Wednesday, March 12, 2008

Antara DEB dan hak istimewa Melayu


Saya amat tertarik dengan tajuk besar yang menghiasi muka depan Utusan Malaysia hari ini - Tiada lagi DEB - dan bertanya apakah tujuan tajuk sedemikian untuk menakut-nakutkan orang Melayu berikutan kejayaan pakatan DAP-PKR-PAS memenangi pilihan raya peringkat negeri Pulau Pinang.
Sebenarnya tajuk itu tepat dan betul. Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah tiada dan ia digantikan oleh Dasar Pembangunan Negara (DPN). Mungkin para pengarang di Utusan Melayu lupa akan hakikat ini maka mereka memilih tajuk itu.


Dalam isi kandungan berita itu, pemberita Utusan juga menyebut bahawa tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP itu akan turut menjejas hak istimewa orang Melayu. Ini juga boleh dilihat sebagai satu provokasi untuk menakut-nakutkan orang Melayu.


Saya berkata demikian kerana hak istimewa orang Melayu dan DEB adalah dua perkara yang berbeza. DEB adalah dasar pembangunan baru ekonomi yang digubal oleh Parlimen manakala hak istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang bukan berbentuk dasar tetapi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.


Hak istimewa orang Melayu hanya boleh dihapuskan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan dan memansuhkan Perkara berkaitan.


Dengan itu, adalah tidak betul dan tepat bagi Utusan Malaysia untuk mengaitkan DEB dengan hak istimewa orang Melayu.


Pihak media semestinya tahu bahawa tempoh pelaksanaan DEB sudah berakhir, iaitu bermula pada tahun 1970 dan tamat pada tahun 1990 dan digantikan oleh DPN.


Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk;


(1) mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan


(2) mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.


Oleh itu, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang baru kerana DEB, pada hakikat dan mengikut undang-undang, tidak wujud.


10 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan,

Artikel yg amat menarik. Saya amat berharap agar bloggers2 yg lain akan turut menyiarkan artikel berkaitan isu ini. Saya amat khuatir kerana Utusan malaysia masih terus bermain dgn isu2 kaum yg bagi saya amat merbahaya. Editor Utusan wajar ditahan kerana menghasut dan mengapi2kan sentimen perkauman.

Salam

Pengundi DUN Hulu Kelang

Anonymous said...

Just wait and see the fate of muslims in penang....the muslims are becoming weak, busy fighting among each other....racist as it might seem but yet, the outcome has already began.

Anonymous said...

Saya sependapat bahawa Pak Lah perlu bertanggungjawab atas kekalahan BN pada PRU kali ini, siapa yang perlu bertanggungjawab jikalau tidak ketua sendiri, ini adalah satu sejarah pilihanraya paling teruk bagi BN kerana tidak mendapat majoriti 2/3. Jikalaulah salah satu negeri Sabah atau Sarawak jatuh ke tangan BA maka terciptalah secara bahawa Malaysia jatuh ke tangan pembangkang buat kali pertama.

Nampaknya suara rakyat kali ini memang digunakan sepenuhnya oleh rakyat, bagi saya sudah lama dah perlu ada semangat sebegini oleh rakyat Malaysia. Kita perlu sedar dengan cepat bahawa kita tidak boleh berdiri dibelakang nama parti UMNO yang dikatakan kuat sebelum 07/03/08 walaupun ahlinya rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai perkara2 negatif yang dilakukan oleh ahli UMNO sendiri. Orang melayu tidak menolak parti UMNO tetapi menolak calon UMNO yang mempunyai pelbagai masalah. Sebenarnya ahli UMNO yang akan memusnahkan bangsa melayu, bukanlah seperti mana kata-kata bapa mentua aku daripada UMNO Johor mengatakan anak-anak muda sekarang tidak mengenang jasa pemimpin2 terdahulu yang susah payah mendapatkan kemerdekaan negara dan membangunkan negara ini, anak2 muda ingin memusnahkan bangsa melayu sendiri. Aku tidak setuju sama sekali, kita perlu berfikir sejenak, anak2 muda sekarang suara mereka tidak didengar oleh orang2 UMNO sendiri, org2 UMNO lebih gemar mengumpul harta untuk diri sendiri, menyalahgunkan kuasa, berlagak, rasuah dan bermacam-macam lagi. Platform anak-anak muda masa kini memilih berpolitik ialah di PKR ataupun PAS yang lebih berterbukaan. Lantas mereka dapat memperjuangkan apa selama ini terpendam di jiwa.
DEB salah satu contohnya, dibuat untuk meningkatkan ekonomi org melayu tetapi disalahgunakan oleh org UMNO untuk membolot kekayaan sesama mereka, Org UMNO diatas bertambah kaya tetapi org UMNO dibawah masih lagi seperti dulu, bersorak, bergaduh sesama org melayu kerana perbezaan parti tetapi mereka pernah sedar tidak, SIAPA YANG KENYANG? …. Orang-orang melayu dan hak-hak orang melayu yang termaktub di Perlembagaan akan terhapus oleh tangan orang melayu sendiri.PERCAYALAH. Selagi ada perasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan peribadi melayu yang suka mendengki, kianat, dengan rempitnya, lebih suka hiburan keterlaluan dan dadah. Jangan salahkan bangsa lain kalau kita lemah, tidak maju atau sebagainya. Kadang2 aku terfikir kita menjadi manja, lalai bila kita tahu kita dilindungi oleh haka-hak orang melayu.

Berbalik kepada Pak Lah, Presiden MCA sanggup tidak mahu menjadi menteri kabinet kerana hendak bertanggungjawab kekalahan banyak kerusi oleh MCA. PAK LAH TAK PAHAM LAGI??

