Monday, March 17, 2008

MB Perak boleh bertutur empat bahasa


Menteri Besar Negeri Perak Darul-Ridzuan, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin merupakan satu-satunya ketua kerajaan negeri di Malaysia yang boleh bertutur dalam empat bahasa - Inggeris, Cina dan Tamil selain bahasa ibundanya, Melayu.

Jurutera Mekanikal berusia 51 tahun itu juga berpengalaman luas dalam industri pembinaan, kejuruteraan bangunan, penyeliaan dan penyelenggaraan projek-projek besar semasa berkhidmat dengan kerajaan dan kemudian swasta.

Antara projek besar yang dia terlibat secara langsung semasa berkhidmat dengan kerajaan ialah Dayabumi Fasa 2 dan 3 (1983), pembangunan Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri (1984), dan pembinaan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985).

Ir. Mohamad Nizar lulus 'A' Level di Norwich City College of Arts and Technology, Norfolk, England dan Sarjana Muda Sains (BSc) Kejuruteraan Mekanikal dari University of Aston, United Kingdom.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), kemudian Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA-Daya Urus) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebelum menyertai sektor swasta.

Dalam bidang politik, Ir Mohamad Nizar bergerak cergas dalam Parti Islam (PAS) dan memegang beberapa jawatan termasuk Ketua PAS Kampar, Bendahari PAS Perak dan Setiausaha PAS Perak.

Anak kelahiran Kampung Air Hitam Labu, Kampar itu mendirikan rumah tangga dengan Fatimah binti Taat dan dikurniakan lapan orang anak.

Ir Mohamad Nizar adalah antara ratusan pemimpin barisan kedua PAS yang memiliki kelulusan profesional seperti jurutera, jurubina, doktor, peguam dan akauntan dari dalam dan luar negara.

Kehadiran mereka dalam PAS membuktikan bahawa parti itu bukanlah sebuah parti yang kononnya kolot dan dimonopoli oleh Tok-Tok Guru sekolah pondok atau golongan ulama lulusan Al-Azhar dan pusat-pusat pengajian tinggi lain di Mesir, Arab Saudi, Jordan mahupun Pakistan.

PAS adalah sebuah parti politik yang dianggotai dan dipimpin oleh golongan berpendidikan tinggi dalam semua bidang ilmu. Para pemimpin PAS beriltizam tinggi dalam perjuangan mereka dengan berlandaskan Islam sebagai asas perjuangan dan petunjuk ke arah jalan yang benar.

19 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Jadi dan Selamat Berkhidmat dgn professional dgn Al-Quran dan Hadis sbg rujukan, kpd YAB Mohamad Nizar yg akan mengangkat sumpah hari ini.

Kemasukan ramai pelapis ke dalam PAS pertanda baik utk parti itu - sebahagiannya kerana ruang-ruang demokrasi dalaman yang tertutup dlm UMNO dan menyimpangnya parti itu dari perjuangan asal.

Tidak spt UMNO satu masa dulu, kini sistem patronage, politik wang dan budaya mengampu menyukarkan pemimpin-pemimpin berbakat untuk naik dalam UMNO.

Anonymous said...

Alhamdulillah, dulu beliau belajar, sama ada A Levels atau di University dengan duit sendiri ke atau dapat biasiswa Kerajaan BN atau dari biasiswa PAS? Nak tahu saja.

Anonymous said...

Macam ni la kita mau, pemimpin yang betul2 ada kebolehan dan pengetahuan agama, ekonomi, bahasa sepertimana rakyat inginkan bukan macam pemimpin yang ada sekarang HAPRAK'
Tahniah Ir'

-Mijan-

Unknown said...

Saya kurang setuju ungkapan 'hari jadi' kerana ia tidak betul. Yang betul hari lahir.

Soal 'kejadian' manusia dalam rahim ibunya hanya Tuhan yang tahu bila ia berlaku.

Kita hanya tahu bila manusia itu dilahirkan. Sebab itu kita harus rujuk kepada perkara itu sebagai hari lahir, bukan hari jadi.

Mengenai sama ada Ir Mohamad Nazir belanja duit sendiri atau dapat biasiswa kerajaan (BN) untuk melanjutkan pengajian di luar negara tidak harus dibangkitkan.

Bangsa bukan Melayu tidak menyoal sama ada si Ah Chong atau si Mutu dapat bantuan atau dermasiswa mana-mana persatuan kaumnya, yayasan kaumnya atau parti politik kaumnya.

Yang penting si penerima dapat melanjutkan pelajaran dan membantu memperbaiki taraf hidup dan khidmat bakti kepada negeri dan negara, bukan kepada pihak yang membantunya. Itu ikhlas membantu namanya, tanpa mengira fahaman politik atau tujuan-tujuan lain.

Unknown said...

Maaf. Ir Mohamad Nizar bukan Nazir.

