Saturday, March 29, 2008

Mat Taib dan hartanya


(Foto kenang-kenangan bersama Mat Taib, MB Selangor, yang dirakamkan pada pertengahan 1990-an di kediaman rasmi MB semasa pasukan badminton Bernama mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan MB Selangor. Saya berdiri di kanan Mat Taib manakala sebelah kiri beliau Azman Ujang, kini Pengurus Besar Bernama)

MENTERI KENA ISYTIHAR HARTA - PAK LAH

Semua Ahli Kabinet dimestikan mengisytihar harta masing-masing, termasuk yang dimiliki ahli keluarga terdekat seperti isteri dan anak, dan orang ramai dikatakan boleh menyemaknya. Baguslah kalau ianya benar dan disempurnakan secara terbuka akan arahan Perdana Menteri Abdullah Haji Ahmad.

Antara orang lama yang diberi nafas baru dalam Kabinet 2008 ialah mantan Menteri Besar Selangor Darul Ehsan, Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih glamor dipanggil Mat Taib ataupun Mat Tyson.

Saya pernah berinteraksi dengan Mat Taib dan sedikit sebanyak tahu 'kehandalan' anak jantan Selangor ini. Kita ketepikan isu kejantanan beliau. Semua orang pun dah tahu.


Saya ingin memperkatakan tentang harta Mat Taib di luar negara dan ingin tahu sama ada beliau masih memilikinya dan sekiranya begitu, adakah beliau akan mengisytiharkannya seperti yang diarah oleh Perdana Menteri.

Menurut laporan-laporan media termasuk Brisbane Courier Mail, Mat Taib memiliki enam hartanah di New Zealand yang didaftarkan atas nama isterinya. Hartanah berkenaan dibeli pada tahun 1996 pada harga melebihi 3 juta dolar Australia (pada waktu itu).

Enam hartanah dibeli di pulau utara New Zealand, iaitu satu di Pakurunga seluas 4573 meter persegi yang dibeli pada 18 Jun, satu di Otahuhu seluas 1713 meter persegi yang dibeli pada 27 Nov., dan empat hartanah lain di Mataitai dengan jumlah keluasan 144 hektar yang dibeli antara 29 November 1996 dan 11 mac 1997.

Umum mengetahui bahawa pada 22 Disember 1996, Mat Taib ditahan di lapangan terbang antarabangsa Brisbane sebelum beliau menaiki pesawat ke New Zealand dengan membawa wang tunai dalam mata wang Singapura, Malaysia dan New Zealand yang kesemuanya bernilai 1.26 juta dolar Australia.


Sebagai seorang Menteri Besar ketika itu, umum hairan dari mana Mat Taib memperolehi wang yang sebegitu banyak dan sudah tentu dia membayar secara tunai semua hartanah yang dibelinya itu kerana, sebagai seorang warga asing, dia tidak mungkin boleh membuat pinjaman wang di New Zealand untuk membelinya.


Dari mana Mat Taib dapat wang itu? Adakah dia akan mengisytiharkan harta tersebut sekiranya masih menjadi miliknya? Besar kemungkinan Mat Taib tidak akan berbuat demikian dengan alasan harta di New Zealand itu adalah milik isterinya.


15 comments:

Tuan Senang Besar said...

tuan syed,

you look fit as a fiddle then!

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Pak Tuan,

Saya dah lama duduk di Selangor ni, takkan lupa apa yang Mike Tyson buat kepada negeri ni. Habis tanah-tanah dekat Selangor ni tergadai.

Saya pernah bersembang dengan beberapa pegawai2 MPKj(Kajang), mereka memang benci sampai menyumpah2 dekat Mike Tyson. Mereka kata pasal dia, habis tanah Melayu di Kajang kena jual kepada orang asing, antaranya bangunan lama MPKj sendiri.

Apa pasal Pak Lah lantik lagi dia ni........dah tak da orang lain lagi ke dalam UMNO?!

