Saturday, March 15, 2008

Pemimpin UMNO Pulau Pinang jangan hipokrit!

Nampaknya para pemimpin UMNO Pulau Pinang, terutama yang tersungkur ditolak rakyat pada pilihan raya yang baru lalu, adalah manusia hipokrit. Kenapa sekarang baru nak terpekik terlolong macam si siamang kononnya nak pertahankan nasib orang Melayu?

Selama ini apa yang mereka buat?

Tanyalah orang Tanjong Tokong, orang Kampung Makam, orang Bayan Lepas, Telok Kumbar, Sungai Batu, Permatang Damar Laut dan Balik Pulau, dan orang Melayu yang beli rumah yang terbengkalai bertahun-tahun. Adakah pemimpin UMNO termasuk yang berjawatan timbalan ketua menteri dan exco tolong mereka?

Tanya Abdul Rashid, mantan timbalan ketua menteri yang ditolak rakyat, apa yang dilakukannya untuk menolong orang Melayu?

Apa dah jadi dengan projek perumahan kos rendah di Jawi dan tanya Abdul Rashid kenapa semasa berkempen, dia panggil para pembeli kononnya nak beri kunci rumah, tetapi ramai yang hadir takpun dapat kunci rumah. Projek itu dah terbengkalai 10 tahun dan majoriti pembeli adalah orang Melayu yang berpendapatan kecil. Di mana letaknya keadilan dan timbang rasa di bawah kepimpinan UMNO Pulau Pinang?


Kenapa hampir semua peniaga kecil Melayu yang berniaga di KOMTAR gulung tikar? Apa UMNO buat? Apa kerajaan BN buat? Apa Dewan Perniagaan Melayu yang sokong kerajaan BN Negeri buat?

Kepada Abdul Rashid, Azhar Ibrahim, Roslan Saidin, Musa Shake Fadzir, Jasmin Mohamed, Shabudin Yahya, Jahara Hamid, Arif Shah, Mahmud Zakaria, Syed Ameruddin (Matahari), Muhamad Farid Saad dan Helmi Yahya - tanya diri anda apakah sumbangan anda ke arah memajukan masyarakat Melayu Pulau Pinang.

Anda semua tentu tersentak dan terperanjat besar apabila rakyat, termasuk sebilangan besar pengundi Melayu, menolak BN. Anda semua terlalu leka dan selesa dengan kemewahan hidup sehingga menganggap bahawa rakyat akan terus menyokong anda semua.

Sekarang rakyat dah buat keputusan. Terimalah penghakiman rakyat. Buat kerja jangan buat karenah dan perkara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Insaflah akan kehendak Tuhan Yang Maha Berkuasa.


Ingatlah: Kita akan dibangkitkan di akhirat kelak dan akan dipertanggungjawabkan tentang semua hal dan perkara yang kita lakukan semasa di dunia ini.

13 comments:

DIN said...

tabik spring pak syed...
continue to fight the good fight.

p.s love your profile pic!

Anonymous said...

a'kum pak tuan, saya setuju sangat dgn apa yg dikatakan oleh saudara. Baru2 ini kita punya ibrahim saad pun bersuara tentang NEP dan hak orang melayu..peeerah masa dia jadi timbalan chief minister dia kebaih hak orang melayu. amanah yg di berikan pada dia, telah di sia2kan hinggalah dia bergelar Mr 10% atau 15%.Takut lah sikit brahim saad!!!orang penang tau hang sapa. Busuklah lu! Depa semua tak tau malu. yang depa suruh pecacai depa buat demonstrasi kemarin di penang tu adalah hanya utk kepentingan depa sahaja! Betul kata pak tuan, kita semua akan di bangkitkan di akhirat dan akan di persoalkan tentang semua yang kita lakukan . Ada hadith Rasul saw yg mengatakan bahawa tidak bergerak kaki anak adam sebelum dia menjawab 5 pertanyaan., dan dua daripada soalan tersebut adalah dari mana punca kekayaan (wealth) dan bagaimana cara kita gunakan nya. Selain itu sebagai bekas pemimpin mereka juga akan di tanya tentang hal keadaan rakyat yang mereka pimpin! oleh itu sedarlah wahai bekas2 pemimpin umno penang! jika perlu pulang baliklah hak rakyat yg hampa rampaih dulu. Bertaubatlah pada Allah. Jangan dok jadi HIPOKRIT!!.

