Wednesday, August 13, 2008

Khalid Ibrahim perlu belajar jadi politikus




Lepas satu, satu kesilapan yang dibuat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sejak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Kesilapan yang dilakukannya bukan dalam bentuk perbuatan atau tindakan tetapi dalam bentuk percakapan atau tutur kata.


Sebagai seorang ahli politik atau politikus yang diberi amanah untuk menerajui atau memimpin sebuah kerajaan negeri, Khalid harus berhati-hati dan fikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang ulasan atau komen kepada pihak media. Dalam hubungan ini, saya tidak tahu peranan setiausaha akhbarnya. Tetapi, hasil dripada kesan buruk ekoran daripada kenyataan Khalid, saya kira setiausaha akhbarnya gagal.


Kita akui kehebatan dan kejayaan Khalid semasa menerajui Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan sebuah syarikat pelbagai negara. Tetapi, peranannya selaku tokoh korporat tidak boleh dijadikan kayu pengukur dan diletakkan harapan yang dia akan berjaya sebagai seorang pemimpin politik. Dunia korporat dan dunia politik amat jauh bezanya walaupun kedua-duanya agak selari dari beberapa sudut termasuk rasuah atau sogokan, pilih kasih (kronisme) mahupun salahguna kuasa.


Sejak memasuki dunia politik melalui pelantar Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Khalid terus diberi tempat atau kedudukan penting dan dipilih sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Ijok, Selangor, tetapi dia gagal.


Khalid diberi kepercayaan untuk bertanding di dua kerusi - DUN Selangor dan Parlimen (Bandar Tun Razak) dan berkat gelombang perubahan yang melanda pada pilihan raya umum ke-12, Khalid memenangi kedua-dua kerusi berkenaan dan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.


Selaku MB Selangor, awal-awal lagi Khalid dah buat kesilapan percakapan apabila membabitkan projek ternakan khinzir. Selaku MB, dia adalah pemimpin kepada semua rakyat Selangor tetapi Khalid harus sedar bahawa dia adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam, fakta ini harus diutamakan. Khalid, atas sifatnya sebagai seorang Melayu, seharusnya peka dengan perasaan dan naluri bangsanya sendiri dan masyarakat Islam keseluruhannya. Kita bukan meminta Khalid melupakan masalah dan keperluan atau kehendak bangsa lain yang juga rakyat negara ini khusunya negeri Selangor, tidak sama sekali. Kita sedar bahawa tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, Khalid dan PKR tidak mungkin mendapat mandat membentuk pentadbiran atau kerajaan di Selangor. Kita meminta Khalid agar lebih peka akan kepentingan Melayu dan masyarakat Islam apabila memperkatakan perkara-perkara yang sensitif dan yang boleh menguris hati nurani.


Belumpun isu ternakan khinzir selesai, timbul pula isu Universiti Teknologi Mara (UiTM). Nampaknya Khalid masih belum peka akan perasaan dan naluri bangsanya sendiri. Apakah Khalid tidak berfikir sebelum mengeluarkan ulasan? Jikapun dia diajukan soalan berbentuk provokatif seperti yang berlaku, dia seharusnya peka akan kedudukan UiTM dan memberi jawapan yang bijak.


Nampaknya Khalid bukan seorang ahli politik yang cekap, jika dia boleh ditakrifkan sebagai ahli politik. Khalid perlu belajar dan terus belajar menjadi pemimpin politik jika dia ingin kekal lama dalam dunia politik.


Jelas sekali Khalid tidak boleh dilihat sebagai aset kepada PKR mahupun Pakatan Rakyat. Kesilapan-kesilapan yang dilakukannya, jika tidak disekat, boleh mengakibatkan kerugian besar kepada Pakatan Rakyat. Khalid mungkin hebat, jika boleh dikatakan hebat, dalam dunia korporat (itupun PNB yang dimiliki Kerajaan), tetapi ia tidak memberi jaminan bahawa dia akan hebat atau berjaya dalam dunia politik selaku ketua sebuah kerajaan negeri.


Khalid harus sedar bahawa santan boleh rosak semata-mata kerana pulut.

31 comments:

Anonymous said...

Adakah kualiti pelajar UITM sekarang terbukti?