Keluar topik skit Pak Tuan, untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya memerlukan sokongan 2/3 ahli parlimen atau tidak? saja nak tau....

K Pak Tuan, semoga dilindungi Allah.

Skuad Peninjau

Unknown said...

Skuad Peninjau,

Keanggotaan Dewan Rakyat adalah mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Fasal 46 dalam Perlembagaan dengan jelas memperincikan tentang jumlah keanggotaan. Oleh itu, sebarang pindaan atau pengubahan membabitkan pindaan kepada Fasal 46 dan ini memerlukan sokongan dua-pertiga Ahli Dewan Rakyat.

Anonymous said...

Salaam Pak Tuan,seronok baca tentang Mat Tyson.Hidupnya penuh dengan perjuangan.Orangnya segak walaupun usia dah layu.Nafsu sentiasa membuak-buak mengalahkan orang muda dua puluhan.Selera masih bagus bagi seseorang yang agak meningkat usia.Mungkin segala jenis akar kayu,tongkat Ali,Gingseng dan pelbagai tonik menjadikan seleranya sentiasa teruja tambah2 lagi kesukaan terhadap harta benda.Cintanya kepada kuasa tidak pernah padam walaupun setelah dimalukan oleh insiden tak faham bahasa Inggeris di Brisbane dulu.Malah sayangnya kepada duniawi yang penuh putar belik tak sedikit pun berkurangan sehinggalah beliau berjaya kembali ke kabinet sebagai Menteri walaupun tak bertanding dalam PRU 12 yang lalu.Alangkah warna-warninya hidup Mat Tyson sorang ni.
Namun orang seperti ini,sayangnya tak layak untuk kita jadikan contoh yang boleh diteladani oleh anak cucu kita.Tak padan nak kita jadikan pahlawan Melayu yang dapat kita sanjung sepanjang masa seperti Hang Tuah.Tak wajib kita hormati sebagai seorang pemimpin kerana kewibawaannya telah lama tercalar dan ternoda dek kerakusannya.Tak boleh dibanggakan sebagai seorang pejuang bangsa walaupun beliau mewakili parti politik Melayu yang terbesar di negara kita dan memiliki kekayaan yang melimpah ruah.Tak patut diberi muka kerana apa saja peluang yang lalu di depannya akan disambar seperti seekor helang yang lapar....
Pesan saya kepada Mat Tyson,jangan anggap menjadi Menteri kali ini sebagai peluang yang kedua untuk buat harta dari hasil yang haram.Pesan saya,Allah lihat apa yang anda buat walaupun manusia lain(termasuk bos anda) tidak nampak.Pesan saya,segala hasil yang haram yang diberi kepada anak,bini,cucu dan cicit akan menghasilkan keturunan yang tidak baik juga walaupun kehidupan mewah dan bahagia.Pesan saya,tunggu akan ujian Allah Yang Maha Kuasa kerana amaran awal telah diberikan dulu.Kali ini mungkin tidak ada amaran lagi.Pesan saya,kali ini jika tersungkur,ia akan lebih mengaibkan daripada dulu...Tanda-tanda awal ke arah itu telahpun nampak.Pesan saya,ambil iktibar dan ingat akan kuasa Allah.Pesan saya,Allah lebih berkuasa daripada bos anda.Wassalam.

Anonymous said...

Manusia sebegini tidak boleh di-jadikan contoh tauladan dalam segi apa pun.

Perwatakan nya serupa dengan seseorang pelakon filem THE GODFATHER. Sungguh menyeramkan.Mungkin juga mereka tidak berasa takut tentang kematian.

Anonymous said...

dari Metro K*jang a public listed company?

Berita dari gunung said...

Politik adalah kerjaya. Harta dan kuasa adalah ukuran kepada kejayaan dalam kerjaya itu.

Barangkali yang merisaukan adalah bagaimana harta itu dikumpul. Cara betul atau salah. Tentu cara kebanyakan ahli politik mengumpul harta adalah betul, kalau tidak sudah banyak kes rasuah di kalangan mereka disebut dalam mahkamah.

