorang Timbalan Menteri?

Bagaimana dgn pelaburan Tabung Haji dll? Adakah diserak kpd Hamid Othman, atau direct kpd Pak Lah dan seterusnya SIL?

Syed Imran said...

No problem Din Simpang Kola. Awai-awai lagi saya dah agak typo. Tak pa.

Saya syok pasai Din pi kat kampung saya. Gurney Drive, kami sebut Padang Kota Baru, tempat permainan saya masa kecik-kecik dulu. Restoran Khaleel tu dulu empat buah rumah. Dua buah didiami oleh orang Parsee (yang dok sembah api) dari India dan dua lagi orang Cina. Tanah kosong sebelah yang ada gerai makan dulu rumah Aruah Pak Hassan dan Aruah Mak Tijah (adik beradik Pak Sheikh Ahmad mantan MB Perelih). Anak Mak Tijah nama Mami Asiah adalah guru Quran saya. Menantu Mami Asiah adalah KP Kesihatan la ni.

Mengenai pengulas selepas Din, (saya kena guna bahasa baku) saya juga berfikiran demikian. Saya pun tertanya-tanya siapa yang akan mengawal selia Tabung Haji, JAKIM dan hal ehwal Islam. Seperti yang saudara katakan, yang ada cuma seorang timbalan menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Tak mungkin dan tak kenalah jika Nazri Aziz atau Zahid Hamidi yang diberi tugas itu kerana ianya bukan bidang dan kepakaran mereka.

Sekiranya Pak Lah meletakkan bebanan itu di atas bahu Dr Mashitah, ini bermakna Pak Lah telah 'menurunkan' (downgrade)kepentingan berkaitan hal ehwal Islam daripada seorang menteri kepada seorang timbalan menteri. Saya harap ianya tidak begitu.

Anonymous said...

Takn Payah lantik KJ pun tak pe.Silap mata utk bodohkan Malaysian. Berapa banyak proxy KJ dah didalam. Shaziman(fengtau cousin lagi),Wan Farid(tgkt4),Azalina (shopping sakan), Zain Badak(habis JKR),Sharir Samad(ECM-Libra Cover-up),tak terkira lah. Hancus la Najib & gang & Malaysia

Anonymous said...

Pak Tuan...

Sebenaqnya tugas Abdullah Md Zain diambilalih oleh Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri bertanggungjawab Hal Ehwal Islam, Wakaf dan Haji, dan juga Jakim.

Latarbelakang Zahid ini hebat jugak, mendapat pendidikan agama di Sekolah Izzudin Shah yang terkenal di Ipoh. Dia pun berpendidikan sehingga Doktor Falsafah, setaraf la dengan Abdullah M Zain tapi mungkin bidang berlainan. Ijazah sarjana muda dia pengajian islam, sarjana dalam komunikasi korporat dan phd dalam, mungkin kajian media.

Orang Kedah kata mungkin dia serot skit sebab dia dok tan jwtn menteri penerangan, kan dia selama 2 tahun ni timbalan. Tapi perlantikan sebagai menteri di JPM ni sudah cukup kuat untuk melayakkan beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno yang sudah lama dia idam-idamkan! Ada orang habaq kat dia, toksah la dok bersungut takdak kasut...ada orang kaki pun takdak!!

Dengaq kata...Kak Pidah dah ugut nak letak jawatan wanita umno...sikit punya turr ka??

Akan tetapi Zahid ni warak jugak la, mengamalkan posa sunat 3 hari seminggu dah sekian lama. Memang suka naik moto besaq tapi itu hobi, dia x suka golf dan tidak terbabit dengan sukan2 lain.

Justeru, PM tidaklah menurunkan taraf hal ehwal Agama Islam.

Pasai Nazri dgn Zaid Ibrahim ni mudah sahaja dikotominya, nazri "jaga" Parlimen dan Petronas manakala Zaid khusus untuk perundangan dan kehakiman. Mashitah ialah uztazah glamor, tu saja...Islam Hodari la depa kata...