Anonymous said...

Jawapan yg tepat tentang biasiswa boleh tanya Mohamad Nizar sendiri.

Dgn andaian beliau belajar dgn biasiswa kerajaan. Duit kerajaan dapat melalui cukai ke atas rakyat, bukan duit parti.

Keduanya syarat nak sambung belajar A Level dan seterusnya tidak menyebut mesti ahli sesebuah parti politik tertentu atau mesti menganut faham politik tertentu.

Allahyarham Pak Nik (UiTM) pernah menceritakan ada satu masa desakan supaya UiTM dikhaskan untuk anak-anak org UMNO sahaja. Jawab beliau, kalau macam tu, tukar jelah syarat kemasukan.

Asalkan bila habis belajar menjadi manusia berguna dan sama-sama men- yumbang untuk negara, apa masalah?

Tidakkah dalam biodata Mohamad Nizar sudah menunjukkan sumbangan-sumbangan beliau sebelum ini?

Jelas beliau bukan spt isteri Ayah Pin, ustazah lulusan Al-Azhar yg murtad itu.

Anonymous said...

Noted your comment on hari lahir, which is a better/ correct term than hari jadi. TQ Tuan Syed.

Anonymous said...

Heh heh, Alhamdulillah, ada juga lah gunanya DEB pada orang Melayu tak kiralah UMNO atau PAS selama ini kan? Ananymous 10.39 setujukan?

Maknanya Kerajaan selama ini buat baik pada semua tak kira fahaman politik semua dapat belajar. Yang baik tetap baik. Kita rakyat Malaysia bersyukurlah dan ajarlah anak anak kita bersyukur dan menghargai jasa baik orang lain terutama yang lebih tua dari kita.

InsyaAllah jika kita hormat dan ingat jasa orang tua tua pada kita bila kita tua nanti orang lain dan anak anak pula akan hormat dan ingat jasa kita. Bukan nak minta balasan sekadar ingatan.

Jangan lupa dan NAFI budi baik SESIAPA pun pada kita. Itu lah hakikatnya. Orang dulu dulu memang bijak, mengingatkan anak anak mereka dengan perkara yang simple yang mereka tahu dalam maknanya bukan buat masa itu sahaja tetapi mungkin puluhan tahun yang akan datang.
Contohnya pantun terkenal ini.

Pisang Emas dibawa belayar
Masak Sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang Budi dibawa mati.

Majulah Bangsaku Majulah Melayu. Semoga anak anak Bangsa ku akan terus Maju dalam semua bidang setanding dengan anak anak Bangsa lain. Semoga berkurangan anak anak bangsa ku di PUsat Pusat Serenti, Semoga lebih mantap dan berkualiti di menara gading.

Semoga anak bangsa ku boleh terus menghapuskan kemiskinan dengan ijazah ditangan masing masing. Rasulullah saw pernah bersabda "Hampir kefakiran itu membawa pada kekufuran" Kita harap Permerintah akan teruskan usaha majukan bangsa Kita dan tidak leka dengan berpolitik dan bercakap sahaja.

Anonymous said...

Pak Tuan...

Tak kiralah dulu dia belajaq ambik duit mana. Takan sampai tu pun depa nak kucai, bukan ka?

Biaq pi la...bunyi macam "anggur masam" saja ni.

Yang penting jalankan pentadbiran yang adil dan saksama untuk membela kepentingan semua orang. Ada orang adil tapi tak saksama dan ada orang hanya saksama tapi tidak adil dan TIDAK semua boleh jadi adil dan saksama.

Dah PAS jadi teraju kerajaan negeri, jangan la pulak dok tergesa-gesa nak faraid kerusi Datuk Bandar Ipoh ka, YDP Manjung ka apa ka kepada depa yang sudah mempunyai niat yang tidak adil dan saksama. Dengar kata DAP dok tan kerusi Ipoh, mungkin ada la depa nak buat honaq tu...saya kata mungkin...

PAS hendaklah berpegang kepada prinsip membela kepentingan semua dan menyanggah yang batil.

Kepada UMNO Perak ini adalah pengajaran besar kepada kome sume -- jangan la dok sombong macam cancibor lagi... orang lain pun makan nasi semacam kome jugak, ingat yea?

Unknown said...

Benar, ramai yang dapat faedah daripada DEB. Ini kerana DEB dilaksana dengan betul pada beberapa tahun awal ia dilaksanakan. Tetapi, keadaan menjadi tidak betul apabila orang politik yang berkuasa (UMNO) mula melaksanakannya tanpa mengikut semangat DEB itu sendiri. Maka muncullah apa yang disebut sebagai Umnoputera (bukan Bumiputera), iaitu golongan yang memonopoli faedah DEB terutama dalam pengagihan kontrak dan tawaran kerja. Pembahagian juga dibuat berpandukan fahaman politik.

