Sunday, March 09, 2008

Pak Lah harus letak jawatan

Pengerusi BN merangkap ketua kerajaan sementara, Abdullah Ahmad (Badawi) atau Pak Lah harus meletak jawatan.

Kekalahan BN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta kegagalan mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat merupakan tamparan besar kepada Pak Lah.
Mesej atau isyarat yang disampaikan oleh rakyat cukup jelas dan Pak Lah mesti menerimanya berdasarkan semangat dan konsep Hadhari yang dibawanya.
Cukuplah Pak Lah. Berhentilah sebelum anda dijatuhkan oleh parti anda sendiri kerana ada desas-desus yang menyatakan kedudukan anda selaku presiden UMNO akan dicabar pada pemilihan agung parti. Jika ini berlaku, anda berkemungkinan besar akan ditolak.
Terimalah hakikat bahawa kepimpinan anda tidak mendapat sokongan majoriti rakyat. Sedarlah wahai Pak Lah. Sedarlah.

18 comments:

Anonymous said...

Salam untuk Pak Tuan yang saya hormati. Saya mengucapkan tahniah kepada Pak Tuan kerana secara konsisten meramalkan BN akan tumbang di Pulau Pinang di dalam tulisan-tulisan sebelum ini. Bagaimanapun ramalan Pak Tuan dan saya berkenaan Mamu Zam jauh meleset.


Saya mengambil kesempatan untuk mengemukakan beberapa soalan. Pada saya, Pak Tuan adalah pengalisis politik Malaysia yang berkerampilan di dalam dunia siber ini. Pendapat-pendapat Pak Tuan berkaitan persoalan-persoalan yang saya timbulkan amatlah saya hargai. Bagaimanapun saya tidak mengharapkan Pak Tuan dapat menjawab kesemua soalan yang dibangkitkan kerana kesuntukan masa atau kekangan yang lain.Perayap yang lain juga dialukan-alukan untuk menjawab soalan di bawah.
1. Mengapakah Kerajaaan BN dapat bertahan di Terangganu sedangkan 4 buah negeri lain kecundang kepada pembangkang? Ia sungguh menghairankan saya.
2. Sekiranya Pak Lah enggan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, siapakah yang dianggap layak untuk mencabarnya dalam PAU akan datang. Saya tidak yakin Najib akan mencabarnya.?
3. Pada pandangan tuan bagaimanakah media alternatif telah memberi sumbangan yang besar dalam kekalahan BN?
4. Sejauh manakah faktor Tun menyumbang kepada kekalahan BN?
5. Bolehkah pembangkang menunaikan janji mereka di negeri-negeri yang mereka menangi sebagai contoh memberi RM6,000 setahun kepada keluarga yang susah?
6. Adakah pengundi-pengundi terutama penyokong BN terlebih menghukum BN dalam PRU12?
7. Mungkinkah semua ahli DR dari negeri Sabah dan Sarawak melompat ke dalam BA dan seterusnya membolehkan BA membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan? BA boleh menawar jawatan TPM kepada Sabah atau Sarawak.

Sekian terima kasih.
Akulamat

Anonymous said...

Pak Tuan yang dihormati...

Bukankah Tun Daim Zainuddin telah memberi amaran awal akan berlakunya bahana (ketika itu belum lagi disebut tsunami politik) politik di 4 buah negeri beberapa bulan yang lepas??

Apa yang diperkatakan beliau itu kini telah menjadi kenyataan.

Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Daim tidak akan membuka mulut sedemikian tanpa sebarang asas dan perkiraan kerana kita jarang-jarang sekali mendengar kata-kata begitu dituturkan beliau.

Dr Mahathir pula meminta rakyat menolak tunggul kayu yang telah lama berkarat di persada politik Malaysia. Yang beliau maksudkan ialah Samy Vellu, Rafidah Aziz dan Annuar Musa.

Apabila rakyat bersuara mereka telah melakukan yang sewajarnya. Namun, Rafidah terselamat akan tetapi jawatan dalam Jemaah Menteri tidak lagi menjadi milik mutlaknya kini.

Yang Daim tidak kata hanyalah BN mungkin akan kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Mungkin beliau telah memaklumkan kepada "mereka yang berkenaan" akan tetapi mungkin juga amaran itu turut diketepikan.

Mungkin amaran beliau mengenai malapetaka di Dewan Rakyat itu tidak disiarkan oleh media tempatan atas alasan menjaga muka sesetengah pemimpin.

