Monday, March 31, 2008

Isteri menteri tak boleh berlagak macam menteri

Saya memilih topik berkaitan isteri menteri dengan harapan mereka akan sedar dan tahu akan kedudukan mereka sebagai isteri menteri.


Pada masa-masa lepas, ada isteri menteri yang berlagak seolah-olah dia adalah menteri kedua dalam kementerian. Ada kalanya isteri menteri berlagak lebih daripada suaminya, si menteri(ada orang kata ini disebabkan oleh "queen control").


Saya masih ingat, beberapa tahun lepas, betapa isteri seorang menteri luar (bukan Syed Hamid Albar) yang dengan begitu megahnya berlagak di Wisma Putra (semasa itu di Jalan Wisma Putra, KL) seolah-olah dialah menteri. Dia mahukan semua pegawai kanan menghormatinya sama seperti mereka menghormati suaminya, iaitu si menteri.


Ada pegawai kanan yang ditukar semata-mata kerana isteri si menteri, atas sebab-sebab tertentu, tidak suka akan pegawai berkenaan.


Kemudian ada pula isteri seorang menteri yang terlebih naik tocang, kata orang Utara, sehingga dia sanggup memarahi pegawai di hadapan khalayak dan memberi arahan itu dan ini semata-mata untuk menunjuk lagak bahawa dia 'ada kuasa' sebagai isteri menteri.


Jika ada apa-apa majlis yang dia hadir sama, dia akan turut sama naik ke pentas apabila suaminya, si menteri, naik untuk menyempurnakan sesuatu acara di atas pentas. Dia sepatutnya duduk di tempat duduknya dan tidak ikut sama ke atas pentas.


Isteri menteri tidak seharusnya terhegeh-hegeh dan tergedik-gedik naik ke pentas kecuali jika diperlukan oleh protokol atau istiadat majlis. Jika dia menghadiri majlis kutipan derma atau jamuan amal dan dia ingin menyumbang dengan mendendangkan satu dua lagi, tak apa sebab itu kena dengan majlis yang dihadirinya. Tetapi jika majlis perasmian sesuatu acara yang hendak disempurnakan oleh menteri, si isteri tidak perlu ikut sama naik ke pentas. Buat semak sahaja.


Isteri menteri mesti tahu had dan batasan yang ditentukan untuk seorang isteri menteri dan tidak seharusnya mencacatkan majlis dengan ikut sama ke tempat yang dia tidak sepatutnya berada.


Adalah sesuatu yang menyukar dan menyulitkan para pegawai kementerian atau jabatan jika bahtera yang mereka naiki itu mempunyai dua orang nakhoda. Keadaan akan menjadi kelam kabut dan tidak tersusun dan kurang sempurna.


Sesebuah kementerian itu boleh dianggap sebagai sebuah bahtera dan setiap bahtera semestinya diketuai oleh seorang nakhoda. Si nakhoda akan dibantu oleh juragan-juragan lain dan anak kapal yang mengikut arahan nakhoda untuk memastikan pelayaran bahtera itu lancar dan selamat.


Ada juga isteri menteri yang mengarah kakitangan pejabat menteri untuk buat kerja untuknya. Umpamanya, kerja yang berkaitan persatuan atau kelab sukan yang diketuai oleh si isteri menteri. Ia tidak salah jika dibuat diluar waktu pejabat tetapi bukan atas dasar paksaan. Tetapi jangan pula menyuruh kakitangan berkenaan melakukan sesuatu semasa waktu pejabat. Ini tidak betul.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) perlu menganjur kursus berkaitan etika dan tingkah laku isteri menteri agar mereka tahu di mana kedudukan mereka sebagai isteri menteri. Mereka juga harus tahu dan diberitahu mengenai protokol kerana masih terdapat isteri menteri yang tidak faham dan tidak tahu protokol.