Rakyat mesti yakin dengan kejujuran Perdana Menteri menangani rasuah dan mendokong ketelusan. Kalau tidak tentu Shahrir sudah tunjuk gigi besar dan nganga mulut seluas-luasnya ketika PAC menggeledah isu ECM Libra, seperti mana beliau menunjukkan retak-retak dijambatan Samy Vellu.

Ramai pemimpin sekarang adalah pendokong ketelusan dan bebas dari rasuah. Boleh tanya Pak Lah bila-bila masa. Agak saya la.

Anonymous said...

Salam Siber,

Tuan Syed dari asyik komen orang UMNO yang memang tak relevan lagi, lebih baiklah blog tuan Syed dijadikan saluran alternatif untuk pengetahuan rakyat.

Saya amat benci dan jengkel sekali kalau kita asyik mencari salah dan buruk orang, sedangkan orang yang kita burukkan tidak terusik walau sedikit pun.

Kalau dah nama UMNO semua nya baik2. Ampu sana ampu sini. bodek sana bodek sini. dan sebagai anak merdeka generasi baru, saya melihat di parlimen kita hari ini kebanyakan ahli parlimen adalah tidak layak dan kurang berpengetahuan. Cuma yang saya nampak ahli parlimen kita suka bergaduh macam budak2.

Menteri2 pula hanya tahu membuat slogan-slogan yang retorik sahaja.
adakah orang yang begini layak mendapat gaji sehingga 20 ribu sebulan?

Sebagai bekas pegawai kanan kerajaan, yang berpengalaman dan berpengetahuan saya rasa tuan Syed faham dengan maksud saya.

Pertikaikan lah pemimpin UMNO dengan bukti2 sekali pun , Badan Pengamal Rasuah tidak boleh berbuat apa2.

Tengok sahaja kalau Perhimpuanan Agong Umno, mulalah terjadi pergeseran dalam merebut jawatan.

Kita lihat parti PAS tak pernah dengar kalau sesorang ahli tak memenangi apa2 jawatan menyimpan dendam atau memburuk2 kan parti.


Tapi UMNO dah banyak kali berlaku. Sampai nak lantik MB pun ambil masa hampir sebulan.


Tolak sahaja UMNO dan BN, parti yang banyak bermuka muka dari memperjuangkan kepentingan rakyat.

Tun Mahathir ~~ Melayu haprak dan mudah lupa yang selalu lupa kerosakan UMNo,BN dan negara adalah bermula daripada dia juga.

Tak payah lah susah2 fikir tentang kebodohan dan kebebelan orang yang memang bebal sejak dari dulu, kini dan selamanya.





Assalammualaikum wbt.


Dulu, Kini dan Selamanya.....tak pernah sokong UMNO dan BN.

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt

Tuan Syed.

Datuk Azman Ujang Pengurus Besar BERNAMA? Pengurus yang sepatutnya tahu menguruskan dirinya sendiri.
Kerja kelam kabut,decision maker yang lembab.Bercakap seperti orang bijak pandai, tapi habuk pun tarak.Ada kuasa tetapi tak tahu nak menggunakan kuasa . Lalu hanya mengangguk kepada Datuk Anuar Zaini yang hanya seorang Pengerusi yang dilantik oleh kuasa politik.

BERNAMA akan menjadi jahanam sekiranya masih wujud pemimpin2 yang penakut dan ada kepentingan diri sendiri.

Lebih baiklah Datuk Syed Jamil yang dulu, walaupun ada kelemahan tapi banyak juga beliau memperuangkan nasib pekerja2 BERNAMA.

Kes 13 orang staff BERNAMA yang dibuang dulu adalah hasil inisiatif Azman Ujang atas arahan mangkuk Pengerusi. Sekarang ini yang menanggung beban adalah Pengurus Sumber Manusia yang menandatangani surat pembuangan mereka dan kes ini akan berlangsung di mahkamah sedikit masa lagi.