Kalau ada budak Cina, India mungkin boleh create some competition sikit.

Bukan ramai, 10% je.

Duit untuk UITM datang dari Malaysia, bukan duit tax orang Melayu saja. Kalau orang Melayu pakai duit tu untuk orang Melayu sahaja, bukankah haram?

Duit tu hak rakyat Malaysia bukan untuk orang Melayu sahaja.

Anyways, i think racism is dying in this globalised world and Malaysia is next in line.

Is this what the Prophet Muhammad PBUH taught us? To segregate people based on their race?

If so, Bilal would not be the muazzin and Salman al Farisi would not be a commander in the army.

Malays must wake up.

Melayu mesti sedar, dunia ini hak semua.

Kaji balik ketuanan melayu tu betul2....adakah ianya bercanggah dengan Islam?

Saya pun Melayu juga dan saya pun student UITM juga. Sampai bila kita nak hidup kena suap?

Sampai bila orang Melayu nak dipapah? Tak malu ka?

Husin Lempoyang said...

Dia susah jadi politikus pasal dia poligagap. Fikir lain, cakap lain. Otak dan mulut tak synchronise.

Untuk mintak UiTM dibuka pada bukan Melayu, bermakna hati dia tidak synchonise dengan otak atau/dan mulut.

Unknown said...

Sdr Amir,

Prof Khoo Kay Kim berkata soal pembukaan UiTM (ITM) kepada bukan Melayu telah dibangkitkan beberapa tahun lalu. Malangnya, pembukaan tempat sebanyak 10 peratus tidak mendapat sambutan. Ini bermakna pelajar bukan Melayu tidak berminat nak belajar di UiTM dan ini mungkin mereka tidak gemar untuk berdepan dengan 90 peratus pelajar Melayu/Bumiputera.

Peruntukan tempat sebanyak 10 peratus kepada pelajar bukan Melayu/Bumiputera telah dan sedang dilaksana di MRSM. Tiada masalah.

Saya setuju Melayu/Bumiputera tidak harus "disuap" selama-lamanya atau dibantu oleh pemerintah. Melayu/Bumiputera kena berdikari dan bersusah-payah untuk mencapai kejayaan sama seperti rakan-rakan keturunan India dan Cina.

Cuma, pada pendapat saya yang berlandaskan pengalaman termasuk bekerja dengan orang politik, Khalid boleh menjawab persoalan itu dalam nada yang lebih bijak yang tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Itu saja.

Lihat kesan tindak balas terhadap kenyataan beliau berkaitan UiTM.
Ia bukan sahaja memperlihatkan kecetekannya dalam arena politik tetapi memberi kesan tempiasan kepada Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Dia memang seekor politikus pun... Kesian Pakatan, sekarang dah tersasul sana sini tak kira perangai, kata-kata atau tindakan.

Anonymous said...

Tuan Syed,
Memang si khalid tu kurang pandai berpolitik.Orang politik ini mesti pandai mulut manis sikit.Cakap lain dan buat lain.
Tetapi, saya percaya beliaupun tidak bermaksud untuk menjadi Menteri Besar Selangor sampai mampus.Maaf sampai mati.Sampai maut.Sehingga tamat riwat atau sampai terkubor.

Saya mempunyai enam anak.Dua anak perempuan saya belajar di UITM.
Kedua-duanya bagus.Anak saya tiap tahun mendapat anugerah Dekan.Tetapi,dari segi GDP saya dapati masih tidak cemerlang.
Mungkin persaingan antara sesama Melayu membuatkan anak saya tidak menunjukkan semua potensinya.Mungkin
Kalau sepuloh peratus Pelajar bukan Melayu yang cerdik, pintar, gigih, memasuki UITM boleh jadi anak saya merasa tercabar dan ingin menunjukkan potensi sebenar.
Saya percaya, banyak kebaikan daripada keburukan jika UITM ini dibuka kepada semua warga negara, bayangkanlah networking mereka apabila keluar nanti.Apa orang Melayu nak takutkan. Takut layu?