Saya percaya bahawa amaran ikhlas yang diberikan oleh Daim itu telah TIDAK diendahkan. Maka, "ignore the advice at your peril".

Saya tidaklah ingin mengulas panjang akan sebab utama kekalahan teruk BN dalam sejarah moden ini kerana semua orang sudah tahu.

Sudah ramai penganalisis politik yang tidak berlesen telah memberikan "their two cents’ worth of opinion" mengenai tsunami politik yang kini melanda landskap politik Malaysia.

Namun bagi saya ini BUKANlah suatu kejutan. Tulisan didinding telah lama kelihatan, hanya kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi sengaja tidak mengendahkannya. Disebabkan selalu tidor dan suka berkunjung ke luar negara maka Abdullah tidak mengetahuinya lantaran ditapis oleh sesetengah pihak.

Antara kekhilafan yang berlaku ialah masih lagi meletak muka-muka lama dan membosankan yang sudah terang-terangan ditolak oleh rakyat terutamanya Samy Vellu, Zainuddin Maidin dan Aziz Shamsuddin.

Kejadian yang hampir sama berlaku pada 1969. Bezanya Perikatan tidaklah hilang sebegitu banyak negeri berbanding dengan kepimpinan sekarang.

Setelah segala debu luruh pada 1969, perdana menteri Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan secara terhormat (setelah didesak oleh inner circle UMNO dan didorong oleh surat seorang ahli politik muda ketika itu) dan menerima tanggungjawab terhadap malapetaka yang berlaku.

Kini ianya giliran Abdullah.

Justeru Abdullah hendaklah bersikap secara gentleman, seorang demokrat, bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana JELAS bahawa rakyat telah menolak kepimpinan beliau.

Kepimpinan beliau telah ditolak, noktah. Pendek kata kepimpinan beliau tidak diyakini, tidak lagi dipercayai dan tidak lagi mempunyai tempat di Malaysia.

Sekiranya beliau tidak mempunyai maruah dan masih lagi menyalahkan pihak lain dan enggan melepaskan kerusi perdana menteri maka tibalah ketentuan bahawa Timbalan Presiden UMNO, beberapa pemimpin kanan UMNO, veteran UMNO dan keseluruhan ahli UMNO berbuat yang terbaik untuk parti iaitu mendesak Abdullah berbuat demikian.

Pada ketika nota ini ditulis, Abdullah sewajarnya harus muhasabah diri dan mengambil keputusan ini dengan hati yang tenang. Beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan teruk Barisan Nasional ini.

Tidak ada pilihan selain perletakan jawatan beliau secara terhormat dan mencontohi Tunku. Ini adalah bayaran yang tinggi untuk seseorang ahli politik yang bermaruah dalam menghadapi malapetaka yang telah berlaku.

Jika tidak beliau siapakah lagi yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini?

Walaupun beliau terselamat di Kepala Batas namun ianya tidak mencukupi untuk berkata bahawa rakyat masih memerlukan beliau kerana hakikatnya rakyat tidak lagi mempercayai dan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan beliau.

Para pengundi Kepala Batas hanya mahukan beliau kekal sebagai wakil mereka di Dewan Rakyat sedangkan rakyat Malaysia telah menolak kepimpian beliau. Ini adalah jelas.

Sekiranya Orang Umno (bukan ahli umno) masih sayangkan parti, seperti saya, maka kita semua sewajarnya rally behind Tun Dr Mahathir untuk memberitau Abdullah bahawa masanya telah tiba untuk beliau melepaskan jawatan itu, noktah.

Tibalah masanya untuk Abdullah pergi.

Seperti yang dikatakan oleh Datuk A.Kadir Jasin, inilah masanya untuk berterus terang dan tanpa perlu berselindung lagi sekiranya kepentingan yang lebih besar iaitu kepentingan Umat Melayu dan Orang UMNO dan UMNO sendiri ingin dimartabatkan.

Gambar yang lebih besar ialah kepentingan Umat Melayu, Umat UMNO dan UMNO sedangkan kepentingan individu bernama Abdullah telah tenggelam dilanda badai politik.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak lagi boleh malu-malu kucing demi ketiga-tiga kepentingan itu dan beliaulah orang yang paling penting untuk "step-up" dalam usaha yang paling penting ini dan pada ketika yang genting ini.

“Itsno longer the time for pussy-footing”.

Masa untuk berdiplomasi telah tammat dengan hilangnya majoriti 2/3 di Dewan Rakyat pagi ini. Kini masanya untuk "reality check" dan masanya untuk memberitahu Abdullah bahawa "anda telah overstay, period".

