Azhar Ibrahim, setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, jelas tidak faham isi kandungan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO apabila dia meminta Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Hussein memecat ahli Exco Pemuda yang terpilih sebagai Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir (Foto).
Bukan pecat sebagai Exco Pemuda tetapi sebagai ahli UMNO.Cukup hebat desakannya itu.
Azhar, yang juga mantan Ahli Exco Kerajaan BN yang tumbang baru-baru ini, marahkan Mukhriz kerana anak mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad itu menulis surat kepada PM Abdullah Ahmad (Pak Lah) supaya letak jawatan. Sepatutnya, dia menghormati pendirian tegas dan berani Mukhriz demi kelangsungan hidup UMNO itu sendiri.
Sekiranya Azhar membaca Perlembagaan UMNO, dia akan tahu bahawa Ketua Pemuda tiada kuasa untuk berbuat demikian. Inilah masalah dengan pemimpin bawahan UMNO yang dalam nada mengampu membuat desakan yang amat kurang bijak (saya dah malas nak gunakan perkatan bodoh). Sebenarnya, banyak pemimpin UMNO yang tak baca Perlembagaan apatah lagi mengetahui semangat Perlembagaan itu sendiri.
Apakah UMNO mengamalkan dasar kuku besi sehingga tiada ahli yang boleh membuka mulut untuk menyuarakan pendapat yang tidak popular seperti yang dilakukan oleh Mukhriz Mahathir? Bukankah apa yang dilakukan oleh Mukhriz adalah satu amalan lazim dalam sistem demokrasi? Nampaknya, gambaran yang diberikan menjurus kepada tanggapan bahawa UMNO bukan sebuah parti yang demokratik. Itulah gambarannya wahai Azhar Ibrahim.
Isu yang dibangkitkan oleh Azhar dan beberapa kerat pemimpin pertengahan dan bawahan UMNO melibatkan isu disiplin.
Oleh itu, ia mesti dirujuk kepada FASAL 20 Perlembagaan UMNO yang memberi kuasa kepada Majlis Tertinggi (MT) menubuhkan Lembaga Disiplin dan menentukan peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan mengenakan hukuman kerana melanggar peruntukan Perlembagaan UMNO dan kesalahan lain yang disenaraikan di dalam Tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan lain.
Amat jelas Perlembagaan UMNO tidak memberi kuasa sedemikian kepada Ketua Pemuda UMNO atau mana-mana pihak lain melainkan, menurut Fasal 20.3, Majlis Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana Jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian.
Fasal 20.3 juga tidak menyebut yang kuasa itu diperturunkan kepada Ketua Pemuda UMNO atau pihak-pihak lain. Ini cukup jelas.
Dengan itu, desakan Azhar supaya Ketua Pemuda UMNO mengambil tindakan memecat Mukhriz dengan sendirinya memperlihatkan betapa ceteknya pengetahuan beliau mengenai Perlembagaan UMNO. Kalau tak tahu dan tak faham, jangan bercakap.
Untuk pengetahuan Azhar, mari kita fahami FASAL 10 PERLEMBAGAAN UMNO - TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI
Kita terus ke Fasal 10.10: Melucutkan jawatan mana-mana Ahli Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Cawangan atas apa-apa sebab sekalipun.
Fasal ini memberi kuasa melucutkan jawatan kepada Majlis Tertinggi sekiranya ia membabitkan barisan kepimpinan parti peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan. Kuasa itu hanya diberikan kepada MT dan bukan kepada pihak lain.
Dalam hubungan inipun ia tidak boleh dikenakan ke atas Mukhriz apatah lagi oleh Ketua Pemuda UMNO.
FASAL 20 juga menggariskan langkah-langkah yang kena diambil sebelum seseorang ahli itu boleh dipecat. Ini diperjelaskan dalam Fasal 20.9 iaitu:-
(a) Diberi amaran;
(b) Digantung hak-haknya dalam parti;
(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
(d) Dipecat daripada parti;
(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.
Azhar dan sesiapa jua ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan pendirian berani Mukhriz Mahathir atau mana-mana ahli parti yang lain, tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati meminta orang yang mereka tidak setuju itu dipecat.
Mereka kena ikut saluran parti seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan UMNO.
Kedudukan UMNO dan BN di Dewan Rakyat agak rapuh. Sokongan setiap ahli Dewan amat penting dan diperlukan. Jika ahli UMNO dengan begitu mudah nak pecat ahlinya yang juga Wakil Rakyat, apa kesudahannya? Adakah Azhar Ibrahim memikirkan persoalan ini?
Apa yang dapat saya amati, suara Azhar Ibrahim tiba-tiba begitu kuat dilalakkan selepas BN tewas dan setelah dia sendiri terlepas peluang untuk meneruskan untung nasibnya selaku Ahli Exco Kerajaan Negeri. Sebelum ini, kita amat jarang mendengar suara Azhar Ibrahim.