Tapi, pokok pangkalnya DEB dahpun dimansuhkan dan digantikan dengan Dasar Pmbangunan Negara (DPN). Kenapa masih ramai yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu termasuk mereka yang bergelar pemimpin?

Adakah mereka sengaja menjadikan ia satu polemik politik untuk menakut-nakutkan orang Melayu atau melaga-lagakan orang? Umpamanya antara Melayu dengan bukan Melayu.

Anonymous said...

Kisah mengenai ungkit ttg jasa dan pengorbanan ada diceritakan di dalam Al Quran mengenai kisah Nabi Musa dan Fir'aun .Ia menceritakan bagaimana kisah Nabi Musa telah kembali ke Istana Firaun setelah lama keluar dari Istana itu dan menyeru Firaun agar beriman kepada Allah. Namun Firaun yang telah mengaku tuhan bukan shj tidak sudi bahkan telah menentang nabi Musa. Lalu ia mengungkit kembali segala jasa dan pengorbanan yang telah dia berikan kepada Nabi Musa, iaitu bermula di mana isterinya menjumpai seorang bayi (Nabi Musa) yang dihanyut oleh arus sungai. Lalu bayi itu dibesarkan dengan segala kemudahan dan kemewahan hingga usia remaja. Bila berlaku satu kejadian di mana Nabi Musa telah dengan tidak sengaja terbunuh seorg lelaku Qibti (kaum Firaun), maka akibat ketakutan baginda melarikan diri dr Istana. Diringkas sepanjang pelarian itu baginda diberikan wahyu lalu diangkat menjadi rasul yang kemduain diwahyukan Allah untuk menyampaikan Islam kepada Firaun.

Bila kembali ke istana Firaun, lalu disampaikanlah risalah Islamiyah kepada Firaun mengajak ke jln yang benar, namun Firaun dgn sombong dan angkuh telah menolak dakwah tersebut dan mengatakan dan mengungkit kepada Nabi Musa bahawa baginda ini seorang yang tidak mengenang budi dan jasa atau tak sedar diri. Atau org politik selalu dok sebut Jangan gigit tangan yang orang yang menyuap kamu.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed

Tak payahlah bubuh gambar cantik untuk Letak Jawatan, bubuh la gambaq yang tengah duk tiduq tu...

me again - Big Apple

Ikmal Shafie said...

haha
untung aku..
die ni pegang dun tempat tinggal aku
pasir panjang

HIDUP NIZAR!!!
HIDUP PAS!!!
HIDUP ISLAM!!!

fysal said...

Salam Tuan Admin. saya selaku anak jati Negeri Perak meminta izin admin kuda ranggi untuk mengambil sedikit artikel mengenai profile MB Perak yang baru ini untuk dimuatkan ke dalam blog saya..Saya berasa Bersyukur di atas perlantikan beliau selaku MB Perak ke 10 yang berlangsung dengan aman dan damai tanpa sebarang kekecohan..ALhamdulillah..Selaku anak jati Perak..Sokongan padu di atas pemerintahan beliau akan diberikan sepenuh hati..

Anonymous said...

Kerajaan BN ada duit ke? Setahu saya duit itu duit rakyat, bukannya duit Kerajaan BN.

Unknown said...

fysal, silakan. terima kasih atas minat saudara.

Anonymous said...

Pak Tuan...dan Nani@Big Apple

Gambaq dah Pak Tuan tukaq...brghu la betoi gambaq tu...dok lena semanjang...dia ni ada penyakit ka apa ka?

Dengaq kata dia ada penyakit...mcm la Md Isa Sabu atau Jesus mcm yang depa dok kata di Perlis. Jesus of Perlis pun tak sihat, ntah2 tak lama jadi boss kat Kangaq...

Che Dan pulak tau2 jadi menteri kabinet pasai Si Kaki TIdoq tu bukan reti selesai masalah politik -- justeru dia ambik jalan singkat saja la...

Apa la punya turr!!!

Zamri Jelutown

FactFactor said...

Tahniah Ir.Nizar.. Hmm, MB tganung apa cerita yek, tak setel2 lagi tu.. Derih Jusoh ni macam tak paham2 lagi kaa, istana dah tak suke mung.. kalo istana suke kat mung derih weih, lame doh akat supohnye jadi MB.. tokkan nak menderhake je.. Oghang UMNO lak senyap je bila geng2 dia menderhake sultan

Anonymous said...

bukan ka anuar zaini jadi menteri besaQ perak??
hari tu kecoh2 nak betanding, pah tu dun tadak apatah lagi parlimen.
dia ingat dia baik dgn sultan+paklah dia bulih jd menteri besaQ ka?? porahh laa..
Bila buat org susah..la ni hang la plak merasa susah..
NCER pon dah leboh..apa lagii..blahh laaa merambus..!!