Isteri menteri mesti diingatkan bahawa mereka bukan menteri. Tidak dinafikan bahawa isteri menteri ada peranan dan ada tugas tertentu. Tetapi mereka tetap isteri menteri. Bukan menteri.

19 comments:

Anonymous said...

Memang patut sdr tulis macam nie. Saya pun nampak dan dengar cerita orang tentang lebih sudu dari kuah ni. Satu lagi yang selalu diperkatakan, khususnya di kalangan perbet dalam tenteta ialah isteri pegawai tentera lebih tinggi pangkatnya dari suami dia. Dunia-dunia.

Anonymous said...

Salam Pak Syed,

Apa nak buat.
Memang kelaku bini2 menteri ni selalunya macam tu.
Melebih laki depa pulak.
Saya yang kerja di kementerian XX ni pun ada bengang jugak dengan kelaku macam ni tapi apa mau buat pak syed.

Kami ni mentimun saja
silap2 lawan, kena cicah pulak dalam sambal. Lepas tu kena ngap.
Baru bungkuih kuah taruk atass Selamat !

Anonymous said...

Saya setuju. Jika isteri Najib boleh duduk relaks kat belakang, dah lama saya sokong Najib ganti Pak Lah.

Anonymous said...

sdr,sya ingin sdr komen ttg exco bayangan di pulau pinang seperti dlm utusan hari ini.31/03/08.ia menyatakan untuk memantau adakah exco kerajaan p.pinang itu membuat kerja seperti didlm manisfesto..nmpkanya diorng ni akn berusaha utk mencari kesalahan.mereka ini tidak paham konsep demokrasi & sukar menerima kekalahan.

Anonymous said...

Rosmah menteri pertahanan malayia. Jatuhnya Najib di sebabkan Rosmah.

Zukri Valenteno said...

Pak Tuan...

Ini kenen pada sapadia ntah, bukan ka? Saya ni tak beropa la nak kenai sangat sapadia yang Pak Tuan dok habaq ni tapi lebih kurang tau la sapadia yang ampunya badan.

Macam la Boria Sungai Pinang ampunya cerita. Somua isteri menteri kita ada cerita tersendiri...bab sang isteri jadi orang nombot dua ni selalu sangat dengar.

Masa Tok Mat dan Tok Khalil di Angkasapuri, saya tak la nampak rghoplah macam ni berlaku sebab mak-mak datin ni pandai bawa diri dan tau sesuaikan tempat.

KIta dengaq cerita ada isteri menteri yang dok bolot meniaga di kementerian yang diterajui suami. Itu cerita basi sebab dah lama lagu ni depa dok putaq, macam rekod pecah, bukan ka?

Tapi nak buat lagu mana Pak Tuan? Nak buat gena? Dah depa ni jenih lagu ni kan? Payah dan masalah besaq la nak buat apa-apa sebab sang suami pun redha dengan tindak tanduk di isteri.

Macam Zach kata la...dunia-dunia...lagu ni pun ada lagi ka? Dulu2 orang kata lagu ni pun ada? La ni orang kata lagu ni pun dok ada ka??

Seperkara lagi...dah banyak orang kalah perang atau menang perang tapi kalah negeri dah mola nak blog macam kita, bukan ka? Pak Tuan pun tau, sayapa ni dok habaq benda yang Pak Tuan dah tau pun..

Semalam saya terjumpa blog seorang bekas ahli parlimen kini adun. dolu2nya dia ni ada pangkat la dalam persatuan bola, tapi biladah kalah sebab orang tak mau, bapak presiden lantik lagi jadi ahli majlis.

Lagu tu kalu, macam mana boalsepak kita anak maju, orang yang dah kontang idea pun dok ada lagi...Kita pun sambut la dengan kata-kata "Lagu Ni Pun Ada Lagi Ka?...

Salam dari Mergong, Alor Setar

Unknown said...

