Kita menyambut baik langkah kerajaan menurunkan harga minyak tetapi agak kurang berpuas hati dengan kadar penurunannya, iaitu 15 sen seliter. Ini dapat dilihat daripada maklum balas orang ramai seperti yang disiarkan oleh beberapa buah stesen tv tempatan.
Rakyat mengharapkan penurunan antara 30 sen dan 50 sen yang dipercayai dapat mengurangkan sedikit bebanan hidup.
Apabila harga minyak mentah melambung tinggi, kerajaan secara mengejut dan mendadak menaikkan harga runcit petrol sehingga 70 sen mengakibatkan kesannya melimpah kepada hampir semua barang keperluan harian dan kos pengangkutan. Kadar inflasi juga mencecah paras tertinggi kepada 8.5 peratus.
Harga bahan makanan asasi seperti beras telah berganda dan harga minyak masak, sayur-sayuran telah naik sementara harga tepung susu bayi kini menjadi terlalu mahal terutama bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Kesan atau bebanan hidup paling teruk dirasai bukan sahaja oleh rakyat berpendapatan rendah dan bekerja sendiri tetapi oleh mereka yang berpendapatan sederhana terutama kakitangan awam (kumpulan sokongan) dan pekerja swasta yang menghuni bandar-bandar besar.
Cogan kata rakyat sihat negara aman untuk menggalak rakyat mengamal cara hidup yang sihat adalah perlu, tetapi jika majoriti rakyat tidak mampu untuk membiayai penghidupan yang sihat, bagaimana?
Kita tidak ingin dan tidak mahu melihat kebuluran di kalangan rakyat miskin tegar kerana ia boleh menimbulkan masalah besar kepada negara.
8 comments:
Salam,
Penurunan harga petrol sebanyk 15 sen hari ini pada fikiran saya tidak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan kita seharian. Namun begitu saya bersyukur, sekurang-kurangnya ada juga penurunan ini.
Kita semua sedia maklum bahawa kerajaan akan mengkaji setiap bulan kadar turun naik harga petrol di pasaran dunia dan ini akan ditranspirasikan ke pasaran tempatan.
Namun begitu saya percaya kaedah ini sebenarnya tidak berkesan terutama kepada peniaga-peniaga yang terlibat dengan industri pengangangkutan yang merupakan intipati kepada industri perkhidmatan dan makanan.
Pada fikiran saya, kerajaan harus membuat kajian harga petrol ini setiap 3 bulan instead of satu bulan seperti mana yang diumumkan baru-baru ini.
Dengan perkiraan 3 bulan, para peniaga mempunyai masa dan tidak mempunyai sebab untuk tidak menurun harga barangan dan perkhidmatan sekaligus tindakan ini akan pada fikrian saya akan meransangkan ekonomi dalam negeri dengan lebih berkesan.
Anyhow, I'm not an economist expert but itulah yang saya nampak keadaannya sekarang.
Wasalam
Pak Lah menurunkan harga minyak ni sebenarnya umpan pilihanraya Pmtg Pauh, turun macam tak mau turun saja. Harga minyak dunia dah turun 6 peringkat, Singapura dah turun 6 kali, tapi Pak Lah baru turun 15sen. Macam mana barangan lain? Roti canai, tepung, minyak masak bila nak turun? Sejak Shahril jadi Menteri KPDNHEP, ekonomi bertambah parah, rakyat semakin beruban, semacam uban di rambut Shahril.
Brader...
Kat UK ni harga tertinggi average £1.19 per litre but now dah turun £1.09 per litre. Dah turun banyak tu dalam masa yg singkat.
Ni sumer belit sembelit UMNO/BN jer.
Harga barang ada turun ker?.
Mai
Di Johor Bahru khususnya, ahli UMNO dah cukup masak dengan babun sekor ni, sombong dan ego tidak bertempat, kalau jumpa kita yang 'lekeh' baginya, bukan nak senyum, pandang pun tak mahu - bukanlah ingin mengeji peribadi, tapi itulah gambaran hati petut si shahrir ni. Ahli UMNO Johor memang dah boikot si babun ni, jadi kera sumbang dalam majlis, ada la sekoq dua yang dok sembang dengan dia, yang lain buat donno je..dah hilang hormat.
Minyak turun memanglah bagus dan disambut baik oleh rakyat tetapi keputusan mengejut tanpa kaedah dan sistem yang mantap sebenarnya merbahaya jika PM mempunyai sikap seperti itu untuk mentadbir negera, suka suka mak bapak dia je nak naik turun harga.
Dalam berita tadi dia kata ' i don't care ' - memang bodoh sombong betul.
Damage was done. What went up won't come down. All food, rice, building material ....price went up and will not come down. Our PM should not increase the oil price so sudden and so much.
Pak Syed...
Baru terima berita Tunku Abdul Aziz dilantik menjadi timbalan pengerusi parti DAP.
Selama ini difikirkan orang Cina saja kat DAP, tapi ramai jugak nampaknya orang Melayu dalam DAP... entahlah, ni saya petik dari blog http://paksako.blogspot.com
Wassalam.
Tunku Abdul Aziz yang terkenal sebagai salah seorang pejuang anti-rasuah telah dilantik sebagai naib presiden DAP.
tgh dok tunggu kot-kot harga beras plak turun...ada chance ka???
Post a Comment