Thursday, March 27, 2008

Mungkinkah berakhirnya sebuah impian?










(Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas)
Sungguh mesra dan cerianya Idris Jusoh bersama-sama Patrick Lim (Patrick Badawi kata Tun Dr. Mahathir Mohamad). Baik untuk iklan ubat gigi cap Monsoon Cup. Err...siapa MB sebenar?

Pak Lah dan Idris Jusoh (gelaran datuk ditarik balik oleh Istana Terengganu?) mendengar taklimat (betul ke taklimat?) daripada Patrick Lim. Siapa yang benar-benar berkuasa di Terengganu?

Sungguh bergaya si Patrick posing di sisi helikopternya. Kaya betul dia, tapi dari mana datangnya wang yang sebegitu banyak? Ah... dah terang lagi bersuluh di "Terang anu". Banyak projek mega, maklumlah duit royalti minyak kan banyak.... tak tahulah sama ada masih berbentuk royalti atau wang ihsan? Kunci kira-kira ada kah? Negeri Terengganu dapat wang daripada hasil minyak dan gas tetapi ramai rakyatnya masih hidup dalam keadaan daif. Kenapa?

Foto dikutip daripada laman sesawang rakan blogger dari Kelantan Darul Naim, Shieh. Terima kasih Beb.

4 comments:

Anonymous said...

takapalah sekurang-kurangnya depa bagi 1 month notis dapatlah sebulan gaji, eloklah buat apa kerja dalam keadaan terpaksa yang rugi nanti rakyat perak kerana hangpa semua mungkin sabotaj program kerajaan negeri BR ,Biarlah BR memilih orang-orang yang betul-betul boleh berkerja untuk bangsa malaysia...selamat tinggal politik perkauman

Anonymous said...

Salam Pak Tuan,ketika pelaksanaan Monsoon Cup sedang rancak berjalan beberapa tahun lalu,ramai anak-anak Terengganu sejati berangan-angan dapat sedikit habuan darinya dalam bentuk kerja-kerja kontrak.Sahabat saya dari Terengganu yang mempunyai agensi periklanan di KL pun turut berharap tempias Monsoon Cup dapat dinikmatinya.Kebolehannya untuk melaksanakan kerja-kerja periklanan sama taraf dengan agensi-agensi periklanan bertaraf dunia.Namun setelah Monson Cup bermula sehingga sekarang,habuk pun tarak.Bukan kerja-kerja yang besar,malah kerja-kerja yang lekat celah gigi pun diberi kepada agensi dari luar Terengganu.Kata sahabat saya,kalau tidak ada connection dengan Patrick Badawi,pergilah main jauh-jauh.Anak Terengganu tak Terengganu!Saya sebagai rakyat yang sayangkan negara dan tanah air ini berharap agar orang Melayu bangunlah dan tolonglah bangsa sendiri yang sedang merangkak-rangkak nak belajar berniaga.Bagilah peluang kepada anak-anak sendiri yang berbakat dan bukan hanya menjadi manusia yang hidup di atas komisyen dan rasuah semata-mata.MB Terengganu yang baru dilantik hendaklah membantu rakyat agar peluang yang lahir dari Monsoon Cup dinikmati oleh anak-anak negeri Terengganu sendiri.Monsoon Cup sepatutnya bukan setakat menaikkan image Terengganu di mata dunia,malah ia wajib membuka peluang kepada anak-anak Terengganu untuk terlibat dalam penganjurannya dan bersama-sama memajukan ekonomi diri dan negeri tersebut.....

Syed Imran said...

Komen Anony 1:13 AM sepatutnya di bawah tajuk Ketua Kampung letak jawatan. Kesilapan teknikal (bunyi macam RTM pulak). Harap maaf.

al idruss said...

salam pak tuan, sbg sorang anak jati terengganu darul iman yg melihat development mega dari luar negeri terengganu, saya merasa amat lega dgn perkembangan terbaru yg ditakdirkan Ilahi sdg berlaku skrg. saya bukan anti establishment jauh sekali anti development tapi apakah jadahnya kalau habuan 'wang ehsan' disongsong oleh "the patricks'" be it 'lims', 'wans' or je sesuka hati mcm harta pesaka mak bapak diorang. nampak seakan2 hukum karma telah dijatuhkan kpd mereka2 yg beraja di mata bersultan di hati.