Thursday, March 13, 2008

UMNO Pulau Pinang dah mula gelabah

UMNO Pulau Pinang pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi) yang mengalami pukulan hebat apabila gagal mempertahankan dua kerusi kawasan undi Parlimen Balik Pulau dan Nibong Tebal serta tewas di empat kawasan undi Dewan Undangan Negeri - Sungai Bakap, Batu Maung, Permatang Pasir dan Penanti - dah mula buat hal.

Kegagalan UMNO untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Bakap yang ditandingi oleh mantan timbalan ketua menteri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, Batu Maung dan Penanti serta gagal merampas kerusi Permatang Pasir dari PAS benar-benar mengejutkan parti itu.

Juga menjadi tamparan hebat apabila UMNO gagal mempertahankan kerusi Balik Pulau yang ditandingi oleh tokoh wanita yang mempunyai talian keluarga dengan Pak Lah iaitu Datuk Dr Norraesah Mohamad (Kwantung) serta kerusi Nibong Tebal (Datuk Zainal Abidin Osman).

Pemimpin UMNO Pulau Pinang nampaknya tidak dapat menerima kekalahan dan mula menuding jari kepada para pengundi Melayu yang menolak mereka dan mula membuat desakan agar projek-projek yang dijanji dan yang telahpun dilaksanakan dibatal sahaja.

Setiausaha badan perhubungan UMNO Pulau Pinang yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Penaga (dalam kawasan undi Parlimen Kepala Batas), Datuk Azhar Ibrahim meminta kerajaan persekutuan supaya membatalkan semua projek mega yang dirancang untuk Pulau Pinang termasuk jambatan kedua, monorel, jalan lingkaran luar Pulau Pinang (PORR) serta perkhidmatan pengangkutan Rapid Penang.

Alasan bodoh yang diberikan oleh Azhar ialah rakyat Pulau Pinang telah menolak kerajaan BN dan memilih pentadbiran baru yang diketuai oleh DAP. Oleh itu rakyat Pulau Pinang menolak pembangunan. Satu hujah yang boleh dikatakan balas dendam walaupun dinafikan oleh Azhar. Bak kata Mat Salleh - sour grapes.

Yang melucukan ialah Azhar meminta Rapid Penang dibatalkan sedangkan perkhidmatan itu telahpun dilaksana dan berjalan lancar. Saya tidak faham dimana letaknya kewarasan dan kebijaksanaan Azhar apabila membuat gesaan tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Azhar bagi pihak UMNO Pulau Pinang tidak lain daripada perumpaan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Inilah mentaliti dunia ketiga yang dimiliki oleh seorang pemimpin yang hidup dalam persekitaran kelas satu.

Apakah tidak mungkin Azhar dan UMNO Pulau Pinang meminta semua projek mega yang dirancang dan diluluskan di Pulau Pinang dibatalkan kerana ada udang di sebalik batu?

Apakah tidak mungkin desakan itu dibuat kerana kroni-kroni akan kehilangan habuan dan juga projek yang ada kaitan dengan pelaksanaan projek-projek mega?

Bukankah kekalahan pentadbiran BN akan merugikan puak-puak tertentu termasuk yang ada kaitan dengan pemimpin-pemimpin UMNO?

Jangan persalahkan rakyat kerana menolak BN dan UMNO. Cerminkan diri sebelum membuat tuduhan dan desakan. Rakyat hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab. Inilah kuasa yang ada di tangan rakyat dan kuasa pemerintahan bukan hak milik kekal BN.

Mari sama-sama kita dendangkan gurindam Boria ini:

Jatuh tangga ditimpa tangga
Kerana BN kalah pilihan raya
Emas di badan tiada sesaga
Akal fikiran dah tak tentu hala.


Mana nak dapat habuan dan laba
projek terlepas entah pada siapa
otak dah sasau hampir nak gila
Boria Padang Kota buka cerita.



.

9 comments:

meranti said...

