Sunday, March 23, 2008

Monsun melanda Terengganu

Terkini: Ahmad Said dipecat daripada UMNO. Tetapi, seperti yang ditimbulkan oleh seorang pengulas dalam blog ini, bila Lembaga Disiplin UMNO bersidang dan memecat Ahmad Said. Ataupun bila Majlis Tertinggi menurunkan kuasa itu kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. Keputusan pemecatan Ahmad Said boleh dicabar di mahkamah.



Musim monsun (tengkujuh besar) dah mula melanda Terengganu. Ketibaan monsun kali ini jauh lebih hebat daripada apa yang pernah dilalui oleh rakyat Negeri Darul Iman, sama ada semasa di bawah pemerintahan PAS ataupun Barisan Nasional.

Monsun kali ini juga mengatasi 'populariti' Piala Monsun (Monsoon Cup) yang diilhamkan oleh Patrick Lim (Patrick Badawi kata Tun Mahathir).


Macam-macam 'bencana' dibawa oleh monsun kali ini. Bencana paling besar membabitkan 'perang yang tidak dingin' antara UMNO dan pihak Istana.
Ada pihak di Kuala Terengganu berkata ia adalah antara Idris Jusoh dengan pihak Istana.

Isu pokok ialah perlantikan Menteri Besar untuk mengetuai Kerajaan Negeri selepas kejayaan BN dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu. Kini dah masuk hari ke-15 negeri yang kaya dengan hasil minyak dan gas itu tanpa ketua kerajaan yang 'sah'.

Kuasa untuk melantik MB terletak pada Istana. Itu cukup jelas. Pihak Istana boleh memilih sesiapa sahaja yang terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti yang memenangi kerusi terbanyak. Itu kuasa Istana.


Dari segi politik, ketua parti yang menang boleh mengemukakan nama, tidak semestinya hanya satu nama, kepada pihak Istana untuk dilantik sebagai MB. Dalam hubungan ini, BN atau sebenarnya UMNO, hanya mengemukakan nama Idris Jusoh, seorang calon yang tidak diterima oleh Istana.


Oleh itu, keadaan menjadi buntu mengakibatkan Terengganu dilanda monsun, iaitu lebih awal daripada sepatutnya. Monsun ini bukan monsun biasa, ia adalah monsun luar biasa.

Adakah Idris dan penyokongnya yang diketuai oleh Rosol Wahid menderhaka kepada raja? Dari segi adat dan adab Melayu, mereka menderhaka kerana mengengkari titah perintah Istana.

Dalam pada itu, saya agak hairan kenapa Peguam Negara (yang saya percaya bijaksana) perlu mengeluarkan kenyataan yang 'mengaitkan' Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Abdul Gani Patail, anak Sabah yang agak asing dengan adat istiadat dan adab Melayu Beraja, telah 'menjelaskan' apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Baginda.

Perbuatan Gani itu memberi gambaran yang jelas bahawa SPB Agong terlibat dalam krisis di Terengganu apabila beliau menyatakan bahawa sebagai SPB Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin melepaskan semua kuasa Baginda selaku Sultan Terengganu melainkan yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Persoalannya, kenapa perlu mengeluarkan kenyataan akhbar apabila ia berkaitan dengan SPB Agong?

Bukankah lebih baik, lebih terhormat, lebih sopan dan lebih santun bagi Peguam Negara untuk menghadap SPB Agong dan memaklumkan kepada Baginda apa-apa sahaja perkara yang perlu diketahui oleh Baginda?

Apakah perlu mendedahkannya kepada umum melalui satu kenyataan akhbar?

Bangsa Melayu terkenal dan disanjungi kerana budi bahasa dan adat resam yang cukup indah dan mulia sejak zaman berzaman. Kenapa ia harus dinodai sebegitu rupa?

25 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Tuan Syed,

Ini membuktikan bahawa nafsu menguasai segala-galanya. Kerana nafsu ingin terus berkuasa,semua adat dan susila diketepikan. Wahai Idris sedarlah bahawa istana adalah institusi tertinggi agama dan adat, maka patuhuilah keputusan yang dibuat.Janganlah kau cuba menjadi manusia yang tidak beradat dn gila kuasa. Sedarlah sekali pun kau dilantik semula sudah pasti hubungan baik kerajaan terenganu dengan istana, yang amat diperlukan, tidak akan terjalin. Pentadbiran negari pasti tidak sehaluan dan akan timbul banyak masalah. Sayangilah rakyat terengganu. kau ni Idris betul-betul tak tau mala. Orang dah tak nak kau blah lah tak fham faham lagi. Hidung tak mancong pipi tersorong-sorong.

