Saya menghasilkan nukilan ini dari Kuala Terengganu. Hari ini adalah hari kedua saya di bumi Darul Iman dan isu perlantikan Menteri Besar masih belum selesai.
Saya sempat meninjau pandangan warga Terengganu dan majoritinya berpendapat Idris Jusoh harus menghormati pendirian pihak Istana. Idris sepatutnya menarik diri daripada pencalonan parti kerana tidak mendapat restu Istana.
Orang yang saya temui berkata rakyat Terengganu sudah bosan dengn Jusoh Enterprise. Saya tidak bertanya apa yang dimaksudkan dengan Jusoh Enterprise. Tetapi majoriti orang Terengganu tahu.
Negeri-negeri yang dikuasai parti bukan Barisan Nasional dapat mengatasi kebuntuan dan menghuraikan masalah dengan baik. Kenapa Terengganu yang dikuasai BN gagal berbuat demikian?
Rumusan yang dapat saya buat, Idris Jusoh tidak mendapat restu perkenan Istana. Oleh itu, Idris Jusoh tidak perlu menyusahkan dan mengerohkan keadaan dengan masih mengharapkan jawatan Menteri Besar walaupun dia menjadi pilihan parti.
Itulah saja cara yang dapat menjernihkan keadaan. Hidung tak mancung, pipi janganlah tersorong-sorong.
10 comments:
1) adakah idris jusoh tak tau yang dia tak di sukai istana? (atau pura-pura tak tau?)
2) kalau idris tau, kenapa dia masih berkeras nak jawatan MB tu?
3) tak tau malu ke si idris jusoh ni? (kepada keluarga idris, tolonglah nasihatkan dia)
4) mungkin idris berpendapat, majoriti wakilrakyat nakkan dia sbg MB (sbb yg propose nama-nama calon wakil rakyat tu pun si derih jusoh ni jgak), tetapi, majoriti rakyat macamana?
5) tak malu ke isu yg masih tak setel ni dah di perkatakan oleh semalaysia? (dan rata-rata minta idris ni undur)
6) kalo dah propose nama sendiri, istana tak berkenan, so, nak lawan pemangku sultan lagi?
sekarang si anak patail dah masuk campur, dan siap bagi warning kat agong "itu tak boleh, ini tak boleh mengikut akta bla.bla.bla..." kurang ajar sungguh si anak patail ni (anak-anak patail ni diingati oleh masyarakat dalam kes DSAI, mangsa peluru hidup dll)
salam pak tuan, memang berasas tinjauan rambang rakyat terengganu yg disampaikan kpd pak tuan tu lebih2 lagi kalau di kalangan yg tinggal di kawasan cabang 3. depa2 pun sama dpt anugerah projek juga tapi mungkin tak sebanyak JE.
kita jgn lupa tabik kpd jasa2 tok deris di terengganu. di negeri2 lain dlm pru12 pada 08.3.08 ada menteri2 kerajaan yg bungkus. alhamdulillah di terengganu tsunami politik tidak begitu ketara.
pak tuan, dlm apa2 pertandingan pun walaupun dgn majoriti 1 undi yg menang dikira menang lah. flash back keputusan pru-12 di terengganu walaupun dihangatkan dgn protes drpd puak2 umno yg mana tidak setuju dgn team dinamik yg diketengahkan oleh tok deris ternyata calon2 pilihan tok deris diterima seadanya oleh majoriti rakyat2 terengganu.
malahan 2 calon handalan drpd pas ayah teh pa (dato' mustapha ali, pengarah pilihanraya pas pusat) dan ayam sabung pas hj mat sabu (naib presiden pas) kecundang. ketua pemuda nasional pkr sdra shamsul dan sdra faris mustafa tertonggeng di dungun & kemaman.
realpolitik harapan rakyat terengganu masih mengharapkan kpd khidmat tok deris yg 'hanelang' ini utk berhadapan dgn ds hj hadi awang, dr. syed azman, wahid endut, dtk ku hasan & 4 yg lainnya di dalam persidangan2 dun terengganu. let us be fair to this man for the fact that he has done superb jobs in dun proceedings.
terengganu is blessed with 1 full minister & 2 deputy ministers under the stewardship of ds idris jusoh. i see it as a sheer recognition of dsij's leadership by the pm.
sebagai seorang islam qada' & qadar adalah rukun iman kita. walau apa pun yg bakal terjadi kpd dsij saya percaya beliau tentu pasrah kpd hukum Allah SWT. saya melihat kelewatan pemilihan mb terengganu yg baru sebagai waktu 'pajang' utk dsij yg dpt digunakan oleh beliau utk muhasabah diri!!!