Azhar dan rakan-rakannya perlu menerima hakikat tentang apa yang berlaku. Segala-galanya ditentukan oleh Allah. Bukan manusia.
20 comments:
Sesebuah organisasi itu hanya boleh diperkasa kalau semua ahli-ahli di dalamnya ada ruang memainkan peranan. UMNO tidak terkecuali.
Dlam keadaan runcing, sesuatu mesyuarat luar biasa perlu diadakan agar dapat dibahaskan secara terbuka dan kalau perlu keputusan melalui undi rahsia.
Self-denial hanya pertanda seseorang pemimpin itu tidak berminat mengubah suasana dan sanggup melihat organisasinya hancur.
Agenda self-interest apakah yang sebenrnya dipertahankan habis-habisan oleh pemimpin sebegini?
Kalau ahli dan pemimpin peringkat bawahan yang insaf dengan haru-biru yang melanda parti, mengapakah newspaper lama juga yg didendangkan? Kuasa apakah yg telah menguasai pemimpin sehingga sanggup melihat organisasi dan masa depan ahli dan rakyat tergadai?
Kalau ahli-ahli UMNO tidak bangkit bertindak menangani situasi semasa yg mencabar ini, bilakah lagi? Sampai bila hnedak bersikap tak apaLAH? Sedngkan LAHlah dengan penasihatnya penyebab utama UMNO
dimalukan sedemikian rupa.
Azhar tak faham kerana dia ni memang bodoh dan dah nak mampus pun tak sedar diri lagi.Sama macam bos dia,BANGAU BODOH YANG SUKA TIDUR
Pak Tuan Syed...
Kalau dah dia sendiri tak reti perlembagaan parti, amenda dia dok kerja setiausaha perhubungan umno negeri?
Pelik jugak dia ni.
Buleh ka pecat jawatan MM? Jawatan Ahli Majlis Kerja Pergerakan Pemuda UMNO (selalu disebut Exco) adalah secara pilihan perwakilan dan bukannya perlantikan.
Apa yang Majlis Tertinggi UMNO buleh buat ialah memecat keahlian MM sepertimana depa buat kat Anwar Ibrahim pada Sept 3, 1998.
Anwar dipecat keahlian, maka segala-galanya gugur.
Akan tetapi macam la Pak Tuan kata, depa berani ka pecat seorang Ahli Parlimen? Maksud saya apakah depa ni sanggup tanggungrisiko kehilangan satu lagi kerusi Parlimen? Rasa-rasanya depa tak berani kot?
Dulunya Ketua Pemuda Umno Putrajaya Ahmad Zaki Zahid yang didapati bersalah kerana politik wang hanya diberi amaran sedangkan lawyer Zaid Ibrahim digantung 3 tahun atas kesalahan yang sama. Yang peliknya Zaid menang jawatan tanpa bertanding manakala Zaki menang 15 undi majoriti.
Mungkin pasai Zaki tu pegawai khas perdana menteri kot?
Peminat Gurney Drive
Jika mengikut Perintah-Perintah Am atau General Orders yang mengawal selia kakitangan awam, si Zaki tu tak boleh pegang apa-apa jawatan dalam parti politik. Tetapi oleh kerana dia salah seorang pecacai di Aras 4, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, maka semuanya boleh.
Amalan dwi-standard bukan perkara asing tetapi ia mesti kena dengan pihak mana yang mlakukannya.
teramat jelaslah yang ahli-ahli UMNO bodoh belaka...
Kita biarkan saja depa pecat Mukriz tu..kemudian kita tengok apa kesannya. Depa ingat dok senang nak pecat orang senang-senang, macamlah orang lain tak ada pengikut. Politik ugut dah tak boleh jalan lagi dah. Kita mahu Mukriz lawan Hishamuddin Onn sebagai ketua Pemuda dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti. Itu pun kalau dia berani kekal di jawatan itu. Kalau tidak kita cadangkan supaya Mukriz ikut Hishamuddin bertanding Naib Presiden. Kita tengok siapa yang masuk dan siapa yang terkangkang nanti. Commonlah, selama ni orang undi Hishamuddin bukan pasal kepandaiannya tetapi kerana ampunya. Mulai tahun ni, jangan harap lagi lah. Kita mahu orang UMNO membuat pencalonan dan memilih orang yang tepat. Kita masih ada ramai pemimpin muda yang jauh lebih bijak seperti JJ, Mat Hassan, Mukriz dan lain-lain. Dari segi kualiti kepimpinan, dia OUT.
Wooi!! Pak Tuan sebut "pecacai"?