Bagi keluarga kami, tidak ada rasa istemewanya menjadi orang Melayu sejak sepuloh tahun kebelakangan ini.Tidak merasa apapun nikmat yang diberi oleh kerajaan.Anak saya semuanya dibiayai melalui pinjaman.Bukan dengan Ah Long.Bukan juga dengan UMNO atau mana-mana parti Politik.Tetapi, dengan kerajaan.Duit kerajaan bagi pinjaman tu, duit cukai pendapatan semua rakyat.Termasuklah dari gaji saya yang kecil ini.
Bagi saya, bukan sahaja UITM perlu di buka kepada warnegara, terutama kepada mereka yang cemerlang dan terbilang.Tetapi, Jawatan Penyarah, JUSA dan PTD juga harus dibuka secara terbuka seperti tender terbuka dalam berniaga.
Sebabya, kalau orang Melayu pun kalau sudah tak boleh tolong orang Melayu, apakah jadah dan gunanya?

-makangaji.

Unknown said...

Sdr Makangaji,

pelajar bukan Melayu yang pintar atau cemerlang sudah pasti tidak akan menjadikan UiTM sebagai pilihan utama.

Anonymous said...

Tuan Syed,
saya setuju.Pemimpin Melayu sendiri, tidak mahu menghantar anak-anaknya ke UITM, Menghantar anak-anak ke Luar negara lagi baik, .Ramai orang akan memilih menghantar anak ke luar negara kalau mampu.
Kalau UITM berhasrat, ada cara untuk menarik mereka yang terbaik dan cemerlang itu.Macam orang berniagalah, nak tarik pengunjung dengan ramai, dan "big spender" mestilah ada cara-caranya.Pokoknya mendatangkan faedah dan untung.Lihat contoh strategi Restoran orang kafir,kalau dia nak tarik pelanggan Muslim, yang penting sekali selain ianya suci dari makanan dan minuman Haram,dapatkan sijil HALAL,Bukankah begitu?
sebagai cadangan ,dalam hal ini apa salahnya kalau Tabung Haji memberikan biasiswa kepada segelintir pelajar bukan Melayu cemerlang dan bukan Islam itu?
Strategik kan?

-makangaji.

Anonymous said...

Seriously, I don care the 10% or 30% intake of non bumi in UITM. I will not send my children there ( if I am Malay ) . Why? Because I don want my children to think and act like them. Living in the “cocoon”, no pressure, no competitive environment. I know the importance of “Ketuanan Melayu” but this ideology has gone all wrong. Some malay has been too pampered to live in this challenging world. They will not survive in the open system and I worry for their children even I am chinese. ”

I always teach my children to adapt to the changing environment. I even told my children every religions is good no matter they are Buddhism, Christian, Islam. As long as their teaching is good, my children should respect and adapt their good teaching . I told them so as our world is getting smaller due to globalisation through modern technology and you will be surprised we have to work with American /chinese muslim or Jews in the future.

Malay reactions on this issue has shown how pampared the malays has becomes. Those who make noise are obviously spoilt brats in our “family”. How to put this…..just imagine if one of your son always pestering you to pass all your hard earned money to him , claiming his right even you are not yet dead, I believe you will put all your money in good hand instead of giving all to him. Why? We all know this son will be lazy, greedy and will be wasting your hard earned money like spraying water. Malaysia is not yet dead. This protesters are just like malaysia’s spoilt children who only worry what is his while the father ( Malaysia ) is still much alive. Malaysia will not let go of this spoilt children like I will not abondon my spoilt son. Instead I will make him work hard and if he does not do so as I said, he can kiss my money goodbye.

So malaysia government, go ahead and spoill your kids and you are to be blamed if they becomes lazy, greedy, useless with low surviving skills

To all protesters of this issue, “kETUANAN MELAYU” is something you earn through hard work, you cannot just ask for it. Even you get it free, you will lose it like a spoilt kids. Only tru hard works, malay will show their true colour to this challenging world...how they survive and compete with the western world. The ideology of "Ketuanan Melayu" is therefore preserved. This is what I hope to see.

Anonymous said...

Amir

Saya cadangkan you cuba minta kerja di YTL, Ho Hup, Yeo Hup Seng etc atau pun kalau berniaga cuba dapatkan ruang perniagaan di IKANO, One Utama, Pavillion, Starhill ataupun KLCC. Malah cuba dapatkan counter di Metro Jaya, SOGO, Parkson, Jaya Jusco ataupun Isetan.

