Tuesday, August 05, 2008

Laporan terhadap Pak Lah, sejauh mana BPR bebas


Mantan Exco Pemuda UMNO yang juga mantan EXCO Kerajaan (BN) Negeri Selangor, Datuk Mazlan Harun telah membuat laporan di pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap perbuatan salahguna kuasa oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Pak Lah) dan timbalannya Najib Abdul Razak.

Mazlan yang juga anak mantan Menteri Besar Selangor dan mantan Ketua Pemuda UMNO yang paling berjaya, Allahyarham Datuk Harun Idris, mendakwa bahawa Pak Lah dan Najib telah menyalahguna jentera kerajaan untuk meraih sokongan daripada ahli-ahli UMNO bertujuan untuk membolehkan kedua-dua mereka dikekalkan dalam jawatan masing-masing pada pemilihan sempena perhimpunan agung parti itu Disember depan.

Rakyat ingin lihat sejauh mana kebebasan yang kononnya dimiliki oleh BPR sekarang dan secepat mana badan itu bertindak berdasarkan laporan yang diterima.

Rakyat juga ingin melihat sama ada BPR memilih bulu dalam tugas siasatannya memandangkan kebelakangan ini BPR agak cepat menjalankan siasatan terhadap kes-kes tertentu. Adakah BPR akan bertindak cepat untuk menyiasat laporan yang dibuat ke atas Pak Lah dan Najib? Sama-samalah kita tunggu dan lihat kewibawaan BPR.

15 comments:

Anonymous said...

Dakwaan yang dibuat adalah tidak berasas dan tidak mempunyai bukti yang kuat. Ini serupa seperti surat akuan bersumpah yang dilakukan oleh Mr.Bala, RPk dan juga laporan kesihatan yang diulas oleh RPK yang memfitnah orang semata-mata.

Namun begitu, yang eloknya kita akan dapat melihat sejauh mana kebebasan BPR yang mengalami reformasi daripada kepimpinan Pak Lah untuk menjalankan siasatan terbabit dan secepat mana badan itu bertindak mengikut laporan yang diterima.

Anonymous said...

BRR akan melakukan siasatan yang adil dan saksama untuk rakyat dan juga AAB. Semoga reformasi BPR yang baru ini dapat menjalankan tugas dengan penuh efisyen dan boleh dipercayai oleh semua orang tidak seperti pada masa zaman pentadbiran TDM dahulu.

-belia cinta negara-

Anonymous said...

harapnya BPR telus dalam penyiasatan tersebut.tapi kiranya Datuk Mazlan ni berani jugak la tapi sekarang ni memang ramai yang ambil kesempatan keatas keterbukaan Pak Lah.cuba buat masa zaman Tun Dr.Mahathir dulu..hmm...usah haraplah orang yang buat laporan tu nak lepas macam tu je.kalo ada nak buat laporan pon takde yang secara terang macam tu.

tapi kan,bapa Datuk Mazlan ni dulu penah disabitkan dan dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan dibebaskan ketika Tun Dr. Mahathir mula menjadi pm setelah diampunkan agong ketika itu.hmmm....macam ada bau-bau konspirasi je ni.hehehehe.

Anonymous said...

Dan sama juga lah kita tengok samada perkara ni benar atau satu lagi langkah untuk menyelar nama PM kita.
Tak habis-habis nak sakit hati, ada saja cara nak kenakan.
http://stephendoss.blogspot.com/2008/08/i-smell-rat.html

Anonymous said...

"Saya rasa kita tak patut buat andaian melulu terhadap Pak Lah. Kita tak tahu mungkin Dato' Mazlan Harun dan Dato' Zahar Hashim ada agenda tersendiri. Rasanya tak salah jika kita selidik latar belakang mereka. Rujuk blog www.stephendoss.blogspot

Melalui blog di atas, saya dapat sumber di bawah:
1) Dato' Zahar Hashim adalah seorang Pengarah Syarikat Worldwide Holding Bhd (T6430-P) yang mana salah seorang pengarahnya adalah Mirzan Mahathir iaitu anak Mahathir!

2) Dato' Mazlan Harun, ayahnya pernah dipenjarakan atas tuduhan rasuahmembabitkan Bank Negara dan penganjuran tinju antarabangsa yang menyebabkan kerugian besar. Ayahnya dibebaskan dengan pengampunan Yang Dipertuan Agong sejurus Mahathir menjadi PM...

Dalam dua kenyataan di atas, dapat disimpulkan kedua-dua mereka ada kaitan dengan Mahathir...Adakah ini merupakan pakatan Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah? "

Nasionalis said...

Saya ingin memberitahu bahawa saya baru mewujudkan suatu blog khusus menggabung, memantau dan memudahkan melayar tulisan terkini dari wartawan-blogger tertentu, blogger2 nasionalis, dan pemimpin serta blog cawanagn/bahagian/negeri umno.

Blog anda telah dimasuk senarai.
Sila mampir. Harap kita dapat bertukar pautan.

Unknown said...

Nasionalis,

sila beri URL blog saudara. Terima kasih.

Anonymous said...

Pak Tuan,

semua orang tahu majlis bermesra dgn presiden umno tu. beribu-ribu ahli j/kuasa cawangan umno yang dibawa ke pwtc dan tidor di hotel legends dan pan pacific untuk majlis tersebut. tak kan you tak tahu! mereka semua dapat habuan kain pelikat dan sejadah dan envelop istimewa..

kalau bpr siasat, tak susah dapat bukti. Tapi kenapa nak sampai ke bpr? mana pergi lembaga disiplin parti yang diketuai oleh tengku rithauddeen? dia pun dah kena beli ke?

Wak PJ

tajudin said...

Tuan

BPR report kepada siapa?

Unknown said...

Sdr Tajudin,

Sebab itulah BPR tidak bebas dalam erti kata sebenarnya. Siasat satu hal, tapi apabila nak ambil tindakan... saudarapun tahu jawabannya.

Anonymous said...

Dolah dan Najib sama-sama tersenyum simpul apabila mendapat tahu tentang aduan ke-atas mereka.

BPR nak serahkan hasil siasatan mereka ini kepada siapa? Inilah satu perkara yang rakyat ingin tahu.Mungkin kepada IGP atau AG...eh mereka pun ada kes yang di-siasat oleh BPR kan? senang aja...buang kes!

-iloverasuah-

Anonymous said...

Jangan buat sebarang spekulasi selagi tiada sebarang kenyataan dibuat oleh Pak Lah atau Najib berkenaan isu ini. Apapun saya pasti, Pak Lah pasti akan berikan kerjasama dalam siasatan jika laporan terhadap Pak Lah diteruskan oleh dua 'orang Mahathir' tu...

Anonymous said...

apa tujuan sebenarnya mereka untuk membuat laporan terhadap BPR?

untuk gimik politik?

untuk mendapat publisiti?

untuk sengaja menjatuhkan reputasi Pak Lah?

adakah BPR nanti juga akan menyiasat mereka yang membuat aduan terhadap Pak Lah?

Anonymous said...

Semua orang tahu perkara itu memang terjadi dan semua juga boleh agak Paklah dan najib akan senyum2 kambing bila BPR pi siasat mereka sambil minum2 kopi..my 2cents to bpr

Hiriyati said...

Seminggu telah berlalu tapi tak de apa apa pun. Has the report been conveniently swept under the carpet....I wonder?