Berkatalah yang benar biarpun pahit. Kerana yang pahit telahpun berlaku dan berlaku dengan jelasnya. Masakan tidak pahit apabila BN telah kehilangan 4 buah negeri di bawah jagaan beliau selaku Pengerusi BN.

Saranan saya: Abdullah Ahmad Badawi hendaklah meletak jawatan.

Beliau boleh memaklumkan kepada YDP Agong bahawa BN telah berjaya membentuk kerajaan majoriti mudah akan tetapi beliau hendaklah, atas nama Agama, Bangsa dan Tanahair (ABT atau Alif Ba dan Ta) berkata bahawa beliau mencadangkan nama Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang diyakini mempunyai sokongan 2/3 di Dewan Rakyat.

Sekiranya beliau enggan maka Barisan Nasional sewajarnya membawa usul tidak percaya terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas/Perdana Menteri di Dewan Rakyat (dengan sokongan pembangkang semestinya) ataupun Umno mengadakan Perhimpunan Agung Khas untuk meluluskan usul tidak percaya terhadap Presiden.

UMNO tidak pernah melakukan perkara ini akan tetapi setiap sesuatu ada permulaannya atau ”there is always the first time”.

Pilihlah antara dua ini, ternyata ini adalah satu exit yang paling memalukan bagi seseorang ahli politik.

Mengetahui peribadi Abdullah saya merasakan bahawa beliau tidak mungkin sanggup menghadapi situasi ini. Lantaran pilihlah jalan yang lebih sesuai dan katakanlah bahawa ”saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan ini”.

Namun air muka beliau masih boleh diselamatkan apabila Abdullah meletak jawatan secara sukarela (ataupun terpaksa-rela) dan menghilangkan diri untuk sementara waktu biarpun ke luar negara untuk membiarkan proses memulihkan semangat, perasaan dan prasarana di dalam negara di bawah kepimpinan baru.

Let the healing process begin, now.

Dan biarlah urusan negara dan urusan parti diberikan kepada mereka yang lebih berhak dan dalam hal ini kepada Najib Tun Razak.

"Apabila kita sanggup memegang jawatan ianya bermakna kita sanggup berkorban. Apabila kita sanggup berkorban ianya bermakna bahawa kita sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan bahawa Agama, Bangsa dan Tanahair tidak akan menjadi korban".


Zaki Tok Tam
Ahli UMNO
Cawangan Pekan Anak Bukit
Bahagian Kuala Kedah
Anakbukit, Alor Setar, Kedah

Unknown said...

Terima kasih kepada saudara berdua.
Akualamat, komen Zaki Tok Tam adalah senada dengan apa yang nak saya perkatakan. Saudara juga memberi komen dan analisa yang baik.

Saya kini berada di P Pinang dan akan mencuri masa untuk beri ulasan.

Harapan saya ialah agar keputusan pilihan raya kali ini akan benar-benar menginsafkan orang UMNO. Ikhlas saya katakan mereka mesti insaf kerana rakyat dah bosan dan jijik dengan sandiwara yang mereka lakonkan.

Saya juga harap ketua-ketua pengarang akhbar arus perdana dan media elektronik juga insaf dan tanya diri sendiri di mana kewibawaan mereka sebagai seorang wartawan sejati. Saya akan buat ulasan mengenai perkara ini kelak.

Semoga angin perubahan yang berlaku akan membawa rahmat kepada rakyat.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Pak Tuan,

Disangka angin sepoi2 bahasa, rupanya taufan katrina yang melanda. Saya mengakui apa yang pak tuan katakan selama ini, rakyat dah merasa mual dengan apa yang berlaku dalam negara sekarang ni. But, perubahan kali ini terlalu daring, jauh berbeza dari 1999. Bukan orang cina dan india shj yang meninggalkn bn, melayu juga cabut membiarkan bn. Apa yang saya katakan tentang orang-orang di Lembah Klang terbukti betul.

Whatever, saya menarik nafas lega Mukhriz menang kali ini, diharapkan dia boleh membersihkan najis/sampah/debu di dalam umno. Mungkin jalannya masih berliku, KJ is still there.

Saya nak tgk apa terjadi kpd parti bukan BN di Perak, siapa yang dilantik jadi MB(DAP the biggest winner). Macam mana perhitungan mereka agaknya?

Skuad Peninjau

Anonymous said...