Anonymous said...

salam encik syed. betul kata encik tentang mrk ni yg m'jadi hipokrit. bagi mrk yang hendak melakukan p'kare yg keji nie, ingatla yang setiap org munafik akan berada dlm/dekat level yang terendah/deeepest dekat neraka. rujukan: surah An-Nisa ayat 145. dats all. i agree wit you

Zukri Valenteno said...

Pak Tuan...

Seperti yang dok kata lah Pulau Pinang bukannya koman dengan pemimpin hebat, antaranya Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi.

Tapi masa Anwar dulu, apa dia buat untuk Melayu Pulau Pinang sedangkan dia Timbalan Perdana Menteri, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang??

Yang kita nampak dia kasi elok Matang Pauh, buat Menara UMNO Pulau Pinang dan satu dua projek. Tapi nasib Melayu Pulau Pinang ada ka dia bela??

Kalau dia dah bela dan Melayu Pulau Pinang tidak terpinggir, masakan depa dok keriau yang selama ini takdak siapa pun bela nasib depa.

Sian jugak Melayu Pulau Pinang...

Anonymous said...

a'kum Tuan,
Frankly, I think UMNO Penang now is so pathetic! Acting like 'koboi pencen'. I think they (especially the azhar fellow) should take up a hobby like knitting or something. Dr. Koh was in power for years, has he done much for the Penang Malays? For some UMNO-putra, yes. CM Lim GE baru masuk office seminggu lebih, dah expect the moon and the sky. Give the guy a chance.

- A fed-up Malay Penangite

Anonymous said...

Pak Tuan Syed Imran...

Apakah Perhimpunan Haram di perkarangan Komtar ini akan membibitkan situasi yang lebih ganas di masa terdekat ini?

Apakah ini yang benar-benar dimahukan oleh Melayu Pulau Pinang?

APAKAH INI DIRESTUI OLEH ABDULLAH HAJI AHMAD, PERDANA MENTERI?

Mengapakah Abdullah masih berpura-pura bagaikan tiada apa-apa sedangkan juak-juak dia sedang cuba mencetuskan hura-hara di Pulau Pinang?

Yang dia sibuk dok kutuk tindakan berani Mukhriz Mahathir, bagaimana pula dengan orang-orang dia yang cuba dok buat kekacauan di Pulau Pinang?

Kalau Hindu buat demo dia melenting, yang ni macam mana? Apakah dia akan serahkan pada sapa-sapa pulak tolong settle masalah di Pulau Pinang?

(1) Surat Ahli Parlimen Jerlun -- Hishammuddin Hussein diarahkan bertindak

(2) Sepanduk meminta Abdullah letak jawatan di Kuala Lumpur -- Noraini Puteri diarahkan selesai

(3) Masalah MB Perlis -- Najib diarahkan seselai. Abdullah buat janji akan selesai tapi Najib yang kena buat

(4) Kenyataan DEB di Pulau Pinang -- apakah UMNO Pulau Pinang diarahkan berdemonstrasi?

Kalau dah semua orang kena tolong selesai masalah yang dia sepatutnya selesai, dia ni dok buat apa?

Apa komen Pak Tuan?

Syed Imran said...

Saya percaya golongan yang hadir pada perhimpunan haram itu tidak tahu hujung pangkal isu yang berbangkit. Mereka ditakut-takutkan oleh pemimpin UMNO berkaitan satu dasar yang dah pun luput.

Orang Melayu Pulau Pinang sudah tentu tidak mahu hidup dalam keadaan yang menyusahkan seperti tiada ketenteraman awam dan huru-hara.

Benar, Pak Lah telah gagal sama sekali sebagai seorang pemimpin bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di Malaysia. Sebab itu dia cuba selesaikan masalah secara proksi.

Desakan demi desakan dibuat meminta dia meletak jawatan. Tetapi, dia enggan berbuat demikian sebab jika dia letak jawatan, maka gelaplah masa depan bukan sahaja anak menantunya tetapi semua kroninya.

Pada satu ketika dahulu, saya adalah salah seorang penyokong kuat Pak Lah dan UMNO. Pada tahun 1970-an, saya pernah menjadi ketua pemuda UMNO Kelawai, ketua penerangan cawangan, ahli jawatankuasa Pemuda Bahagian Jelutong, ahli jawatankuasa Biro Penerangan bahagian dan ahli jawatankuasa Biro Buruh bahagian. Saya juga pernah menjadi anggota perwakilan perhimpunan agung.

Kini, saya tidak dapat menerima pendirian dan kepimpinan Pak Lah. Sebab itu saya menyokong desakan supaya dia letak jawatan.

Anonymous said...

