Thursday, March 13, 2008

Kit Siang mohon maaf kepada Sultan dan Pemangku Raja Perak


Orang kuat DAP Lim Kit Siang hari ini memohon ampun dan ma'af daripada Paduka Seri Sultan Perak dan Pemangku Raja Perak atas kenyataannya semalam yang berkata wakil-wakil DAP yang memenangi kerusi DUN Perak tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar baru dari parti PAS.


Sebaliknya, semua bakal wakil rakyat DAP akan hadir pada majlis yang akan diadakan petang ini dan mereka menerima perlantikan setiausaha PAS Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin selaku ketua kerajaan negeri seperti yang dipersetujui.


Kit Siang perlu diingatkan agar pada masa akan datang, jangan terlalu ghairah nak keluarkan kenyataan akhbar tanpa mengambil tahu tentang perkembangan-perkembangan terkini di peringkat negeri. Jangan bersikap angkuh.


Kit Siang juga perlu diingatkan bahawa tanpa kerjasama, sokongan dan tolak ansur rakan-rakan dalam Barisan Alternatif (BA) seperti Parti KeAdilan Rakyat dan PAS, belum tentu DAP boleh meraih kejayaan yang dinikmatinya sekarang, termasuk di Pulau Pinang.


Apa yang dilakukan oleh Kit Siang harus menjadi contoh dan teladan kepada pemimpin-pemimpin lain dalam BA agar keadaan tidak menjadi kelam-kabut dan membuka ruang dan peluang kepada musuh politik mereka untuk menyerang dan seterusnya menghancurkan kerjasama yang dijalinkan.

5 comments:

Anonymous said...

mungkin kita mintak dia duk diam jer... bior anak dia jer yg bercakap...

Pengundi DUN Hulu Kelang

Anonymous said...

I dont think LKS is sincere about apologising to Pemangku Raja Perak.
Actually he has given his arrogant statement and that was the message that he wants to pass to everyone.
Apologising is just a tactic and you will see he will do hte same move next time.

Anonymous said...

Hanya menunggu masa aje, mengikut logiknya, DAP akan pasti mendesak:-
1. Kenapa tak boleh ADUN bukan Melayu jadi MB?
2. Kenapa tak bolek MP bukan Melayu jadi PM? Sekarang dah lantik Timbalan CM/MB bukan Melayu, bila lagi nak lantik Timbalan PM?
3. Inikan Bangsa Malaysia,...semua kaum punya sama hak. Jadi, bahasa, budaya, adat-resam, kuasa...mesti sama!!( Dengar kata dalam lift Pejabat Kerajaan Pulau Pinang, dak hilang orang cakap Melayu. Lebih banyak kedengaran dailog Cina!! Soalan: bahasa dailek Cina boleh tak pakai dalam mesyuarat kerajaan???Kasehan Exco PKR/PAS/Pegawai Kerajaan yang dah kurang jumlah Melayu.)
4. Ini Malaysian Malaysia!! Kalau Singapore boleh isytiharkan sejarahnya bermula hanya dengan ketibaan Raffles, kenapa tidak Malaysia atau Pulau Pinang diistiharkan tarikh permulaan sejarahnya dengan kedatangan Francis Light?? Sejarah Malaysia yang Malaysian Malaysia akan diiktiraf bermula tanpa kerajaan Melayu Melaka, tanpa kesultanan Melayu,(seperti Singapura, fakta-fakta Kemelayuan itu semua dianggap sebagai lagenda) tanpa budaya Melayu, TANPA PAKSI MELAYU, ....semua sama rata, semua sama hak!!
Tunggulah!!

Anonymous said...

Cuna baca betul-betul so-called apology dia tu. Bukannnya genuine/ ikhlas.

Mereka cuma nak kuasa jangka pendek dan don't give a damn pasal sensitiviti, semangat setiakawan dsbnya.

Cukuplah terantuk sekali. Toksahlah lagi duk pakai DAP binawe ni.

Inilah parti yg jelas tidak menerima peruntukan perlembagaan tentang kedudukan istimewa org Melayu dan ugama Islam.

Dgn Raja Melayupun tunjuk samseng yang amat.

Anonymous said...

Dia dah melampau!!...

memang org melayu ada yang sokong DAP bukan untuk DAP kurang ajar dengan SULTAN'
jangan sampai orang melayu marah..
Dia harus ingat, orang melayu memang lain parti tapi bersatu hati..
Jangan di ulang sekali lagi

-mijan-