Akum Pak Tuan... I believe Allah swt has truly helped the opposition parties in getting the desired results. In addition, Sdr Anwar Ibrahim has truly shown his true leadership and abilities to single handedly fight the BN. For Mahathir to say that the loss to Bn is not due to Anwar is to deny the truth!! after aa Mhathir is anwar-phobia!! So to Mahathir just lay off the scenario.. you do not have the moral right to dictate any decision. Mahathir should accept the reality that he has also single handedly caused so uch disaster and corruption in the country especially in the Judiciary.Mahathir shld accept the reality that the people were really pissed off with the L:inggam case in which he (Mahathir is the main cause of it all!!) So please keep out of the affairs of the country. You shopuld be ashamed of yourself. By the way we have yet to hear any repentance from your part for disgracing our beloved prophet when you were the PM?

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Kegagalan untuk mengekalkan majoriti 2/3 BN terutamanya UMNO dalam PRU-12 ini, jelas menampakan kegagalan Pak lah sebagai ketua pemerintah negara. Memang beliau harus meletak jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara. Akan tetapi, siapakah yang layak untuk mengisi tempat beliau? Najib?? kirim salam.. Bukan saja tak layak. tak boleh pakai langsung.. Lain-lain pemimpin UMNO tu, saya tak mahu nak komen..mungkin dalam seribu tu,ada la dua tiga kerat yang boleh pakai. Tidak keterlaluan jika saya katakan, hanya seorang pemimpin sahaja yang layak memimpin negara dan menjaga kepentingan bangsa melayu, beliau adalah tak lain dan tak bukan.. Bekas timbalan perdana menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Wasalam.

Unknown said...

KJ is a thorn in the flesh (duri dalam daging). Kj is his father-in-law's liability.

My wish and hope - father-in-law a.k.a. Pak Lah - will come down to earth and face reality and not to award KJ.

Keklahan teruk kali ini tidak dapat dinaikan berpunca daripada kelemahan, kesilapan dan ketidakadilan Pak Lah dan faktor menanunya KJ.

Pak Lah melakukan kesilapan besar dengan menggugurkan calon-calon UMNO yang berwibawa dan menggantikan dengan mereka yang kewibawaannya boleh dipersolkan seperti di Baling, Kulim Bandar Baharu, Bukit Gantang, Sik, sebagai contoh.

Kekalahan UMNO di kubu kuat parti itu menimbulkan banyak tanda tanya. Bagi saya, faktor utama ialah calon itu sendiri. Rakyat memilih calon bukan parti. seterusnya

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Tuan,

Pada hemat Pak Tuan, mengapakah BN masih menang besar di Sabah walupun CM Sabah tu bermaharajalela dengan rasuah & croynism? Mengapa parti bukan BN tidak dapat bertapak?

Unknown said...

Politik Sabah dan Sarawak agak berbeza dengan di Semenanjung Melayu.

Di Sarawak, ia lebih merupakan 'politik naungan' dan selama ini ia dinaungi oleh Taib Mahmood. Percayalah, satu senario lain akan wujud selepa ketiadaan Empayar Taib Mahmud. Sebab itulah mereka idak mahu menerima kemasukan UMNO setelah melihat apa yang berlaku di Sabah yang menerima UMNO.

Di Sabah, ia lebih merupakan 'politik kebendaan' dan di negeri di bawah bayu itulah kehebatan politik wang berlaku. Sabah juga terkenl dengan bilangan orang politik yan melompat parti selepas berlakunya pertukaran parti memerintah.

Sabah dan Sarawak amat berharga kepada BN kerana kedua-dua negeri itu mampu menghadiahkan bilangan wakil rakyat untuk memenuhi keperluan jumlah kerusi BN di Dewan Rakyat. Tanpa sokongan wakil-wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak, BN mungkin mnghadapi masalah untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

Anonymous said...

Pak Syed,
Mengapa perlu Pak Lah letak jawatan? itu soalan saya.Dia mnang mempertahankan kerusi Kepala Batas Menantu kesayangan menang kerusi rembau, BN pimpinanny dpt mjoriti mudah dlm parlimen. Itu semua kemenangan diluar jngkaan Pak Lah. Sebnarny Paklah jangka BN kalah dan tak dapat tubuh kerajaan dan dia dah brsedia nak jadi ketua pembangkag. So I cdon't see why he should step down. Dalm perjuanan politiknya semua ia dapat secara otomatis. jadi calon kepala batas kerna datuk Sofie buat hal, jdi pm Tun Mahathir lantik, day to to running of the country oleh KJ dan budak-budak tingkat 4. Dia tak da tnggungjawab dia tak tau malu dia General without army. Di ap peduli Penang, selango, perak dan kedah dh jatuh kpda musuh asal dia dan jean sert j boleh terus kekal di seri perdana itu sj dia cari. Yag lai da tak perduli.

