Wednesday, March 19, 2008

Ceramah Maulidur Rasul oleh Anwar Ibrahim di Bayan Baru



Mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat Parti KeAdilan Rakyat (PKR) akan menyampaikan ceramah umum Maulidur Rasul pada hari Jumaat, 21 Mac mulai pukul 9 malam di Masjid Bayan Baru, Pulau Pinang.




Datuk Seri Anwar akan memperkatakan mengenai: Harapan Baru Masyarakat Malaysia.



Penduduk Pulau Pinang, terutama sekali yang beragama Islam, tidak harus melepaskan peluang untuk mendengar syarahan yang akan mengupas mengenai hala tuju dan harapan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 yang baru lalu.

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Pak Tuan,

Alhamdulillah, sejak kemenangan Barisan Rakyat kat lima negeri ni, aktiviti masjid dah kembali hidup semula. Anwar dah boleh ceramah kat masjid balik, saya tunggu sangat hari raya nanti, nak tunggu DSAI bagi khutbah kat P.Pauh.

Selangor pun sama jugak. Dr Hasan Ali dah start bagi khutbah kat masjid mujahideen, dah lama tak dengar suara dia. Ustaz Ismail Kamus, pun tak da halangan lagi. Baru la ramai saya tengok orang datang masjid. Siapa kata Barisan Rakyat tak bawa kebaikan kpd Islam?

Tapi saya tengok BN ngan UMNO ada sindrom tak boleh terima kekalahan. Nak tarik balik projek kerajaan pusat la, itu la, ini la. Adakah rakyat yang mengundi BR tak layak terima pembangunan? Mereka pun bayar cukai jugak. Kalau tak, tolong kecualikan 5 negeri daripada bayar cukai yang berjenis-jenis tu. Teringat Mat Sabu cakap, kalau TV ni harga seringgit, hari-hari kena tendang...berita bukan-bukan.

Mostly orang yang saya jumpa, dari Tanjung hingga ke Lembah Klang, puas hati dengan apa yang mereka undi. Walau ada sedikit takut, tapi tak menyesal. Diorang kata, kalau tak buat, Gomen akan syok sendiri. Saya teringat, terjumpa dengan seorang Cina, saya tanya pangkah apa, dia jawab "Saya mau naik roket pergi bulan juga!". Selamba Cina ni.

Satu lagi, di Merbok, kat Tanjong Dawai, esoknya lepas election,orang kat sana buat kenduri kesyukuran, satu pasal BR menang kat Kedah, satu lagi pasal mamak Maidin tersungkur kat Sungai Petani. Lagu mana Merbok, Sungai Petani, tempat kuat BN leh jatuh ke tangan PKR? penin pikiaq....

Pasal nak lompat parti nih, saya ada seorang kawan dari Sabah, orang UMNO, dia frustrated dengan distribution of minister. Ada kemungkinan berlaku lompat-melompat ni.....namapun Sabah.

Panjang cerita saya......lama buat peninjauan. Ok Pak Tuan, semoga dilindungi Allah.

Skuad Peninjau

Anonymous said...

Pak Tuan,

Mengenai kerterbukaan masjid kepada penceramah ...tapi kena tengok-tengok juga kot-kot ada ceramah ajaran sesat yang terlepas nanti kerajaan BR dipersalahkan dan kepada jemaah yang arif sedikit mengenai agama tolong perhatikan semoga islam kita berkembang bukan di halang

Anonymous said...

Rasulullah saw pernah bersabda yang lebih kurang berbunyi begini "Kalau kita biarkan orang yang BUKAN AHLI" dalam sesuatu perkara itu melakukanNYA, tunggulah KEBINASAAN NYA:

Saya rasa DSAI tak layak berucap apa lagi beri Khutbah di Masjid Masjid.
Dia BUKAN AHLInya. Biarlah Orang Yang BerTauliah sahaja yang memberi Ceramah dan kalau boleh janganlah gunakan Rumah Allah swt untuk memancing undi dan menguatkan Pengaruh Peribadi.

Gunakanlah dewan dewan atau hotel hotel untuk tujuan ini. Lagi pun duit banyak. Biarkanlah Jemaah Beribadat dengan Kyusuk di Masjid Masjid.

Masjid tempat kita semua sujud pada Pencipta kita. Tempat sepatutnya SEMUA kita bersatu padu bukan tempat mengadu domba, fitnah mefitnah, menyemai kebencian sesama kita.

Oh Ya, seorang kawan Cina saya dengan sinis berkata " DAP tak perlu buat apa-apa untuk pecah belahkan orang Melayu. Orang Melayu yang pecah belahkan sesama sendiri dan MENOLONG pula DAP menang Pilihan Raya" Bagusnya Orang Melayu. Syabas.

Unknown said...

Waktu yang ditetapkan untuk ceramah selepas waktu solat wajib. Jadi apa masalahnya? Kita harus berfikiran terbuka. Masjid bukan didirikan khusus untuk solat sahaja. Kita seharusnya memiliki sifat baik sangka.

Anonymous said...

Apasal mamat ni membebel pasal melayu tolong DAP,sejak bila pulak pandai mengatakan melayu tak boleh tolong cina,cina tak boleh tolong india,

Mamat,awak tinggal dimana masih di tanah melayu kah?

ini malaysia lah mamat, kita hidup dalam negeri yang berbilang bangsa dan budaya semua bangsa harus menghormati bangsa dan agama-agama lain
Begitujuga bangsa-bangsa lain juga harus menghormati ugama islam kerana ugama islam adalah ugama rasmi,

Begitu juga keistimewaan orang melayu dan institusi raja-raja melayu dilindungi oleh Perlembagaan Negara,

Tapi mamat, UMNO boleh pulak memaksa dan membohongi bangsa sendiri untuk mengundi MCA,MIC dan parti perkauman lain adakah mereka ini melayu....

