Sunday, August 10, 2008

Antara Permatang Pauh, Penarik Beca dan Majlis Peguam

Dalam seminggu ini banyak perkembangan menarik telah berlaku dan mendapat liputan meluas media dalam dan luar negeri. Nama Malaysia mendapat tempat dalam media asing bukan kerana kejayaan atau kecemerlangan yang dicapai tetapi semuanya berkaitan undang-undang dan kebebasan.

Isu atau kes Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian dunia. Begitu juga isu forum berkaitan pemelukan atau penganutan agama Islam oleh yang bukan Islam dan tidak kurang hebat kes penahanan kira-kira 40 jam ke atas penulis blog Bakaq @ Penarik Beca.
Apabila memperkatakan isu Anwar Ibrahim, kita tidak terlepas daripada isu pilihan raya kecil kawasan undi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Hampir semua pihak, termasuk dari kalangan Barisan Nasional, mengakui bahawa pilihan raya kecil ini bukan sesuatu yang mudah untuk BN. Pendek kata, sukar atau hampir pasti BN tak akan dapat menawan semula Permatang Pauh.
Penganalisis dan pengamat politik nombor satu negara, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui hakikat bahawa Anwar sukar ditewaskan di Permatang Pauh. Walau bagaimanapun, Parti KeAdilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya berpeluk tubuh dan terlalu yakin kerana dalam politik, perkara yang mustahil dan tidak disangka-sangka boleh berlaku.
BN sudah pasti akan melakukan apa saja untuk menang. Mantan MB Selangor yang pernah berbohong kepada Almarhum Sultan Selangor dan pernah ditangkap pihak berkuasa Australia kerana mambawa masuk sejumlah besar wang secara gelap, sudahpun berada di Seberang Perai dan mengagih-agihkan bantuan kebajikan. Kita yakin banyak lagi bantuan akan turun dari langit untuk orang Permatang Pauh selain projek-projek pembangunan dan peruntukan-peruntukan segera.
Pemimpin-pemimpin kanan PKR, DAP dan PAS yang bergabung dalam Pakatan Rakyat juga akan turun padang untuk mempastikan kerusi Permatang Pauh kekal milik pakatan itu. Isu penahanan Anwar sudah pasti dijadikan salah satu bahan kempen selain isu-isu hangat seperti pembunuhan wanita Mongolia dan isu rasuah dan salahguna kuasa oleh pemimpin tertinggi BN.
Saya menghormati pendirian rakan penulis blog Bakaq @ Penarik Beca yang mempertahankan isi penulisannya dan berani mengakui kesilapannya berkaitan logo Polis Diraja Malaysia dan memohon maaf kepada semua anggota polis. Bakaq adalah seorang penulis blog yang bertangungjawab dan berwibawa. Penahanannya agak keterlaluan kerana pihak polis boleh merakamkan percakapan atau keterangannya tanpa menahannya.
Forum Majlis Peguam yang tidak sepatutnya diadakan, juga berakhir dengan kegagalan setelah mendapat bantahan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berkumpul dihadapan bangunan Majlis Peguam sejak pukul 7 pagi. Keadaan pasti akan menjadi lebih buruk sekiranya pihak Majlis Peguam tidak segera menamatkan perbincangan yang sensitif itu.
Apa yang berlaku seharusnya dijadikan pengajaran kepada Majlis Peguam agar lebih berhati-hati terutama apabila membabitkan isu agama. Kebebasan yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan ada batas sempadannya dan sebagai manusia yang dilatih dan mengamalkan undang-undang, mereka seharusnya jauh lebih peka berbanding rakyat biasa.

10 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan,
1. Melayu tidak mudah lupa:It was on the December 22nd, 1996 ,Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, was caught by the Australian authorities at the Brisbane Airport for carrying cash to the equivalent of Malaysian Ringgit 2.4 millions.
2. Tan Sri Muhammad Bin Mohd Taib, in his book ' The New Malay' after all said:
….As the end product of this endeavour, the New Malay will be sought after by other people or countries for advice and guidance and looked upon to lead in politics, the economy, sports and so on. The New Malay knows clearly who is (identity), where he is going (vision) wherever he may be (level and roll): is highly adaptable: is a leader who brings about changes in the technology or thinking of his people and who plays his religion of Islam as the foundation in all aspect.

3. Mungkinkah dimaksudkan oleh Tan sri Muhammad itu ialah Melayu baru seperti Anwar Ibrahim?
-Makangaji.

Anonymous said...

bro syed,
saya bersetuju untuk bersetuju dengan pandangan saudara bahawa anwar ibrahim sukar dikalahkan di permatang pauh kerana itu adalah kubunya. namun, sekiranya bn berupaya mengurangkan majoriti undi pkr, ianya adalah satu pencapaian untuk bn. kita tengoklah siapakah calon bn yang nak dikorbankan.