Tuan Syed

Betoi kata En Zukri kita, kalau nak tolong orang melayu pulau pinang, dah lama dah pemimpin2 umno boleh tolong, sebab kita punya TPM and PM, tapi nasib org melayu masih duk macam tu.

Ingat tak kisah TDM teguq masa dia lawat Penang dulu tu, apa kisah dan kesudahannya?

Apa yang Tuan Syed nampak selepas teguran tu!

Ada perubahan atau masih macam tu?

nani
Big Apple

Syed Imran said...

Teguran tinggal teguran. Kalau Nani balik kampung dan tinjau keadaan antara Tanjong Bunga dan Telok Bahang, sedih sangat.

Kehijauan yang ada, iaitu bukit bukau yang berhadapan pantai, telah dan sedang diterokai atas nama pembangunan. Tanah runtuhpun dah berlaku sehingga air laut bertukar warna semacam teh susu pekat.

Jangan terperanjat jika satu hari kelak, ada manusia yang akan menjadi mangsa tanah runtuh. Sesuatu yang tidak termimpi akan berlaku sekiranya bukit tidak dibotakkan untuk membina kediaman mewah. Sepanjang hidup saya selama ini, belum pernah berlaku tanah runtuh sehinggalah pokok ditebang untuk membina kediaman mewah atas kelulusan kerajaan BN.

Dulu, kalau sebut bah (banjir), orang akan ingat kawasan sekitar Sungai Pinang, Caunterhall, Perak Road tapi sekarang kawasan yang tidak pernah bah pun dah bah. Semuanya berlaku atas nama pembangunan yang tidak dirancang dan dilaksana dengan betul dan mengambil kira faktor alam sekitar.

Kampung saya di Kelawai yang tidak pernah bah pun dah kena musibahnya.
Kampung itu kini dikelilingi oleh kondominium pencakar langit termasuk antara yang termahal di Penang (satu unit melebihi RM1 juta). Jalan dok macam tu, tak dilebarkan atau ditukar menjadi laluan sehala, akibatnya sesak dan huru hara.

Bila balik kampung, nak lintas jalan kini merupakan satu perjuangan.

durianganja_joe said...

Ada lagi nak cerita tanya la Perniaga-perniaga yang beli unit Bazaar Perdana, Bandar Perda, Bukit Mertajam yang dibina oleh Syarikat Musa Shiek Fadzir telah menjadi satu projek Gajah Putih bukan nya tolong orang Melayu tetapi menindas lagi ada, Isu dah belarutan lama sampai dah panggil Karam Singh Waliya 3 kali pun tak jadi apa, Dah mesyuarat dengan Ariff Shah pun tak jadi apa, Kepada Musa Shiek Fadzir jangan la dok cakap pasal DEB atau perjuangan Melayu sesungguhnya Anda adalah pengkianat bangsa Melayu dan perompak duit orang Melayu. Jarak MPSP dengan Bazaar ini dalam 200M saja depa yg dok kat MPSP pun tak boleh pakai semua jenis makan duit kena tutup mulut, pemilik unit ini asyik kena bayar duit cukai, Orang-orang Bukit Mertajam boleh
mai la tengok apa dah jadi dengan projek ini. Saya Mengharap sangat Kerajaan Pulau Pinang yg baru ini menyiasat projek ini dan menghukum
mereka yang bersalah.

Anonymous said...

hahaha buat lawak... demo melayu penang ??? tok sah tipu laa

patutnya , tajuk ditukaq , demo mamak umno kat penang.. baru betui..

laa ni , ameno dah tukaq nama dah, United Mama Nana Organisation. apa taknye, yg berlambak pii demo tuu , byk yg keturunan mamak , melayu celup . lps sembahyang , berdemo pastu pekena nasi kandar Kassim , kekekek ayam seketui , daging seketui , kobis ngan telur dadar, upah lumayan rm80... makan sakan laaa

Anonymous said...

Depa nak buat yang lagi besaq punya perhimpunan....20 hb nih.

Dah tadak kerja, yang ni la depa dok buat. Hutang gantung poster pun tak bayaq bayaq lagi.

Anonymous said...

Salam semua,

Demontrasi depa ni HALAL ka HARAM, ada PERMIT ka, Kalau takdak permit semboq la dengan water cannon tu. Apa FRU tidoq ka.....

Apa rasa bila dah jadi pembangkang? Nak bela kaum melayu konon, dulu pun melayu penang depa buat tak pandang lansung.

La ni nak membela konon... PIIRAH MABUK....