Friday, August 29, 2008

Merdeka ... atau Hari Kebangsaan Malaysia




31 Ogos dikatakan tarikh keramat bagi negara Malaysia. Ia adalah hari kemerdekaan bagi tanah jajahan Inggeris bernama Malaya tetapi bukan untuk tanah jajahan Inggeris di pulau Borneo yang dikenali sebagai British North Borneo dan Sarawak.

Negeri Di bawah Bayu dan Bumi Kenyalang menyambut kemerdekaan sebenar pada 16 September bukan 31 Ogos. Oleh itu, 31 Ogos sebenarnya adalah Hari Kebangsaan Malaysia.


Selepas melepasi separuh abad (bagi Malaya) dan 45 tahun bagi Sabah dan Sarawak, kita tentu tertanya-tanya apa erti kemerdekaan.


Merdekakah jiwa dan raga, semangat dan keringat, hati dan budi kita ....





Kita masih bongkak, angkuh dan sombong. Maruah bangsa tidak boleh dipertahankan semata-mata dengan meminta supaya orang lain tidak menghina kita. Kita mesti membuktikan bahawa bangsa kita memiliki semangat jati diri yang tebal dan bekerja kuat untuk berjaya bukan mengharapkan bantuan dan pertolongan, ... mesti berani kata tidak kepada rasuah dan salahguna kuasa dan buang amalan pilih kasih dan kronisme...



Merdekakah kita sekadar berjaya dalam gelanggang politik tetapi ia membuahkan perpecahan apabila kita taksub dalam satu-satu isu atau pemimpin kita mengamalkan pilih kasih, menghalalkan rasuah dan menutup mata kepada penyelewengan. Merdekakah kita ...?


Apa erti Merdeka jika kita menggunakan kuasa dan kekerasan atas apa nama sekalipun ...


Apa erti Merdeka jika dalam bidang kemasyarakatan, kita sering memencilkan diri, bergaul dengan bangsa sendiri atau rakan senegeri dan kita menggunakan kuasa untuk meraih laba dan harta.
Apakah kita masih tercari-cari sesuatu untuk melengkapkan apa yang kita cuba perjuangkan ... Al-Ghazali, As-Syafie, Islam Hadhari ...? Ke mana hendak dituju, di mana arah haluan?
Kita seharus dan semestinya menyertai sektor ekonomi berbekalkan kebolehan dan kekuatan sendiri bukan bergantung kepada orang lain. Merdekakah kita jika orang lain yang lebih berkuasa dan mengatur segala-galanya ...?

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN NEGARA MALAYSIA.

4 comments:

Bung Karno said...

Pak Habib,

Atau Sabah akan merdeka daripada Paklah setelah mendapat peruntukan Bajet yang baik ?

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak
dan beramal.

Unknown said...

Bung Karno,

Sepak terajang politik dan orang politik Sabah tak ubah seperti dedaun kering yang melayang-layang ke sana sini dalam keasyikan hembusan sang bayu. Mungkin kerana itulah Sabah di gelar Negeri Di Bawah Bayu.

Nostradamus said...

Aku menangis pada Hari Merdeka.
(I am Crying on Merdeka (Independence) Day.)

1. Aku menangis kerana rakyat Malaysia telah hilang kegembiraan dan perasaan terhadap masa hadapan negara yang diimpiankan dan tidak seperti semasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka!”.

(I cry because Malaysians have lost the joy and hope of a future Malaysia as wished for unlike the times when the late Tunku Abdul Rahman shouted "Merdeka". )

2. Aku menanggis memikirkan ada rakyat Malaysia sendiri yang bercakap, berfikir dan bertindak memecahbelahkan rakyat dengan penuh perasaan perkauman dan keagamaan masing-masing tampa ada perasaan kebangsaan dan kesahabatan.

(I cry thinking of some Malaysians who talk, think and act to divide the citizens with their own racists and religious thoughts without a care for nationalism and friendships.)

3. Aku menangis memikirkan ada rakyat Malaysia yang lebih mementingkan sendiri dari negara apabila timbul isu-isu parti, jawatan, habuan, kuasa, kawan, kesahabatan dan keadilan.

(I cry thinking of some Malaysians who care more of themselves rather than the Nation when it comes to issues of party, posts, rewards, power, friends, relationship and fairness.)

4. Aku menangis memikirkan ada rakyat dan keluarga mereka yang masih belum mendapat keadilan sewaktu dipenjarakan, ditindas, dirompak, diugut, didiskriminasikan dan tidak juga dibenarkan bersuara.

(I cry thinking of some citizens and their families who have not obtain justice while being imprisoned, oppressed, robbed, threatened, discriminated and not even allowed the freedom of speech.)

5. Aku menangis memirkirkan ada rakyat Malaysia yang masih hidup Kias Pagi, Makan Pagi; Kias Petang Makan Petang walaupun Malaysia sudah 50 tahun merdeka.

(I cry thinking there are still Malaysians who still live from Hand to Mouth everyday, even though Malaysia has already achieved 50 years of Independence.)

Posted at http://patek1472.wordpress.com

cheqPelesit said...

Rakyat Malaysia masih mempunyai tiga kasta iaitu kelas tinggi, menengah dan rendah maksudnya belum lagi merdeka. Merdeka Malaysia tahun 1957 adalah semata mata mahu mengambil kuasa bukan nya mahu memulihkan kemerdekaan rakyat berbentuk hanya seirama serikata tetapi pincangkan lagu dan irama sahaja. Sepatutnya rakyat malaysia dibentuk satu pekatan kukoh saperti contoh negara indonesia seia sekata. Lihat Politik Indonesia kacau bilau akan tetapi apabila menyambut merdeka seirama. Pemimpin Malaysia kena sedar dan tanamkan kemerdekaan sepanjang masa bukan nya menunggu bulan kemerdekaan sahaja.