Tuesday, March 11, 2008

Geli hati baca tajuk berita Utusan

Seorang teman menghantar sms meminta saya meneliti tajuk utama muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini. Dia menyifatkan tajuk itu sebagai sesuatu yang melucukan. Entahlah, sampai bila kawan-kawan di Utusan nak pijak di bumi yang nyata.


Di mana letaknya kekuatan? BN pimpinan Pak Lah hanya diberi mandat untuk terus berkuasa tanpa kekuatan majoriti dua-pertiga di Dewan Rakyat. Oleh itu kerajaan yang bakal dibentuk adalah yang tiada kekuatan dalam erti kata sebenar.


Keputusan pilihan raya kali ini memberi gambaran yang tepat dan betul mengenai sokongan rakyat kepada Pak Lah, bukan keputusan pilihan raya 2004 seperti yang digembar-gemburkan oleh media. Pada tahun 2004, rakyat sebenarnya memberi undi terima kasih atau penghargaan kepada mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan memberi mandat besar kepada Pak Lah.


Entahlah.

9 comments:

Anonymous said...

Ami Ban,

Semasa pilihan raya ke 11 dulu, bila BN menang besar, semua orang pak ampu cakap kemenangan pasal Pak Lah yang bagus, pak lah yan MR BERSIH''
sekarang nak cakap apa pula?..
pak lah lambat dapat ilham pasal tu kalah teruk?... sudah lah!!..

terima hakikat yang BN dah kalah teruk, negeri lubuk emas semua dah di rampas pembangkang..

ramai org melayu masih sayang UMNO, sebelum lebih ramai tak suka lebih baik buat sesuatu, Minta maaf kat TUN, mintak pandangan dan pendapat dia....

-mijan-

Anonymous said...

Pak Tuan,

Saya sangat sedih dengan kekalahan besar di negeri-negeri yang selama ini di terajui oleh Bangsa Melayu kita.

Walaupun saya bersetuju dengan kekalahan sebilangan calon-calon BN yang memang sepatutnya telah lama mengundurkan diri, saya amat bersedih dengan kehilangan pemerintahan Bangsa Melayu di Negeri Perak dan Selangor.

Di Negeri Perak terutamanya, sudah tentu Roh Pahlawan Dato' Maharajalela dan Dato' Sagor berasa sedih melihat negeri mereka yang pernah mereka pertahankan dengan darah mereka di kuasai oleh bangsa Cina.

Saya harap cucu cicit pahlawan Perak akan sedar dan kembalikan pemerintahan Melayu di negeri itu.

Wassalam.

Anonymous said...

Tuan...
Daripada duduk di bawah pemerintahan Melayu yang jahat dan pilih kasih, rasuah serta pasukan pimpinannya yang zalim biarlah saya duduk di bawah pemerintahan Cina atau India yang berminat kearah kebaikan.

Jika 5 tahun lagi perangai mereka juga sama...mereka juga akan saya tolak.

Apa pun gabungan Cina, Melayu dan India akan memerintah negeri negeri di Perak dan Selangor. Usah risau kita adalah rakyat Malaysia yang hidup bersama sama tidak kira bangsa.

Zubir Nasir

Anonymous said...

Pak Tuan,

Pemimpin Melayu tak gentleman macam pemimpin Cina. Mereka sanggup letak jawatan dan memikul tanggungjawab. Datuk Ong Ka Ting, TS Koh sanggup melepaskan jawatan masing-masing. Disini kita dapat lihat sejauh mana moral dan maruah sesaorang pemimpin.

Dalam persidangan parlimen akan datang tentu dewan akan bergegar dengan suara lantang ahli-ahli dari BA bersuara. Apakah mampu ahli dari BN menepis lawan mereka yang begitu ramai di parlimen nanti. Sama-samalah kita nantikan.


Kamalkamal

Anonymous said...

a'kum. whats the point of having a pemerintahan melayu yang tak taqwa..yang corrupt.. yang tak efficient.. yang di kerumuni dengan kroni dan kaum famili..yang tak tahu langsung erti keadilan..yang tak takut pada Allah!..Pasai apa nak minta maaf dgn Tun Mahathir. Dia pun penyamun besar.. he single handedly destroyed malaysia's judiaciary..and a host of other crimes which I believe he should seek the rakyat's forgiveness before he goes and meet His maker. Do not forget the kezaliman that he has done to so many lives!! We should not harp on Malay rights to rule anymore..lets look at what happened to Penang when the so-called malays were so many in the government before n also a deputy cm!!they all seriously took care of themselves and their cronies. so lets move on to a better malaysia with people who believe in fairness and justice!

Anonymous said...

Tuan,

"Perak dipimpin oleh parti Bansa Malaysia?"

Kita bermimpi bilamana kita bercakap pasal bangsa Malaysia. Gula gula cina untuk bangsa melayu, makin makan makin bengong. Bangsa Malaysia apa? bilamana sekolah pun ada macm macam jenis, berani hapuskan SRJK(C), kalau dah pandai cakap pasal bangsa Malaysia.

ZA

Anonymous said...

Pak Tuan Syed Imran...

Itu headline CARI MAKAN!!!

Depa kena la jaga punggkoq...tidak kalu kena sumbu dengan bebudak Tgkt 4. Sia sia saja tua ketuloi di utusan -- Hashim dan Khalid.

Sia sia saja hangpa dua ekoq ni kat suara keramat Umat Melayu dan Orang Umno.

Sia sia saja la...

Anonymous said...

SOKONG 100%, kalau dia x mahu berundur, UMNO perlu lakukan langkah drastik pd pemilihan Agong 2008.saya mengimpikan gandingan Ku Li, Shahrir & Mukhriz @ Ku Li , Shahrir & Muhyiddin. sampai skarang saya hairan, kenapa org sebagus dan setelus shahrir tidak menjadi menteri kabinet?

hana

Anonymous said...

Pak Tuan,

Saya pertama kali ketahui akan blog pak tuan nie dr anak lelaki pak tuan sendiri...

nway, tu bukan perkara yg ingin saya kongsikan disini...

apa yg saya amat bimbangkan kini adalah, sikap Utusan Malaysia yg amat tidak bertanggungjawab terutama diruangan pembaca... surat2 pembaca yg berunsur menghasut, perkauman semua disiarkan... saya amat berharap Pak Tuan dpt menggabungkan para bloggers utk menentang akan sikap tidak bertanggungjawab Utusan Malaysia.. saya amat khuatir jika sentimen ini terus dimainkan oleh Utusan ia akan menyebabkan ketegangan antara kaum.