Foto hiasan: Patung Francis Light di Padang Kota Lama.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah memohon ma'af daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berhubung satu laporan yang diedarkan oleh agensi berita itu pada 12 Mac.
Dalam surat yang dikirim melalui faksimili kepada Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 14 Mac, Ketua Pengarang BERNAMA Yong Soo Heong menyalahkan cara berita berkenaan disunting sebagai puncanya.
Antara lain, Yong, dalam suratnya yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu menyebut:
"On behalf of my colleagues in BERNAMA, I would like to congratulate your team and you for the recent victory in Penang.
I would like to take this opportunity to apologise for the sloppy editing in the news story of March 12, 2008, which we mistakenly quoted you as commenting on the May 13 incident as well. The inclusion of the fact was intended to give a background on the establishment of the NEP in 1971. Nevertheless, upon a thorough review, the inclusion of that fact along with your quote may have been inappropriate."
Dalam surat yang dikirim melalui faksimili kepada Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 14 Mac, Ketua Pengarang BERNAMA Yong Soo Heong menyalahkan cara berita berkenaan disunting sebagai puncanya.
Antara lain, Yong, dalam suratnya yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu menyebut:
"On behalf of my colleagues in BERNAMA, I would like to congratulate your team and you for the recent victory in Penang.
I would like to take this opportunity to apologise for the sloppy editing in the news story of March 12, 2008, which we mistakenly quoted you as commenting on the May 13 incident as well. The inclusion of the fact was intended to give a background on the establishment of the NEP in 1971. Nevertheless, upon a thorough review, the inclusion of that fact along with your quote may have been inappropriate."
Pejabat Ketua Menteri juga telah meminta penjelasan daripada Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Khalid Mohamad berhubung isi laporan berita persidangan media Lim Guan Eng pada 12 Mac. Khalid menepis masalah dengan berkata Utusan Malaysia menguip berita yang disalurkan oleh BERNAMA. (Walaupun wartawan Utusan hadir pada sidang media itu, nampaknya Khalid lebih bergantung kepada BERNAMA dan bukan wartawannya sendiri).
Saya angkat topi kepada Yong, seorang anak Pulau Pinang, atas keberaniannya mengutus surat dan memohon ma'af. Bukan senang bagi mana-mana kakitangan awam untuk berbuat demikian. Saya percaya sekiranya Azman Ujang atau si Jamil masih ketua pengarang, perkara seumpama ini tidak akan berlaku. Mereka akan lepas tangan.
Kepada Yong, berhati-hati kerana saya percaya segala gerak-geri anda akan diikuti dengan penuh minat oleh Anuar Zaini ataupun kaki-kaki ampu di Kementerian Penerangan. Anda akan melalui ranjau, onak dan laluan yang jauh lebih berbahaya daripada apa yang anda jangkakan.
8 comments:
tuan syed,
kalau ikutkan web bernama, tempoh lantikan kaki ampu annuar zaini sebagai pengerusi bernama tamat 31 jan lepas.
persoalannya, bolehkah kaki ampu yang gaya hidup anak perempuannya tidak seperti orang melayu itu memainkan peranan di belakang tabir mencampuri urusan seharian bernama?
tuan syed rasa bolehkah perkara ini dilapor kepada pihak bpr?
ketika ini juga kaki ampu annuar zaini yang melayunya hanya pada nama cuba mengadu-domba keadaan politik di perak pula dengan menggunakan hubungan rapatnya dengan pihak istana untuk cuba memecahkan kerajaan campuran yang akan dibentuk di perak.
Sebab tulah Pak Lah mesti diturunkan. Dia kena letak jawatan. Bila Pak Lah dah tak dak kuasa, maka mampuslah semua kaki ampu yang memporak-perandakan negara.
tuan syed,
pertama sekali saya ingin mengucap tahniah kepada Lim Guan Eng kerana telah berjaya memenangi PRU12 dan berjaya menduduki kerusi CM P.Pinang.
Apa yang menarik pada keputusan ini adalah keikhlasan hati bekas CM Tan Sri Dr Koh Tsu Kon menerima kekalahan dengan hati yang lapang,dan apa yang saya lihat Tsu Kon berseorangan semasa mengadakan sidang Media semasa menerima berita kekalahan tersebut...mana yg lain dan Tsu Kon hadir semasa LGE mengangkat sumpah....syabas Tsu Kon kerana anda menerima kekalahan dengan hati yang lapang inilah Demokrasi....
Kedua sikap media yang sedikit bertukar corak dalam mempersembahkan lapuran walaupun masih ada yang bebal...Kepada KP saudara yong (masa saya di Bernama sekitar 90'an kami selalu panggil beliau Yong Tau Fu) sorry yong .syabas kepada Yong kerana berani bertanggungjawab kepada kesilapan lapuran Berita ( Siapa Sub-Editor dan News Editor yg release that story)
Kepada Anuar Zaini dan pengampu-pengampu ,pesan saya Roda sudah hampir berpusing ke bawah, bawak lah bertaubat jangan jadi pemecahbelah masyrakat,apabila saya dengar anda berbicara seolah-olah Malaysia ini hanyalah hak milik mutlak BeEnd, parti pembangkang seolah-olah semuanya adalah pendatang haram yang tiada hak untuk bersuara , dan mulai sekarang belajar-belajarlah untuk menjadi pembangkang.
Bagan2008
Soon, Yong will get a Datuk and it'll be from Penang I'm sure.
His apology is unwise and uncalled for.
It shows that the KP "belum baligh" as super scale govt officer.
Bro Yong,as your former colleague in Bernama I salute you.Do what you think is right for Bernama because bro, I know you are man of principle...
from Defend Member
Alangkah malangnya negara jika orang (boleh dikategorikan orang kah) seperti Datuk Seri Panglima Annuar Zaini terus diberikan ruang untuk menasihati Perdana Menteri. Musnah, punah ranah lah negara dan bangsa kerana dia.
Tiada kah ada sesiapa yang berkuasa dan berkebolehan yang dapat bukan gobok Annuar, mana tahu kot ada kerangka yang tersembunyi.
Nak kenal siapa annuar zaini, cuba tanya Tun Musa Hitam...
Anuar zaini mcm "seSumpah". Sekarang ni dia dah "baik" sikit dr sebelum2 ni..sbb kedudukan pakLah dah sengal, jd dia pon buat2 la baik...poRRaaaahhh..mcm org tak kenai dia mmg dasar penyangak!!
RODA dok pusing2 sikit lagi nak kena taik anuaR oiiiii...
Post a Comment