Kenapa bila kaum Cina bercakap tentang bahasa Cina, pendidikan Cina dan perniagaan Cina tidak dipandang sebagai perkauman. Tetapi bila kita menyebut tentang bahasa Melayu, pendidikan Melayu dan kepentingan Melayu dianggap pula perkauman.

Makangaji

Kenapa bila UTAR dipenuhi kaum Cina tidak dipersoalkan tentang persaingan? Ini bukan soal persaingan tetapi hak. Mungkin atas dasar persaingan dan perpaduan, kita cadangkan hapuskan sekolah yang bukan berbahasa Malaysia. Adakah ia akan diterima oleh kaum lain?

farzain said...

kalau betul nak maju dan berdaya saing... tak kira la masuk U mana pun mesti boleh. kenapa pula nak kenakan UiTM...?

Anonymous said...

Sebenarnya, tak ada apa masalah pun dengan UiTM. Sebelum ni tak kecoh pun pasal ni. Cuma MB Selangor, TS Khalid Ibrahim tu je yang cuba mensensasikan isu ni. Nak glamor la tu. Samping tu boleh tarik perhatian bukan Melayu. Padahal sebenarnya bangsa bukan Melayu pun tak berkeinginan pun untuk masuk UiTM...

cheqPelesit said...

jika buka untuk bukan melayu ini bermakna dapat terbela nasib orang india muslim yang termadun dibumi malaysia dapat masuk UiTM. Kerana nasib orang india muslim boleh jadi ahli umno tapi tak boleh guna kouta melayu. Kami india muslim tak pernah pijak negara india tapi memang pelik semua nya kena guna kouta india.

Cokodok said...

salam,

kenapa bila sebut non-bumi mesti kita refer pada cina... india juga bukan bumiputera... dan kita semua tau terdapat ramai kaum india yg terpinggir... jika 10% ini dibuka, secara tak langsung kita dpt membantu sebilangan kaum india yg terpinggir ini.

seperkara lagi... universiti.. asal dari perkataan universal... jika kita memerapkan otak kita utk sesuatu kaum shj... maka tidak universal la dia... universiti bukan setakat utk kita menimba ilmuan shj... ia juga adalah tempat utk kita mengasah skill life survival.. dan berinteraksi inter racial adalah salah satu dari skill tersebut...

saya adalah produk ITM... dan bagi saya tidak menjadi masalah utk membuka UiTM ini kepada mana2 kaum termasuk pelajar luar... secara tidak langsung ia akan menjadikan para pelajar UiTM bersedia dan mampu bersaing diperingkat global..

menjawab kpd persoalan askar melayu... saya amat bersetuju dgn pandangan saudara... sudah tiba masanya Malaysia nie dicorakkan beyond the racial line... kita semua perlu menolak tepi sentimen perkauman sejauh yg mungkin... sekolah-sekolah cina atau tamil sedah tidak lagi relevan... kita hanya perlu ada 1 sistem persekolahan... dan buka pembelajaran bahasa cina atau tamil di sekolah2 kebangsaan.... saya percaya.. jika kita dpt memberi hujah yg rasional utk menukar sekolah2 cina dan tamil kepada sekolah kebangsaan.. pasti mereka akan terima... cuma apa yg penting hak kebudayaan mereka jgn kita ganggu....

Anonymous said...

Driver.miskin
Harus diingat Melayu & Islam adalah tunjang kepada Bangsa Malaysia dan Negara Malaysia. Malaysia dicorakkan 'beyond the racial line'? Itu cuma retorik semata-mata. Adakah DAP, GERAKAN, PPP dan PKR itu non-racial? Apakah mungkin DAP akan mempunyai Setiausaha Agung Melayu bilamana tidak ada seorang Melayu pun menjadi calun ADUN atau MP? Kesemua parti datas adalah juga parti berdasarkan kaum tetapi berlindung dengan perlembagaan parti yang terbuka.

Adakah DAP, GERAKAN, PPP dan PKR akan melenting jika RAJA Melayu dipersenda? Bahasa Melayu diketepikan? Ugama Islam diperlecehkan?

Tetapi cuba sentuh soal bahasa Cina dan sekolah Cina... tidak perlu saya huraikan tindakan mereka.

