Wednesday, August 06, 2008

Anwar akan didakwa esok

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat.


Dalam laporannya, Bernama menyebut bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan didakwa atas "kesalahan meliwat". Ini kurang tepat kerana Anwar belumpun dibicarakan dan dia belum didapati bersalah. Perkataan yang lebih tepat adalah sama ada didakwa atau dituduh meliwat. Kita sedar bahawa meliwat adalah satu kesalahan dibawah undng-undang Malaysia tetapi Anwar belum didapati bersalah oleh Mahkamah.


Anwar sendiri mengesahkan bahawa dia telah diberitahu bahawa dia akan dituduh meliwat esok. Beliau memberitahu demikian kepada agensi berita Perancis, AFP.


Oleh kerana Anwar akan didakwa esok, semua pihak seharusnya menghormati proses undang-undang yang akan memutuskan sama ada dia bersalah atau tidak atas tuduhan meliwat.


Yang pasti, proses perundangan dan kehakiman Malaysia akan sekali lagi menjadi perhatian dan diikuti dengan penuh minat oleh negara-negara lain.

11 comments:

Anonymous said...

Yg saya nampak kes ni emotional-content cukup tinggi.

Mula jer kes, ramai yg mengambil pendekatan pre-conceived, memang bersalah atau memang tak bersalah. Lepaih tu pakat justify atau cari so-called bukti untuk justify atau lebih tepat percaya pd yg diri sendiri hendak percaya, bukan sebaliknya.

Dengan itu perihal atau isu KEADILAN untuk semua dll termasuk MARI KENALI PEMIMPIN kita sudah jadi terkesamping.

Contohnya dlm isu MARI KENALI PEMIMPIN, bbrp tulisan spt yg terdapat dlm blog Al Muslimin dll, you tube dsbnya elok diperhalusi tanpa prejudis.

Tentang sumber sebenar Islam liberal yg didokong DSAI dll. Bukankah tanggungjawab kita sbg yg dipimpin untuk mengenali pemimpin kita dgn lebih dekat; bukannya sekadar tumpang bergantung apa yg dihidangkan oleh media arus perdana, luar negara, media baru hatta persepsi popular sekalipun.

Tidak cukupkah episod sambutan dan mandat yg excessive yg pernah diberi kpd Mr Clean satu masa dulu menjadi pengajaran berguna untuk semua?

Whatever it is, let justice, take its due course.

Kalau qada' dan qadar DSAI bakal jd next PM, apa rintangan pun, sure sampai juga hasrat dia. Begitu jugalah kalau sebaliknya.

badaksumbu said...

Akhirnya DSAI akan dihadapkan ke mahkamah. Termasuk kes ini sudah kali kedua beliau dihadapkan ke mahkamah atas kes liwat. Diharapkan semoga pihak yang bersalah akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

koala bear said...

"Oleh kerana Anwar akan didakwa esok, semua pihak seharusnya menghormati proses undang-undang yang akan memutuskan sama ada dia bersalah atau tidak atas tuduhan meliwat."

yang dirisaukan mulai esok jika ada penyokong Anwar/PKR yang fanatik akan mencetuskan kekacauan sebagaimana yang berlaku sebelum ini dimana seorang jurugambar wanita telah diserang oleh sekumpulan penyokong atau "bodyguard" Anwar.

judgedread said...

Disini kita sebagai rakyat malaysia akn melihat perubahan yang dilakukan oleh kepimpinan AAB terhadap proses perundangan dan kehakiman malaysia adalah suatu perubahan yang baik ataupun sebaliknya. Ini seperti kata encik syed akan menjadi perhatian dan menarik minat orang luar dan masyarakat global secara umumnya.

tangansotong said...

Salam,
Sebagaimana yang kita dengar, Anwar akan didakwa esok. Sebarang keputusan mahkamah selepas perbicaraan nanti adalah muktamad. Apa yang diharapkan masyarakat dapat menerima sebarang keputusan mahkamah.

mountdweller said...

pertuduhan yang meragukan, penangkapan pun meragukan, pendakwaan juga meragukan,
buktinya amat meragukan,
dan sudah tentu perbicaraan juga akan meragukan bagi yang bersandarkan logik dan kebebasan.

Anonymous said...

Bernama sejak akhir-akhir ni agak kurang teliti dalam penghasilan laporan beritanya, kesalahan ejaan, gaya bahasa, tidak peka dsb. Perlu semakan sebelum transmit..jangan sampai Ketua Pengarang dianggap tidak relevan.

Syed Imran said...

Benar. Bernama telahpun memperbetulkan kesilapan itu.

Ketua Pengarang Bernama perlu lebih peka dan mesti bertanggungjawab atas prestasi Jabatan Pengarang.

Letting the time pass me by said...

This will be a very interesting trial... siapa yang akan menang kalai ini?

selamat menyambut bulan merdeka dan diikuti dengan bulan puasa...

http://hishamjabar.blogspot.com/2008/08/satria-dan-serikandi-negara.html

Anonymous said...

Ayo ... benarkah Bernama berada dalam keadaan sedemikian? Samasa zaman saya dulu Ilias Zaidi akan mengamuk besar dan kami semua kena carut kalau tersalah eja dan nahu bahasa.

Samad said...

Nampaknya dakwaan PKR bahawa tindakan menghadapkan Anwar ke mahkamah sebagai halangan untuk Anwar sertai pilihanraya kecil Permatang Pauh nyata meleset. Hari ini Anwar didakwa dan sejurus selepas itu beliau dibebaskan dengan jaminan peribadi RM20000. Beliau akan dihadapkan ke mahkamah pafa 10 September 2008 yang mana ianya adalah selepas pilihanraya kecil. Bermakna beliau masih berpeluang untuk bertanding. Ini membuktikan kerajaan bersikap adil kepada beliau...