Tuesday, March 25, 2008

Ahmad Said tak akan jatuh macam nangka masak

Saya kurang bersetuju dengan kenyataan Menteri Luar Dr Rais Yatim bahawa Menteri Besar pilihan Istana, Ahmad Said, akan jatuh macam nangka masak sekiranya dia terus sebagai MB.


Maaf, saya tidak setuju dengan pendapat mantan bos saya itu kerana ada beberapa fakta yang tidak dinyatakan oleh semua orang yang menentang keputusan Istana Terengganu. Mereka dengan begitu mudah memberi alasan dan sebab musebabnya berlandaskan undang-undang tetapi tidak merangkumi sepenuhnya.


Alasan paling kukuh yang diutarakan oleh mereka ialah Ahmad Said tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu. Sandiwara sokongan 22 ADUN yang diketuai oleh mantan MB Idris Jusoh melalui Rosol Wahid belum pasti kekal.


Sokongan sedemikian juga tidak memberi erti kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) belum bersidang. Hanya melalui persidangan DUN dapat ditentu dan disahkan sama ada Ahmad Said mendapat sokongan majoriti atau tidak.


Sokongan yang dihebohkan di luar DUN tidak memberi apa-apa kesan sama sekali. Ini adalah kenyataan.


Apa sahaja boleh berlaku menjelang persidangan DUN. Setakat inipun sudah timbul khabar berita yang 13 daripada ADUN yang kononnya menyokong Idris Jusoh telah berpaling kepada Ahmad Said dan akan menyokong keputusan Istana.


Tiada halangan untuk Ahmad Said mengangkat sumpah jawatan dan beliau mempunyai masa yang cukup untuk menyatukan tenaga dan kekuatan sebelum memanggil DUN bersidang. Dalam tempoh itu beliau boleh mendapat sokongan majoriti untuk terus menerajui Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman.


PAS pun sudah menyatakan sokongan kepada kebijaksanaan Istana melantik Ahmad Said sebagai MB. PAS tahu apa yang dilakukan oleh Idris semasa menerajui Kerajaan Negeri. PAS juga tahu peranan JE Terengganu.


Oleh itu, Ahmad Said tidak akan jatuh macam nangka masak ataupun nangka busuk. Sebaliknya beliau akan berdiri megah dan gagah sebagai seorang pemimpin yang tidak lari daripada amanah, tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh Istana dan rakyat Terengganu.


Saya yakin 'tindakan pihak-pihak tertentu' membabitkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam kemelut politik Terengganu juga akan gagal.

10 comments:

Anonymous said...

Salm Pak Tuan Syed,

Saya kesal dengan kenyataan Datuk Rais kerana beliau membuatnya tanpa berfikir panjang. Bagi saya bukan datuk Ahmad Said yang akan jatuh macam nangka busuk tetapi BN akan tersungkur di Terengganu. Jika datuk AhMad tidak dapat Sokongan padu daripada ADUN, beliau mempunyai senjata sulit ia itu menasihati Istana supaya bubarkan Dewan Undangan Negeri Terenganu untuk memberi jalan satu pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari. Saya yakin dalam kemelut yg berlaku antara BN dan Istana di negeri yang kaya dengan minyak dan gas itu, peggundi akan menolak BN kerena mrek dah jijik dengan drama Dris Jusoh dan juak-juaknya itu.Majoriti peggundi Terengganu adalah orang Melayu, orang Melayu tulin tidak deharka kepada raja kerana raja adalah mahkota adat dan agama Islam bagi negeri-negeri di negara ini.Hanya UMNO tidak sedar tentang peranan raja dalam masyarakat Melayu dan Islam.Pasal itu bagi negeri yag tidak raja/sultan, Yang Di Pertuan Agong melantik wakil baginda yang dikenali sebagai Yang DiPertuan Negeri, untuk mentadbir hal ehwal agama dan adat-istadat Melayu di Melaka, P.Pinang, Sabah dan Sarawak. yang pentingnya bukan datuk Ahmad Said jadi MB Terengganu tetapi Istana tidak berkenan dengan perangai Deris Jusoh. period.Datuk Rais ingatlah jawatan dan kuasa MB yang lebih penting bukan Datuk Ahmad Said. saya tabik spring kepada Datuk Ahmad Said yang dilempar berbagai tuduhan oleh UMNo tetapi beliau dengan tenang dan berani berkata bahawa beliau tidak deharka kepada parti dan yakin kemelut itu dapat diatasi jika semau pihak besabar.saya harap datuk Ahmad Said tidak BAKAR JAMBATAN seperti Datuk Rais. Selamat Berjuang dan Slamat Maju jaya datuk Ahmad.

Anonymous said...

Heran gak Dato' Rais boleh bercakap demikian. Kira-kira dua minggu lepas semasa MB Perak menjadi isu, beliau juga yang menyatakan perlantikan MB lah satu-satunya kuasa yg masih ada pada Raja-Raja Melayu.

Sedangkan Tuan Syed ada pi ke ground zero untuk membuat tinjauan. Ini dikuatkan pula dengan tinjauan rambang media massa arus perdana yang menunjukkan rakyat Terengganu berdiri teguh di belakang Sultan mereka/ MPPR.

Malah saya sendiri pun dengan kudrat yang ada sedikit sebanyak cuba gauge isi hati orang awam di sana, dan mendapati respon yang sama.

Rata-rata orang Terengganu - UMNO san buikan UMNO - mahukan pilihan MPPR dihormati dan mereka kesali keterlanjuran dan kebiadaban Idris, Rosol dll yang membelakangkan istana.

Mereka nak Pak Lah/ MT UMNO back off dan terima saja hakikat qada' dan qadar Dato' Ahmad said sbg MB Terengganu yang baru.