Anonymous said...

Pak Tuan yang dihormati...


Tekini dari Putrajaya.

Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana tidak berasa tertekan walaupun Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dan hialng empat lagi Dewan Undangan Negeri kepada pakatanj pembangkang.

Sekiranya ini adalah sikapnya maka UMNO hendaklah melakukan sesuatu yang unprecedented, iaitu menasihatkan atau memaksa Abdullah berundur dan kekal sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas dan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas dan Ketua Cawangan Batas Dua.

Jawatan Perdana Menteri?? Ianya bukan lagi milik beliau kerana beliau TIDAK lagi layak untuk menerajui Kerajaan Barisan Nasional sebagai Pengerusi dan Perdana Menteri.

Dan pada Perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi Abdullah hendaklah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden dan berundur dari pentas politik negara.

Ini adalah tuntutan Orang UMNO seperti saya dan ribuan malahan ratusan ribu orang UMNO yang ingin bersuara akan tetapi "segan" atau takut atau tidak tahu caranya untuk bersuara.

Orang UMNO telah bersuara secara senyap dengan memberi undi mereka yang berharga kepada pembangkang sehingga terbentuknya empat kerajaan pembangkang dan dalam proses yang sama mengenepikan calon-calon UMNO dan melenyapkan kesemua kecuali 1 calon MIC di Parlimen.

Sekiranya Abdullah masih tidak faham mesej yang diberikan maka beliau hendaklah ditujah dengan mesej demikian terus ke hadapan mukanya.

Barisan Nasional dan UMNO khususnya telah menerima AIB yang amat besar kali ini dan si Abdullah dengan muka bersahaja boleh berkata "saya tidak rasa tertekan".

Aib yang terpalit ini akan berterusan selama 4 tahun dan selagi Abdullah masih ditakuk beliau berada hari ini dan dengan sikap yang sama maka, sesungguhnya:

(1) UMNO hendaklah menolak kepimpinan beliau atas sebab tidak lagi yakin dan percaya akan kepimpinannya.

(2) UMNO hendaklah memberi kata dua kepada beliau samada berundur secara terhormat atau menerima nasib berhadapan dengan usul undi tidak percaya pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

(3) UMNO hendaklah bermula dari ground zero dari hari ini untuk memulihkan aib yang terpalit dengan kotornya. Proses ini hendaklah dibuat tanpa kehadiran Abdullah.

(4) UMNO hendaklah memilih pemimpin baru sebagai Presiden yang akan menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

(5) UMNO hendaklah akur dengan nasihat mantan presiden Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih tahu apa yang lebih baik bagi parti.

(6) UMNO hendaklah mengambil langkah susulan yang sesuai dan bertepatan agar tidak berkubur dalam lipatan sejarah seperti Parti Kongres India, Golkar Indonesia dan Koumintang di Taiwan.

UMNO lebih besar dan penting daripada seorang individu dan dalam hal ini individu itu telah, dalam kata dua Tun Dr Mahathir, telah memusnahkan UMNO dan Barisan Nasional.

Pendek kata, UMNO bukanlah milik Abdullah. UMNO adalah milik kesemua orang UMNO yang membayar yuran tahunan dan mematuhi prinsip dan disiplin parti.

Ini BUKAN lagi fitnah akan tetapi kenyataan dan kenyataan ini tidak hanya dizahirkan oleh orang UMNO yang mengundi parti pembangkang akan tetapi rakyat yang selama ini mendokong UMNO dulu sehingga kini.

Adalah dikesalkan bahawa segelintir juak-juak UMNO yang tidak bermaruah dan tidak berprinsip masih mengharapkan Abdullah kekal dengan jawatan Perdana Menteri, terbukti dengan kehadiran mereka di Sri Perdana untuk menyatakan sokongan mereka terhadap Abdullah yang tidak lagi diyakini dan dipercayai rakyat.

Sewajarnya mereka hendaklah berdiri teguh bersama-sama (bukan di belakang) Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberitahu Abdullah bahawa UMNO telah tumpas di bawah beliau dan kini UMNO perlu menolak Abdullah ke tepi.