Dr Koh, Pemangku Presiden GERAKAN sanggup meletak jawatan kerana bertanggungjawab terhadap kekalahan GERAKAN di kebanyakkan kerusi. PAK LAH TAK PAHAM LAGI?

Sekarang aku samakan Pak Lah dan Samy Vellu gak, Samy Vellu walaupun kalah di Sungai Siput dan ditolak sepenuhnya oleh orang India tetap nak pertahan jawatan Presiden MIC. Pak Lah Tak Paham Lagi?

PAK LAH DAN KHAIRY JALAN KELUAR SUDAH DIBERI, SEKARANG BUKAN SEMUA RAKYAT MELAYU YANG SUKAKAN ANDA KERANA ORANG SABAH DAN SARAWAK KEBANYAKKAN BUKAN MELAYU JADI BERAPA PERATUS ORANG MELAYU DIA MELAYSIA SOKONGKAN ANDA.

LETAK JAWATAN WAHAI PAK LAH. KALAU DULU 2004 ANDA KEREK MENGATAKAN PASAL ANDA BN MENANG BESAR JADI ANDA KENA TANGGUNGJAWAB BILA BN KALAH BESAR KALI INI.

MYSON said...

salam pak

this 'utusan' guys just dont learn from the election 'lesson'

still doing the spin to the poor-old kampung folks

pity them and those who believe the 'utusan'

wassalam

Anonymous said...

Penghapusan DEB ataupun DPN di Pulau Pinang bukanlah malapetaka bagi kaum bumiputera. Kalau di pandang dari sudut positif, ianya boleh membangkitkan semangat untuk maju tanpa mengharap simpati dari kerajaan. Selama ini kita telah dimanjakan dengan berbagai-bagai "hak keistimewaan" orang melayu lalu melemahkan bangsa itu sendiri untuk berdikari.Berapa ramaikah bangsa melayu yang maju jika di bandingkan dengan bangsa keturunan cina di Malaysia sejak perlaksanaan DEB? Tanpa mendapat apa-apa keistimewaan dari kerajaan, mereka berusaha bersungguh-sungguh memajukan diri dan meninggikan mertabat bangsa itu sendiri. Apa jadi dengan bangsa kita? Adakah masih mengharapkan belas ikhsan dari kerajaan? Tepuklah dada tanya selera..

Anonymous said...

Tuan Syed,

Walaupun NEP dihapuskan di PP, kalau setiap kaum ada semangat mahu memajukan diri mereka, tentu ini bukan akan jadi masalah. Bahkan dikatakan "fair play".If you are good and can deliver we will offer the contract to you. With this attitude I think we anak bangsa Malaysia can improve.
thquah

Anonymous said...

Menanglah Sorak Kampunglah Tergadai! Itulah norma Melayu terutama Melayu Utara. Ingat tak angkara sapa yang topple Tun Hussein Onn? Siapa Sulaiman Palastin? Itulah proxy Dajjal! Bukankah apa yang terjadi sekarang ini akibat Pemerintahan Dajjal selama lebih 20 tahun (kerana Dajjal tidak buat talent management dan succession plan). Apa yang terjadi sekarang ini adalah ciptaan Dajjal itu. Dah tahu suasana gawat macam ini Dajjal dan balacinya masih membuat fitnah. Sepatutnya Dajjal itu kalaulah tak beragama duduk-duduklah diam-diam bersedia menunggu malaikat maut ataupun panggillah Sami-sami Budha/Hindu mendoakan cepat wafat! Kalau beragama mesti sedang menjalani taubat, bermusabah diri kerana bedah jantung yang lepas pun ada infaksi. Kalaulah terbiatpun janganlah berterusan dibiarka buat maksiat, anak-anak tengoklah bapak tu ingatkan dia dalam liang lahat tu adake balaci yang nak tolong? Bolehke anak-anak Dajjal itu buat-buat menangis seperti anak Maharaja Zakaria apabila Dajjal nak dimakamkan?

Anonymous said...

artikel yg bagus...jgn biarkan utusan tu trus membuat provokasi...selama ni pun,ada ke semua melayu dpt rase hasil dr pembangunan semua2 tu? bn lg kuat memainkan isu2 perkauman & sekarang memainkan isu bahawa Malaysia akan tergadai...
we really got to do sumtin with this st**** paper

Anonymous said...

Apa hak istimewa Melayu??? Aku org melayu pon tak rasa apa-apa istimewa, masuk universiti kene amik loan jugak..
Takda plak ahli keluarga aku diberi tanah percuma kerana org melayu..
Adakah hak istimewa melayu yg di buai oleh UMNO sekadar hak istimewa melayu (UMNO)?? Itu punkalau kuat bodek bos.. sudah la UMNO..sudah lah Pak Lah.. dah 51 tahun merdeka.. tp masih tidor jugak.

Cuba fahami kata-kata Nik Aziz
'There should be no more dividing people along racial lines'
- The Star, 9 March 2008

Kalau korang terpengaruh dengan cerita dan angan UMNO tu.. habislah.. UMNO je kaya..rakyat menganga ..

Anonymous said...

Klu 35 tahun tak memadai untuk UMNO merealisasikan falsafah DEB, berapa tahun yang diperlukan lagi ? Sampai tahun 2020 ? Adakah UMNO hari ni masih ingat pengorbanan Tun Razak dan Tun Ismail ? Salahke klu orang Melayu memberi peluang kpd orang lain utk cuba ? DEB / EDB / BED / DBE pun takpe. Yang penting mereka yang masih menunggu keajaiban di kampung boleh ubah nasib. DEB bkn satu senjata utk golongan tertentu memonopolikan peluang2 yang sepatutnya dinikmati oleh semua.