Melayu akan hilang identiti sekiranya mempunyai pemimpin yang mementingkan diri sendiri,bongkak,gila kuasa dan mengabaikan ekonomi orang melayu

Kita lihat bangsa cina yang begitu berjaya dalam bidang perniagaan adakah mereka ditolong oleh kerajaan? ....kenapa mereka boleh maju...lu pikirlah sendiri

Anonymous said...

The Secret Pact of Pak Lah/SIL & ANWAR/DAP

I think PL/KJ/ANWAR/DAP secret pact is just to kill off this UMNO baru. PL/KJ knew all along they cannot resist Tun M (UMNO Baru). ANWAR is the only hope for PL/KJ to escape free w/o backlash & punishments.PL/KJ are buying time till ANWAR is ready. Wonder why ANWAR/DAP are never really critical on PK/KJ scams, WPI & flip-flop policies. On the same score don’t discount out Shahril Samad (ECM-Libra) & sifu Musang Hitam (WPI share holder).

ANWAR/DAP have always praised the way LKY Dynasty(PAP) manages the city state. Ask the Singaporeans the real feeling on the ground with our similar issues (freedom of speech,blood sucking govt policies,puppet judges ,rising unemployment rates (they too prefer cheaper labours of PTI), deteriorating social values, high crime rates, unaffordable properties, inflation rate 6.6% etc are really alarming.LKY Dynasty has always been in denial state ever since & it’s a total media blackout too. Oppositions leaders can never last long with the LKY twist & turns using legal proceedings against them.

Do u really believe Mas Selamat (so called the JI terrorist) managed to escape the city state with all the CCTVs at every corners & their state of the art securities & public only knew it after 4hrs later.(Biggest Joke of the Century).

LKY Dynasty is just another proxy to the British East Indian Company descendants or to be exact the British Zionist(CAPITALIST) regime enjoying people miseries with their slave economy methods (sounds similar too)on people/resources, manipulates CPF,Trust funds,taxes & other financial instruments to control economy on this side of the world.
Do u really think they would gave up the most strategically port (east-west route)in the world. In fact Singapore is among the top 10 busiest port in the world.

Since all the medias there are govt owned (sounds familiar )are totally blackout,people there too turn to bloggers like we do here .Do check some of their site(eg;Sgpolitics.net , Dissident Singapore etc).Guess the number of brain drains there(migrating to Australia, NZ ,Canada,USA etc) & its not strange here too.Our Political Tsunami is getting on the nerve to LKY Dynasty & their people already said “Tak Boleh Tahan” with red shirts in front of their parliament recently . They are watching our political scenario closely.
I wanted to believe in ANWAR fights, but the recent DAP/ANWAR events of power hunger makes me puzzled.It is interesting though when ANWAR enjoys the media coverage of LKY Dynasty. DAP has really shown their true color in Perak & Selangor finally for their long waiting mission/vision (PAP to be) & proudly claimed their popularity,luckily our rulers were wise to see its coming. I smell rats here if the lobbying of another 30 became reality , Pak Lan & KJ will escape with big KENDURI, but i do hope i'm wrong. Ku Li & Mukhriz on the other hand must hurry before UMNO is to be buried by this Imam HADHARI. Anyway I feel safer if the people from PAS would one day be in the corridors of power.

By
Rats Tracker

Anonymous said...

Hi Anonymous posted at 4.34 pm. Quotation you "Kita lihat bangsa cina yang begitu berjaya dalam bidang perniagaan adakah mereka ditolong oleh kerajaan? ....kenapa mereka boleh maju...lu pikirlah sendiri". Saya rasa you kena kaji balik sejarah, kejayaan ramai jutawan China seperti tokoh Gula dan Genting tu pun kerana ditolong oleh orang Melayu iaitu politicion dan raja serta kerana dapat AP ( sort of kerajaan)..of course dengan usaha juga and the rite contact.Begitu juga dengan tokoh2 perniagaan lain dari dulu hingga sekarang. Sehingga sekarang pun kita tahu DSAI ada crony juga. So nak kata tak de pertolongan tu tak bole juga. Itu la realiti kehidupan

Anonymous said...

Saya terpanggil untuk komen fasal pembangunan kerajaan pusat yg dicadang utk dibatalkan. Ya, kita semua rakyat bayar cukai, tapi kalau peruntukan kerajaan pusat tidak disalurkan ke negeri (spt yang telah dibuat di kelantan), amat wajar kita sebagai pembayar cukai fikir semula sama ada patut bayar cukai ke LHDN. Elok sahaja kira cukai ikut Borang B/BE/C, tapi bayar terus kepada Kerajaan Negeri yang dikuasai BA- amacam?

Sekurang2nya, dengan cara itu, sudah pasti kerajaan negeri dapat dana dan tak perlu lagi bergantung kepada pusat. Jika ada lebihan (dan pasti ada lebihan bagi negeri kaya seperti Selangor/Penang), boleh disalurkan ke negeri yang kurang sumber pendapatan (mungkin seperti Perak/Kedah/Kelantan)

Mungkin dengan cara ini kita boleh ajar pusat jangan bermain2 dengan kehidupan dan masa depan rakyat. Silap2, pusat kena minta peruntukan dari negeri - ha ha!