Sunday, March 09, 2008

Mamu ZAM akhirnya disedarkan oleh kenyataan



Tak sah kalau saya tak ulas mengenai mantan menteri penerangan yang tidak popular, Zainuddin Maidin atau Mamu Zam. Semasa menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Pulau Pinang hari ini, saya ditanya kenapa tak ulas?

Ramai orang yang menerima kenyataan sedar bahawa Mamu Zam tidak popular di Merbok dan orang Merbok tidak mahu dia bertanding di sana. Pak Lah pun tahu jika Mamu Zam bertanding semula di Merbok dia akan tewas.

Masalahnya, Pak Lah tidak melakukan yang sepatutnya iaitu menggugurkan Mamu Zam sebagai calon. Sebaliknya dia memindahkan mantan pemberita keturunan India Muslim itu ke Sungai Petani untuk menggantikan mantan wakil rakyat BN Mahadzir Khir. Orang Sungai Petani keberatan menerima Mamu Zam tetapi khabar tersebut tidak dihiraukan.

Apabila pihak Parti KeAdilan Rakyat (PKR) menyebarkan cerita bahawa pengundi Merbok menolak Mamu Zam dan sebab itulah dia di terjunkan ke Sungai Petani, maka Mamu pun naik angin dan seperti biasa, menghentam bukan sahaja PKR tetapi media alternatif, terutama penulis blog (bloggers).

Dalam nadi yang amat marah dan sombong, Mamu Zam berkata dia disukai ramai di Merbok dan sebagai seorang ahli parti yang setia, dia sanggup bertanding di mana sahaja jika diarahkan oleh presiden parti.

Yang lebih memeranjatkan, Mamu Zam berkata bahawa dia bukan sahaja akan menang besar di Sungai Petani tetapi akan memastikan yang wang pertaruhan calon PKR Johari Abdul akan hangus (iaitu hilang wang depositnya). Kalau ini bukan angkuh, bukan takbur dan bukan mendahului takdir, tak taulah saya apa nak kata.

Nah, apa dah jadi... Mamu Zam kalah besar (para pengampunya pun terperanjat besar). Calon PKR Johari Abdul menang dengan kelebihan 9,381 undi dan dia bukan sahaja dapat menyimpan wang deposit pilihan rayanya tetapi mendapat penghormatan sewajarnya sebagai seorang ahli Dewan Rakyat.

Geli hati saya melihat para penganalisis yang muncul di kaca tv media arus perdana mengulas kekalahan Mamu Zam. Sebelum hari mengundi, mereka memberi ulasan dan laporan yang hebat mengenai Mamu Zam, lebih-lebih di RTM dan Bernama TV.

24 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan...

Rakyat tidak menolak zainuddin maidin yang berbangsa India Muslim seorang sahaja akan tetapi telah melenyapkan 4 lagi calon BN berketurunan India Muslim.

Di Padang Terap mereka menolak Ghazali Ibrahim, di Parlimen Kulim-Bandar Baharu mereka reject Aziz Sheikh Fadzir (sampai la ni orang Kulim dok heran macam mana keluarga yang dolu2nya dok jaga lembu dan berumahtangga di tepi kandang lembu boleh dapat title sheikh!) dan di Parlimen Baling pengundi tidak menyokong Azeez Rahim.

Di Pokok Sena pengundi memberi kelebihan kepada Mahfuz Omar berbanding dengan Abdul Rahman Ibrahim, juga mempunyai darah keturunan India Muslim.

India muslim ni macam2 ada variasinya, warna kulit yang cerah, separa cerah dan separa gelap dan gelap gelemat macam abdul kader fadzir dulunya di angkasapuri. Biaq apa pun rona kulit depa tetap keturunan india muslim yang makan nasi kepai dan telan lup lup!!

Nampaknya "ethnic cleansing" telah dilakukan di Kedah dan mesej yang jelas adalah sekiranya UMNO Kedah dok seluloi lagi dengan mamak-mamak pedukang ni, malapetakalah akan jadinya.

