Saturday, August 16, 2008

Pertandingan tiga penjuru di Permatang Pauh






Pilihan raya kecil kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) bagi kawasan undi Permatang Pauh akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru setelah salah seorang calon menarik diri.
Pertandingan menjadi tiga penjuru kerana calon bebas yang juga calon "kedua" Pakatan Rakyat (PR), Dr Mansor Othman, menarik diri. Dr Mansor diletakkan sebagai calon kedua PR untuk menghadapi kemungkinan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibatalkan.

Barisan Nasional (BN) mempertaruh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya Datuk Arif Shah Omar Shah manakala parti serpihan PAS, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) meletakkan presidennya Hanafi Hamat.

Majoriti pengamat politik meramalkan Anwar akan memenangi pilihan raya kecil ini walaupun dia akan menghadpi serangan bertubi-tubi daripada BN.
BN yang menguasai Kerajaan Perskutuan dah pun mula bermurah hati dengan meluluskan peruntukan demi peruntukan kepada penduduk Permatang Pauh. Antara sogokan pembangunan termasuk peruntukan khas untuk SRJK Cina berjumlah RM1 juta dan janji untuk membina rumah kepada rakyat miskin.
Dalam tempoh berkempen, penduduk Permatang Pauh akan menikmati durian runtuh dan para menteri akan kerap turun padang memperlihatkan atau lebih tepat lagi memperlakonkan sikap ambil berat mereka terhadap masalah rakyat. Inilah budaya politik BN setiap kali menghadapi pilihan raya kecil.
Adalah dijangkakan pilihan raya kecil ini akan membabitkan beratus juta ringgit wang rakyat dalam bentuk projek-projek pembangunan, bantuan kebajikan dan bantuan-bantuan lain serta jumlah tuntutan perjalanan, makan-minum dan penginapan para menteri, pegawai-pegawai menteri dan pegawai-pegawai kerajaan yang terpaksa turun padang semata-mata kerana menteri turun padang.
Kerajaan Persekutuan sememangnya murah hati apabila menghadapi pilihan raya kecil.

2 comments:

tangisan nalam said...

bukan setakat BN sahaja,parti-parti lain pun bermurah hati juga ketika menghadapi pilhanraya.bukan sedikit duit yang digunakan untuk menghadapi pilihanraya.

ada blog melaporkan bahawa segelintir pemuda cuba membuat kacau di ceramah BN.adakah pemuda-pemuda tersebut dibayar untuk mencetus provokasi?kalau betul dibayar,bukan sedikit jumlahnya itu.

tapi "janji" adalah sesuatu yang pasti untuk mana-mana pilihanraya untuk menyakinkan pengundi.pengundi juga mahu masa depan mereka terjamin dan takkanlah mereka mahu parti/calon yang tidak dapat menjamin keselamatan dan kemajuan untuk mereka?

White said...

seperti yang sudah sedia maklum, tiada benda yang 'free' kat dunia ni. Mestilah ada wang ringgit yang dibelanjakan terutama sekali semasa pilihan raya.
Ini perkara biasa la kan.