And to Amir again, do you think racism is really dying?

Anonymous said...

Setuju dengan Diver Miskin.

Lihat contoh Singapura.

Mereka mana ada sekolah Bahasa Cina atau Tamil?

Semua masuk sekolah Kebangsaan.

Di sekolah kebangsaan mereka, nilai budaya, agama dan bahasa semua kaum dijaga dan tidak diganggu atau dipinggir.

Inilah yang harus dicapai oleh sekolah kebangsaan kita yang sehingga kini dianggap bangsa bukan Melayu sebagai berat sebelah.

Persepsi ini harus diubah. Kerajaan harus 'genuine' dalam memupuk satu Bangsa Malaysia yang bersama, di mana agama, budaya dan bahasa masing-masing dihormati dan menjadi ASAS kepada apa itu maknanya Malaysia -- iaitu rasa sayang kepada tanahair ini, dan rasa hormat dan kesaudaraan antara warganegara tanpa takut atau syak.

Ini yang harus dipupuk. Bukan Ketuanan Cina atau Ketuanan Melayu. Kerana tanah dan pohon dan langit Malaysia ini tidak kenal warna kulit/kaum atau agama. Yang ianya kenal ialah rasa sayang dan hormat seorang insan terhadap muka bumi ini. Ingatlah.

Anonymous said...

Askar Melayu:

Kamu salah.

DAP ada calon Melayu masa pilihanraya umum (misalnya Abdul Rahman Manap yang bertanding di Permatang Pauh pada tahun 1990).

Baca: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/2308961/Article/index_html

DAP juga mempunyai orang Melayu dalam Majlis Tertingginya (salah seorang timbalan setiausaha agung DAP adalah Ahmad Ton, dan seorang dari 4 timbalan pengerusi adalah Zulkifli Mohammad Noor).

Sila rujuk laman web DAP:
http://www.dapmalaysia.org/

DAP adalah parti pelbagai kaum seperti PKR.

Yang membuat Malaysia ini ada parti politik yang ikut kaum adalah kerana ada golongan tertentu yang nak perintah ikut kaum (lihat Barisan Nasional). Maka parti lain pun terpaksa ikut. Nak buat camana.

Anonymous said...

Satu lagi Askar Melayu:

DAP tidak pernah memperlecehkan agama Islam.

Yang DAP pertahankan adalah sistem sekular dan pelbagai kaum (dan agama) yang disetujui sebagai asas persekutuan Malaysia semasa Merdeka.

Sekular bermaksud semua agama dan hak beragama setiap orang dihormati, tiada yang dipinggirkan. Pada masa yang sama, tiada mana-mana agama yang dipaksa ke atas orang yang beragama berbeza. Masing-masing pegang pada agama sendiri dan hormat agama masing masing. Ini dia konsepnya.

Dengan itu Islam tidak mungkin terancam atau diperleceh.

Yang PAS pula nak buat negara Islam walhal ada 40-45% penduduk Malaysia yang bukan Islam.

Bayangkan: sekiranya saudara duduk di sebuah negara Kristian, adakah saudara sebagai seorang Muslim akan terima sistem pentadbiran yang berasaskan agama Kristian? Jelas tidak. Saudara akan mahu sistem yang sekular di mana agama saudara tidak diganggu sistem agama lain. Setuju tidak?

Cokodok said...

salam,

askar melayu... sebelum kita ingin menunding jari pada mana pihak.. apa kata kita cermin diri kita dulu... jika benarlah parti2 politik yg disebut saudara berkelakuan demikian (saya tak ckp mereka sedemikian).. kita harus tahu mengapa??... jawapannya senang saja... mereka tak merasa diri mereka diterima sebagai warga negara... dan mengapa mereka bleh rasa camtu?? pasal kita org melayu gak... bangsa lain tak leh buat nie.. tak leh buat tu... nak beli nie utk melayu jer... nak masuk nie mesti bumiputera jer... jadi, salahkah mereka utk merasa terpinggir... dan salah utk mereka tidak merasa sensitif jika raja, bahasa diperlekeh??