Hukum Nafsu ATAU Hukum Syariat

Apa dah jadi dengan PAS Kedah? Sebelum memerintah Hukum Hudud adalah imperitif, bila dah ada kuasa Hukum Hudud bukan keutamaan pulak? Masa kempen orang-orang PAS janji dengan sapa? Janji dengan rakyat saja bukan dengan Allah ke? Sama pulak dengan Pemerintah lama! Bila di Padang Mayshar nanti apa jawapannya? Jadi cerita Hukum Hudud ini retorik sajalah untuk menumbangkan Kerajaan yang lepas, guna menegakkan Hukum Nafsu Pemimpin PAS kan? Inilah dia Illah baru – Lil Nafsu bukan LilAllah! Berani mempersenda Allah samalah macam Namrudz dan Firaun!

Jawatankuasa Tertinggi PAS kenalah ada dasar yang konkrit. Janganlah jadi bahan lawak macam ni; Kelantan cakap lain; Terengganu cakap lain dan Kedah cakap lain jugak. Matangkan fikiran jangan merapu macam tidak bersedia nak pimpin Negara. Rakyat dahlah jahil tak belajar agama. Adalah puak-puak yang tahu sikit, mengeksploit Hukum-hukum agama. Siapkan dahulu Norma-norma yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh setiap ahli/pemimpin parti. Tengok dari luar macam establish, rupa-rupanya secular jugak! Jadi....... greddy nak kuasa ajalah, bukan menegakkan syiar Islam?

Sapa yang tak nak gelak apabila ada pulak Syariat yang membolehkan orang mengumpat, dan ada Syariat boleh mencapai kehendak melalui Demonstrasi! Dah hilanglah apa yang digembar-gemborkan tentang Konsep Mesyuarah? Apa ni Pak Aji? Islamik ke ni? Cuba tanya Maulana Shikh Anuar. Mesti jawapanya – The Ends Justifies The Means. Dulu Khulafah ArRashidin buat demonstrasi macam itu ke? Ini macam cara Babarian di Padang Rumput Asia Tengah saja, itupun dulu; sekarang mereka dah beriman!

Sebelum itu ada pulak yang menyamakan Zat Allah dengan sifat samseng manusia! Bukankah sifat Allah itu…“ Bersalah-salahan Zat Allah dari segala yang baharu?” Macam mana Tauhid ni? Mana Dalil Naqli? Tauhid taklid ke mana kita pergi ? Neraka kan? Benda asas macam ini budak mentah di Johor sana dah belajar melalui Kitab Risalah Tauhid. Slehuddin Ayub kan belajar dekat sekolah ugama masa kecik-kecik dulu? Perbuatan Mungkar kena tegurlah….. kalau tak shubahat! Mana kita pergi? Nerakalah jugak! Tapi …. Pelikkan? Macam mana Tauhid asas pun boleh lari kan? Yalah kalau kita tengok dari segi penampilan, MasaAllah! Kok koyo cerito Jowo ono guru tarap wali, moso urip muritte ewon-ewon, lungo kaji mabur …tapi mati melebu neroko! Agakee iki podo koyo kue? Atau Salehuddin pun tak sekolah ugama?

Masa PAS perintah Terengganu adalah cerita tentang Kerajaan Langit. Allah cabar Kerajaan PAS Terengganu. Kerajaan Terengganu tidak perasaan adanya orang-orang murtad. Boleh jawab tak perassan aja di Padang Mashar nantike? Cakap berdegar-degar, rakyat murtad buat tak tahu saja. Apa Pemimpin PAS Terengganu tak mumaizke? Apa ni….. ya Amirulmukminin?

Blow d' whistle said...

salam Pak

this is another example how UMNO leaders like to elect morons in the high rank/post of the party same likewise in Melaka

simply due to voters dont choose BN, the impressions by this moron, only BN can bring development...

so BN please register your party in kenya, africa, palestine and contest in their election...sure you win and please bring development to them

rest my case

Anonymous said...

Pak Tuan...

Betoi ka surat ni? Kalau betoi memanglah Mukhriz ni ada semangat Melayu dan Orang UMNO yang lebih sayangkan UMNO daripada individu.

Persoalannya...betoi ka?

Dipetik oleh Ahiruddin Attan daripada sebuah akhbar asing di seberang tambak. Dikatakan telah dihantar oleh Ahli Parlimen Jerlun dan telah beliau sahkan menghantarnya pada 12 March 2008.