UMNO tidak bersalah akan tetapi Abdullah telah berdosa kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Kita Orang UMNO yang sayangkan parti tidaklah menjangkakan Abdullah akan meminta maaf kepada UMNO di atas dosa ini akan tetapi kita Orang UMNO yang amat sayangkan parti mahukan Abdullah berundur secara terhormat.

Sekiranya beliau enggan, maka UMNO hendaklah membawa usul undi tidak percaya terhadap Abdullah Ahmad Badawi, ahli UMNO bernombor 0000013dari Cawangan Batas Dua dalam UMNO Bahagian Kepala Batas sebagai Presiden, noktah.

Zaki Tok Tam
Ahli UMNO
Cawangan Pekan Anak Bukit
Bahagian Kuala Kedah
Anakbukit, Alor Setar, Kedah

Anonymous said...

Diani jenih orang yang dikatakan ketegaq buih. Takkan nak kena peteh tang kepala baru nak faham.

Anonymous said...

BN tewas kerana marahnya melayu dengan kaki tidor. Sakit hati ahli akar umbi kepada kaki tidur diterjemahkan melalui peti undi-Betul.

Maka lepas nie di Perak, pakat2lah orang melayu disana buka kelas belajar tulisan jawi supaya mudah MB dari parti DAP berkomunikasi dgn masyarakat melayu islam. Ajarlah DAP juga cara bagaimana untuk menghormati raja melayu. Bisikanlah kepada MB dari DAP untuk luluskan peruntukan membina masjid dan surau baru. Surau dan masjid yang dibina zaman kuno BN tidak baik kerana menghalang kita dari mengadakan ceramah sebelum ini.

Diselangor pula, bincang juga dgn 19 adun bukan melayu untuk buat perkara yang sama. Izinkan juga kepada mereka untuk memberi taraf sama rata, hak untuk medirikan kuil. tokong dan gereja yang sama besar dgn masjid negeri di shah alam. Kalau boleh biarlah letak sebelah menyebelah.

Kita sebagai pengundi dah pun buat keputusan. Jadi kena terimalah. Agihan mesti sama rata.

di Pulau Pinang pun kena sama juga. Tunaikanlah manifesto pilihanraya masing-masing. Ikutlah contoh Dato' Nik Abdul Aziz yg bagi sokongan untuk membina patung buddha yang besar dan cantik. Semua orang pun mahu masuk syurga mengikut kepercayaan masing-masing.

Jangan lupa sekolah rendah/menengah untuk kaum cina dan tamil mesti dibina dan dibantu sama rata dgn sekolah agama rakyat sepertimana yang dilaung-laungkan oleh PAS. Agihan kek ekonomi mestilah sama banyak. Ali dapat 100, ah cong dapat 100 dan muthu pun mesti dapat 100. Barulah kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

kita pun nak juga tengok peluang kemasukan ke ipt mestilah dibuat tanpa pilih kaum, mesti ikut merit. Yg gagal atau tak cukup layak carikan peluang yang lain agar tak jadi mat gian atau mat rempit.

Kita kena tnjukkan contoh pada bn yg kita lebih baik dari mereka. Selama ini apa yg bn / umno bagi kepada orang melayu tidak cukup baik. Semoga BA akan terus diberi mandat.

takbirrr.

jamilisa
shah alam

Anonymous said...

Pak Tuan Syed Imran...

Perletakan jawatan politik seseorang pemimpin itu setelah menerima tanggungjawab penuh kekalahan teruk partinya TIDAKlah bermula dengan Koh Tsu Koon.

Ini bermakna bahawa beliau bukanlah orang yang pertama yang berbuat demikian. KTK adalah orang kedua dalam sejarah politik Malaysia pasca-1990.

Pada Pilihanraya Umum 1999 Sanusi Junid telah berundur daripada mengetahui Kerajaan Negeri Kedah setelah Barisan Nasional Kedah kalah teruk di Dewan Undangan Negeri sehingga kehilangan majoriti 2/3 dan tumpasnya 8 kerusi Parlimen di Kedah.

Daripada 7 kerusi Parlimen BN yang tinggal yang dimiliki Umno hanyalah 5 kerana dua lagi adalah disandang oleh MCA.

Setelah menerima kekalahan itu Sanusi telah berundur secara terhormat dan enggan dicalonkan sebagai Menteri Besar Kedah. Lantaran itu Syed Razak Syed Zain telah dilantik Menteri Besar ke-7 dalam sejarah Kedah.

Sanusi telah membuktikan bahawa beliau seorang ahli politik yang berprinsip, seorang demokrat dan seorang Orang UMNO yang sayangkan parti lebih daripada diri sendiri.