Kita tunggu dan lihat episod2 sedih BERNAMA selepas ini.

Salam


Ex BERNAMA TV

Unknown said...

Anon (salam siber),
Kalau tak di ulas (komen) tentang apa yang pernah dilakukan oleh mereka yang bergelar pemimpin, mereka akan menganggap orang dah lupa dan mereka boleh teruskan amalan atau perangai lama.
Perbuatan lama mereka tetap relevan kerana mereka terus diberi kuasa dan kedudukan.
Saya sayangkan UMNO yang asal, iaitu UMNO yang telah diharamkan oleh mahkamah. Saya pernah aktif dalam UMNO asal, bukan UMNO baru.
Banyak masalah berlaku dalam UMNO yang ada sekarang terutama sekali rasuah dan salahguna kuasa.
Saya akan terus memperkatakan tentang masalah ini dan saya tetap menghormati pendapat dan buah fikiran orang lain.

Anonymous said...

Saya betoi-betoi tak paham sampai lani..awat la Pak Lah pi ambik Mat Taib dalam 'team' dia kali ni? Walaupun Pak Lah tau yang semua orang tau pasai keburukan dia ni.. Ada apa-apa ka?

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Pak Tuan,

Sekadar berkongsi dengan Pak Tuan, saya menghadiri satu majlis yang melibatkan guru-guru di suatu tempat di Selangor. Sempatlah saya berbicara dengan mereka tentang isu-isu pendidikan.

Apa yang mengejutkan, ada seorang penolong kanan di sebuah sekolah rendah memberitahu, terdapat sebuah pekeliling yang membenarkan murid-murid menjawab soalan Sains & Matematik dalam bahasa melayu, bahasa inggeris atau dalam kedua-dua bahasa sekali, senang cerita, rojak la.

Apa nak jadi dengan sistem pendidikan kita? Kejap macam tu, kejap macam ni. Macam tikus membaiki labu. Saya memikirkan masa depan anak-anak kita, dan juga bahasa melayu. Kalau kita lihat kembali perjuangan orang terdahulu mendaulatkan bahasa melayu, kita akan rasa insaf dan sedih melihat nasib bahasa melayu sekarang.

Siapa nak daulatkan bahasa melayu kalau bukan kita, Pak Tuan? Sedih.....mana orang-orang yang mengaku diri mereka pejuang bangsa dan bahasa melayu? Saya semakin hampa dengan kepimpinan sekarang....

Aduhai Bahasa Ibundaku.....

Skuad Peninjau

Anonymous said...

Hari ini Mahathir Muhammad melalak lagi, tetapi kali ini leteran beliau lebih kepada Anwar Ibrahim,Kununnya orang melayu akan hilang wibawa,orang melayu akan dicucuk hidung oleh barat sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Sudah lebih 10 tahun Mahathir melancarkan kempen memburukkan Anwar tidak cukup itu mengajak semua orang UMNO mempercayai cakapnya dan lebih dahsyat lagi beliau menggunakan semua kelengkapan gempur kerajaan seperti Polis, Badan kehakiman Media untuk membunuh karier politik Anwar Ibrahim dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan manusia bernama Mahathir Muhammad ini bukan sahaja mahu membunuh karier politik Anwar Ibrahim tetapi juga mahu meleyapkan terus Anwar Ibrahim.

Meskipun kita akui Mahathir Muhammad telah banyak berjasa kepada Malaysia sepanjang 22 tahun pemerintahan kukubesi beliau, tetapi dalam masa 22 tahun itu juga beliau telah memporak perandakan Sistem Pemerintahan Negara mengikut sukahati beliau dan apa yang saya perhatikan adalah beliau suka kepada system “Buat Dulu Bincang Kemudian”

Antara instrumen penting yang telah dijahanamkan semasa era Mahathir Muhammad ialah sistem perundangan negara termasuk pemecatan Ketua Hakim Ngara Tun Salleh Abas pada tahun 1988 ,menganggu sistem kenaikan pangkat Hakim-Hakim kanan melalui broker V.K.Lingam,

Memilih pegawai-pegawai kanan Polis yang telah menolong beliau dalam kes Anwar Ibrahim menerima kenaikan pangkat yang tidak mengikut prosedur seperti Musa Hassan dll.