Antara kesemua India Muslim ini, yang paling ketara loqlaqnya ialah zainuddin maidin, bekas penjual cendol di kuala kedah.

Cukup keloloh dan cacamarba si mamak tua ni yang pernah menjadi pengampu kuat Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebelum PRU12 ni dia dok bawa batu Pak Lah pulak...

Saya tak lah mau ulas panjang2 kerana Pak Tuan pun sedia maklum macam mana punya musibatnya si india muslim yang Pak Tuan gelaq mamu ni.

Dengar cerita seluruh Bilik Berita RTM di Angkasapuri bersorak sorai apabila keputusan mencatatkan bahawa zainuddin maidin (dahulunya maideen) ni kecundang di sungai petani, satu daripada kerusi selamat BN untuk sekian lamanya.

Dengaq cerita pulaq ada orang dah nak sedekah setandan malahan bertandan2 pisang di Surau Muhammadi di Angkasapuri ekoran "al-ghaibnya" si mamak pedukang ni.

Dengar cerita jugak si india muslim ni telah ditawarkan jawatan duta malaysia ke new zealand sebagai hadiah tidak bertanding di PRU-12 akan tetapi beliau telah memparpu (temberang la tu!) pak lah bahawa beliau berupaya menang besar dengan segala jentera kementerian penerangan di belakangnya.

Maka bertandinglah si mamak ni..dan maka kecundanglah, dia punyai lari tak cukup tanah, pengumuman keputusan pun dia tuang dan dok dalam selimut sebab demam sejuk di bangalownya di Kelab Golf Permai, Sungai Petani.

Diharapkan akan berakhirlah kisah zainuddin maideen kutty ni...

Din Simpang Kola

Anonymous said...

Masa kat Merbok, Mamu Zam tak buat apa-apa. Dia pun tak jumpa orang kampung, pi makan kenduri atau pi kenduri tahlil.

masalah dadah kat kampung nelayan Tanjung Dawai, langsung dia tak buat apa.

Dia tak pedulipun pasai nak maju tempat perkelahan Tupah, atau lain-lain potensi pelancongan kat Merbok.

Macam tulah, orang media ini bukan pandai sangat dengan layan orang kampung, orang besak-besak bolehlah

Anonymous said...

Pak Tuan

Manakah sindrom yang dihidapi oleh Mamu Zam?
1. Sindrom perasan
2. Sindrom pengampu
3. Sindrom bodoh sombong.

Akulamat

Anonymous said...

Orang yang bongkak, sombong, takabbur , hidung tinggi macam ni, baru dia sedaq tinggi rendah langit tu.

Ada ka punya sombong sampai nak perabih duit orang tak tentu pasai?

Inilah contoh orang yang dinasihati oleh pembodek-pembodek yg tak memberikan gambaran sebenar sampai tak tau realiti dan fantasi.

Ada la yg kepala lagi sorang pun taktau kebenarannya. Selagi budaya bodek dan ampu masih berleluasa, orang yg di atas takkan tau kebenaran dan hanyut dibawa luncai dan labu labunya.

Anonymous said...

tak dak ke sapa-sapa intebiu mamak zam aaa?tingin benor plak nak dengar apo dia nak kata hahahaha.amboihh RTM TV3 tak jumpo bekas menteri hampa dah aihh.hari tu galak sangat sampai tiap hari muka hang.

Anonymous said...

Padan muka Zainuddin Maidin, puas hati aku tengok dia kalah!

Dah lah cakap besar before pilihanraya, now serve you right. Aku memang tak puas hati dengan dia pasal gunakan RTM sewenang-wenangnya; RTM jadi
tempat propaganda BN & asyik siarkan rencana memburukkan pembangkang
(e.g Kelantan Dalam Gerhana, Peristiwa Memali etc).

