Friday, March 14, 2008

Dr Md Isa Sabu MB Perlis ganti Shahidan Kassim

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan undi Bintong, Perlis telah mendapat perkenan Raja Perlis untuk menerajui Kerajaan Negeri selaku Menteri Besar.

Perlantikan Dr Md Isa Sabu tidak memeranjatkan berikutan mantan MB Shahidan Kassim tidak mendapat perkenan Istana.

Ada pihak yang meramalkan bahawa politik Perlis yang hanya mempunyai tiga bahagian UMNO itu akan berkocak, bergelora dan lebih bercelaru.

Kepada orang UMNO dan penyokong Shahidan Kassim, terimalah keputusan yang dibuat itu dan sebagai umat Islam, tak kiralah sama ada pengikut Wahhabi atau tidak, terimalah takdir.

17 comments:

Anonymous said...

Kuda Ranggi


Saya baca lagu ni. Kalau Pak Lah tak reti nak handle this Perlis fiasco, maka akan bertambahlah marah orang kat dia.

Sekurang-kurangnya 3 Bahagian Umno -- Kangar, Arau dan Padang Besar akan mencari saluran untuk menunjukkan kemarahan mereka -- Petisyen Untuk Perdana Menteri Letak Jawatan Segera.

Sudahpun ada gerakan yang dimulakan di Kuala Lumpur dan sedang merebak ke seluruhan bahagian-bahagian Umno supaya menyokong rentak Mukhriz Mahathir.

Antara yang terbabit dengan gerakan ni ialah bekas penolong setiausaha pemuda umno raof jusoh yang selalu mendakwa diri sebagai "party operative". Ada juga seorang yang bergelar kapten bersara...

Kita sudah pun melihat beberapa sepandok berkibaran di sekitar kawasan strategik di kuala lumpur dan meminjam kata mat salleh, "this is the tip of the ideberg".

Mampoih lagu ni....Dalam diam tak diam ada pulak seorang bekas menteri kanan sedang memandang beberapa ahli parlimen di sabah dan sarawak untuk menyertai parti mereka.

Ganjaran yang ditawarkan amatlah lumayan dan mengetahui "mata duitan" kawasan-kawan kita air liur mereka mungkin meleleh menimbangkan jumlah ganjaran yang ditawarkan, bermula dengan RM 10 juta.

Ini semua untuk menghakis majoriti mudah BN di Dewan Rakyat dengan tujuan agar kerajaan persekutuan pimpinan BN akan tumbang dan bertukar tangan.

Setelah dimulakan oleh Mukhriz semalam, maka saya rasakan momentum ini akan beroleh gelombang. Akhirnya Abdullah Haji Ahmad perlu berbuat sesuatu untuk menyelamatkan UMNO dan BN, BUKAN diri dan keluarganya lagi!!

Episod terkini di Perlis akan memberi tekanan lagi kepada Abdullah dan saya merasakan inilah masanya untuk kita rakyat semua melihat apakah substancenya Ahli Parlimen Kepala Batas dalam menghadapi krisis politik ini.

Che Dan tidak perlu bimbang. Kalau rezeki tidaklah ke mana....Sabaq Che Dan...

Nampaknya pusingan 1 Che Dan menang dan MakDi kalah dan pusingan 2 ni Che Dan pulak yang kalah pasai Radzi berjaya boh orang dia dan tarik kerusi MB daripada bawah idong...

Anonymous said...

Pak Tuan...

Terbaru dari Alor Setar...

Beberapa bahagian Umno yang calon depa tersungkoq -- Pokok Sena, Kuala Kedah, Pendang, Padang Terap, Baling, Kulim-Bandar Baru, Sungai Petani dan Merbuk dah sepakat untuk menyokong Ahli Parlimen Jerlun untuk mendesak Pak Dollah resign! Jerai tak tau lagi...Kubang Pasu dok berdebaq tak tau nak buat macam mana mentara Langkawi Ahli Parlimennya tak mau pasai dok harap jadi menteri penuh pasai ramai dah dpd Kedah punah!

Macam Anon 5.31pm kata di Perlis dah ada 3 bahagian...KALUT LA MACAM NI...KALUT!!!

Apakah akan berlaku tsunami politik ke2 dalam masa terdekat ni??

MCA, Gerakan dan MIC dah terang-terang tak mau jawatan kabinet kerana depa kata tak mau lagi bersekongkol dengan Dollah dan ini membuahkan bibit-bibit kehakisan kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kempimpinan orang tua tu...

Komen Pak Tuan???

Din Simpang Kola
(seluloi dok gebang sambey pekene teh susu lembu kat Rest Nasmir)

Syed Imran said...

Din Simpang Kola,

Beberapa sepanduk telah muncul meminta Pak Lah letak jawatan.

