Isu perlantikan Menteri Besar Terengganu bukan sahaja membabitkan soal perlembagaan, politik dan budaya Melayu tetapi merangkumi banyak perkara lain yang berkaitan adab, budaya dan bahasa Melayu itu sendiri.
Salah satu perkara yang timbul semasa berada di Terengganu baru-baru ini ialah soal adab berbicara dengan pihak Istana. Semua orang Melayu tahu dan sedar tentang betapa indahnya bahasa Melayu sehingga wujud istilah yang khusus untuk Istana atau Bahasa Istana.
Bahasa Istana sebenarnya melambang ketinggian adat resam Melayu yang begitu hormat akan Raja Melayu. Walaupun Malaysia mengamalkan apa yang disebut sebagai Raja Berperlembagaan, namun penggunaan Bahasa Istana tidak diketepikan malah terus dipupuk dan disanjung tinggi.
Seorang Raja atau Sultan akan dibahasakan sebagai "Tuanku" dan rakyat yang berbicara dengan Raja akan membahasakan dirinya sebagai 'patik'. Bahasa Melayu juga menetapkan istilah khas untuk keluarga Di-Raja apabila merujuk kepada sesuatu perbuatan, umpamanya 'bersiram' untuk mandi, 'santap' untuk makan, 'bersemayam' untuk duduk, 'berangkat' untuk pergi dan 'beradu' untuk tidur. Apabila istilah berkenaan digunakan, umum akan mengetahui bahawa ia merujuk kepada pihak Istana. Begitulah indah dan halusnya Bahasa Melayu.
Almarhum Tunku Abdul Rahman pernah menulis bahawa semasa berada di Jeddah, Arab Saudi pada tahun 1971, Tunku menerima sepucuk surat daripada seorang pegawai tinggi kerajaan yang meminta mantan Perdana Menteri itu memulangkan pas kereta api dan kemudahan-kemudahan lain yang diperuntukkan semasa Almarhum menjadi Ahli Parlimen.
Bahasa yang diguna oleh pegawai berkenaan bukan sahaja tidak betul tetapi biadab. Dalam surat itu pegawai berkenaan, antara lain, menulis: "Saya minta tuan serah balek tiket-tiket keretapi".
Almarhum Tunku membalas surat itu sambil menyatakan bahawa Almarhum tidak membuang gelaran sebagai Yang Teramat Mulia dan tidak juga membuang pangkatnya sebagai Tunku. Almarhum menegaskan bahawa yang diletakkan hanyalah kerusi sebagai Ahli Parlimen. Selepas menerima surat itu, pegawai berkenaan memohon ampun dan maaf daripada Tunku.
Adat dan adab Melayu menentukan penggunaan bahasa yang betul apabila berhadapan dengan pihak Istana, lebih-lebih lagi seorang Sultan atau Raja.
Sama ada orang yang menghadap Sultan atau Raja itu adalah Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri atau pegawai tinggi kerajaan, semuanya kena dan semestinya menggunakan bahasa yang betul.
PM atau MB tidak boleh menggunakan gantinama "I" atau "You" atau "saya" apabila berbahasa dengan Sultan ataupun Raja. Saya mendapat tahu bahawa ada pemimpin negeri yang tidak menggunakan bahasa yang betul apabila berbicara dengan Rajanya seolah-olah dia menyamakan kedudukannya dengan Raja yang memerintah.
Dalam soal menghormati institusi beraja, para pemimpin Melayu, terutama di kalangan pemimpin UMNO, tidak boleh membezakan antara pihak yang menyokong mereka dan pihak yang merupakan parti lawan kepada UMNO. Apabila berdepan dengan pihak Istana, semuanya sama sahaja.
Kenapa para pemimpin UMNO termasuk Najib Tun Razak, Hishamuddin "keris' Hussein, Ali Rustam dan beberapa kerat pemimpin pertengahan dan bawahan, begitu marah kepada Lim Kit Siang apabila beliau meminta Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP memboikot majlis angkat sumpah MB baru.