Zaman Tok Mat pegang dulu, takde lah sekeji dia ni. Serious shit, apa yg dia dah abusekan RTM; memang aku tak boleh terima - terlalu keji, kejam & bacul.

Anonymous said...

Pak tuan,

Motto Bernama TV BAGUS DAN BENAR..

Anonymous said...

x leh lupa masa interview die ngan al jazeera pasal perhimpunan bersih...mmg memalukan..

Unknown said...

Mamu Zam mengalami ketiga-tiga sindrom yang Akualamat sebutkan.

Hanya satu sindrom yang dia tak dak - sindrom tak sedark diri.

Ulasan Din Simpang Kola tentu dapat membayangkan rentak terhinggut-hinggut yang diiringi irama tabla yang ditarikan oleh para petugas RTM. Kan lebih hebat kalu Tok Mokhzani kerah semua ahli muzik RTM untuk menghiburkan rakan-rakan mereka tu.

Apa yang dilakukan oleh RTM semasa dan sebelum tempoh berkempen adalah tidak profesional dan ada kalanya memalukan. Kalau nak bodekpun biarlah bertempat. Sogokan maklumat (orang RTM dan tv lain sebut info) yang berat sebelah dan tidak tepat (betul dan benar?) bukan sahaja menjatuhkan kredibiliti (mamak cendoi cukup bangga menggunakan perkataan pinjaman ini) badan penyiaran berkenaan.

Saya tak terkejut beruk bila Din Simpang Kola bayangkan betapa orang RTM sambut dengan amat seronoknya kekalahan mamak cendoi Kuala Kedah. Dah tentu depa naik muak geli geleman dengan si mamak sekork ni.

Anaklah ayam, anak ayam turun sepuloh, loh, loh, loh, loh,
mati saekor mati saekor tinggal sembilan, lan, lan, lan, lan
.....

Lepas ni, janganlah lantik mamak cendoi ni jadi duta ka jadi pengerusi apa ka... jangan memalukan negara lagi. cukuplah.

Anonymous said...

kekalahan Zam dan calon2 India Muslim jangan lah di lihat sebagai "ethnic cleansing". Tapi lebih kepada "just a politics decision" dlm PRU12.

Walaubagaimanapun, memang jelas Zam telah menyebabkan byk rakyat membenci program2 "mem"BN'kan rakyat" melalui RTM. Sungguh memalukan masih ada pemikiran yang jengkel dan perancangan yang sgt bodoh diketengahkan melalui RTM.Zam memang tidak layak bukan sahaja jadi Menteri, malah tidak layak pun jadi pemimpin masyarakat.

Inilah pembalasan bagi insan2 yang tidak ikhlas dalam perjuangan. Lihat mcmmana Zam menyebelahi PakLah dan membelakangkan Tun Mahathir.

-MYZ-

Anonymous said...

Sudahlah tu, janganlah di tabur garam pada luka yang sedang membuak-buak... cukuplah dengan segala kehinaan yang sudah diterima oleh mamak zam ini. Kalau dilihat dari sudut lain kita kena berterimakasih pada zam kerana strategi semberono beliaulah (memanipulasi RTM seperti RTM itu bapak dia yang punya & mencabar golongan bloggers) yang menyebabkan media alternatif meningkat popularitinya. Saya sendiri, dek kerana terlalu muak dengan RTM langsung tidak sudi menonton saluran tersebut dan bertukar 100% ke media alternatif. Saya percaya ramai lagi yang berasa & bertindak begitu. Bayangkan kalau mamak zam ni beri ruang kepada BA menyuarakan kempen mereka melalui RTM, tentunya ramai yang akan memilih kemudahan RTM (mudah sebab tak perlu mengadap PC dan membayar bil internet) untuk sumber maklumat dan sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan propaganda BN. Dengan menafikan walau sekelumit pun maklumat yang pro BA dari disiar RTM, mamak zam sebenarnya telah memaku kerandanya sendiri. Itu pandangan hamba. Padan muka zam!