Beliau menang kerusi DUN Kuah dengan majoriti lebih besar akan tetapi Kerajaan Negeri Kedah yang beliau terajui telah kalah teruk dan kebanyakan kerusi yang menangpun mencatatkan majoriti tipis dua angka dan tiga angka.

Justeru Sanusi telah memulakan precedence ini dengan meletak jawatan secara terhormat tanpa perlu ditekan, dinasihat dan diprotes oleh mana-mana pihak.

Ada pulak orang ketika itu berkata bahawa keputusan meletak jawatan itu adalah ekoran perbincangan tiga pemimpin Umno Kedah di Kampung Tok Senik Langkawi di mana Sanusi telah dipertanggungjawabkan "memalukan Umno Kedah sebegitu rupa". Bagaiamanapun pemimpin besar itu tidak pula memberi kata dua kepada Sanusi untuk berundur.

Koh Tsu Koon adalah pemimpin negeri kedua dalam sejarah pasca-1990 yang berbuat demikian.

Kedua-dua contoh ini wajar diambil iktibar oleh Abdullah Haji Ahmad untuk mengenepikan kepentingan peribadi dan meletakkan kepentingan parti di hadapan.

Ekoran itu berbuatlah apa yang patut dan wajar untuk mengelak musibah yang lebih besar empat tahun lagi. Rakyat sedang memerhatikan sandiwara politik yang sedang dimainkan oleh Abdullah dan para Ahli Majlis Tertinggi yang masih belum berpijak di bumi nyata.

Sekiranya status quo hari ini dikekalkan, janganlah terkejut sekali lagi apabila Barisan Nasional ditolak rakyat dan tidak lagi memperolehi majoriti mudah di Dewan Rakyat malahan mengambil tempat sebagai pembangkang.

Ini bakal berlaku kerana amaran awal telahpun diberikan pada Pilihanraya Umum Ke-12 ini.

Apabila ini berlaku apa yang amat ditakuti akan pasti terjadi -- UMNO parti keramat Umat Melayu akan kehilangan kuasa dan Umat Melayu akan terancam masa depan dan survivalnya.

Tidaklah mustahil malapetaka ini akan berlaku kepada UMNO sekiranya para pemimpin sekarang tidak menerima kenyataan. Ianya sudah berlaku di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Ketika itu berlaku, para penuntut ilmu sejarah 20 tahun akan datang akan diceritakan bahawa "seketika dahulu wujudnya sebuah parti bernama UMNO yang para pemimpinnya mengamalkan politik kepuakan dan politik nepotisme yang menjijikan sehingga mereka lenyap di muka bumi Malaysia."

Ketika itu nasib Umno akan berada dalam kategori yang sama dengan parti-parti Koumintang (Taiwan), Golkar (Indonesia) dan Kongres (India). Lebih teruk lagi nama Umno akan sebaris dengan kenangan silam seperti wujudkan puak Aztec dan Maya di Latin Amerika.

"Kini mereka tiada lagi.." Begitulah ulasan si pensyarah sejarah dan sains politik apabila menceritakan kisah sebuah parti bernama Umno.

Justeru, APAKAH KITA ORANG UMNO AKAN MEMBIARKAN HONAR DAN AIB INI BERTERUSAN???

APAKAH KITA AKAN MEMBIATKAN KEBOBROKAN INI SILIH BERGANTI??

APAKAH KITA ORANG UMNO AKAN MEMBIARKAN SI PETUALANG AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR INI BERLELUASA?

APAKAH KITA ORANG UMNO AKAN MEMBIARKAN MEREKA INI TERUS MENIPU KITA?? MEMPERDAYAKAN KITA??

APAKAH TIDAK ADA DI ANTARA KITA YANG MEMPUNYAI KESEDARAN UNTUK MENAMATKAN SANDIWARA INI??

APAKAH TIDAK ADA DI ANTARA KITA YANG BERJIWA MELAYU DAN BERHATI BERANI UNTUK BERKATA YANG HAK DAN MENUNTUT SUPAYA DIKEMBALIKAN HAK UMNO DAN UMAT MELAYU DARIPADA PARA BANGSAT INI??

APAKAH TIDAK ADA DI ANTARA KITA YANG MEMPUNYAI KEKUATAN JIWA DANA HATI UNTUK BERKATA BAHAWA CUKUPLAH DAN SUDAHLAH DOLLAH??