Terima kasih Sdr Zach dan Market Taman Tun Saadon (Sardon). Di Malaysia saja macam tu. Kalau laki jadi bos, bini pun nak jadi bos.

Sdr Ismail dan ZV, seorang yang bergelar profesor dan sering menjalankan kajiselidik berkaitan politik Malaysia pernah memberitahu saya bahawa Kabinet Pak Lah (2004) dihantui masalah 'isteri menteri'. Kenyataannya itu ada kebenarannya dan nampaknya masalah yang serupa akan menjalar ke Kabinet 2008.

Kpd ZV, betul tekaan sdr., saya secara khusus merujuk kepada seseorang (saya tau sdrpun tau sapa) tetapi secara amnya untuk dijadikan renungan semua.

Kpd Nali, saya akan ulas secara khusus perkembangan di Pulau Pinang iaitu exco bayangan.

Kpd Ismail dan Anak Johor, komen balas saya ringkas aja, dah terang lagi jelas.

Zukri Valenteno said...

Pak Tuan...

Terima kasih kerna memahami kiasan saya. Depa la ni "dah pi jauh", bukan ka? Tapi kat sana pun buleh lagi nak control ka, adjus ka atau bolot p kesemua ka...depa ingat harta dunia ni buleh boh sekali celah-celah kain kapan masuk dalam! tih tih tih

Biaq pi la kat depa...dolu2 jadi pelakon mana nak kenai semoa ni...asyik-asyik dok peluk che mat (samada takdak pak atau takdak mak) dalam drama rtm...bukan sayapa tak ingat, bukan ka?

Pasai Pak Tuan punya...Boikot Barangan Belanda...ANTARA YANG PALING KETA DI MALAYSIA IALAH MINYAK SHELL...DIMILIKI OLEH ROYAL DUTCH SHELL COMPANY...shell BUKAN milik Amerika tapi Belanda ampunya.

Syarikat minyak Amerika mungkin hanyalah Caltex, singkatan kepada California and Texas Oil Company dan Esso dan syarikat sepupunya Mobil.

British Petroleum atau BP tidak lagi beroperasi di Malaysia, yang ada hanyalah syarikat tempatan yang ambilalih iaitu Boustead Holdings Petrol atau BHP. Conono Oil yang menjalankan operasi Projet dah belah pi, semua stesyen diambil alih oleh Shell...syarikat Belanda.

Kalo orang tak tau Dutch Lady BUKAN dpd belanda tapi Amerika...

Anonymous said...

Pak Tuan... depa nie sayang bini lebih kot... cara tunjuk sayang tu yg tak kena tempat... hehehehhehe...

Anonymous said...

Pak Tuan,

Bukan isteri Menteri saja yang "Duk jadi lagu tu", isteri tak menteri seperti wakil ketua kerajaan, kebanyakkannya lebih korang sama jugak.....hahahahahaha!

Tentu Pak Tuan tau kan apa yang saya maksudkan!!!!!

me again

Anonymous said...

Tuan Syed

Dah tenguk ka apa mamu kita tu, bekas menteri terang menerang buat kenyataan tak habis pasai PRU12...

Dah tak dak plakform pun nak sibok lagi ka!!!! Menyampah tenguk.. boleh tak suruh dia duk sat senyap-senyap... Orang dah tak bekenaan so duk saja la diam-diam.... Suruh dia pi balik Kota Kuala Muda, pi memancing ka atau p menangkoi ketam kat Sungai Mas tu...

Anonymous said...

pak syed,

Kakak ipar saya adalah classmate dengan "Datin Seri" tu semasa di Kolej Tunku Khursiah Seremban,saya pernah mendengar dari kakak ipar saya mengenai "Datin Seri" yang sorang ni bercita-cita untuk menjadi Isteri Menteri tetapi hampir kecewa kerana kakak ipar saya lebih dulu kahwin dengan Menteri dan beliau sendiri telah dilamar oleh jejaka bukan menteri, tapi kalau dah jodoh tu usahalah lebih sikit "Datuk Seri " pulak lamar dia , apa lagi ngap saje le...lepas tu tak pandai main peranan sebagai mak Datin...katanya kalau shoping berbelas kereta bawa barangan shoping ...orang kata bukan saya kata.