Satu gerakan besar-besaran sedang disusun untuk mendesk Pak Lah berundur.

Saya angkat topi kat Mukhriz Mahathir kerana dia bukan manusia hipokrit yang depan cakap lain dan belakang cakap lain. Dia konsisten dalam pendiiannya.

Anonymous said...

Ambo pulok ingat cam ni.
Si Mr. Sleep tu tengah mamai.
Dia tengah beriya-iya mengata dan mengutuk Geng PAS/DAP/Keadilan yang tak hormat Yang Dipertua Negeri Penang dan Raja Selangor.
Oi kengkawan, orang kampong dan orang bandar tahukah kita semua PM Lena ni pun patut dihukum gantung sambil lena kerana menderhaka kepada Raja Perlis. Tuanku bekas Yang DiPertuan Agong tu baru saja bertitah tak mau kat Menatang Shidan tapi dia Pak Lena tu nak lantik jugak. Sama la Pelena tu. Dia ni nak gila kot. Mari la kita sokong sesama sendiri. hehhh

Ku Li said...

Kalau rasa dah tak buleh handle tu, berenti sajalah..Pak Lah! Bagi chance kat orang lain pulak.. Bawak Jane pi honey moon lagi baguih..mana la tau, kot-kot Khairy boleh dapat adik ipaq baru sorang lagi..

Anonymous said...

Shahidan Kassim Baba nak tunggu apa lagi? Kalau Raja dah tak nak hang, hang nak jadi MB negeri mana? Kena mintak tanah dekat Raja Siam la.Episod ini jelas menunjukkan kepada mereka yang faham politik Melayu bahawa gelombang nak mengubah kepimpinan negara bukan hanya datang daripada kalangan ahli politik,malah pihak istana pun dah mula menolak Pak lah. Terengganu pun dalam kedudukan yang sama.

Sebagai anak jati Perlis,saya tidak mahu lagi lihat muka Shahidan Kassim Baba sebagai MB.Dia perintah Perlis macam Perlis tu keluarga Kassim Baba yang punya.Sampai orang Perlis sendiri buat cerita lawak tentang Shahidan ni.Kononnya kalau sang semuat yang sedang bawa seredak biskut nampak Shahidan Kassim Baba berdekatan dengan sarang depa,sang semut akan cepat-cepat sembunyikan seredak biskut tersebut sebab kalau dia nampak,dia akan rampas seredak tersebut.Itulah gambaran betepa rakusnya Shahidan Kassim Baba ini.Orangnya perongos dan tidak suka kalau ada anak Perlis yang lebih pandai dari dia tambah-tambah lagi yang berkelulusan lebih tinggi darinya.Saya sokong seratus peratus lantikan yang dibuat oleh Raja Perlis dan menyeru anak-anak Perlis yang berakal dan bijaksana dan bijaksini melihat kezaliman Shahidan Kassim Baba.Jangan kerana wang rm10,rm20 yang dia tabur,kita anggap dia macam Robinhood pula.Renungkan kisah Ali Baba Bujang Lapok,apa jadi kepada Kassim Baba.Pak Yet-Pak Yet dia yang diketuai oleh Hashim Suboh semuanya tunggu projek dan peluang nak gemukkan diri.Entah-entah depa ni semua ada bini di Hatyai kot?

Anonymous said...

Ambo baca lagu ni. Shidan dah tak dak idea nak perintah Perlis..Raja Perlis minta idea baru dari orang baru ( bekas guru, yang mengajar sebelum ni di Perlis saja ) Pak Lah tak sokong.

Budaya jumud Perlis ni dibawa oleh Shidan semasa dia perintah perlis .. Perlis untuk orang Perlis. Bila kita tanya tok nenek ada yang jawab dari Setoi.

Anonymous said...

Perkembgn politik d perlis sebenarnya satu gerakan politik oleh pihak2 tertentu atau memang kputusn istana?
-myz-

Anonymous said...

Tuan Syed,

Shahidan Kata dia adalah wakil yang sah dari Be end telah mendapat watikah dari PM tetapi YAB Md Isa Sabu telah mendapat watikah dari Raja Perlis sapa lebih power ,PEE EMM.. ke Raja Perlis.

Shahidan kata lagi YAB Md Isa bukan mewakili Be End dan mengesa group yang menyokong Md Isa keluar Be End,termasuk Radzi Sheikh Ahmad,Syed Razlan termasuk Raja Pelis sendiri kena jadi pembangkang.


anak Perlis KL

rastom said...

Kesian kat Aruah Pak Sheikh dengan aruah Penghulu Japaq Hasan.

Syed Imran said...

Raja dah tak suka. Undur sajalah. Macam mana nak buat kerja kalau Raja tak suka?