Ada dengar-dengar, PM dan TPM turun ke Istana di Johor sebelum penamaan calon. Kita difahamkan antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan siapa MB.
Kita cuma menjangka, "mohon perkenan Tuanku" dibuat untuk semua negeri beraja sebelum PRU.
Persepsi rakyat ialah macam ada yang tak selesai dan tidak kena, atau walau selesai, masih berubah hati.
Jangan lupa, rakyat berubah hati sebabnya ialah persepsi dan tanggapan. Persepsi tidak memerlukan bukti kukuh. Itu yang pemimpin harus jaga dan jangan lupa!!
Salam Arus38, Kalau menang guna undi hantu kena jadi ketua kerajaan hantu. Kalau menang guna undi pos kena jadi ketua posmen. Itu sebenarnya mesej yang nak disampaikan. Allah sedang bayar cash terhadap penipuan ini.
Saya Sokong dengan arus38...beliau tidak menyeblah mana2 pihak tetapi itu pandangan beliau...bagi saya rakyat Terengganu tetap menyokong DSIJ
1. Mengapa Pas Kalah Di Terengganu?
- Sebab Pas Rakus!!!
2. Mengapa BN Menang di Terengganu?
- Sebab cara kepimpinan DSIJ
berbeza
dengan MB terdahulu.
nak cerita pun malu.
di sebalik apa yang mungkin dianggap sesetengah pihak sebagai kehandalan idris ni, banyak cerita yang rakan-rakan dan orang-orang Terengganu duk bercakap yang rata-ratanya negatif.
kalau ragu-ragu, bolehlah tubuh J/K Bebas di Raja untuk siasat untuk memdapatkan kepastian setakat mana, salahlaku beliau, sekiranya ada. kalau tak ada atau minor sekalipun, nama beliau juga yang akan naik semerbak wangi.
semoga dapat dipertimbangakan untuk kemaslahan dan kebajikan rakyat dan negeri Terengganu.
Sewaktu saya berlepas pulang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur tengah hari ini, isu MB belum selesai. Saya hanya mengetahui bahawa pihak Istana (Pejabat Sultan Terengganu) telah mengumumkan perlantikan ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai MB melalui siaran berita tv pukul 8 malam.
Saya juga mendapat tahu bahawa ADUN BN yang lain tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah MB baru esok. Jurucakap mereka, Datuk Rasol menyatakan bahawa mereka menyokong mantan MB Datuk Idris Jusoh.
Apa nak jadi?
Di satu sudut, mereka yang tidak menerima keputusan Istana pada hakikatnya menderhaka, pada sudut lain, mereka berpegang kepada kehendak pucuk pimpinan parti dengan menyokong Idris Jusoh.
Nampaknya krisis MB Terengganu yang kini sudah 14 hari berlalu tidak akan selesai.
Dalam pada itu, timbul pula berita bahawa Badan Pencegah Rasuh (BPR)akan menyiasat seorang ahli politik Kijal berkaitan beberapa kes tertentu. Siapa ahli politik berkenaan? Kenapa tiba-tiba BPR muncul di tengah-tengah pergolakan politik Terengganu?
Sekali lagi, apa nak jadi?
Pak Tuan, BPR ni kan barua BN, dah ADUN Kijal sanggup jadi MB maka BPR pun cari lah pasal utk gagalkannya. YB-YB ni patut hormatlah pada Sultan dan jgn ikut sgt cakap Derih yang menjadi barua Pak Lah
asmkm..enter frame sikit ja..lepas 8th sampai la ni..the game is on..ada yg check mate ie:shahidan kasbi,opah k.k..ramai lagi la..sorry yg x d sebut no..ada yg tiba2 timboi ie: shaberi lotr,mail sab-beri & bagai2 la..ada yg pegun ie:keris mudin,pak lah lena dll..ada yg lemaih ie:curry brok mak ye..cian kat dia..dlm semua yg paling pelek skali ialah mak ye yg sekoq 2 la..sengap seribu bahasa..awat jadi lagu tu no..bukan apa tuan syed x dak dia x buleh gelak sorg2..terkenang zaman dolu2..tengok wayang kulit etong dgn ekiau...jalan crita,bahasa prtuturan,siap prgerakan pun sama...kahkahkahkahkah...anyway utk hang la curry terimalah kenyataan,kuburkan niat suci mu itu di tanah depa dok tambak kat singapore nun..tanah di sini dah banyak pahlawan dok mangkit ni..silap2 ckp batuk darah nanti..sorry tuan syed terlebih sikit..
Di trebngah-tengah kemelut politik yang berpanjangan ini anak-anak kita terus merempit dan tercongok depan TV melayani Akademi Fantasia. Pemimpin yang bertanggungjawab sibuk berperang. ~ mantea
Post a Comment