Pemimpin UMNO masih marah Kit Siang walaupun beliau telah memohon ampun dan maaf daripada Pemangku Raja Perak secara terbuka dan secara peribadi. Ke mana perginya budaya dan adab Melayu yang seharusnya menerima permohonan maaf daripada orang yang insaf akan kesilapannya?
Ke mana dan di mana pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Najib, Hishamuddin, Ali Rustam dan lain-lain apabila Rosol Wahid dan ADUN UMNO yang lain memboikot majlis penyerahan watikah perlanikan MB Terengganu di Istana Tetamu?
Nampaknya perbuatan biadab yang diperlihatkan oleh ADUN UMNO Terengganu tidak menjadi satu kesalahan tetapi arahan yang belum diterjemahkan sebagai perbuatan oleh DAP di Perak dikutuk sebagai satu perbuatan yang tidak menghormati institusi Kesultanan Melayu dan bercanggah dengan adab dan adat istiadat Melayu.
Kenapa dwi-standard? Institusi Kesultanan Melayu yang sebenar-benarnya lambang bangsa Melayu mesti dihormati oleh semua pihak. UMNO tidak terlepas atau terkecuali.
Janganlah kerana perebutan politik kita melupakan adab, adat dan budaya bangsa.
14 comments:
Salam Pak Tuan Syed,
Saya amat tertarik penulisan Pak Tuan Syed mengenai Bahasa Istana ini. Ini adalah satu-satunya adat dan budaya Melayu yang tak kering dek panas dan luntur dek hujan.Selain tuturkata, kita juga hendak berteletib dan besofan satun serta berpakaian yang senonoh akal berhadapan dengan raja atau Sultan Melayu, mengikut majlis yang dianjurkan oleh istana.Semua orang Melayu malh bkan Melayu negara ini tahu tentag etika istana. Malangnya selepas PRU12 yng lalu, pemimpin-pemimpin UMNO yag diplih oleh rakyat yang memegang tampuk pentadbirn negeri Terenganu dan yg menumpang rumah rakyat di Putrajaya ,telah muula lupa diri mereka. Orang UMNO atas kepentingan diri demi kuasa, sanggup menepikan adt dan susila bangsanya sendiri.Sanggup mereka "mendarhaka" kepada raja mereka. Jika pemimpin-pmimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayun Berdatu yang dilahirkan di Istana Abu Bakar Johor Bahru pada Mei 1946, sendiri tidak menghormati istana, siapa lagi yg paling layak mematuhi perintah raja/sultan Melayu.Rukun Negara meminta kita rakyat Malaysia menghormati raja , lagu kebangsaan kita juga mendesk rakya menghormati raja. Raja dan Sultan bagi rakyat negara ini amat tinggi kedudukannya sehinga perpatah kita berbunyi "Biar mati anak jangan mati adat."
Betulkah Idris Jusoh berbahasa "I" dan "You" dengan Agong? Ini adalah diantara punca kemurkaan baginda kepada Idris!! Dan sampai sekarang, dengar kata, Idris tidak mahu merendahkan dirinya dan meminta maaf, walaupun telah dinasihatkan oleh Ketua-ketua UMNO Negeri Terengganu!! Memanglah patut Sultan murka dan tak mahu Idris menjadi Bendahara baginda!!
It is now obvious that our beloved SPB Tuanku is involved in a very smart (with some help, maybe) twist of events. There is no way Idris Jusoh will be MB. This much, I am sure. Not only are these two-faced no good UMNO cowards keeping silent about the 22 DUN MP's disgraced and shameful protest against the istana's decision. They even have no shame in saying that the istana's pick is against constitution. I guess all of them have been "pak turut" all their lives so no matter what the PM says, they will back it up. The result of this seems too good to be true. Not only will it serve as a blow to Idris Jusoh, it will also be a killer blow for Pak Lah's business enterpise and all those involved in it. They will no longer be able to rape Terengganu of its rightful resources. I just hope that Mat Said do the right thing for the people of Terengganu, many which are my close friends. They have confirmed first hand of the wrong doings of Idris and his JE and SPD Tuanku has given them what they deserve for what they have done to his state and people. Nothing.
The Truth is Mighty and shall Always PREVAIL!