Menghapuskan imuniti raja-raja melayu pada 1992 pada era pemerintahannya

Mengenakan koata untuk pemilihan presiden dan timbalan presiden UMNO semasa beliau menjadi preiden UMNO untuk mengekang kemaraan penentang –penentang beliau dan hari ini Mahathir mahukan system kuota tersebut dimansuhkan .

Mahathir dengan menggunakan kata azimatnya “melayu mudah lupa” hari ini mengajak melayu menolak kepimpinan Abdullah Badawi dengan alasan Abdullah menjalankan pemerintahan yang tidak beramanah, suka saya ingatkan wahai TUN semua yang anda cakapkan mengenai Abdullah…ya semua ini anda lakukan dengan lebih teruk semasa pemerintahan anda…

Dan apabila melihat pemerintahan Abdullah yang tinggal “nyawa-nyawa ikan” dan berkemungkinan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri yang seterusnya beliau bimbang ayam sabung yang pernah ditewaskan oleh beliau pada 1988 YAM Tengku Razaliegh Hamzah kempunan maka beliau sendiri berkokok memberi tahu orang-orang kampong bahawa ayam sabung aku sudah bersedia untuk bertarung.

Sekiranya melayu tidak lupa Mahathir Muhamad adalah punca kepada pengharaman UMNO pada 1988 ,dan bagi sesiapa yang mengikuti siri drama melayu 1988 telah meletakkan nama mahathir sebagai pengasas UMNO baru pada tahun 1988 meskipun bekas-bekas presiden pada masa itu Allahyarham Tunku dan Allahyarham Tun Hussin Onn cuba untuk menghidupkan UMNO lama tetapi mereka telah dihalang oleh ROS.

Nasihat saya kepada Tun Mahathir Muhammad sudah-sudahlah , bawalah berehat ,buat amal kebajikan tugas anda sudah tamat , berilah peluang kepada orang lain ,Rakyat sudah membuat keputusan ramai lagi orang yang lebih cerdik dan berwawasan daripada anda untuk mentadbir Malaysia secara lebih telus dan terancang.Jadi lah negarawan yang diingati

Anonymous said...

nostalgic sungguh melihat gambar foto itu ..

ex economic service

Anonymous said...

Tak ok ke Tan Sri Muhammad Muhd Taib tu? bukan ke dia pejuang tulen UMNO dan orang Melayu, hidup mati dia hanya utk orang Melayu dan UMNO. Beliau sentiasa setia dan teguh bersama UMNO walaupun berbagai dugaan mendatang dalam UMNO.

Rasanya wajar Mat Taib dapat jawatan menteri penuh tu utk mengenang jasa beliau dalam UMNO. Beliau tidak terburu-buru merebut jawatan dlm UMNO. Dah beberapa tahun jadi naib presiden UMNO, apabila kalah dlm pemilihan pada 2004, beliau tetap setia bersama UMNO dan jadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Pasal kes duit juta-juta tu, yg sudah tu sudahlah. Kalau pun dia ada duit juta-juta, yg kaya raya dan mewah pun bangsa kita jugak, seagama dgn kita. Saudara kita, kan kita dalam UMNO ni semua bersaudara. Dah itu rezeki dia banyak harta, buat apa kita nak cemburu irihati. Biarkanlah dia kaya dgn duitnya, lagi pun beliau dah menghambakan diri utk UMNO, orang Melayu dan rakyat Selangor dah lama. Anggaplah duit dan harta juta-juta miliknya itu sebagai hadiah saja.

Pengorbanan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai pejuang tulen Melayu & UMNO tiada tolok bandingnya. Yg sudah tu sudahlah..