Pak Syed, sori konar sikit kawan kita Johari Ismail ex Bernama lancar buku hari ini di The Loaf "Mengapa saya buat lapuran Polis keatas paklah" Jo ni sapa saja jadi PM semuanya dia tak suka dulu masa che Det jadi PM bukan main anti kat mahathir,mungkin prinsip dia tak suka PM kot,tak caya tanya Zukri Velentino...

kawan lama jo...

Unknown said...

Anon 10.27: Mamu ni memang tak sedark-sedark lagi. Dia ingat dia popular. Dulu sikit punya bodek Tun M tapi la ni hentam belakang. Mamu lupa kot isi kandungan buku yang dia tulis semasa 'berehat' di London... belakang tabir.

Anon 10.23: bini pegawai ikut bini menteri. Kalau bini menteri buat perangai baik, bini pegawai pun malu nak buat perangai tak elok.

Anon 10.19: sayang bini tak sama dengan takut bini, saya lebih condong kepada takut bini.

Kawan lama Jo: saya dijemput ke majlis perasmian bukunya tapi tak dapat hadir. Kurang sihat. Dia dah macam tu, Zukri V tau sangat.

ZV: saya guna minyak (petrol) Petronas. Bila beli barang pastikan bukan keluaran syarikat Belanda.

Anonymous said...

Salam Pk Syed,

Saya bersetuju amat sangat dengan pendapat/pandangan semua. Dah menjadi resam Bangsa Melayu dan mungkin terikut dengan adat India/Hindu dari zaman nenek moyang dahulu, sang isteri menjadi RAJA dalam rumahtangga.(Tak semua suami/isteri perangai macam tu, yang ada pegangan Ugama tak buat macam tu)

Sang suami yang spesis macam ni pulak tak tau nak kontrol bini, apa bini cakap ikut je, naik tocang la depa, maka jawapannya Jahanam LAH. Mungkin depa (suami)ni kena Nasi Kangkang kot.

Zukri Valenteno said...

Pak Tuan yang amat dihormati...

Sapadia yang kurang sihat? Pak Tuan ka atau memba lama yang diceritakan ini? Ada la orang kata dia ni "kurang sihat"...depa la kata.

Kalau tanya sayapa, ish...nak kata tak patut, tak kata pun tak patut..serba tak patut...jumui pi tak kata pa lah...

Dolu2 saya kenai la dia ni...dolu2 la...hari ini ntah lama dah tak jeremoh dgn dia...

Salam dari Mergong, Alor Setar

Unknown said...

Saya yang kurang sihat. Biasalah dah nak masuk senja. Hari-hari dok kena telan ubat. Tak telan tekanan pun naik.

Anonymous said...

Pak syed,

Saya di beritahu oleh rakan-rakan bloger akan seorang ketua pemuda bahagian di Selangor semasa melontarkan pandangan di Forum pasca PRU12 di PJ telah "dilontar" keluar dewan oleh beberapa pemuda umno lain kerana mencadangkan Anwar Ibrahim dibawa masuk semula ke dalam UMNO.

Persoalan saya disini adalah, kenapa ada pihak yang beriya-iya sangat mahukan Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan di satu pihak lain tersangat “allergic” mendengar nama tersebut. Dan apakah Anwar Ibrahim “teringin” menjilat semula UMNO yang telah mencampakkan beliau lalu diaibkan tanpa belas kesian dari UMNO pada 1998

Dan saya ingin memberitahu kepada Ketua Pemuda Umno tersebut bahawa anda sudah tiada tempat lagi dalam UMNO , jelas sekali tiada keterbukaan dalam UMNO ahli tidak boleh memberi pandangan saya sarankan anda jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim sertailah Barisan Rakyat sebelum kapal yang anda tumpang itu karam.

