Tuesday, March 04, 2008

PM Abdullah: We've not been sleeping













11 comments:

Anonymous said...

ZZZZZZzzzzzzzz.....

Anonymous said...

Ini bukan superimpose... real punya beb...

Anonymous said...

Pak Tuan,

Mintak maaf sebab topik saya agak melencong skit, akan tetapi masih mengenai Abdullah Haji Ahmad.

Ni pasai dia kata UMNO tidak campur tangan dalam penentuan siapa ketua menteri pulau pinang. kenyataan dibuat beberapa jam yang lepas. Dia kata umno tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah parti komponen.

Abdullah adalah benar apabila berkata bahawa umno tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah parti komponen, dalam ertikata lain "lu punya parti lu punya hal lah, umno luorang jangan sibuk". Akan tetapi kadangkala kita juga kedengaran bahawa umno sebagai Big Brother pernah mencampuri urusan pemilihan pemimpin dalam parti-parti komponen seperti yang didakwa berlaku dalam MCA dan MIC seketika dahulu. Hari ini mungkin tidak kerana umno begitu self-absorb dengan hal dalaman lantaran tindak tanduk setiausaha agung yang lebih cenderung kepada memusnahkan parti sendiri.

saya ada beberapa persoalan.

pertamanya ialah bila pulak urusan perlantikan ketua menteri sesebuah negeri menjadi urusan eksklusif sesebuah parti? rasionalnya adalah jawatan ketua menteri pulau pinang secara langsung mempunyai bearing kepada kepentingan umno di pulau pinang, bukan ka? siapa yang memberi hak kepada sesebuah parti komponen untuk menentukan siapa layak dan tidak layak menjadi ketua menteri di pulau pinang. bilakah dan di manakah termaktubnya jawatan ketua menteri pulau pinang adalah hak lahiriah sesebuah parti komponen? adakah perkara ini termaktub dalam perlembagaan atau undang-undang tubuh sesebuah kerajaan negeri?

sekiranya ianya tidak bersifat constitutional akan tetapi lebih kepada conventional, bermakna konvensyen justeru ianya adalah lebih bersifat berperundingan, atau consultative, bukan ka?

secara konvensional jawatan ketua menteri pulau pinang adalah disandang oleh parti gerakan akan tetapi dari segi konvensional umno sebagai parti teras di negeri dan persekutuan mempunyai hak untuk bersuara, bukan ka?

saya berpendapat bahawa jawatan ketua menteri pulau pinang, walaupun dipercayai dikontrakkan kepada gerakan, adalah ditentukan oleh perdana menteri sebagai pengerusi barisan nasional malaysia, bukan ka? begitu juga dengan jawatan-jawatan setaraf dengannya, iaitu menteri besar dan ketua menteri di melaka, sarawak dan sabah.

perdana menteri tidak boleh melepas tangan atau mencuci tangan dalam soal perlantikan ketua menteri atau menteri besar di mana-mana negeri di negara ini, bukan ka? dan semestinya seseorang perdana menteri tidak boleh berkata beliau tidak campur tangan dalam urusan perlantikan ketua menteri pulau pinang.

sekiranya beliau bersifat demikian maka nasib umat melayu pulau pinang akan terus terabai sepertimana mereka telah terabai sejak 1969 dan berterusan apabila anwar ibrahim menjadi timbalan perdana menteri pada 1993 dan apabila abdullah haji ahmad menjadi perdana menteri.

perkara kedua yang saya ingin utarakan ialah adalah sesuatu strategi politik yang kurang cerdik di pihak gerakan yang tidak menamakan calon ketua menteri semasa kempen pilihanraya umum kali ini. nyata pemangku presidennya tidak bijak berpolitik berbanding dengan para pemimpin gerakan yang terdahulu.

hakikatnya gerakan adalah parti politik yang pertama di negara ini yang menamakan calon ketua menteri pulau pinang pada pilihanraya umum 1969 semasa mereka menunjukkan kepada wong pow nee. strategi itu berjaya.

strategi itu diikuti oleh pas semasa menamakan nik aziz sebagai menteri besar semasa pilihanraya umum 1990 dan pbs di sabah menamakan joseph pairin kitingan sebagai calon ketua menteri sabah pada pilihanraya yang sama.

sewajarnya gerakan lebih bijak. namun hakikatnya tidak.

Anonymous said...

Pak Tuan,kalau orang biasa posing macam dalam gambar ni,memanglah orang tu sedang tidoq dilamun mimpi.Tapi kalau pemimpin Islam hadari yang buat macam tu, tentulah dia sedang pikiaq macam mana nak majukan negara.Cakaplah apa pun,last-last sekali orang Melayu pilih dia jugak untuk tidoq di khalayak ramai....Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia.Guna mata hati untuk memilih dan jangan buta hati!!!

Anonymous said...

Pak tuan...

apa pendapat pak tuan disaat-saat akhir ni dakwat hitam tak diperlukan ....begitulah yg dilapurkan oleh raSHIT....he hehe

Unknown said...

Terima kasih. Ya, saya akan ulas mengenai isu Ketua Menteri Pulau Pinang dan pembatalan penggunaan dakwat hitam.

Anonymous said...

tidurlah wahai permaisuri....

Anonymous said...

just to share

http://www.freelittlebrain.blogspot.com/

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Pak tuan ..

teringat masa sekolah dulu ...kalau tertidur dalam darjah cikgu lempaq dengan pemadam papan hitam ..tu dia ehhh...terkejut beruk aku ...heheh

Anonymous said...

tak baik kutuk PM mcm tu
tugas seorg PM tak semudah kerja seorang kerani, doktor atau pn cikgu....
ditangan seorang PM adalah masa depan semua org tanggungjawab yang di pikul tak semudah yang awak sangka..
PM manusia biasa yang perlukan rehat....
awak tidur lena
tapi PM kita berjaga pikirkan mcm mana nak bolehkan kita terus bernafas dengan lega diatas bumi malaysia yang makmur....pikir2 kan..
sesungguhnya kita harus bersyukur kerana di kurniakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat...percayalah hanya allah yang tahu apa yang terbaik untuk setiap manusia dan insyallah pak lah adalah yang terbaik untuk kita semua.