Anonymous said...

tu la.... dulu dok kata si Lim Kit Siang... la nie, depa lak buat... errrr... ahli UMNO tak demo ke?? org UMNO sendiri derhaka pada istana..... camne citer lak nie?? errrrgghhhhhhh.. pening...

Pengundi DUN Hulu Kelang

Anonymous said...

pak syed.
bakal mb ahmad said dikatakan bukanlah seorang yang bersih dan baik serta dikatakan ada banyak 'kes'.

mungkinkah secara tersiratnya dengan memilih ahmad said, sultan terengganu ingin memberi isyarat bahawa idris jusoh adalah lebih teruk berbanding ahmad said.

Anonymous said...

apadah jadi pak tuan, terengganu, mat said dah dikhbarkan menjadi menteri besar terengganu tiba-tiba telah dipecat dari UMNO,bila jawatankuasa disiplin UMNO bersidang?

Boleh macamtu je pecat orang, itu mat said ketua bahagian kalau ketua cawangan camne agaknya ye...

Orang UMNO terengganu tak tunjuk perassaan ke kerana puak-puak deris ni dah menderhaka kepada raja...berarak le di jalanraya

Syed Imran said...

Ketiga-tiga ulasan di atas memang kena dengan apa yang berlaku di Terengganu. Rakyat dah pening, dah bosan dan dah jelek.

Semasa di Kuala Terengganu, antara lain saya sempat mendengar buah fikiran seorang doktor perubatan, seorang mantan askar, seorang pensyarah pusat pengajian tinggi dan seorang pembantu tadbir.

Mereka tidak gemar dengan apa yang sedang berlaku dan, percayalah, semua mereka tidak bersetuju dengan tindak tanduk Idris Jusoh.

Saya dimaklumkan bahawa di Terengganu wujud sejenis wabak penyakit yang cepat merebak iaitu JE, bukan penyakit bawaan khinzir seperti yang pernah menggemparkan Negeri Sembilan, tetapi Jusoh Enterprise.

Saya tidak mahu memperkatakan apa itu JE Terengganu tetapi ada penawar yang dapat mengubati wabak itu. Pihak Istana Terengganu mungkin sedar tentang wabak itu dan sebab itulah seorang MB baru dilantik.

Idris Jusoh ada penawarnya, iaitu menarik diri sebagai calon MB, itu saja.

UMNO mesti cari jalan keluar dan menghormati pendirian Istana.

Jika masih buntu, adakan pilihan raya semula, saya percaya rakyat akan memihak kepada PAS, bukan UMNO.

FactFactor said...

umno sekarang sudah makin kurang ajar!!!!
dah derih tu istana tak suka, propose la nama lain.. nape la degil sangat..

kes kat perak pandai lak cakap orang derhaka, kurang ajar etc.. siap buat demo..

kes sama kat trengganu ni, senyap jek.. derih jusoh dah makin besa kepala

sbg perbandingan, tganu ade hasil minimum 800juta setahun.. kelantan tak ada apa2 dr minyak.. tapi tengok la, cuba gi kat kb and compare ngn k.tganu, yg mana maju

mana pegi hasil tahunan (minimum 800juta) tu? dah ler ranking tganu jatuh dr no 5 termiskin jadi no.2 termiskin.. rakyat tganu bukan ramai mana pun compare tu kelantan

pikir2 kan la..

ahmad said di katakan akan di siasat BPR (btul tak btul tak tau lagi..) , tu le tradisi umno, semua kes org2 dia ade ditangan pemimpin, cuma nk lapor taknak lapor je.. kata la ahmad said tidak di lantik sbg MB, maybe tak timbul kes2 bpr ni..

Anonymous said...

Kalau UMNO berkeras hendak memaksakan istana menerima Idris Jusoh, UMNO akan otomatik hilang kelayakaqn sbg jaguh Ketuanan Melayu dan kelangsungan institusi Raja Melayu.

Bila hilang kelayakan dan kredibiliti ini, UMNO tak boleh lagi berkokok di seantero Tanah Melayu/ Nusantara ini dan mendabik dada parti itulah jagoan. Ketika rakyat tambah muak dan mual, munglin mereka akan beramai-ramai beralih angin ke PAS atau PKR ataupun membebaskan diri mereka dari hegemoni penjajahan pemikiran UMNO.