masalah kat malaysia adalah budaya pecah dan perintah... nak bukak account bank pon tanya bangsa aper.. dlm CV pon mesti tulis bangsa... org malaysia tak aper bangsa harus keluar dari kepompong perkauman nie... kena kena terima kenyataan yg malaysia ni adalah negara majmuk... jika nak merdeka dulu kita bleh terima mereka sebagai antara syarat utk merdeka... kenapa kini kita ingin mengabaikan mereka... mereka pon bukan pendatang... mereka lahir dan membesar disini... sama seperti kita....

n pasal cabaran saudara askar suruh mintak kerja kat YTL, Ho Hup etc... FYI, saya ada beberapa org kawan melayu yg kerja kat situ.. kenapa mereka bleh kerje kat situ?? pasal diorg bagus... saya tidak mengenali saudara askar... tp jika saudara rasa diri saudara bagus dan sememangnya saudara bagus... insyaallah takde masalah nak keje kat mana2 pon... kalu dah bagus tu... mmg la takde org nak amik keje... simple as that... lagipon... ada gak syarikat yg mengenakan syarat bumiputera utk apply keje...

Anonymous said...

Masuk mana-mana pengajian tinggi pon sama je.janji yang penting IPTA dan IPTS tu di iktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.tiada masalah.

Sebenarnya sekarang ni nak sambung belajar atau nak berkerja semuanya susah.semua orang mahukan yang terbaik maka pelajar/graduan juga perlu melakukan yang terbaik.

Kalau siapa-siapa yang tak tahu sangat tentang sejarah,latarbelakang,falsafah,misi,visi dan objektif UITM eloklah pergi ke halaman web UITM dan fahami.dari situ kita akan tahu kenapa ramai yang menentang cadangan Khalid Tersebut.

Pujangga Ilmu,
kamu salah!

sekolah berbilang kaum di wujudkan di Malaysia sebab masing-masing mahu mengekalkan identiti dan budaya bahasa masing-masing.tapi perlu diingat bahawa sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan adalah jauhhhhhh lebih banyak dari sekolah jenis kebangsaan.

Kerajaan Rakyat said...

Salam,

Setuju, Tan Sri Khalid perlu berhati-hati dalam pertuturannya.

Perkara yang diucapkannya adalah perkara lama tetapi telah dipolitik oleh kerajaan umno.

Kekadang, rasanya, Tan Sri Khalid ni agak celupar sikit mulutnya.

Anonymous said...

Saudara Ex Student Cosmpoint:

Saya setuju dengan saudara bahawa sistem sekolah kebangsaan (sama ada rendah atau menengah) adalah baik untuk seluruh warga Malaysia, daripada dipecah-pecahkan dalam sistem 'jenis' kebangsaan.

Saya tidak pernah menafikan ini. Sila baca kembali ulasan saya dengan hati-hati.

Cuma hujah saya adalah bahawa kita harus pastikan bahawa semua bangsa dilayan adil di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing diajar. Paling penting sekali, kualiti sekolah kebangsaan kita harus dipertingkatkan. Ini sebab utama kenapa ibubapa menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah Cina, misalnya. Contoh terbaik adalah calon BN di Permatang Pauh, iaitu Arif Shah: beliau belajar di sekolah Cina.

Apa pendapat saudara mengenai ini? Adakah saudara rasa tidak betul Arif Shah dididik di sekolah Cina?

Anonymous said...

Ada hikmah dalam hujah Diver Miskin:

"jawapannya senang saja... mereka tak merasa diri mereka diterima sebagai warga negara... dan mengapa mereka bleh rasa camtu?? pasal kita org melayu gak... bangsa lain tak leh buat nie.. tak leh buat tu... nak beli nie utk melayu jer... nak masuk nie mesti bumiputera jer... jadi, salahkah mereka utk merasa terpinggir... dan salah utk mereka tidak merasa sensitif jika raja, bahasa diperlekeh?? masalah kat malaysia adalah budaya pecah dan perintah..."

Sepatutnya kita terima semua warga Malaysia sebagai saudara saudari kita. Selagi kita Melayu tidak terima hakikat ini, selagi itulah kita berpecah belah, dan negara tidak dapat dimakmurkan.