Nampaknya UMNO sudah berada didalam keadaan semasa 1988 dimana ianya telah "diharamkan" pertelingkahan antara team A dan team B cuma yang terjadi sekarang mereka bertembung secara 69 atau dalam erti kata lain part A+B against another part A+B. dan pada perkiraan saya UMNO akan mengalami satu peristiwa besar pada 2008 kerana angka lapan ini membawa erti baik untuk kaum cina tetapi tidak untuk UMNO.

UMNO semenjak merdeka tidak pernah kalah dalam mana-mana pilihanraya seteruk begini dan saya meminjam kata Datuk Nazri AZIZ UMNO sudah "Kalah Teruk" meskipun masih dapat memerintah tetapi UMNO berada dalam keadaan parah kerana menerima serangan bukan sahaja dari luar tetapi dihentam sebegitu kuat dari dalam hanya Presiden yang kuat jati diri yang mampu bertahan. Tetapi ibarat buah jika sudah masak diatas pokok ia akan jatuh ke tanah melalui tiga cara

1. dicuri oleh jiran sebelah
2. diambil oleh tuannya
3. gugur dengan sendir kerana tak ada orang peduli

Orang yang paling gembira sekali melihat episode ini adalah Tun Dr Mahathir Muhammad kerana sifat Tun ini tidak mempercayai sesiapa pun selain diri dia sendiri, Tun semasa pemerintahannya melantik timbalan-timbalannya yang tidak kesampaian menjadi Perdana Menteri kecuali Datuk Seri Abdullah , Paklah adalah pilihan Mahathir bukan pilihan ketua cawangan umno sg bakap, tetapi kenapa sebaik sahaja paklah memegang tampuk pemerintahan ,Tun menhentam paklah berterusan sedangkan apa yang dilakukan paklah adalah dari kesinambungan cara Tun. Malah style paklah ada kelihatan lebih baik dari Tun .

Adakah kerana paklah tidak mengikut acuan Tun atau ……..seperkara lagi apa yang saya perhatikan cara Tun masih mengikut cara penjajah “Devide & Rule”

Disebabkan telah terlampau lama memerintah juga ada sebahagian dari UMNO masih tidak dapat menerima kenyataan yang mereka semua telah menjadi pembangkan di 5+1 buah negeri oleh kerana itu ada sebahagian dari orang-orang UMNO keluar kejalan raya ( Khairi kata perlakuan begini dilakukan oleh beruk) menunjuk perasaan kononnya untuk membela orang Melayu yang tertindas , sebenarnya kebanyakan ketua-ketua UMNO takut akan kehilang punca pendapatan yang tiada batas ,orang-orang melayu kampung akan tetap miskin dan teraniaya sebagai contoh Terengganu siapa yang dapat menikmati kekayaan negeri Terengganu? Negeri ini merupakan negeri kedua terkaya selepas Selangor tetapi tahap kemiskinan kedua selepas Perlis…kenapa?

Kerajaan negeri dibeberapa negeri yang dikuasai oleh Barisan Rakyat baru saja dibentuk ,berilah mereka peluang dan kita sebagai rakyat atau pengundi boleh membuat taksiran siapa yang menindas dan siapa yang kena tindas dan kita mesti ingat kuasa memilih ada ditangan kita dan bertukar kerajaan adalah amalan rakyat di semua Negara maju. Sekian


United Muslim Organisation

A Voice said...

Sebenarnya banyak menteri2 yang takut bini hingga seolah2 kena takut bini baru layak jadi menteri.

Anonymous said...

ceee..pegawai2 kuatla gosip pasal isu ni eh..pegawai2 tengah memantau la tuhh pergi mampos laaaaaaaa pegawai kanan kerajaan. gaji kecil jangan nak berlagak.