Pak Syed, saya cuma nak kata UMNO selama ni ddok fikir apa saja depa buat semua betui belaka. Yang bercakap dok sokong ni sebetulnya dua tiga kerat saja. Pi mai, mi pai, orang tu juga lah. Si Hishamuddin Keris, Johari Barom yang dikatakan sering buat statement di bangunan NSTP, Nazri Aziz (sekarang dah diam sikit), Mahadzir Khalid (sekarang dah diam terus), dan beberapa kerat lagi, dok sokong memanjang. Depa tak pernah bantah. Depa bantah bila Pak Lah bantah sesuatu. Dok ikut sajalah tabiat depan. Pemimpin lain dok ambil sikap diam diri sebab banyak berfikir. Beberapa kerat orang-orang inilah dulu buat kenyataan BN yakin menang besar, pada hal cakap kosong je ber. Surat khabar pun satu, kalau setakat interview sorang dua tu, tak payah lah nak kaitkan seolah-olah semua orang sokong Pak Lah. Kalau si Hishamuddin Keris yang buat kenyataan, sebut Hishamuddin saja yang sokong daha lah. Tak payah lah kata semua orang Melayu sokong. Sendiri sokong, cakap saya sendiri sokonglah, jangan babitkan orang lain pulak. Suara dia tidak boleh dianggap mewakili suara Pemuda Umno pun, sebab ramai Pemuda yang berbeza pendapat. So What say you?
Benar. Saya amat tahu akan peranan media yang digelar sebagai arus perdana. Mereka akan siar atau lapor apa yang hendak dilapor atau yang diarah untuk dilaporkan.
TV umpamanya, hanya akan menyiarkan suara-suara yang memihak kepada kerajaan BN apabila mereka membuat tinjauan di khalayak. Suara yang menentang tidak akan disiarkan atau diudarakan.
Di Terengganu, berita yang disiarkan hanyalah yang menyokong Idris Jusoh, sebagai contoh, gambar yang menunjukkan segelintir penyokong membawa sepanduk sokongan. Sebaliknya, tiada gambar atau laporan berkaitan penyokong Ahmad Said, calon MB pilihan Istana (sebelum hari ini).
Berkenaan orang UMNO, mereka sebenarnya mengamalkan politik naungan. Kita masih ingat betapa kuatnya laungan sokongan terhadap Tun Mahathir semasa dia berkuasa. Apa dah jadi selepas itu. Orang yang kuat menyokong berpaling tadah menjadi yang kuat menentang. Inilah budaya politik naungan UMNO. Saya pernah aktif dan masih menjadi ahli UMNO (nama saya masih tercatat dalam senarai keahlian walaupun tidak membayar yuran) dan sedar tentang apa yang saya katakan.
Amat malang bagi umat Melayu dan bangsa Malaysia kerana terpaksa menghadapi kepincangan politik dek kerana tamak dan gila kuasa. Maaf terkasar bahasa tetapi itulah realitinya.
Tindakan UMNO kali ini sudah melampau dan betul-betul biadap sehingga penipuan semasa PRU12 itu boleh dianggap mainan kanak-kanak. Darah saya yang sebelum ini panas kini sudah mendidih bila membaca tentang cara biadap dan kurang ajar barua-barua KJ terhadap DYMM Sultan Terengganu yakni Agong kita.
Mari kita kawan-kawan memboikot UMNO dan penjilatnya. Syarikat-syarikat milik kroni UMNOputra harus diboikot, seperti mana kedai Mamak yang berani menimbulkan huru-hara di Penang diboikot.
Saya tengah menyediakan satu senarai syarikat milik UMNOputra. Sesiapa yang ada informasi (nama, pemilik dan alamat) syarikat UMNOputra digalakkan menghantarkan ke barisanr@yahoo.com supaya boleh dimasukkan ke dalam senarai boikot yang akan saya terbitkan dalam Internet untuk semua tidak lama lagi.
Salam.. Hidap Barisan Rakyat!
Pak Tuan yang dihormati...
Saya amat tertarik dengan cerita Bahasa Istana ini. Saya pernah mempelajarinya daripada seorang mantan menteri yang kini bergelar Gabenor.