Bunyi macam pecacai angkat najih...dipetik daripada alkisah Tiga Abdul yang mengelaq AHmad Nisfu sebagai Pecacai Tua Angkat Najih.
Zaki ni pecacai muda...tapi angkat najih jugak la...atau cucui najih yang dibuat bos dia..
Tih tih tih...
Yang tu dalam filem P Ramlee... pecacai yang saya maksudkan ialah orang suruhan atau hamba.
Masa saya kecik dulu, memang ada orang yang kerjanya angkat tong najis. Pecacai la tu...
Pak Tuan Syed!
Saya dah tenguk visual statement Azhar Ibrahim mengenai mega projek di Penang..
Sapa Azhar ni nak cakap on behalf of rakyat Pulau Pinang? dengan statementnya - Rakyat Pulau Pinang tolak pembangunan sebab tak undi BN, so all mega project kena diberhentikan.. What a joke man!
Saya rasa dia buat kenyataan tu kerana mempunyai perasaan marah sebab dah kalah, tanpa fikir implikasi dan masa depan Penang.
Kenapa sekarang ni nak bersuara tersangat lantang sedangkan beliau dah dapat plakform untuk suarakan suarat hati rakyat Penang semasa jadi exco dulu.
Saya hairan la, suara itu kita sebenarnya perlu dari dulu lagi untuk bela rakyat Penang tak kira kaum
Again! why should we vote for this kind of jokers? raplaq! raplaq!
Me again from Big Apple!
Wah! Sis di Big Apple pun dah marah. Anak Penang tetap ambil berat pasai Penang walau di mana mereka berada. Syabas. Orang Penang dah naik muak dengan pemimpin-pemimpin Melayu (UMNO) yang tidak boleh diharap. Itu saja.
kepada datuk Azhar,
Hang cakap tak serupa bikin. La ni hang dok kata nak bela nasib Melayu, tapi dulu masa hang dok dalam kuasa aku hantar surat minta hang tolong tapi hang sombong. Haram jadah punya orang!! Tarak akai. Laa ni hang tak dak kuasa dok melenting
Terpanggil untuk memberi komen terhadap Azhar ibrahim ni...
Dia ni menampakkan pemimpin kelas terbawah dalam UMNO. Malu UMNO untuk mempunyai pemimpin seperti dia.. dan juga malu untuk Melayu untuk mengakui dia sebagai seorang pemimpin kerana kecetekan fikiran dia bila berhujah pasal DEB atau projek mega di pulau pinang....
Pendapat saya, dia hanya bercakap bagi pihak dia sahaja kerana takut tidak bole lagi dapat habuan secara mudah seperti dulu semasa pemerintahan BN di p.pinang. Mungkin dulu dia ada jadi Ali BABA dalam mana-mana company yang memerlukan penyertaan Melayu dalam apa-apa projek. Tapi sekarang itu tidak akan terjadi lagi..
Insaflah orang melayu terutama yang mempunyai intelektual seperti Azhar Ibrahim ini.. tak usahlah bermimpi nak hidup senang je hanya dok goyang kaki je..
Bukan dia soarang yang tak faham, yang keluarkan watikah untuk jawatan MB pun tak faham juga. Baru depa tau watikah hanya dari KDYMM Tuanku.
Tuan Syed,
Sapa Azhar ni? Lepas election ni baru dengaq dia menyalak. Sebelum ni suara dia bisik pasai untuk tolong org Melayu Penang pun tak pernah dengaq.
Pasai suggestion suruh tarik project pembangunan di Pg, saya rasa perangai dia macam budak2. Tsu Koon pun blh pikiaq dgn rational pasai suggestion ni. Dia tau yg rakyat dah blh pikiaq jauh. Kesannya akan lebih teruk kpd BN jika PM ambil tindakan menarik balik projek pembangunan di Pg. His digging his own grave. Itu lah ayat yg keluaq dr mulut org yg emotional. Main serbu tak pakai helmet!
Pasai pencacai, dulu masa nak pi sekolah saya selalu nampak depa kat Love Lane. La ni dah tak dak. Mungkin sebab depa masuk politik kot.
Orang Putih kata manusia macam ni Paper Tiger. Orang yang hanya berani atas kertas (buat kenyataan akbar dan sebagainya) tetapi pada hakikatnya, dia penakut dan takutkan bayang-bayang sendiri. Semua orang Penang tau yang dia (Azhar) tak buat-apa-apapun, dan la ni dia nak tunjuk kononnya dia ada taring. Porah!
Pak Tuan Syed
Saya sebenarnya bukan marah, tapi "kesian" tenguk seorang pemimpin di peringkat negeri yang buat kenyataan seperti tu!
Beliau jugak perlu ingat, yang beliay bukan wakil semua rakyat Pulau Pinang dan Saya yakin tidak semua rakyat Pulau Pinang bersetuju dengan kenyataan beliau itu. Betoi tak?