Anonymous said...

Bernama TV terpaksa memberi liputan yang berat sebelah kerana DIARAH begitu....namun, hakikatnya, bilik berita di tingkat 3 Wisma Bernama sorak besar apabila mengetahui ZAM tewas. Allah lebih mengetahui...amin

Anonymous said...

Saya sendiri dapat sms dari seorang kenalan Penerbit di RTM ttg betapa gembiranya suka hati riang rianya mereka bila melihat bekas boss mereka kecundang.

~ Anak Bukit ~

Anonymous said...

Semasa Azeeeez Abd.Rahim berkempen
dialah satu satu mamak yang pandai berbahasa ibunda .....

Anonymous said...

Mamak Zam hanyut tenggelam bersama kapal khayalannya,may b dia dtg balik kat KL kutip surat khabar lama kat belakang Utusan di Bangi pakai motor roda 3. keh3

Anonymous said...

Pak Syed,

Jangan salahkan BERNAMATV kerana menyajikan berita yang berat sebelah. Ini kerana Pengerusi Bernama yang tak sedar dek untung itu dan yang amat dibenci oleh kalangan petugas BERNAMA sendiri -- anuar zaini terlalu mengongkong sehinggakan setiap berita perlu mendapat kelulusan beliau.

Sehingga sekarang, BERNAMATV DIHARAMKAN daripada menyiarkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri S.Samy Vellu.

Saya amat kenal para petugas di BERNAMATV -- mereka rajin dan begitu profesional -- namun mereka masih merupakan kakitangan kerajaan yang MAKAN GAJI -- their hands are tied -- but not their minds.

Peminat saluran 502

Anonymous said...

Alhamdullillah...
Hari ni 10 Mac 08 barulah aku tengok RTM 1, RTM 2 dan seangkatan dengannya, solid dari beritanya hingga ke selamat pagi Malaysianya dengan tawadhuknya. Kalau dak haram bagiku untuk menuntunya terutama sebelum PRU-12 kerana gara-gara Mamak Maidin yang bongkak tulah...hari-hari disaji propaganda hingga terasa muak dan mual... Sekarang jadilah ianya seorang yang hamprak... terjun dengan labu-labunya...

Anonymous said...

Kami sekeluarga tidak kenal mamak ni melainkan melalui TV. Tapi bila diumumkan dia kalah, semua orang tepuk tangan.

Anonymous said...

sYED,

Zam Maidin menang patut kalah. Dia lembab dan perasan dia saja yg pandai/ Saya dengar dia ada mohon kerja di beberapa tempat lain termasuk jadi jaga di Mydin supermarket!

KAWAN

Anonymous said...

Pak Tuan,

Saya mengundi di Parlimen P015 Sungai Petani. Dua hari sebelum mengundi, saya balik kampung. Tujuan nak tengok suasana kempen sebelum mengundi. Rata-rata rakyat/pengundi menolak Dato' Zam. Alasan popular, tak adakah pemimpin tempatan yang mampu dicalunkan menjadi MP Sungai Petani. Tilek-tilek punyai telek hanya Johari Abdul(PKR) sajalah anak Melayu dan merupakan anak tempatan Sungai Petani. Maka pada 8 Mac 2008 pengundi di Sungai Petani memberi undi melebihi 33,000 kepada Johari, sedangkan sebelum ini Mahadir Khir(BN) pernah menang di Sungai Petani dengan majoriti lebih 15,000. Malah Johari juga merupakan bekas AJK UMNO Bahagian Sungai Petani sebelum beliau menyertai KeADILan.

Kamalkamal

Anonymous said...

Din Simpang Kola,aku mintak izin sambung sikit boleh tak?

Aku dah lama menyampah dengan mamak RTM sekoq ni, elok panggil Al-Jazeera interview dia sebab2 kekalahan dia, kita dengaq apa dia nak jawap.