Dikisahkan bahawa bahasa istana beliau amatlah molek, sungguh merdu, beradab dan amat menyejukan telinga dan hati sang pendengarnya. Ianya juga laksana makanan rohani bagi golongan payung negeri dan negara ini.
Antara sintaks gabenor ini ialah gantinama diri sebagai "Patik Hamba Tua Yang Setia" ingin....Saya pernah terlihat deraf surat yang beliau tulis untuk ke hadapan YDP Agong semasa kejadian aib yang tidak disangka terbit daripada khilafan sebuah stesyen radio tidak berapa lama dulu.
Diceritakan bahawa Tuanku Sultan Pahang amatlah selesa laksana dibuai gurindam jiwa apabila mendengar sang pengucap ini bertutur-kata di balai rong seri, Ketertiban sang pengucap juga dipertahankan walaupun dalam perbincangan tertutup antara Al-Sultan dan Memanda Bendahara, depa la kata.
Saya amat tertarik dan "syahdu" membaca aturan ayat, tutur kata perkataa, bahasa kiasan dan perbendaharaan kata yang dinukilkan kepada YDP Agong.
Bahasa Istana adalah suatu seni, tidak semua orang jangan kata mahir, menguasainya pun tidak upaya daya. Saya pernah mempelajarinya akan tetapi tidak berkesempatan mempraktikannya kerana interaksi dengan payung negeri dan negara amatlah terhad.
Saya juga dengar cerita bahawa seorang lagi agak mahir dengan Bahasa Istana dan Ahli Parlimen ini yang Pak Tuan memang sangat kenali kini menerajui Wisma Pura. Benarkah begitu?
Pak Tuan,
Mohon hamba berkata-kata barang sepatah dua...
Awat lagu ni pak tuan makin lama makin kalut di buat dek puak-puak UMNO nie , minggu lepas Kit Siang baru cakap nak boikot majlis angkat sumpah MB Perak wah bukan main bersilat panglima-panglima depa memaki hamun kit siang, la ni depa sampai ke tahap menghina dan menderhaka kepada kebawah duli tuanku senyap sunyi panglima UMNO dan pengampu-pengampu termasuk NGO yang kononnya membela ketuanan melayu. yang saya nampak depa nie bukan nak bela melayu sangat depa nak bela kocek dan perut masing-masing yang akan kehilangan berbagai kemudahan dengan sekelip mata.Allah kata kun fayakun...habis
Pak Tuan, Institusi Raja adalah benteng terakhir ketuanan Melayu jika orang melayu tak menghormati raja hai...pak tuan ,jangan jadi melayu, pantang anak melayu menderhaka kepada rajanya.
Mengapa Dolah Badawi beriaya sangat mahukan si deris terus jadi MB?
Mungkin si deris ni merupakan pemegang kunci wang ihsan petronas yang disediakan khas untuk dirompak oleh patrick Lim, wang yang sepatutnya digunakan untuk kemudahan rakyat terengganu .
Setelah kempunan di Penang Patrick Lim tidak sanggup kehilangan terengganu dan memaksa dolah meneruskan khidmat si deris di terengganu sehingga dolah sanggup menderhaka kepada ke bawah duli tuanku.
Masihkah kita ingat pada kejadian 1992 UMNO telah berjaya meminda perlembagaan untuk melucutkan imuniti Raja,ini dilakukan oleh parti orang Melayu bukan bangsa lain.
UMNO, ingat dan sedarlah terhakisnya ketuanan melayu gara-gara tindakan kamu sendiri jangan menuding jari dan menhunus keris tumpul kamu kepada orang lain.