Kalau perlu, orang-orang Trengganu cuma tunggu masa yang paling tepat untuk mengajar cukup-cukup UMNO zaman ada Had ada hari yang hilang kredibiliti, tersangat kurang ajar bodoh sombong dan lupa diri ini.

Semakin lama mereka nak berkeras al a-gedebe Idris, semakin ramai rakyat Trg akan berpihak dengan istana dan kumpulan atau perti alternatif kpd UMNO.

Mereka dah tak sanggup melihat wang ehsan diperkosa dan peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi cuma dibolot kroni-kroni tertentu sahaja.

Anonymous said...

Pak Syed

We are frustrated and meluat on current Trengganu BN ADUN behaviours.

1. Rosol and the other Trengganu 21 BN ADUN including Idris have unfinished agenda, require to be completed during this term. Main reason they insisted YAM Sultan to agree with them appointing Idris Jusoh as MB, all have their own personal interest. Looking back on Trengganu developments for the people, the previous State BN government spent RM 1.2 billion. Do Trengganu people benefit them?

2. Idris and team "mengingkari" YAM Sultan Trengganu, biadab dan tidak mengikut lunas2 Rukun Negara as they preached. Are they the leaders that the people can rely on? YAM Sultan should withdraw all states titles bestowed on them as they are "pengkianat" Melayu. Can they still stay in Trengganu.

Anonymous said...

kalau kita belajar dari prinsip pengurusan,hak mengurus bukan hanya datang dari perlantikan.Yang diurus mesti juga menerima pengurus itu.saperti juga kalau kakitangan tidak mahu terima bos baru tarik diri sajalah.kalau seorang PM tidak diterima nasihatnya olih Agung,berhenti sajalah.Jelas sekali PM ini tidak ada inter personal skills.PR dia zero

Enjit-enjit semut said...

UMNO membawa satu budaya hadhari yang baru.Rakyat Terengganu perlu bersatu dan membersihkan mereka dari pemimpin-peminpin yang jelas berkepentingan untuk kekal berkuasa. Tunjukkan pada seluruh rakyat Malaysia bahawa Rakyat dan Raja berpisah tiada.Kuasa di tangan rakyat bukannya pada pemimpin yang tamakkan kuasa hingga mereka sanggup bersekongkol untuk berlaku biadab dan derhaka pada Raja yang kita daulatkan.
Daulat Tuanku!

Anonymous said...

Salam pak Tuan Said..
Melayu tidak pernah menderhaka.Jika Sultan tidak berkenan apalah salah kita beri kuasa kepada orang yang diterima oleh Sultan.Semuanya untuk kepentingan rakyat..barulah ini pemimpin berjiwa rakyat.Idris berapa tahun lagi kau nak berkuasa 5 tahun,10 tahun..tetapi yang jadi mangsa ialah rakyat.Jika kau berundur rakyat akan lebih sanjungi kau dan sultan akan lebih kasih kepada kau.Jangan jadi alat KJ?

Anonymous said...

Berita Mutakhir...

PAK LAH MEMPERTAHANKAN IDRIS JUSOH SEBAGAI MENTERI BESAR T'GANU

Pak Tuan,

Saya tak mau nak ulas mengenai episod pendurhakaan ADUN T'ganu terhadap Sultan Mizan yang juga YDP Agong. Semua di sini bersemangat menceritakan pasai kes ini, yang penyudahnya kita semua akan tahu tidak lama lagi.

Yang saya hendak tanya ialah pasai apa depa nak sangat Idris ni, walaupunsudah tahu bahawa dia tak berapa popular di kalangan grassroot dan juga tidak disukai oleh Istana Maziah.

Pasai apa? Pasai sampai bermatian-matian tak mau Ahmad Said dan masih nak mempertahankan Idris? Sampai sanggup pecat Ahmad Said yang menjadi pilihan Istana.Celah-celah itu jangan terlepas pandang bahawa BPR pun dikerah untuk war-warkan suatu 3 kes pecah amanah terhadap seseorang ahli politik di Kemaman dengan tidak semena-mena, semua dalam stau masa.

Ish! ish! Teruk sungguh depa ni...

Menerusi saudara terdekat Ahmad Said, Ketua Umno Bahagian Kemaman yang juga saudara rapat kepada Menteri Penerangan yang baru (kedua-dua orang Kemaman), Ahmad said ni adalah antara warlord di T'ganu yang tidak setuju sangat dengan sikap Idris yang sentiasa menyerahkan segala-galanya kepada sebuah keluarga tertentu dalam semua hal -- pantadbiran dan pembangunan negeri ini.