Hanya orang yang mempunyai perasaan marah dan hilang pertimbangan saja yang akan buat kenyataan seperti tu.
Seperti yang saya katakan sebelum ni, beliau tidak fikir tentang implikasi dan masa depan Pulau Pinang langsung akibat dikaburi perasaan marah.
Beliau sudah tidak ada keharmonian dalam diri sendiri hanya kerana marah.
Sebagai seorang pemimpin yang sudah kehilangan jawatan Exco, sekarang bukannya masa nak menuding jari kepada rakyat, sebaliknya beliau harus ada perancangan masa depan untuk menawan hati rakyat pada PRU akan datang.
Apa yang patut beliau lakukan adalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat serta bekerja lebih keras lagi.
Kenyataan seperti tu cuma hanya memakan diri sendiri serta membayangkan sifat kebodohan yang ada pada diri beliau.
Kenkadang tu tergelak sendiri, kenapa kita punya pemimpin yang langsung tidak mempunyai fikiran terbuka dan positif.
Sebagai bangsa Melayu, kitakan mempunyai budaya yang tinggi, mengapa hendak ugut mengugut, zaman ugut mengugut dah tak ada lagi, itu zaman masa pemerintahan kesultanan tok naduk, sekarang ni zaman ICT, rakyat sudah matang, mungkin lebih matang daripada pemimpin itu sendiri.
Banyak lagi rupanya pemimpin kita ni kena belajar, dari peringkat tertinggi sampailah peringkat bawah bagaimana untuk mengawal diri serta mempunyai pemikiran yang lebih terbuka.
Beliau sebenarnya tidak payah nak kalut sekarang ni, patut kalut dari dulu lagi.
Sekarang masa untuk buat kerja bukan masa nak tuding jari pada sesiapa. Rakyat dah bersuara so terimalah saja.
me again - Big Apple
Pak Tuan Syed Imran...
Saya baru dapat sms kata UMNO Bahagian Jerlun MENYOKONG PENUH tindakan Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz mendesak Abdullah Haji Ahmad mengundur diri.
Saya tak tau samada benda ni sahih ke dak tapi had tu lah yang saya terima. Kalo betoi kira OK lah, memang tak sia-sia la depa sokong MUkhriz ni, depa pun berani macam dia, kalu betoi la...
Ada ka sapa-sapa boleh confirmed kan betoi ka keputusan UMNO Jerlun ni...Kubang Pasu di bawah Jo Lidah Pendek dah hentam Mukhriz...Pemuda Johor habaq kat semua jgn tekan Mukhriz...pendek kata haru-hara...
Bab pecacai angkat najih ni...dulu-dulu depa kata kalu makan nasi kandaq kat Kassim dan kalo dok kat lorong tu kena cari tempat yang mata kita pandang arah komtar pasai kekadang "bucket brigade" lewat mai..kadang2 sampai pukoi 9 pagi...masa tu dah ada org makan nasi...
Tapi la ni dah takdak pecacai angkat najih...mcm sapa dia kata tadi...depa dah masuk UMNO Pulau Pinang!!! He he he
Din Simpang Kola
Pekan Simpang Kuala Kedah
Aloq Setaq...
"Dulu2 masa dapat duit ngerat padi masa habih musim pi Tanjung beli baju Arrow dan Pak Husin (Van Husein, ka macam mana eja dia...tak ingat dah! Masa bas UTC lalu kat airport tudm pala bataih...bas jadi senget sebelah pasai orang-org kedah jadi perak tak pnh tgk kapai terbang!!!)
Orang UMNO mesti berani. Saya dapat tau kempen tandatangan(signature campaign) menyokong Mukhriz dah melebihi 1,000 tanda tangan dalam beberapa hari saja.
si azhar tu duk melalak sebabnya pas nih dia dah takleh wat duit lagi.. tu je sbenaqnya.. dia duk melalak gak sebagai satu usaha terakhir nak dapat perhatian paklah (kononnya).. isk.. isk.. oghang umno sekoq ni buruk benor perangai nya..
untuk perkongsian idea je, si mahathir suruh paklah tu letak jawatan pasai apa yg sbenanqnya?
pasai nak selamatkan BN kaa, or pasai kes lingam? kes lingam tu masa dia tu..
bagi aku, paklah patut letak jawatan n najib tak patut jadi PM, nanti abih lenyap kes lingam tu nanti.. korang bukan taktau najib, sikit punya kamcing ngan mahathir..
kesian kat dia woi...kole dia dah kosong tuuu...habih kempen hari tu..dia nak pi jadi pencacai kat love lane tak dapat dah...ahli persatuan x trima...mengulaq semasa bertugas..
Post a Comment