Jangan disalah baca kehendak rakyat. Mereka pun dan celik IT, celik undang-undang, celik politik serta celik adab resan dan budaya zaman berzaman.

Anonymous said...

Pantun untuk budayawan yang tinggi budipekertinya seperti Datuk Rais Yatim...

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Ahmad Said baru je nak belajar
Rais, (janganlah doakan yang bukan-bukan) kalau dia salah tolong tunjukkan

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dgn pendirian PKR dlm hal ini. Pihak istana perlu akur dgn suara majoriti dan jika keputusan bertentangan dgn suara majoriti, pihak istana perlulah memberi penjelasan agar keadaan tidak menjadi rumit seperti sekarang. Saya percaya Pihak Istana Terengganu juga mempunyai alasan yg amat kukuh utk tidak memperkenan Idris Jusoh sebagai MB. Takan la baginda Sultan nak reject tanpa sebab... Harap baginda Sultan dpt memberi penjelasan dlm masa terdekat ni... saya pasti tebal berinci-inci la muka si Idris nie...

Anonymous said...

Assalamualaikum pak tuan,

Sebagai bekas Setiausaha akhbar Datuk Rais saya rasa pak tuan sedia maklum akan perangainya kot...

Sebagai pemerhati politik saya selalu memerhatikan gelagat pemimpin-pemimpin UMNO yang sentiasa menyokong penuh atau berdiri teguh dibelakang pemimpin atau ketua mereka. dan apabila ketua mereka itu telah tumbang maka beralihlah sokongan mereka kepada pemimpin yang baru pula.

Lihat apa yang berlaku kepada Tun Mahathir segala cakap-cakapnya selepas tidak bergelar persiden UMNO dikatakan bercakap seperti orang nyayuk dan tak perlu dihiraukan

Dan yang terbaharu seperti kes di terengganu ini saya percaya ADUN UMNO akan memberikan sokongan kepada Ahmad Said sebaik DUN bersidang dan akan meninggalkan Idris Jusoh dan Rosol Wahid dan persetan dengan amaran UMNO , 10 jawatan EXCO menunggu mereka ...inilah realiti politik.

sama-samalah kita menilai pula kepimpinan baru Negeri Terengganu
RM1 Billion wang royalti Petronas , semoga dapat diagihkan kepada rakyat Terengganu secara adil tanpa mengira fahaman politik saya kira sudah cukup bagi Ahmad Said untuk menerima sokongan tidak berbelah bahagi dari seluruh rakyat Terengganu.

Selamat menjalankan tugas YAB Datuk Ahmad Said.

Anonymous said...

Datuk Rais mudah lupa sejarah, walhal beliau adalah bekas Menterinya (Menteri kuburlah tu, sekaran kupunyaan Datuk Apdal). Semasa beliau keluar dari UMNO dahulu dengan bakar membakar jambatannya dan kini menjilat segala perkataan yang tersusun indah tu, ni pulak lemparkan sajak yang tak senohnoh bagi saudara Ahmad Said. Camne ni Tok, masih belom "learn your lesson well, kot". When you utter words without thinking about the consequences, it only shows the depth of your intelligence. Speakinglah tu, marah niiiiii.

Unknown said...

Bak kata Tun Mahathir,...Melayu mudah lupa....mantan bos saya tu pun mudah lupa sejarah perjuangan politiknya. Begitulah lumrah manusia. Sedih, cukup sedih mengenangkan nasib bangsa (maaf, bukan satu kenyataan perkauman, tapi satu keinsafan).

Anonymous said...

Yang mana lebih baik? Menderhaka kepada parti atau pun menderhaka kepada Sultan dan Istana...?

Anonymous said...

Barisan2 Pembesar UMNO belakang Paklah/KJ(terbalik kut) semua macam kumpulan orkestra yg dah tak laku & nak lingkup .Bila Ketua (KJ) orkestra bagi signal,maka melalak lah satu persatu ikut signal. Memang tak de maruah dan dayus punya Jantan2. Macam ni lah lawyer2 buruk dalam UMNO, entah2 sijil semua beli punya.Semua jawatan mereka tu adalah ehsan dari SIL lah dikatakan. Harap2 taulah bila nak terjun kapal sebelum karam.

Anonymous said...

Salahuddin juga berkeyakinan sultan mempunyai penasihat undang-undang sendiri dan menggunakan undang-undang tersebut untuk melantik siapakah Menteri Besar yang diyakini.

"Sultan juga 'membaca' suasana politik yang berlaku hari ini dan melihat perubahan siapa yang dikehendaki rakyat. Mungkin sudah sampai masanya sultan memilih yang terbaik di kalangan ahli dewan undangan negeri yang telah dipilih bagi memenuhi hasrat rakyat.

"Jika di Perak, tiga nama dikemukakan sebagai calon MB, kenapa di Terengganu hanya satu nama sahaja dikemukakan. Persoalannya ialah kenapa Abdullah tetap mahukan Idris? Dan kenapa Umno hanya serahkan satu nama sahaja calon MB? "soalnya.

Dalam pada itu sewaktu ditanya pandangannya kenapa Idris tidak layak dilantik sebagai Menteri Besar, jelas Salahuddin masyarakat sedia maklum dan 'orang kampung' juga mengetahui 'siapa Idris Jusoh yang sebenarnya'.

Selain itu Salahuddin, Ketua Pemuda PAS, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga percaya bahawa berdasarkan bukti yang diperolehinya, Idris terlibat dengan beberapa kes rasuah sewaktu menjadi Menteri Besar Terengganu.

"Ya, saya memiliki fail yang tebal membuktikan Idirs terlibat dengan rasuah. Tunggu dan lihat, saya akan bongkarkan isu ini dalam sidang Parlimen akan datang," katanya. - Harakahdaily