Perdana Menteri Abdullah Haji Ahmad (Pak Lah) hari ini mengakui bahawa kerajaan memandang sebagai tidak penting media alternatif termasuk blog dan ini merupakan salah satu faktor kenapa Barisan Nasional hampir-hampir tersungkur.
Baguslah kalau dah sedar...tapi dah terlambat.
Pak Lah seharusnya mempersalahkan dirinya sendiri kerana melantik Zainuddin Maidin sebagai menteri penerangan dalam Kabinet 2004. Zainuddin atau Mamu Zam adalah punca segala-galanya yang berkaitan pandangan negatif terhadap media alternatif, lebih-lebih lagi blog.
Bukankah Mamu Zam yang memperlekehkan pengaruh blog dan menyifatkan penulis blog sebagai goblok, tidak profesional, tidak boleh dipercayai, alat parti pembangkang dan apa tah lagi yang dihamburnya kepada penulis-penulis blog. Mamu Zam juga menteri yang mengambil pendekatan salah terhadap portal berita dalam talian yang berpengaruh, Malaysiakini.
Bukankah Mamu Zam yang dengan bangga, sombong dan angkuh berkata bahawa rakyat masih percaya akan media arus perdana terutama Utusan dan The Star dan apa yang ditulis oleh penulis blog sebagai sampah dan tidak boleh dipercayai.
Nah! sekarang apa dah jadi? Media arus perdana turut menyumbang kepada gelombang tsunami politik yang melanda negara pada 8 Mac lalu.
Mamu Oh Mamu
Kenapa engkau gelisah
Macam mana caya tarak itu macam
eleksyen sudah kalah,
Mamu Oh Mamu
apa mau bikin cekarang?
Itu Maidin pasar raya ada cari jaga
Mamu boleh minta kerja la!
Maaf, saya melakar seloka yang bodoh ini kerana sebagai penulis blog yang goblok, had tu saja yang termampu.
11 comments:
Mamu Oh Mamu.. Lu ada cakap media alternatif tak boleh pakai. Mamu Oh Mamu.. Sekarang lu baru ada akai!!
Kebanyakan akhbar di malaysia adalah merupakah sebagai lidah rasmi parti pemerintah kecuali sebilangan kecil akhbar cina yang mengambil pendekatan berkecuali.
Sebagai pembaca,masyarakat hari ini sudah bosan apabila minda mereka sentiasa diasak dengan kenyataan yang memualkan oleh media arus perdana dan pembaca tiada pilihan lain kecuali beralih kepada media alternative iaitu media online -Internet bukan sahaja cepat dan menjimatkan walaupun saya akui ada sumber yang tidak boleh dipakai tetapi kita masih banyak pilihan lain dari blogers yang mempunayai sumber yang boleh dipercayai dan boleh mentafsirkan secara matang.
Jika kita lihat Harakah merupakan lidah rasmi Pas , dan Suara Keadilan merupakan lidah rasmi keadilan sudah tentu mereka mirip atau mengeluarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka kerana parti -parti pembangkang tidak mempunyai peluang untuk memyuarakan pandangan mereka dalam akhbar arus perdana yang hanya menyalurkan ideologi politik pemerintah yang berlebih-lebih kecuali berita-berita mengenai keburukan pembangkang semata-mata walaupun keburukan yang lebih besar dari pihak pemerintah dikaburkan
Jika perkara ini berterusan saya rasa Tsunami politik yang lebih besar akan berlaku pada PRU13
Pak Tuan...
Cukup-cukup lah cerita pasai zainudeen maydeen ni. Meluat dah dok baca pasai dia, dah la kalah masih dok cakap macam kat media dan media pun satu macam bengong dok pakai lagi cerita orang kalah perang ni.
Dah banyak sangat kita dok taroh dia, kaw2 pulak tu.. tau-tau dia nanti tersedak tengah makan pasai kita dok parpukan si parpu ni...
Sian kat dia...la ni dia tak buat apa2 la...tapi jgn dok kata sangat kat ulaq kepala dua ni...silap2 hb dia p jadi chairman bernama, alamat gerhana la berterusan agensi berita nasional ni..
