Wednesday, August 20, 2008

BPR tahan dua Exco Perak

Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan untuk siasatan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Exco) yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Untuk keterangan lanjut, sila klik pada kenyataan BPR di bawah.


15 comments:

cheqPelesit said...

Sebelum sampai 26.08.2008 pengundi permatang pauh membuang Undi tak tahu la apa lagi tekanan kepada calun Dato Seri Anwat Ibrahim.. semoga tawakal la Saudara Anwar Ibrahim bukan nya mudah menjadi calun keadilan. Sabar saja la insyallah akan berjaya. kami hanya berdoa dan berusaha saja.

kulatlapok said...

salam Tuan Syed...

Bersalah tetap bersalah no kompromi.. tidak kira BN atau PR..tapi BPR yang ini buat kerja macam KILAT...kot BN nak buat modal ke Permatang Pauh...????

Cokodok said...

salam,

MP dan ADUN PR juga manusia yg bernafsu...

cuma persoalannya... bertimbun laporan polis serta laporan BPR dilakukan terhadap pemimpin BN.. teramat jarang tindakan diambil... ttp bila tiba giliran kepimpinan PR.. secepat kilat tindakan diambil... aper ceritanya nie???

harap mereka diberi keadilan yg secukupnya... jika benar mereka bersalah, hukum mereka dgn setimpal.. pasti peristiwa ini menjadi pengajaran buat yg lain..

http://divermiskin.blogspot.com

Unknown said...

Saya setuju dengan ketiga-tiga pengulas - Chepelesit, Kulatlapok dan Diver-miskin - inilah keadaan seadanya.

Saya pun tertanya-tanya apa dah jadi dengan sebegitu banyak laporan yang dibuat termasuk terhadap Pak Lah dan Najib, Tajol Rosli, Khir Toyo serta pemimpin-pemimpin lain?

BPR semestinya dilihat adil, tegas dan berani tetapi adakah agensi yang masih di bawah kawalan PM itu sedemikian rupa?

oney_chan9 said...

KEADILAN - tapi jangan silap. Bukannya Parti Keadilan Rakyat. Makna keadilan cukup luas dan ianya amat memberi impak kepada sesiapa jua kalau tidak berlaku adil. Mungkinkah ini yang perlu dipersoalkan mengenai tindakan BPR tersebut? Yang salah tetap salah. Tapi kesalahan tersebut perlu ditangani dengan seadil-adilnya. Tak kiralah mana-mana orang, mana pemimpin parti politik. Kalau tak berlaku adil di dunia,pastinya akan dapat keadilan di akhirat. Pada orang yang benar, tak perlu takut.Pada yang takut untuk mengaku salah, di akhirat pasti akan dihukum.

Anonymous said...

Yang mana bersalah biarlah dihukum. BPR telah bergiat aktif dan menjalankan siasatan mereka dengan baik, tidak kira daripada parti politik mana sekalipun.

Anonymous said...

HAHAHA. Sedih betul melihat kebanyakan komentator yang berkata pasal ini merupakan konspirasi BN. Kena tangkap "red-handed" itu, boleh lagi cakap konspirasi. Ingatkan PR itu suci sangat, sama sahaja. Cakap orang lebih, sendiri buat juga. Ini baru 5 bulan. Nak kata konspirasi BN? Tangkapan Exco BN di sabah sebab corruption baru-baru ini sudah ckup untuk menafikan "konspirasi" nya. Lawak betul.HAHAHA.

Unknown said...

kalau orang BN yang kena tangkap mesti Pakatan Rakyet bertepuk tangan kata BPR telah dengan amanah menjalankan tugas dengan telus.

tapi sekarang dah kata lain pula ada orang Pakatan Rakyat yang kena tahan atas tuduhan rasuah.ditangkap pula didalam bilik hotel bersama beberapa orang lagi dengan duit RM10,000.mereka (yang ditahan)juga didakwa meminta "sexual favor".dikata pula ini satu konspirasi.

kalau nak bincang pasal bisnes buat apa ke bilik hotel?dah takde tempat lain ke?.takkan nak tunggu lepas pilihanraya kecil baru nak tangkap yang terlibat?entah-entah dorang dah hilang entah kemana.

sekurang-kurangnya UMNO mengaku mereka ada masalah politik wang dan 33 kes sedang disiasat.tapi ini baru beberapa orang Pakatan Rakyat kena tangkap dah nak heboh sana sini.

ada pemimpin BN di sabah juga ditahan atas kes rasuah.

salah itu tetap salah.

jadi,biarlah BPR menjalankan siasatan mereka.

Anonymous said...

Baru minggu lepas Datuk Mazlan Idris buat aduan BPR...

Dah terang lagi bersuluh...tapi sonyap jer...

Ni la pendakwaan terpilih dan penghukuman terpilih akhirnya.

Zue

Anonymous said...

Selective prosecution?

Bung Karno said...

Pak Habib,

Rasanya Koh Tsu Koon berjaya menjawab kritikan Lim dalam debat semalam. Apa komen?

Anonymous said...

Cepat betul BPR...

Bila Sabah berdehem nak masuk PR...esoknya ada wakil rakyat Sabah kena siasat BPR...

Bila Datuk Mazlan Idris lapor ke BPR salah kuasa PakLah sampai la ni diam...gitu juga zaman Dr M.

Pendakwaan terpilih dan hukuman terpilih, hakim, lawyer terpilih...correct correct correct

Husain Bolt&Nut

Anonymous said...

Ini yang paling menakjubkan.

Menurut Menteri Besar Perak, Dato' Nizar, projek perumahan yang kononnya ahli-ahli PKR ini ada penglibatan tutidak wujud!

Aik, apa sudah jadi?? BN buat citer/senario sengaja nak perangkapkan mereka ke, betul mereka bersalah?

Mari kita siasat baik-baik sebelum cakap diorang bersalah mengambil rasuah. Ingat, belum dibuktikan bersalah, tidak bersalah.

Sila baca:

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/21/nation/22133608&sec=nation

Unknown said...

Kes ini memang menimbulkan banyak tanda tanya. Saya tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan isu lain. Mungkin Permatang Pauh dan mungkin tanggal 31 Ogos seperti yang dicanangkan oleh Tajol Rosli. Ada banyak kes lain yang jauh lebih besar, berdasarkan laporan yang dibuat, tetapi belum disiasat termasuk yang membabitkan Perdana Menteri.

Kepada Bung Karno, maaf saya tidak menonton perbahasan antara Lim Guan Eng dan Koh Tsu Khoon kerana ia lebih merupakan isu setempat dan seakan-akan peribadi antara kedua-dua tokoh berkenaan.

Anonymous said...

Haru bin Biru - kenyataan akhbar BPR dengan keadaan sebenarnya berlainan benar - 8.5% inflasi , naik LRT - tak baguih sebab nak bagi duit dekat ..... anak menantu