Lagi satu bukan TV3,RTM dan wartawan tak cari dia, depa cari dia nak interview tapi dia lari....
aku takut kena darah tinggi lepaih tu innalillah je macam orang kat Klang tu, tension......

Biaq dia mampuih terus dari senario pilitik Malaysia ni, suruh dia pi jual pasemboq kat pantai merdeka tak pun di pilau sayak, tu pun kalau laku.

Jibraun punya manusia...

Dapat jugak aku lepaihkan geram kat jibraun sekoq ni. Wassalam

Simpang Kuala Muda

Anonymous said...

Dey macha ... you can go now ...packs all you things and get " LOOOSE "
We dont need you " ERECTION " anymore ...

Anonymous said...

Pak Tuan,

Mamu Zam akhirnya lingkup juga. Hip Hip Hooray! Semasa menjadi menteri penerangan, dia mudah percaya publisiti dia sendiri. Hari-hari ada berita dan gambar dia berkempen di sg petani. Dia guna jentera kerajaan untuk kempen. Itu satu kesalahan! Dia juga guna JASA untuk bantu kempen. Ada juga website kawan dia yg hari hari paparkan gambar dia berkempen. Ada satu gambar menunjuk Mamu Zam memegang penyapu untuk membersihkan kawasan perkuburan. Adoi, meluatnya!

Saya dan kawan2 amat gembira dengan kekalahan Mamu Zam, seorang bekas wartawan yang lupa daratan.

Dato Azman Ujang, dulu Ketua pengarang Bernama dan sekarang dah jadi GM, menjual anugerah Tokoh Kewartawanan Negara kepada Mamu Zam dgn harga RM5 juta! Kedua2 mereka tak malu langsung. Dato Azman sekarang dah tak ada Mamu Zam sebagai penaung. Dia sekarang bernaung pula di bawah Annuar Zaini, salah seoarng penasihat Pak Lah yang banyak memberi nasihat lapok dan bermotif kepentingan sendiri.

Sudahlah! Meluat dibuatnya!

Bekas staff Bernama

Anonymous said...

Aku dah lama memang boring dengan mamak ni ,tetapi yang menghairankan orang BN masih sokong dia sampai kan beberapa hari sebelum mengundi aku tak tengok TV sebab menyampah.Kira masa tu pembangkang ni satu kumpulan haprak pada pandangan Zam and his merry men.Ada geng mamak ni kata pembangkang ni syok syok aje,ada nak jadikan pembangkang dinegerinya sifar (jawa dengan penyapunya) , pembangkang terdesak dan hilang punca isu ,ada Prof kangkong yang kata pembangkang tak relevant lagi dan lebih baik pembangkang dari kalangan parti pemerintah secara dalaman.Punya lah bodoh Prof ni, cucu aku kat tadika pun boleh berfikir lebih baik dari dia. Patutlah kedudukan University diMalaysia ni merudum sebab ada Prof bodoh macam kangkong ni yang menarajui University Malaysia.

Ok beb...............sekarang ana nak tanya? siapa yang syok, siapa yang kena sapu sifar,siapa yang relevant lagi,siapa yang terdesak,ada lagi isu tak, siapa yang buntu idea sekarang, siapa yang nak buka kedai jual penyapu? cuba jawab...............
Itu lah kuasa tu bukan bapak kita punya, raayat yang menentukannya.Raayat dah muak dengan pemimpin BN yang sombong,bongkak,takabur,meninggi diri,tidak amanah, korup dan sebagainya. Raayat dah cerdik dan tahu membezakan yang benar dan yang batil, yang mana kaca dan yang mana permata,yang mana beruk di hutan (orang hutan) dan yang mana maanusia yang berhemah, tidak kaki sapu, tidak sombong dan berperangai jelek..............

Dari itu BN harus membaiki diri ,imej,sikap,pengetahuan dan sebagainya untuk raayat menerima semula BN 5 tahun lagi.Bagi saya BN ni sekarang saya BENCI tetapi RINDU....................