APAKAH TIDAK ADA DI ANTARA KITA ORANG UMNO INI YANG BERANI BERTINDAK LAKSANA JEBAT UNTUK MEMARTABATKAN KEADILAN DALAM PARTI DAN MENGEMBALIKAN PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KEPADA YANG HAK??

Akhir sekali...APAKAH TIDAK ADA DI ANTARA KITA ORANG UMNO INI YANG MEMPUNYAI KEBERANIAN UNTUK MEMBERI KATA DUA KEPADA DOLLAH UNTUK BERUNDUR SEKARANG???

UMNO mempunyai lebih daripada 3 juta ahli dan suara ahli adalah lebih besar dan lebih bergema daripada segelintir pemimpin yang masih hidup dalam penafian.

Saya tidak percaya bahawa kesemua ahli UMNO boleh diperbodohkan oleh Dollah dan kuncu-kuncunya lagi.

Saya tidak percaya bahawa kesemua ahli UMNO ini terlalu bodoh bagaikan "si buta mata sebelah memimpin sebuah kampung yang kesemua buta kelam kedua-dua mata".

Sesungguhnya saya tidak percaya.

Justeru, BANGKITLAH WAHAI ORANG UMNO UNTUK MENYELAMATKAN PARTI DARIPADA PETUALANG-PETUALANG AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR INI BERLELUASA BERMULA HARI INI!!!

Ini adalah rayuan ikhlas daripada Orang Umno yang sedar, insaf dan kesal di atas apa yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum Ke-12 ini.


Din Simpang Kola
Ahli UMNO Kuala Kedah

Anonymous said...

Saya amat tertarik dengan atikel yg ditulis. memang itulah suara org BN. tetapi suatu pertanda amaran bahawa kehendak mereka harus dipatuhi bukannya mereka(ahli BN) harus mematuhi kehendak pemimpin shj. Setiap bahagian ada kehendak dan agenda mereka hendak disampaikan kpd atasan, tetapi secara tiba-tiba dinafikan oleh org yg sedang sibuk membuat perancangan untuk menjaya peribadi. Pak Lah dan BN harus sedar bahawa menjadi wakil BN tak semestinya jadi wkil rakyat. rakyat(org BN) lebih rela memilih pembangkang dpd membiarkan org yg mempunyai agenda peribadi(org KJ) ini berada dlm parti.Jelas KJ sdg membuat platform utk pak lah secara tak lansung utk dirinya dgn menyikirkan org yg dah lama dan disukai rakyat.rakyat tidak bodoh dan buta. org kini semua berpendidikan dpt menilai.KJ telah mempengaruhi pak lah dlm penentuan calun. tetapi pak lah menafikannya. tetapi sekarang rakyat telah menunjukkan pengaruh mereka. ini tidak dpt dinafikan lagi. jika pak lah tak sedar perkara ini. maka sesuatu bencana lebih besar akan berlaku bukan shj. dlm umno tetpi BN dan negara secara tak lansung. demi maruah dan UMNO adalah lebih baik pak lah berundur dgn. terhormat. maka tertutuplah mulut pengkritik malah tetap disanjung dlm lipatan sejarah. org yg paling layak adalah najib sebagai penganti krn dia org no 2 jgn ada yg mencantas kerana ikut ranking @ giliran.beri dia peluang utk membaiki dan memulih kan UMNO. jika ada yg mencantas. percayalah UMNO akan berkubur.selepas ini jgn sekat bahagian mengadakan pemilihan beri kebebasan kpd ahli.kerana ahli lebih rela kalah dlm pemilihan dari kalah akibat percaturan.

syaziman said...

saya pun berharap agar paklah dan sekutunya meletak jawatan demi ugama,bangsa dan negara.jgn hanya mementingkan diri sahaja.dimana letaknya unsur2 patriotik dan unsur2 kepahlawanan melayu.undurlaa agar kamu dihormati dan jgn sampai diusir seperti .....harap faham faham ajela.

syaziman said...

berundurla lah paklah dan sekutumu u agar terpelihara nilai nilai maruah melayu.jgn laa kita dilebel seperti parasit dalam kumpulan.

Anonymous said...

Saya cadangkan ahli umno yang bertanggungjawab supaya mengajar Pak Lah untuk mengaccess media alternatif seperti ini. Mungkin dia masih tidak faham kesan kekalahan teruk BN kali ini. Mungkin dia tidak tahu tahap kepercayaan rakyat khususnya ahli2 umno terhadapnya, kerana di sekeliling beliau, tingkat 4 mungkin semuanya kata 'ok'. Ahli2 umno mesti berani bersuara demi kebenaran.