Din Simpang Kola...

Mintak mahap lagi Pak Tuan, pembetulan pun ada kesilapan ejaan, macam kawan kita di bernama kata la, "sloppy editing"...tih tih tih

Perut dah kenyang, la ni nak lelap sat di Gurney Hotel, bilik studio harga RM 180..murah wo!!!

Anonymous said...

Shahrir Samad, yang dok ampu diri sendiri tue ka.... tag dia berbunyi Terbaik diantara yang terbaik... Piraaaaaaah. Auta lebih, nampak baguih, hampeh... macam telus tapi jawatan menteri punya pasai dia pakat cover kes ECM Libra. Orang yang bermuka-muka macam tue adalah pengkhianat parti, sama macam pak Lah. Tentang kementerian Pelancungan saya ingat sesuai juga Azalina kat situ, sebab masa nak isi borang Gender ada tiga coloum, Satu Jantan, dua betina dan tiga Lain-lain. Jadi Azalina nie memang jenis yang no 3.

ada betui ka pak tuan.
jamilisa, shah alam

Syed Imran said...

Jamilisa,

Bab Shahrir Samad saya setuju. Kalau dia ada prinsip perjuangan yang sejati, dia sudah tentu tidak akan menerima apa-apa jawatan dalam Kabinet Pak Lah.

Tetapi, bak kata orang Malaysia, cakap tak serupa bikin. Shahrir cukup menghampakan ramai orang.

Wah, ada ruang untuk lain-lain jantina. Tentu dia pilih yang itu. Maklumlah, nak kata jantan, bukan jantan tapi lasak macam jantan, nak kata yang lagi satu tu pun bukan... lain-lain lah tu!

Din Simpang Kola,

Amboi, hang betoi-betoi dok enjoy kat sana. Sama tua ada sama ka? Hebat, hebat.

Kalu apa yang hang kata pasai Zahid tu betoi, bagoih la. Mantan bos hang kat kementerian dulu pun pernah bagi tau aku yang si Zahid tu sesuai di Angkasapuri.

Esok saya nak ke Terengganu dua tiga hari. Nak jumpa kawan-kawan lama dan kelih suasana di sana.

Anonymous said...

Tuan Syed..

Saya rasa terlalu awal utk kita mengadili Tok Rir... bagi la peluang kat dia dulu... tgk apa magic dia bleh buat... Kementerian beliau nie consider panas gak... ye la, salah satu sebab reason hilang byk kerusi adalah isu harga barang yg semakin naik... so, amat berharap Tok Rir bleh buat sesuatu bout it...

Pengundi Dun Hulu Kelang

Anonymous said...

EEHh..Datuk PangLima ANNuar ZAini dpt jd menteRI mana haaaaa???

BAguihh oooooo mamat ni..!!cit

Anonymous said...

Tuan Syed,

Seronok juga kalau boleh bagi update dari Trengganu tentang politik tempatan, perihal MB/ Istana, menteri dan timbalan2 kelahiran Trengganu.

Tentang pembangunan yg diheboh-hebohkan itu dan impak Patrick B ke atas negeri keropok lekor ramai juga nak dengar.

Anonymous said...

Selalunya Menteri JPM untuk agama Islam di beri kps uztaz2 UMNO spt Yusoff Nor, Wan Mokhtar dan sapa tu Brig Gen KAGAT (Pengerusi MARA sekarang).

Walaupun Zahid ada ijazah pertama pengajian Islam, tak tahulah samasa dia fit "profile" menteri2 sebelum ini...

muteaudio said...

Pak Tuan,
Kabinet ni saya panggil Kabinet Parpu/Kabinet Merapu, sebab macam-macam ada.

Mlm ni saya nak balik Pg, esok pagi nak pekena Nasi Kandaq Kpg Melayu!