Friday, March 07, 2008

Hari penentuan - gunakan kebijaksanaan


Apakah nasib Najib Tun Razak? Mungkinkah kita akan menyaksikan perubahan pucuk pimpinan pertengahan pemerintahan BN kelak?


Mungkinkan mantan pofesor Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Haron Din Al-Hafiz akan dipilih mewakili ummah Arau? Sebagai seorang yang tidak korup (rasuah) dan amat dihormati sebagai seorang tokoh agama, kehadiran Dr Haron Din amat dinanti-nantikan.


Mungkinkan doa seorang Tok Guru yang berjiwa bersih dimakbulkan Allah?


Kita tidak mempersoalkan yang BN akan terus memerintah di peringkat Persekutuan, tetapi dapatkah ia mempertahankan kelebihan suara dua-pertiga? Mungkin tidak.

Hari penentuan dah tiba, kini semuanya terletak di tangan rakyat yang layak mengundi. Rakyatlah yang akan membuat penentuan, sama ada ianya tepat, betul dan kena atau sebaliknya, tidak boleh dipersoalkan lagi. Ianya mungkin betul dan mungkin tidak.





Tempoh berkempen, tempoh untuk meraih simpati dan sokongan terhadap apa yang diperjuangkan oleh parti sudah sampai ke penghujung, sudah berakhir.

Apa nak dikata, rakyat yang menentukan segala-galanya. Jika rakyat mahukan BN terus memerintah, maka jadilah ia satu kenyataan. Jika rakyat tidak mahu BN menguasai dua-pertiga suara di Dewan Rakyat, maka jadilah ia.




Begitupun, rakyat kena terima apa saja keputusan yang bakal menanti kerana itu adalah keputusan majoriti, tak kira sama ada ia besar atau kecil.

Sama-samalah kita berdoa, dalam apa jua bahasa, loghat dan fahaman agama, semoga negara ini kekal aman, selamat, makmur dan bebas daripada segala maha bahaya dan bencana.

Sesungguhnya dalam politik, tiada manusia yang kekal bersahabat dan tiada juga yang kekal bermusuh. Sahabat boleh jadi musuh dan seteru boleh jadi rakan karib. Jangan kita biarkan permusuhan antara orang yang berpolitik memporak-perandakan kampung, mukim, daerah, negeri dan negara kita.

Saya akan mengundi untuk memilih wakil ke Dewan Rakyat melalui kawasan undi Ampang dan wakil ke Dewan Undangan Negeri Selangor melalui kawasan undi Bukit Antarabangsa.
Sejak hari penamaan calon sehinggalah hari Jumaat, 7 Mac, iaitu sehari sebelum hari mengundi, saya tidak melihat wajah kedua-dua calon BN atau menerima sebarang risalah, termasuk melalui peti surat, yang memperkenalkan kedua-dua calon BN itu. Mungkin BN begitu yakin atau terlampau yakin (over confident, kata orang Inggeris) sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian.
Sebaliknya, calon PKR dan PAS yang bertanding bukan sahaja telah mengedar risalah kempen tetapi melalui dengan konvoi kereta di kawasan perumahan yang saya huni sebanyak tiga kali.
Seperti yang saya katakan, saya akan membuat pilihan bukan berdasarkan parti tetapi berdasarkan calon yang bertanding. Bagaimana nak buat pilihan jika calon yang bertanding tidak memperkenalkan diri termasuk melalui risalah kempen apatah lagi turun padang?

Selepas mengundi pada awal pagi, saya akan ke Pulau Pinang, negeri kelahiran saya, untuk menyaksikan satu detik sejarah di sana. Saya telah menyaksikan sejarah perubahan kerajaan negeri pada tahun 1969 dan saya percaya sejarah itu akan berulang pada tahun ini.

4 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan

Saya berdoa kehadrat Allah SWT supaya pilihanraya di negara kita berjalan dengan adil, bersih, telus dan lancar. Saya juga memohon supaya Allah melindungi dan menjauhkan negara ini daripada huru-hara atau sebarang kejadian yang mendatangkan bencana. Terimalah keputusan yang akan dibuat oleh rakyat.

Pak Tuan
Pulau Pinang saya rasa akan kekal di bawah BN. Tapi daripada sumber-sumber yang saya dengar, BN akan hilang banyak kerusi.

Terima Kasih.
Akulamat

Anonymous said...

Pak Syed,
Saya telah lama mengikuti penulisan saudara dan saya berani kata krebiliti yang amat tinggi. Maklumlah bekas wartawan kanan BERNAMA generasi 70an bukan BERNAMA pimpinan Anuar Zaini gurka Khairy itu. Dua hari lalu saya ada di Penang dan Tanah Besar, saya rasa era 69 akan berulang PU12 di P.Pinamg. Balik jangan tak balik tunjukkan kepada Dacing orang Penang tak mampu lagi ditipu dan dibohongi dan ekplotasikan Selamat tinggal BN Selamat datang BA.

Anonymous said...

Tuan Syed

Selamat Mengundi! Kita ada kuasa walaupun dengan dua undi -DUN dan Parlimen!!!

Nani Big Apple

Anonymous said...

assalammualaikum wbt,

pak Syed,

INSYALLAH ayahanda dan bonda saya mengundi di Dun dan parlimen yg sama dgn pak Syed.kami sekeluarga dari Barisan Alternatif.Takbir.