Monday, August 25, 2008

Sumpah laknat - imam kata dia diarah untuk saksinya



Foto Malaysiakini.com






Salah satu sepanduk yang direntang di Permatang Pauh








Imam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyaksikan majlis atau upacara mengangkat sumpah laknat oleh Mohamad Saiful Bukhari Azlan berkata dia terpaksa berbuat demikian kerana di arah oleh "orang atasannya".


Ustaz Ramlang Porigi, yang turut dijadikan bahan kecaman sama ada melalui e-mel, sms mahupun percakapan umum, berkata semasa berucap di dua majlis berasingan di Permatang Pauh bahawa dia telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu pada 15 Ogos lalu dimana Mohamad Saiful mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya.


Ustaz Ramlang, dipetik oleh Malaysiakini.com sebagai berkata agar dia tidak dikaitkan dengan majlis sumpah itu kerana kehadirannya adalah tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ustaz Ramlang mengkui bahawa dia adalah ahli UMNO cawangan Seri Machang, dalam bahagian Bukit Mertajam dan mendaftar sebagai pengundi dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.


Kita menghargai keberanian dan keinsafan yang diperlihatkan oleh Ustaz Ramlang untuk menegak kebenaran walaupun dia adalah ahli UMNO.

11 comments:

Kadir Abdul Razak said...

Tuan Syed

Seorang insan yang seperti Imam Ramlang yang berdiri teguh demi kebenaran, walau tidak kira apa sandaran politik peribadi, adalah seorang insan yang benar-benar harus kita hargai dan tabik. Malaysia memerlukan orang yang berwibawa seperti ini.

Anonymous said...

After all that has been dissed about this Ramlang, now he is a good guy?

Just by switching camp? So, now what ever that comes out from his mouth must be the whole truth.

Pencari Kebenaran said...

Allah SWT telah menghantar pesuruhnya imam baik ini ke medan peperangan Permatang Pauh untuk membela kebenaran dan keadilan... takbirrrr!

Anonymous said...

Pak tuan,
Lepaih ni Ramlang Porigi kene angkat sumpah pulok kerana dia berada disitu cara kebetulan

Nostradamus said...

“War Cries” Before The Mother of All Battles in Permatang Pauh.
“Laungan-Laungan Perang” Sebelum Perang Terbesar di Permatang Pauh.

“Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!” - PKR

“Sodomy! Sodomy! Sodomy!” – BN

“Taliban! Taliban! Taliban!” – Akim

Posted at http://patek1472.wordpress.com

Anonymous said...

Tuan,
sekiranya ustaz ramlang tu benar seorang imam yg betul kenapa dia tak tegur atau ajar cara yg betul untuk bersumpah. Kenapa diam dan muka yg selamba saja. Atau memang ustaz ramlang dah plan ke apa dia nak buat seterusnya.....

terkilan sb ustaz ramlang tak bagi taklimat sebelum bersumpah///

ada apa apa ke???

Syed Imran said...

Dalam laporan Malaysiakini.com, ustaz berkenaan dipetik sebagai berkata bahawa dia telah memperbetulkan salah sebutan orang yang mengangkat sumpah itu. Katanya ungkapan sumpah itu telah tersedia dan ditulis dalam tulisan rumi dan dibaca oleh orang yang mengangkat sumpah.
Seperti yang dinyatakan terdahulu, ustaz tidak terlibat dalam pengaturan sumpah itu tetapi diarah untuk hadir sebagai saksi.
Ekoran daripada itu, dia telah dihujani dengan bermacam tuduhan dan fitnah terutama dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Anonymous said...

Kenapa selepas orang itu bersumpah baru dia hendak berceramah ke sana dan ke mari? Bukan kah tugas beliau di Masjid WP adalah sebagai seorang penolong hal ehwal agama yang termasuk dalam hal ehwal masjid dan agama? Saya melihat bahawa keterangan beliau bahawa beliau berkebetulan berada di Masjid untuk akad nikah beerti bahawa beliau bukan semata-mata diarah untuk tujuan angkat sumpah sahaja, kerana siapa pun boleh dijadikan saksi untuk angkat sumpah. Tidak ada peruntukan undang-undang di mana-mana dalam Enakmen Undang-Undang Islam menyatakan saksi itu perlulah seorang pegawai masjid. Manakala dalam hukum Islam tidak pula dinyatakabn mesti pegawai masjid. Siapa pun boleh jadi saksi.

Saya tidak melihat saudara Ramlang sebagai org yang dihantar oleh Allah untuk membersihkan isu sumpah tersebut. yang saya nampak ialah beliau mungkin telah dipaksa pula untuk berceramah pada pihak PKR.

labu said...

Apakeheinye?...setakat boss suruh jadi saksi...itu pun nak jadi sebab?

kalau lebai kampung jadi saksi pun takpa..

Yang pokoknye..bukan dia yang bersumpah...orang lain yang bersumpah....

Tak paham aku apebende isunye kat sini.....

DIN said...

RE-FO-MA-SI!

din
OKT Black 14
Manchester
http://ceritarassa.blogspot.com/

Anonymous said...

Bagi saya, ia adalah perkara biasa bila menerima arahan dari pihak atasan untuk jadi saksi. Tiada masalah.. Cuma agak musykil bila Imam Ramlang kata beliau kebetulan ada di situ sedangkan beliau seorang imam mesti ada di masjid...