Semua orang tahu bahawa Idris hanyalah boneka kepada golongan tertentu dan Ahmad tidak setuju dengan sikap lemah dan lembik Idris dalam hal ini.

Mungkin, saya katakan mungkin, Sultan tidak menceritakan dalam banyak perkataan, akan tetapi kita semua fahami maksudnya bahawa dengan perlantikan Ahmad ini dapatlah "Orang Terengganu Memerintah Semula Negeri Terengganu"...Tafsirannya saya biarkan kepada pembahas.

Ahmad, yang begitu tegas dalam hal ini diharapkan oleh Sultan supaya mengembalikan negeri ini kepada mereka yang hak.

Ini sudah lebih daripada tidaks etuju tukar teraju negeri, ini sudah menjadi besar dan boleh sampai kepada kisah memelihara kedaulatan negeri T'ganu.

Din Simpang Kola...

Anonymous said...

Pak, kalaukan apa yang ACA baru korek korek korek itu betul.

Dan yang disiasat itu yang baru dipecat UMNO.

Adakah akan muncul tindakan dalam akhbar, gerakan bagi 'diskredit' pemilihan Pemangku Raja?

Dalam balang ini, semua susu telah awal rosak kerana senila.

Pilihan Pemangku Raja mungkin adalah yang "lesser amongst the evil".

Rakyat cubalah buat telaan sendiri.

DAULAT TUANKU!

ANAK MALAYSIA? said...

Bila Lim Kit Siang cakap nak boycott, semua ornag heboh & kutuk habis2an. Walaupun dia akhirnya meminta maaf, malah menhadap Sultan untuk penjelasan, namun masih ramai tidak dapat memaafkannya. Ianya dikatakan menghina Sultan dengan kenyataannya. So sekarang, camno pulak nii. Takde sorang pun yang kuat bersuara sebelum ni memberi kenyataan utk mengutuk sikap biadap ini. Apa dah jadi? Inikah keadilan? Perjuangan utk semua bangsa M'sia kononnya. Saya secara peribadinya percaya bahawa kita yg manganggap kita ni rakyat bangsa M'sia takkan dpt hidup sebagai bangsa M'sia & masih tidak dpt hidup dgn tidak membezakan garisan perkauman meskipun pd masa 50 tahun yang akan datang. Ini lah hakikatnya!

Anonymous said...

Salam Pak Tuan Syed

Kes di Perak, Selangor, Perlis dan Terangganu adalah tidak sama. Berdasarkan pengetahuan saya yang terhad dari segi perlembagaan, pada pendapat saya, Idris patut menjadi MB.

Akulamat

Anonymous said...

Sebenarnya, AM NO (UMNO) sudah hilang pedoman. Dolah Amat Bodowi dah hilang akal untuk uruskan hal negara.
Kalau AM NO sendiri tak tahu nak hormat pada keputusan Raja-Raja atau Agong, jangan harap orang lain akan hormat Raja - Raja.

Dolah, berundurlah secara terhormat. Jangan termakan pujuk rayu Kera Jantan (KJ) dengan Kalimular.

mazlanbdn said...

AMENO memang terkenal dengan sifat biadap..

rone said...

Ada 2 pihak yang tidak berfikiran rasional/tidak bijak (bodoh?) dalam hal monsun yang melanda politik Terengganu hari ini.

Pertama-PM.
Setelah kita semua maklum keputusan PRU12 lalu dimana 4 lagi negeri telah menolak BN/Umno ditambah dengan Kelantan yang memang menolak BN/Umno 18 tahun lalu, bermakna kurang sedikit dari separuh rakyat Malaysia menolak BN.

Jika dilihat di Terengganu yang kebanyakannya rakyat Melayu,mereka masih menerima BN/Umno tapi kemelut yang berlaku hari ini akan membuat rakyat Melayu Terengganu juga akan menolak BN/Umno...pada segi logiknya apabila berlaku ketegangan antara Isatana dan BN/Umno, rakyat sememangnya akan menyebelahi Istana, apatah lagi Sultan Terengganu yang terkenal berjiwa rakyat dan cukup disenangi rakyat Terengganu-tidakkah PM nampak semua ini atau PM masih lagi tidur.