Daulat Tuanku Patek sentiasa bersama tuanku
Malangnya media massa sendiri, terutama drama TV sering memberi gambaran yang salah kononnya adalah tidak apa berbahasa santai apabila mengahadap raja bergelar. Lihat saja siri Sinderela di TV3 itu di mana bahasa santai dan rojak diucapkan kepada raja dan komonnya raja itu sendiri bersikap tidak apa dengan penucapan santai dan rojak itu. Apakah mesej yang mahu disampaikan kepada penonton, terutama anak-anak muda? - mantea
Tuan Syed,
Majoriti orang Cina sebenarnya sangat mengkagumi Institusi Kesultanan dan Raja negeri-negeri Melayu di negara ini. Malah kami bangga dengan kehadiran Instutusi Kesultanan dan Raja ini dan menjadikan sebagai sebahagian dari budaya hidup mereka di negara ini. Jika tidak mengapakah mereka begitu menghargai dan menyanjung anugerah pingat-pingat kebesaran yang di kurniakan oleh baginda raja-raja Melayu khasnya. Jelas orang Cina di negara ini sangat menyanjung dan sangat menghormati institusi kesultanan dan raja di negara ini. Mereka telah cuba sedaya upaya memahami, menghormati dan mengamalkan budaya, adab, kebesaran dan pantang larang yang wujud dalam institusi tersebut. Tindakan segera Lim Kit Siang memohon maaf setelah mengetahui kesilapannya jelas menunjukkan penghormatan dan sanjungan yang diberikan oleh beliau khasnya dan keseluruhan orang Cina di negara ini amnya terhadap kebesaran dan penghormatan institusi kesultanan raja-raja Melayu negara ini. Oleh itu tidak timbul orang Cina negara ini tidak taat, tidak hormat atau tidak menyanjung raja-raja Melayu negara ini. Tidak juga timbul soal orang-orang Cina negara ini tidak menghormati adab, budaya dan tanda-tanda kebesaran yang wujud dalam institusi kesultanan raja-raja Melayu. Sebaliknya apabila berlaku sesuatu krisis yang mengugat kedudukan kuasa dan kepentingan pihak-pihak bukan dari kalangan raja-raja Melayu, maknanya orang-orang kebanyakan yang diberi kuasa memerintah, mereka menggunakan dan mengheret institusi kesultanan dan raja-raja Melayu untuk melindungi matlamat mereka. Mereka menuduh orang bukan Melayu tidak menyanjung dan tidak menghormati atau dengan kata yang paling aib 'menderhaka' dan berlaku 'biadap' terhadap raja-raja Melayu. Niat mereka sememangnya jahat dan terkutuk dan sesungguhnya Tuhan amat mengetahui niat sebenar mereka. Apabila kedudukan gologan ini terjamin dan berada dalam keadaan yang sangat kuat mereka menggunakan kekuatan itu untuk memotong sayap kekuasaan dan kebesaran raja-raja Melayu dengan matlamat supaya raja-raja Melayu tidak menganggu gugat hasrat dan kerakusan mereka. Inilah golongan yang pandai bersandiwara danmempermainkan institusi kesultanan dan raja-raja Melayu negara ini demi kepentingan mereka. Mereka sengaja melagakan orang-orang bukan Melayu dengan raja-raja Melayu dengan dakyah orang-orang bukan Melayu berniat ingin menjatuhkan atau menghapuskan institusi kesultanan dan raja-raja Melayu di negarai ini melalui alasan orang-orang bukan Melayu tidak menghormati, tidak menyanjung, biadap dan sebagainya yang dilihat sebagai cuba memperlekehkan institusi kesultanan dan raja-raja Melayu negara ini. Sekali lagi ingin dinyatakan di sini bahawa majoriti rakyat bukan Melayu negara ini sangat menyanjung menghormati, berbangga, sayang dan semua perkara yang baik dan indah dalam institusi kesultanan dan raja-raja Melayu negara ini. DAULAT TUANKU.
Tuan Syed dan Mr Valenteno
Saya berpendapat, MB/adun ataupun pembesar negara patut ikuti kelas belajar Bahasa Istana dari pakar supaya lebih matang untuk berurusan dengan pihak Istana.
Kita ada Kementerian yang bertanggungjawab yang boleh menwujudkan kelas ini supaya lepas ni, tak ada lagilah 'caca merba' yang boleh memperlihatkan betapa kecetekkan pengetahuan pembesar yang dipilih oleh rakyat dalam menjalankan amanah.
Bila sudah diwujudkan kelas tu, pembesar negara kenalah lebih sincere untuk mengikutinya.