(INI SEBENARNYA TERJEMAHAN DARIPADA SURAT ASAL YANG DITULI DALAM BAHASA MELAYU)


Mukhriz Mahathir
B-13-D2 Plaza Mont KIara
No 2, Jalan Kiara
50480 KUALA LUMPUR


Dato' Seri,

Let me take this opportunity to thank you and the party's leadership for the faith in me and the chance to contest in Jerlun as a Barisan Nasional candidate. With the blessing and hard work of the party's leadership and machinery as well as the people of Jerlun, I have won the elections and am now a new Member of Parliament.


However, sadly enough, my victory is rendered meaningless in view of the defeat that Umno and the Kedah BN suffered in the hands of the opposition. Apart form Kedah, four other states as well as the Federal Territories also received similar humiliation in defeat.


In fact your own state of Penang was wrested by the DAP from the BN. Kelantan is again under Pas rules. In other states, the BN also suffered a similar humiliation when the level of BN support by the people has tremendously reduced. This, Datuk Seri, has never happened in the history of BN rule.


The sole intention of my letter to you is meant to save UMNO and BN from being rejected further by the people and from being no longer relevant to our religion, race and nation.

Dato' Seri, the people are unhappy and the message from them is very clear, and that is they have rejected you as the nation's chief executive.

Contrary to your claim that you still have the support of Umno and other component parties, the reality is that even our own party members had reneged in their voting pattern by supporting the Opposition and inflicting the BN its defeat.


Dato' Seri, when the people held street demonstrations you openly dared them to resort to the ballot boxes to demonstrate.

They took your challenge by coming out, especially tho people in the Peninsular, and they demonstrated their feelings by voting us out at the BN at State and Parliament levels.

It is therefore clear that your leadership and your handling of the issues faced by the people and the nation are no longer accepted. Let's not deny the truth just for the sake of keeping your seat as Prime Minister.


For the love of this country and the people, I beg that you take responsibility for the defeat. We can save UMNO, the BN and the nation only if you relinquish your positions as Prime Minister and the President of UMNO.

Dato' Seri, I hope you will understand that I make this plea with the intention of salvaging a very dire situation. A move has been made to woo the BN representatives to join the Opposition. The enemy needs just 35 seats more to topple the government of your leadership.


If you do not resign in the near future, I fear that the situation will become untenable and that the Malay support for Umno and BN will be a thing of the past.


This plea I make without malice, and I am aware that your reaction and that of other UMNO members could very well be hostile.


But come what may, I am prepared, for the sake of the Malays and UMNO, to face the consequences of my action. With all humility, I leave my fate to Allah SWT.


Dato' Seri, I am sure that you will do the right thing for the sake of the people and the nation. May Allah SWT bless you for the sacrifice you make by stepping down.

Wasallam

Yours Sincerely

Mukhriz Mahathir
Jerlun Member Parlament

MYSON said...

saudara Meranti

sebelum tempelak PAS berkenaan Islam... tempelaklah UMNO dulu...

bukankah mereka(UMNO) pejuang untuk Islam di Malaysia ni?

janganlah nak menyalahkan PAS sahaja bila berbicara tetang Islam, apa yang UMNO dah buat sepanjang 50 tahun merdeka... adakah benar-benar Islam itu dijunjung?

Syed Imran said...

Rakan-rakan blogger berkata benar YB Mukhriz Mahathir ada mengutus surat kepada Pak Lah dan perkara ini dilaporkan dalam beberapa blog.
Saya percaya ia adalah betul.

Anonymous said...

I listened to a Penang UMNO
assemblyman on the news last night and
read it in The Star today:

“Call to scrap mega projects”

PENANG: The state Umno will “persuade”
the Federal Government to scrap all
the mega projects in the state in view
of the people’s clear rejection of
Barisan Nasional.

Since Penangites do not want
development, the Federal Government
should not force it on them, said
state Umno liaison committee secretary
Datuk Azhar Ibrahim.

He said that this was not Penang Umno
taking revenge “but we are actually
giving the people what they want”.

“They voted for change, so let us see
what the DAP can do,” he said after
the party’s emergency meeting at
Menara Umno yesterday.

Azhar, who is Penaga assemblyman, was
appointed the state Opposition Leader
at the meeting.