Kedua-Idris Jusoh(IJ).
Jika IJ rasional,beliau akan menolak perlantikan PM yang mahukan dia sebagai MB Terengganu kerana menyedari pihak Istana tidak berkenan dengannya,sebab kenapa Istana tidak berkenan dengan beliau semua rakyat Terengganu telah sedia maklum tidak perlu dihuraikan disini.Jadi dalam kemelut ini nampak sangat IJ tidak rasional/tidak bijak.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Pak Tuan,

Memang la secara dasarnya Pok Yih ni berhak dapat jawatan MB. Tapi kalau dah Sultan tak berkenan, carila orang lain. Pak Lah ni spoiler betul, kenapa la dok ketegaq nak Pok Yih jugak. Kalau tak pun, Gi la ngadap Sultan. Bincang elok-elok. Kawan2 ganu saya dah panas punggung nih.

Sultan lawan UMNO? Of course la Sultan da winner. Tengok Perlis sudah......

Skuad Peninjau

Anonymous said...

Salam Semua,

Terkejut juga saya dengan perkembangan terkini yang berlaku di terengganu.

Memanglah kalau mengikut perlembagaan Idris patutnya jadi MB, tapi perlembangan tak sebut pun yang nama calon untuk MB mesti hanya seorang. Jika Perak boleh memberikan 3 nama kenapa Terengganu tidak boleh. Kenapa Idris seorang saje yang layak jadi MB? ADUN yang lain semua tu kerbau dan lembu ke sehingga amat hina untuk di calon kan?

Jangan sekali-kali Sultan dan Raja dipersendakan.

Amatlah besar harapan saya untuk melihat agar Pihak Istana mengistiharkan agar si penderhaka (Rosol) itu ditegah untuk memijak tanah jajahan terengganu. Manusia Biadap....

Noor M

Anonymous said...

alangkah lg dramatik kalu agung tolak pencalonan Pak Lah jd PM tempoh hari... pasti lg haru biru dan hiruk pikuk dibuatnya... heheheheh..

Anonymous said...

Salam sejahtera kepada Tuan Syed,

Apakah yang terjadi pada orang UMNO terutamamya kepada 22 Adun Terengganu yang tidak lagi menghormati watikah pelantikan yang diberi oleh Majlis Penasihat Diraja. Bagi saya mereka semua telh menderhaka terhadap Baginda Sultan. Dimanakah adap dan tatasusila sebagai orang Melayu. Setahu saya ada dua perkara yang amat penting bagi orang Melayu yaitu AGAMA & RAJA. Itu adalah perkara yang membezakan orang Melayu dan Bangsa bangsa lain di Malaysia.

Tanpa dua perkara itu hilanglah Bangsa Melayu. Adakah Adun adun itu mementingkan kepentingan diri hingga sanggup Biadap. Dimanakah maruah mereka. Mereaka sanggup berlindung dibalik tabir pemimpin UMNO yang tak berguna tapi hanya pandai cakap memperjuangkan Bangsa Melayu. Saya malu menjadi orang Melayu kerana bangsa saya sendiri sudah biadap demi kepentingan peribadi mereka. Bangsa lain di Malaysia saya rasa lebih menghormati Raja raja.

Saya berdoa agar Adun adun ynag biadap ini dijatuhkan bala terhadap mereka kerana mengaibkan orang Melayu kerana kurang ajar terhadap Baginda Sultan.

Anonymous said...

Saya hairan. Apa yang difikirkan oleh 22 Adun UMNO di Terengganu? Mereka menyokong UMNO/BN dan membiarkan UMNO/BN mengaibkan Institusi Raja. Inikah sikap Melayu?
Kononnya, kita berteraskan kepada Rukun Negara. Pernah tidak ADUN dan UMNO menghayati RUKUN NEGARA.
Semua nak isi kantung masing - masing sampaikan Sultan / Agung hendak diajak beradu. Sikap manusia macam ini, boleh ke kita percaya mereka akan memperjuangkan nasib rakyat?
Orang Terengganu dan rakyat Malaysia, kita sebagai bangsa Malaysia perlu mengajar parti BN dan UMNO untuk menghormati Raja dan Rakyat.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

Anonymous said...

UMNO BOLEH, MALAYSIA BOLEH....

Mana dia puak2 UmnO dari perak yang bawak 2-3 biji bas pi Penang hari tu untuk demonstrasi.

Ayuh kome bawak banyak lagi puak2 kome dengan bas buat demonstrasi di Tganu pulak.

Kepala Penyamun Angkuh (PM) pengikut pun besaq kepala la.

Anonymous said...

jganla duk kutuk2 sesama manusia (khususnys ISLAM). Berdoa la agar negara kita aman damai.. bersyukurla apa yang ada..UMNO or BN sama je... (MELAYU)