Ni yang saya dok rhgisau sangat kalu2 piem buat keloloh p boh Parpu No 1 ni di bernama, Ingat dah mampoih, tau2 timbul dan akan menyusahkan hidup depa kat bernama....sian pulak kat depa di bernama...
Parpu No 1 ni bukan ada kebolehan apa-apa pun, nak jaga rtm pun dia tak reti...tapi adjus projek pandai la termasuk la susk dia sabaruddin.
Anak Maydeen ni sikit punya rgophlah ka?
Kalau boleh memang tak mau, tapi bila Pak Lah mengaku kesilapan, kenalah cari puncanya.
Parpu pun parpulah...mungkin hat tu yang depa ok carghi... tapi cendoi macam mana? Din Kola boleh jawab.
Pak Tuan
Mamu parpu ni, dah dulu sampai sekarang tak habis nak menyusahkan orang, dulu masa berkuasa telefon sana telefon sini nak minta buat story, la ni dah tak berkuasa pun duk buat macam tu...
cherita mamu lagiii...
Pak syed ni mmg suka btuii buat storii pasai mamu nii...awatnya,?? ada dendam dgn dia kaaa??
Rasanya lebih baik tuan syed buat cherita pasai annuaq zaini tu..sbb dia laaaaaa "projek koriddor" semua runtoh...huhuuu..!!
Si Anuar Zaini tu cerdik sikit daripada Mamu kita tu. Dia pandai makan dan pandai pulak simpan. Tapi kata orang muka pucat (pale face kata Red Indian), setiap ekork anjing ada haghi dia. Haghi Anuar Zaini dah nak sampai.
Saya bukan dendam dengan si Mamu, tapi meluat dengan peranghai dia, sikap dia yang teramat sangat angkuh. Tu ja.
ADA SATU YANG BOLEH PERCAYA...SINAR HARIAN
Betoi tu Tuan Syed!
Mamu parpu tu, angkuh semacam sejak jadi menteri Penerangan...
Lupa diri la tu!
Pak Tuan Al-Syed...
Si parpu ni parpu lah...biaq pi la kat dia...dia ni nak makan kuah parpu pun dah tak berapa nak lalu dah...depa la kata...
(untuk makluman org2 kola lumpu, parpu ialah gantinama bagi masyarakat utara untuk dhal atau kacang dhal. kami semua kalu p makan roti canai mintak kuah parpu...tak sebut kuah dhal tapi parpu)
Awat cerita pasai annuar zaini? apa pak lah dah tak mau dia ka? kan dia ni pakar adjus projek koridor utara untuk kroni dan diri sendiri?
Apa dia nak kena renti chairman bernama ka? bukankah tempoh perkhidmatan dia tamat 1 Januari 2008? Sambung ka tak sambung? Sambung kot pasai sampai la ni dok ada...
KeKELOLOHan dia di bernama ni nampak ketara, dia faraid bernamatv sampai jadi macam harta bapak dia...apa org kat bernama x reti nak report kat bpr ka? ada gm pun keloloh tak cukup akai, ada kp pun bukan melayu...ada senior manager pun india kaki botoi...so macam mana ni?
Saya ni tak dengaq cerita pasai bernama, apa pak tuan ada dengaq apa apa ka???
Restoran Nasmir Simpang Kuala Kedah
Sebenarnya UMNO adah ada pejuang siber yang handal2 tetapi sehari selepas BN menang besar pada 2004, Khairy Jamaluddin menendang kesemua pejuang2 sukarela siber dgn meletakkan server mereka di tepi lift pejabat UMNO.
Semuanya petunjuk ke arah KJ dan Pak lah mempertahankan mereka bermati-matian!
Adakah sanggup sampai UMNO mati? Saya rasa mungkin berlalku kerana para2 apologis sanggup mempertahankan kesalahan dan kemungkaran. Makala masih terlalu ramai adalah pengecut yang tak ada konek diperingkat Bahagian!
Post a Comment