Jangan lihat sekadar bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh atau Pulau Pinang. Sekiranya pekan-pekan kecil di luar bandar diperhati, banyak masalah sosial yang perit di situ, tidak kira bangsa. Orang kita terlibat dalam gejala sosial dadah, pak guard kat pusat Serenti pun jual dadah kat orang kat Serenti. Ibu tunggal India kat estet getah anak 5 orang tapi gaji RM400 (menurut kawan saya seorang doktor yang bertugas di kawasan desa).

Kepada yang semua ini kita tidak perihatin. Kita kena bukak mata kita skit, kalau tidak sampai bila-bila kita terbelenggu dalam pemikiran sempit, perkauman dan kejahilan.

Anonymous said...

Pujangga Ilmu kata:
Bayangkan: sekiranya saudara duduk di sebuah negara Kristian, adakah saudara sebagai seorang Muslim akan terima sistem pentadbiran yang berasaskan agama Kristian? Jelas tidak. Saudara akan mahu sistem yang sekular di mana agama saudara tidak diganggu sistem agama lain. Setuju tidak?

Saudara silap.....Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam untuk berada di bawah sistemnya. Mereka diberi peluang untuk memilih sistem konvensional ataupun sistem Islam.

Tapi, terima kasih kerana berdiskusi dalam bahasa yang sopan. Mari raikan perbezaan antara kita.

Skuad Peninjau

Anonymous said...

Saudara Skuad Peninjau,

Betul kata saudara, bahawa sejauh ini di Malaysia sistem perundangan Islam tidak memaksa 'woldview' dari pandangan Islam terhadap orang bukan Islam (berbeza dari di Arab Saudi). Sistem sekular yang ditetapkan di Malaysia sejak Merdeka dulu memastikan bahawa hak semua penganut agama masing-masing dihormati, dan ini harus dikekalkan.

Namun, soalan andaian saya yang dirujuk oleh saudara itu bukannya tidak munasabah. Saya rasa tidak adil kalau orang Muslim hidup di sebuah negara yang sistem perundangan dan pentadbiran yang berdasarkan agama yang lain dari Islam. Walaupun diberi keyakinan bahawa sistem itu tidak akan mengkompromi hak warga Islam, tetapi ini tidak boleh dijamin selama-lamanya. Oleh itu, satu sistem yang adil dan tidak berbelah bagi kepada mana-mana pihak adalah lebih sesuai. Ini intipati hujah saya.


Terima kasih untuk ulasan saudara, dan juga terima kasih kepada tuan punya blog kerana membenarkan perbincangan ini yang sopan dan membuka mata.

Cokodok said...

salam..

ya tak ya jugak salam pujangga ekk... lupa nak ucapkan ribuan terima kasih pada tuan empunya blog pasal bagi ruang kat kita berdiskusi secara matang... n terima pada kalian kerana berhujah tanpa emosi yg tak tentu hala... nie la nilai demokrasi kita impikan... harap lepas nie mereka yg dok bertegang urat kat dewan rakyat tu... bleh duk berbincang cam nie... baru la sempoi... :))

Anonymous said...

Saya amat setuju dengan pandangan pujangga ilmu.Umat islam dan khususnya kaum melayu di negara ini amat bertuah kerana diperintah kerajaan yang berlandaskan keislaman biarpun belum 100 peratus dan ditunjangi oleh orang melayu.Apabila ada pemimpin islam,sudah tentu mereka mengambil berat tentang pendidikan umat islam.Kalau pemimpin yang ramai orang bukan islam,adakah mereka akan berbuat begitu? Tengok sajalah Singapura sudah cukup.

Mengenai UITM,pada saya U ini telah banyak menghasilkan graduan-graduan Bumpiputera yang bermutu dan mudah mendapat pekerjaan.Malah U ini adalah yang paling rendah sekali kosnya berbanding IPTA lain. Lagi satu,kenapalah kita suka mensensasikan tentang hak kaum-kaum lain sedangkan mereka tidak pernah meminta.Sedang kita orang melayu bergaduh, orang kaum lain terbahak-bahak ketawa. Sememangnya TS Khalid perlu berhati-hati dalam percakapannya.Bukan mudah nak jadi MB ni.

Anonymous said...

Anonymous

Kali terakhir saya berbual dengan rakan-rakan dan sahabat-sahabat saya yang Melayu dari Singapura, mereka cukup bangga dengan negara mereka. Tidak ada aduan apa-apa.