Meanwhile, Umno liaison committee
deputy chief Datuk Abdul Rashid
Abdullah hit out at the new
administration for its decision not to
practise the New Economic Policy
(NEP).

My take:

My dear Datuk Azhar Ibrahim, should
the Penangites exclude themselves from
paying income tax, road tax or any
other form of taxes to the Federal
Government as well? I think they are
more than happy to contribute to the
state government than the corrupted
Federal Government.

When you say things without thinking,
do not blame other people for calling
you an idiot. He even had the audacity
to say that it was not a revenge on
his part. If that wasn’t the case of
an ultimate sore loser then I don’t
know what that was.

For your information Datuk, the
majority of Penangites do not reject
development. They reject corrupt
governments. Why is it you people in
UMNO can’t see until now that
rejecting BN doesn’t mean rejecting
development? Rejecting BN crucially
means rejecting the corruption
rampantly exist within the system. Get
it?

Because of this damaging statement on
your part, there will be 2 outcomes:

1) You are depriving all people in
Penang from getting aid from the
Federal Government (be it pro BN or
anti BN)

2) You are projecting UMNO as owning
the Federal Government. When will UMNO
leaders learn that they do not own the
Federal Government? UMNO needs to wash
away this notion that they can do
anything they want. Federal government
should be the government to every
citizen of Malaysia regardless of
race, sex, political affiliation and
religion. Who gave you the damn right
to dictate what is good or not good
for the people? This notion was the
main reason BN fell in the recent
election. Assemblymen from the BN
forgot that the reason they got
elected was to serve the people. Not
the opportunity to amass wealth and
became arrogant.

Furthermore, Penangites, would heave a
sigh of relief if all mega projects
are scrapped anyway as the projects
ultimately benefit a few cronies of
the PM for instance, the second bridge
(UEM), PGCC (Patrick Lim Badawi),
Penang monorail (SCOMI), RapidPenang
(UMNO owned). So who are you trying to
kid? All what Penang need is an
effective, clean, efficient and honest
government leaders. Obviously, you’re
not one of them.

This galactically stupid assemblyman
from UMNO really does not know how to
make his mouth shut. Really. UMNO
leaders should learn not to say stupid
things or else they will lose more
supporters. As of now, my perception
that UMNO leaders are idiots with no
common sense is greatly enhanced.

by Charming Jerk

Anonymous said...

Pak Said,

Merujuk pada komen meranti,saya rasa komen ini datngnya dari orang yang tidak tahu realiti perjuangan,pemikiran jumud ,hanya boleh dengar dan baca media pemerintah,apa yang media hidangkan kepada mereka mengenai BR semuanya negatif dan apa yang media lapurkan mengenai pemerintah baik-baik belaka jadi "meranti" hanya mempunyai hanya satu jalur pemikiran dan tidak akan berubah ,

sedarkah meranti pelaksanaan hudud memerlukan perundangan nerara atau perlembagaa diubah,untuk mengubah perlembaggan memerlukan majoriti 2/3 , kerajaan PAS pada masa ini bukan pemerintah di peringkat pusat jadi pelaksanaan ini dikira mustahil dilakukan kerana kerajaan PAS diikat tangan.

saya rasa meranti hanya nampak hukun hudud ini hanyalah potong tangan...saudara meranti, hanya orang yang benar-benar bersalah sahaja dihukum itupun setelah melalui proses perbicaraan yang sangat teliti. meskipun seseorang didapati bersalah dia masih berhak mendapat pengampunan,berapa ramai rakyat Arab Saudi yang telah hilang tangan?

bacalah HARAKAH...atau harakahdaily.net

Anonymous said...

saya bukanlah orang yang bijak pandai nak bercakap pasal politik nih.. tapi nak jugak komen si mamat yang gelabah tak tentu arah nih..nampak sangat hati tu dengan jaki, orang penang bukan menolak pembangunan tapi dah jelak dgn pucuk pimpinan yang lepas..
pembangunan memang laa ada tapi tembolok sapa yang kenyang.
entah2 takut terkantoi kot & bengang tak akan dapat projek in future..!!

~rakyat waras~

Anonymous said...

meranti oh meranti..kenapalah cetek sgt cara berfikir. Open up your mind, Insyaallah Allah akan memberi hidayah