Sikap SAYA SUDAH TAHU dan PANDAI! kenalah buang jauh-jauh kerana zaman sekarang ni rakyat dah cerdik serta dapat menilai seseorang pemimpin yang bakal mereka undi atau pilih.
Orang Melayu kan kaya dengan adat/adab/budaya dan bahasa Melayu.
Kalau orang asing sebelum mereka memasuki Istana boleh datang dan bertanya adat istiadat untuk berurusan dengan pihak Istana apatah lagi orang Melayu.
Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa, sebaliknya mahu pembesar negara lebih peka dan perhatin dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka, kalau tidak sejarah yang tercipta pada Mac 8 lalu akan berulang....
Tuan Syed dan Mr Valenteno,
Satu pintaan saya, nanti bolehlah praktikan penggunaan bahasa Istana melalui alam blog ni, saya rasa mesti ramai yang nak belajar termasuk saya jugak. Terasyik seketika membaca komen Mr Valenteno yang sungguh indah dengan penyusunan bahasanya.
Tuan Syed!
Satu lagi, saya dapati topik bicara serta fokus sekarang ni bukan saja hangat mengenai Obama/Clinton dan McCain dikalangan Malaysian kat NYC ni, tapi mengenai PRU12 dan yang terlebih hangat ialah mengenai MB Terengganu, cakap-cakap yang saya dengaq depa duk tanya "awat la sampai jadi macam tu" di mana kematangan pemimpin dalam menyelesaikan masalah ni?
To Mr Valenteno
Setiap kali saya makan Panettone (Roti ala kek buah dari Italy) mesti ingat dekat Mr Valenteno Malaysia. The best Panettone in US dijual dan dikeluarkan oleh Valentino USA Inc yang mengeluarkan pelbagai jenis kek, biskut dan roti dari Italy melalui brand name - VALENTINO BONTA d' Autore.
me again Big Apple
Pak Tuan dan Nani Big Apple...
Sekali sekala pi la ziarah www.utarawan.blogspot.com.
Saya ni dikatakan bersalasilah daripada keluarga terkenal di sebuah kampung di Palermo, Sicily.
Pasai tu la dapat nama macam had dok ada. Tapi saya lebih suka dipanggil Zukri.
Dolu2 masa kerja di bernama depa ingat saya ni portugis...nak jadi serani macam mana, ni bukan nama portugis tapi italiano, capish paisan? portugis berakhir kebanyakan dengan x, seperti martinez, mendez dan gomez. ada juga yang berakhir dengan o seperti jose mourinho...
bila kerja dengan tok mat lagi senang nak cerita pasai pa nama macam tu. kan tok mat tu Tok Jawa yang terkenal. bila orang tanya dia pasai saya dia pun kata "ala, tu budak jawa"...di bernama pun ada orang jawa bernama moclouse...
tapi la ni dah tau asal usul saya, di sebuah kampung di palermo...daerah yang terkenal dengan Cosa Nostra...Nani u know what i mean ya?
plse visit my blog
Don Zukri Valenteno Al-Kedah
Dear Tuan Syed and Mr Valenteno
Saya dah tenguk dah blog utarawan melalui blog Tuan Syed ni..
Seronok dapat baca hasil nukilan dan pandangan senior2 saya ni.
Nak tau pasai Penang, check kuda kepang, nak tau pasai Kedah, buka utarawan.
Penang dan Kedah, dua-dua negeri yang dapat perhatian saya sebab Penang tempat saya dilahirkan, Kedah especially Pantai Merdeka/Teluk Nipah tempat saya duk p tangkaq ketam bila bila ayeq pasang masa zaman sekolah dulu.
Terima Kasih Pak Tuan Syed and Mr Valenteno atas semua pandangan dan nukilan yang memberangsangkan
Maaf Tuan Syed
Bukan Kuda Kepang, tapi Kuda Ranggi.. Memang ranggi betoi!
Mr Valenteno
Gambar Tuan Syed yang dengan "spek" hitam itu memang nampak macam ahli Cosa Nosta - yang bernama Don John Gotti bila campur plak dengan Don Zukri Valenteno Al-Kedah.. memang tabik spring :)
Post a Comment