Yang saudara kutuk Singapura tu berdasarkan bukti apa?

Pegi lah tanya ke interview ke orang Melayu kat Singapura dulu. Jangan buat andaian yang omong-omong.

Anonymous said...

Khalid is a straight shooter. Unlike other politician, I respect him a lot because he does care about his race and country. I'm a Chinese and I can sense that he love his race a lot; thus, he makes a lot of unpopular comment. If a person truly love his country and all races he or she will follow Khalid foot step. I rather have politician that speaks what he think than lie to us. May Allah protect Khalid and his family.

Malaysia tentu Boleh!!1

Anonymous said...

Dear Askar Melayu,

Have you work for Leo Burnett before? There is this real talented Malay lady work at Leo Burnett. Her employer appreciate her a lot. I'm very certain that she get paid real well. Why can she work for one of the best Advertising firm in the world? Because she's smart/hardworking etc. I can't deny that some Chinese are purely racist but believe me not all of them racist. Similarly, not all Malay are racist. I know a lot of talented and lovely Malay friends. They managed to work for big MNC firm. The reason is because they compete with the Chinese and Indian too. Lastly, do not underestimate your own race. If you read the blogs you'll realized there are a lot of smart Malay. Lastly, the Chinese would definitely want Malays to be successful in private sector too. Why? Malay is majority of the population. If the Malays makes more money this means more buying power right? Thus, nobody likes any race to be sidelined.

Long live Malaysia

Cokodok said...

salam,

saya bersetuju dgn kasim selamat.. saya juga pernah bertanyakan akan kebenaran Melayu Singapura ditindas.. ternyata ia cuma retorik UMNO utk menakut-nakutkan Melayu di Malaysia... ternyata Melayu Singapura amat berbangga dgn status Melayu mereka serta berbangga dgn pencapaian negara mereka... dan apa yang lebih mereka banggakan lagi adalah kejayaan umat Melayu Singapura berdaya saing tanpa mengharapkan apa-apa bantuan istimewa dari pihak kerajaan mereka.. Syabas saya ucapkan buat mereka...

Walaubagaimanapun, mereka akui dlm sesetengah bidang mereka tidak diberi keutamaan lebih2 lagi dlm bidang pertahanan... ttp ia bukan menjadi isu utama mereka kerana hak asasi mereka tidak pernah dinafikan... malah hak mereka lebih baik berbanding hak bukan bumiputera di Malaysia...

sekadar berkongsi pandangan.. saya berkemungkinan silap...

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Saya sebenar telah bekerja di Singapura lebih kurang 20 tahun. Sekiranya anda mengatakan Melayu Singapura terpinggir, saya 100 peratus tidak bersetuju dengan saudara.

Lebih separuh daripada kawan-kawan sekerja saya di Singapura adalah Melayu dan untuk pengetahuan saudara hampir kesemuanya memiliki kereta dan ada yang memiliki motorsikal berkuasa tinggi. Kesemuanya memiliki rumah yang selesa dan mampu menghantar anak-anak ke pengajian tinggi.

Untuk pengetahuan saudara, untuk memiliki sebuah kereta di Singapura bukanya mudah kerana kosnya terlalu tinggi tetapi sekiranya hampir kesemua rakan-rakan sekerja saya yang berketurunan Melayu Singapura mampu memilikinya ini menunjukkan mereka hidup agak mewah.

Untuk pengetahuan saudara kecuali Manager saya yang berketurunan Cina, tidak ada seorang pun rakan sekerja saya yang berketununan Cina dan India memiliki kereta. Semuanya naik public transport.

Lagi satu perkara yang ingin saya nyatakan di sini. Walau pun rakan-rakan sekerja saya berketurunan Melayu hidup agak mewah di Singapura TETAPI bila bukak mulut mereka akan condemn Singapura habis-habisan dan sentiasa bandingkan kehidupan mereka dengan Melayu Malaysia. Kononnya pada pandangan mereka, Melayu Malaysia hidup mewah.

Perkara ini telah pun saya perhatikan selama 20 tahun saya di Singapura. Mereka akan senantiasa cari salah dan silap Singapura untuk tujuan condemn Singapura.