Monday, March 10, 2008

Tahniah orang Pulau Pinang

Saya masih berada di Pulau Pinang dan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada rakyat Pulau Pinang.

Tahniah bukan kerana mereka telah membuat pilihan yang bijak tetapi kerana mereka tidak mendengar khabar angin dan hasutan pihak tertentu setelah parti Barisan Nasional tumbang.

Saya sendiri menerima beberapa SMS 'memberi nasihat' jangan keluar rumah, jangan ke sana dan jangan ke situ kerana kononnya 'tidak selamat'. Salah satu SMS itu berpunca daripada seorang 'orang kuat' UMNO.

Orang Pulau Pinang - Melayu, Cina, India, Serani, Jawi Pekan, Keling, Arab dan lain-lain - tidak memperdulikan itu semua. Pada malam keputusan pilihan raya diketahui, bilangan orang yang berada di taman-taman selera popular seperti Persiaran Gurney, Padang Kota Lama, Astaka (Jalan Perak) dan Padang Brown (orang Penang kata Padang Berom) tidakpun berkurangan. Tetap ramai.

Zaman sekarang, orang tidak mudah diperdaya dan dihasut. Orang Pulau Pinang telah membuktikan hakikat ini.

Urusan seharian berjalan seperti biasa. Semua bangsa hidup seperti biasa. Tidak ada masalah.

Tahniah orang Pulau Pinang.

9 comments:

Anonymous said...

Pak Syed,

Ungkapan Stay calm, Stay cool, Stay home, ada juga di suggest oleh MP bloggers baru jeffoi

http://www.jeffooi.com/2008/03/its_a_tsunami.php#comments

Syed Imran said...

Benar. Jeff memberi nasihat itu berikutan tersebarnya khabar-khabar angin dan pengiriman SMS oleh pihak-pihak tertentu.

Salah satu sebab kenapa Jeff berbuat demikian ialah untuk mengelak tercetusnya huru-hara yang akan membolehkan pihak kerajaan (dalam hubungan ini Kuala Lumpur) atas nasihat Polis, mengisytiharkan darurat.

Sekiranya darurat diisytiharkan, maka parti yang dipilih rakyat untuk membentuk kerajaan akan terjejas.

Ia adalah salah satu strategi untuk menghalang pembentukan kerajaan negeri oleh parti bukan BN.

Anonymous said...

Pak Tuan
Saya berada di Island sebentar tadi. Saya ke sana bersama kawan keturunan Cina. Tiada apa apa-apa masalah. Pergi ke kolej INTI, Kolej Sentra, makan di Bukit Jambul, pusing-pusing kawasan bandar. Saya tak rasa takut. Kemudian pergi ke Seberang Perai, Bukit Mertajam. Semua ok, ok, ok, ok.

Kawan call saya menyuruh saya ke Sunway Hotel kerana ada demo daripada pembangkang untuk menekan Pak Lah resign. Saya tak mau pi. Bukan masalah saya. Rakyat telah membuat keputusan. Rakyat telah menunjuk jalan. Kalau Pak Lah tak mau letak jawatan, itu hak dia dan hak ahli-ahli UMNO. Mereka sudah tentu ada mekanisme sendiri. Saya tunggulah pilihanraya akan datang.

Sekian terima kasih.
Akulamat

Anonymous said...

Tuan Syed,
Orang Penang habak bisalah orang saja gertak kita walaubagaimanapun kita orang Penang sudah mature,kita semua anak bangsa Malaysia.
thquah

Anonymous said...

Saya mengundi di Parlimen Permatang Pauh & DUN Permatang Pasir. Datin Seri Dr. Wan Azizah menang majoriti besar 13,000+ mengalahkan ex-imam Dato' Pirdaus.Puas hati sebab sebelumnya Pirdaus kemaruk nak jadi YB hingga ckp Datin Seri cuba nak menipu pengundi2 di Pmtg Pauh. Kemudian berceramah di Pmtg Pasir sambil mengatakan muka Datin Seri macam tokong cina!Memang tak ada wibawa langsung sebagai ex-imam. Kami bercadang nak menghantarnya pulang ke kampungnya di Tasek Gelugor dan jangan sekali-kali menyibuk di sini lagi

zukri valenteno said...

Tuan Syed Imran,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau dah Pak Tuan kata Penang selamat eloklah begitu, saya pun dok bercadang nak pi berkunjung barang semalam dua. Bukan apa, nak pi makan minum saja...

Teringin sangat nak pi pekena sotong bakaq, sotong katoq, sotong kangkong dan assam laksa di Gurney Drive. Kena pulak ayaq lehci..kira A la!

Nasi kandaq? Selera saya bukanlah di Penang, kalau makan pun pasai terjumpa saja, bukan nak pi cari sangat. Macam yang last sekali pi, pekena nasi kandaq Kayu pasai park kereta dekat dengan tempat tu bila pi beliau buah pala, buah salak dan asam kat market chowrasta.

Nasi kandaq favorite saya masih lagi di Rest Yaseen, Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.

Sorry la Pak Tuan, bukan nasi kandaq penang tak sedap tapi had di kl lebih sedap dan saya dah pekena hampir kesemua gerai tonggek, warong dan restoran termasuklah Rest Khaleel yang boleh kata ok skit la..

Cakap pasai makan di Gruney Drive ayaq lioq pun macam dah nak meleleh, kena pikiaq la bila nak pi...hehehe

Anonymous said...

Ami Ban,

Saya dah 30 tahun berada di pulau pinang, saya harap pulau pinang selepas ni lebih maju, selamat dan harmoni walaupnu di bawah pimpinan DAP.
saya juga berharap melayu pulau pinang tidak di pinggirkan, pada mulanya saya agak cemas apabila DAP sapu bersih pulau pinang dan takut apa-apa terjadi malam tu, tepi sangkaan meleset...
pukul 1pagi saya keluar sorang ke jalan petani untuk membeli makanan, x ada apa2 pun sepanjang jalan, pukul 4.40 pagi saya keluar soarang juga ke komtar ada urusan, tidak ada apa2 juga seperti di gemburkan...

untuk pengetahuan PULAU PINANG skr selamat seperti biasa

-mijan-

Anonymous said...

Sheikh Zukri,

Kalau ahng pi Penang pekena nasi kandaq kat Kayu atau Khaleel, baik tak payah mai pnenag. Itu satu 'injustice' kepada pakar-pakar nasi kandaq. Orang penang pun tak makan kat sana. Tu tempat orang-orang luaq terkena!!

Kalau nak try yang terangkat punya, cuba Nasi Kandaq kat flat kg melayu, atau Nasi Kandaq Ameer depan balai polis jelutong, atau kat lorong sebelah masjid kapitan keling. Paling cokia pun try Line Clear. Ni semua old school punya.
Ada ka hang pi cuba Khaleel dengan kayu...cehhh!!! ):

An-Men said...

Jangan risau.. Penang selamat dan duit poket saya untuk bayaq saman parking MPPP yang dulu-dulu pun dah selamat...he..he..