Anonymous said...

Salam semua,
Permatang Pauh...
Tak nak komen apa dah. Tunggu je pilihanraya nanti.

Penarik beca...
Beliau dah dibebaskan dan meminta maaf kepada pihak polis kerana menghina logo polis. Sepatutnya semua blogger di negara ini mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Bukan asyik nak menghentam kerajaan je.

Majlis Peguam...
Sepatutnya isu sensitif seperti yang berkaitan dengan agama Islam, harus diambil kira. Bukan ikut suka je nak buat apa-apa forum terbuka.

ketam said...

KAlau duit tu duit dia biarkan lah sedangkan ramai pemimpin PKR Melayu yg simpan banyak cash kat rumah..dapat daripada mana duit tu ntah lah..

2. persoalan keduanya kenapa semua umat islam yg terhegeh-hegeh buat berani perarakan haram demi hapuskan ISA ,bebaskan Anwar, kebebasan bersuara berdemontrasi tetapi MENJADI PENAKUT DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM???

Anonymous said...

Makangaji

Tapi anda lupa lebih awal dari itu Anwar meludah UMNO semasa menjadi Presiden ABIM dan menjilat ludahnya kembali bila menyertai UMNO pada tahun 1982. Dan selama 17 tahun 'embraced' budaya UMNO.

Anonymous said...

Tuan..
Permatang Pau..tidak ada apa2 keistimewaannya.Dah MP lama letak jawatan maka piliharaya kecil perlu diadakan.Tetapi sejauh mana pakatan rakyat akan bekerjasama pada piliharaya kecil ini. Desas desus bertiup kencang..PAS tidak akan mengambil bahagian dalam menolong PKR..Sudah sampai pun di Kelantan..supaya ahli PAS tak payah nak ke Permatang Pauh..PAS kecil hati dipermainkan begitu rupa oleh DAP dan sebahagian PKR dalan Pakatan Rakyat.Kalau ini benar2 berlaku maka majoriti besar yang diharapkan oleh DSAI akan berkubur begitu sahaja..sekaligus memalukan PKR..Lihat dan tunggu keputusan nanti..apa2 majoriti dibawah 13K..akan memalukan PKR (bukan Pakatan Rakyat)..Siapa yang berani akan menang.

2.Bakaq@Penarik Beca..jadikan ini pengajaran dalam kita berblog. Kalau memandang kelangit jangan lupa tunduk kebawah sekali sekala.. Melihat keindahan awan lalu kaki terpijak paku..agak sakit dan menyakitkan..Hormati mereka kerana tugas mereka bukan kerana peribadi mereka.

3.Majlis Peguam..aku setuju sangat dengan saranan YB Zul Kulim supaya sudah tiba saat dan ketikanya Majlis Peguam dipimpin oleh peguam islam. Kekecohan hari sabtu lalu mungkin akan menjadi tersangat parah kerana Majlis Peguam ini tak "reti bahasa" (bukan tak tahu berbahasa). Agaknya mereka ini perlu diajar secukupnya agar mereka lebih "mengerti bahasa" di masa hadapan. Bukan sahaja Majlis Peguam tetapi badan lain yg rasa nak tunjuk gedebe..supaya berhati2 dan gunakan OTAK sebelum menggunakan "MULUT".

Pok Nik, Kelate

Anonymous said...

Kepada para pengundi Permatang Pauh.. Sudah menjadi kebiasaan pemberian 'ikhlas' dari kerajaan BN apabila sesuatu kawasan itu akan menghadapi pilihan raya kecil. Sapu saja apa yang depa nak bagi.bukan rugi pun..Undi adalah rahsia! :-)

Anonymous said...

BN boleh menang sekiranya AAB taubat nasuha, tidak sombong lagi..

The Last Malay

Anonymous said...

You write better than NSTP's numero uno editor in chief.

- exnewsman

Anonymous said...

1. Namapaknya ramai yg menganggap menang 5 negeri + WP sbg mandat lesen besar - dah boleh buat apa saja dgn lesen besar ini tanpa peduli pengundi2 lain pun ada jugak, campur yg tak mengundi atau belum dpt mengundi

2. Keghairahan itu dieksploitasi cukup2 utk non-stop menyerang kedudukan dan kepentingan org Melayu/ Islam di negara ini

3. Berapa ramaikah lg akan muncul pejuang2 spt YB Zul Nordin dan YB YB Salehuddin Ayob dan mrk yg turut serta menzahirkan bantahan setelah Bar Council tidak makan nasihat?

4. Ajaran pluralisma selari dgn sekularisma, IFC dll dan siapakah boss pendokong2 mrk di sini, dgn sokongan langsung dan tidak langsung dari negara2 luar?