Jawatan MB bukan milik kekal sesiapapun. Giliran Shahidan Kassim mungkin dah berakhir. Akurlah.

Kenapa Shahidan begitu ghairah nak kekalkan jawatan itu? Atas sebab-sebab tertentukah? Entahlah.

Zukri Valenteno said...

Pak Tuan Syed Imran...

Saya berpendapat sekiranya Raja tidak perkenan calon Menteri Besar maka kita hendaklah akur dan mengikut keputusan itu, walaupun ianya pahit hendak diterima.

Nak buat macam mana Che Dan? Dah orag tak mau, tak payah la kita dok sua muka lagi. Che Dan pun kemaih jugak, bukan nak rebah kalau kena tolak pun, bukan ka?

Kalau dok ugut2 nak ambil tindakan atau ingin menyanggah Istana Kenangan Indah...saya ingat tak payah la, cukup la setakat ni. Che Dan pun ok dah kan?

Takpalah...kalau sebelum ni Perlis ditadbir oleh MB yang berpendidikan sehingga taraf Sarjana (Masters in Urban Development, TheHague) maka hari ini Tuanku dah pilih MB yang berpendidikan Doktor Falsafah.

Saya merasakan Perlis akan lebih hebat selepas ini. Tahniah kepada Raja Perlis!! Tuanku pun bukan sebarang pendidikan, graduan Sandhurst la katakan.

Bagaimanapun, naluri saya berkata antara mercu yang akan timbul di Kangar selepas ini ialah Restoran Lotus yang agak terkenal di Kuala Lumpur.

Aci kerat jari kalau Lotus tak bukak sebuah di Kangar, dalam usaha untuk menyemarakan ekonomi di Perlis. Kita tengok la nanti...


Warga Perlis (1985-1988)
Pernah jadi Pewarta Bernama Kangar

Anonymous said...

eIIH pAK tUAN
SEMAkIN rAMAi DI KWS. uTARA yANg BERAnI PAKAI gELARAN dr., "dR." hOMEOPATHY KE, kalau Ph.D (Pilled Higher and Deeper/Doctorate/Doktor Falsafah) ? nampak macam menipu sahaja, Oh ya UUM dan UMP ada kat area tu. Aku yang tengah bergelut utk dapatkan itu pun macam-macam cobaan. Dulu Md Isa Sabu(Bukan Mat Sabu) guna Hj. Md Isa Sabu, sekarang Bang Dan pun ada gelaran Dr., Isa Sabu pun ada Gelaran Dr., macam cerita Labu Labi " kau ada sekeping gambar aku pun ada sekeping gambar......!"Dr. Labi and Majisteret Labu. Senang bebenor deme dapat gelaran tu, nampaknya macam kes Rahman Ariffin yang buat Master kat UUM tu juga. Adalah malang bila tahap Akademik boleh dibeli, malanglah lagi orang kampong percaya sakan. Harus disiasat perjalanan akademik mereka, di mana First Degree,Master n Doctorate

FactFactor said...

Wahai Shahidan Kassim, nape la ngan u ni, udah istana tak suka u, undur je la ye. Jadi la profesional jangan emosional. tarik balik la kata-kata u sebelum ni yang ada unsur-unsur menderhaka pada Raja. U jangan ingat negeri ini u punya, ini perlis di bawah kedaulatan Raja.

Anonymous said...

Shahidan ni suka perlekeh orang di khalayak ramai. Mungkin ini balasan Allah kat dia. Kalau duit yang dia dok huloq tu pun bukan duit dia. Dia tukang sampaikan duit tu saja. Sapa buleh caya kalau tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan dok jamu makan, bagi hadiah dan duit kat beratus orang. Kontrak dalam Perlis semua agih kat adik-beradik dia. Tengok projek tepi sungai belakang market tu. kedai-kedai tepi tu tak semena-mena terbakaq. tup-tup naik dataran tepi tu.

Bomme said...

Shahidan tu gangster kalau korang nak tau..aku dok P`lis aku pon tau...tukar ja.btul kata Radzi..kat sini xdak pembangunan pun...nak masuk melabur pon kena share saham..gila punya keja..sampai bila nak membangun..kalau dia kata jangan dekati munafik..sebanatnya dia yang munafik...cakap tak serupa bikin...pastu senag2 nak label mat isa bukan BN gila apa....yang orang dok sokong dia tu sebab duit ja..senag dapat projek...Mashuk konon..habis rakyat perlis ni melopong..kilang apa pon xdak...Shahidan Bodo...!!!!

Anonymous said...

saya mahu kesahihahan berita md isa sabu berkahwin lagi. khabarnya dengan marziana puteri umno, dan isteri barunya dah kena serang dengan isteri pertama. jika betul,tahniah datuk seri! semoga kasih sama rata dapat diberi untuk kedua dua isteri