Saturday, August 16, 2008

Sumpah Pegang Quran Tiada Dalam Islam, Kata Nik Aziz







Mana satu yang betul?


Utusan Malaysia Online memaparkan tajuk berita berikut:

Nik Aziz akui sumpah Saiful ikut cara Islam


Bernama.com pula meletakkan tajuk berikut:

Sumpah Pegang Quran Tiada Dalam Islam, kata Nik Aziz




Utusan Malaysia yang dikuasai atau dimiliki sama ada secara langsung atau secara tidak langsung oleh UMNO berkata cara sumpah laknat itu mengikut cara Islam manakala Bernama, sebuah agensi berita dibawah seliaan Kementerian Penerangan berkata cara itu (memegang Quran) tiada dalam Islam. Kedua-dua media memetik atau mengutip Murshidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai berkata demikian.

Mana satu yang betul?

Dalam laporannya, Utusan Malaysia Online melaporkan bahawa "Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui cara bersumpah laknat (mubahalah) yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan memang mengikut cara Islam."

Bernama.com pula memetik Nik Aziz sebagai berkata "kaedah sumpah laknat yang dilafazkan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan memegang kitab suci Al-Quran adalah satu perbuatan yang menyalahi ajaran Islam."

Utusan Malaysia Online kutip Nik Aziz sebagai berkata "mengikut cara Islam" manakala Bernama.com memetik Mursyidul Am Pas itu sebagai berkata "menyalahi ajaran Islam."

Bagaimana boleh wujud dua laporan yang amat jauh bezanya? Adakah salah satu media itu sengaja berbuat demikian atas kepentingan politik pihak tertentu?

Nik Aziz juga dipetik oleh Bernama.com sebagai berkata perbuatan memegang atau menjunjung Al-Quran sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka.

Saya yakin laporan Bernama.com lebih tepat dan betul.

33 comments:

cheqPelesit said...

Selalu nya bersumpah menitis air mata tanda insaf serta datang dari jiwa hati sanubari kejujuran. Tetapi sumpah safol guna surat ucapan serta boleh terlupa tarikh pula. Lagi hairan sumpah sebut perkataan lucah. Ingat apabila bersumpah jikalau mendapat WANG MAKSUDNYA MENIPU SUMPAH MAKA NYA TANGGONG RISIKO dan rakyat malaysia tidak memaafkan selamanya.

Anonymous said...

They say in politics...if you cannot convince your supporters;confused them.

-rocksteady-

Anonymous said...

Tuan Syed yang di rahmati Allah,Dan Saudara-saudara yang dimuliakan.
1. Koran Utusan Malaysia( Koran ertinya Akhbar dalam bahasa indonesia)yang dipetik sebagai melaporkan, mengikut ajaran Islam itu, mungkin bermaksud mengikut Islam hadhari.
2. Saya ingin sangat melihat pemimpin kita bersumpah apabila memegang jawatan dalam kerajaan, terutamanya sumpah oleh PM dan DPM dengan sumpah ala-saiful:

Dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya, Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri Malaysia sehingga 2010,semasa memegang jawatan dalam kerajaan, tidak pernah terlibat dengan Rasuah dan Maksiat dan berbohong, iaitu Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.

-makangaji.

WIRA RANJANG said...

Dalam Pak Sheikh punya link ana tak nampak url berikut:
http://din.huluselangor.net/index.php .... cubalah masuk tengok....ada banyak video pendedahan ttg Sdr Anwar. Dah pernha tengok ke belum?

Bung Karno said...

Pak Habib,

Saya respect Nik Aziz tetapi kadangkala dia juga gunakan Islam untuk mempertahankan ide/tindakan sendiri.

Umpamanya Islam benarkan mencarut, mengata, berbahasa kasar.

Terbaru Islam membenarkan kroni dengan sandaran kepada perlantikan khalifah selepas Nabi s.a.w.

Terdapat banyak percanggahan cakapnya. Begitu juga persepsinya.

Kita tidak menafikan hak beliau dan Haji Hadi tidak mempercayai tuduhan Anwar peliwat tetapi sebelum kes 1998, Muhamad Sabu orang yang paling kuat mennjaja cerita Anwar dan kedua pemimpin PAS ini percaya.

Unknown said...

Bung Karno,

Benar, ada kalanya kenyataan beliau boleh dipertikaikan.
Dalam hubungan ini, yang peliknya kenyataan yang dibuat ekoran daripada pertanyaan media di tempat yang sama tetapi dilaporkan dalam dua pengertian berlawanan. Yang dipersoalkan bukan kenyataan beliau, tetapi laporan oleh dua media arus perdana yang begitu berbeza dengan isi berita yang bertentangan sama sekali. Media mana yang membuat laporan tepat dan betul? Itulah persolannya.

Unknown said...

Wira Ranjang,

saya tahu akan blog saudara. terima kasih

kulatlapok said...

salam Tuan...

Sumpah yang seperti tiada rasa kesedihan...siap dengan senyum simpul..nanti saya akan bertihau dimahkamah... Dr. Haron Din berkata. septutnya orang yang kena tuduh yang buat sumpah dan orang yang menuduh tak perlu bersumpah tetapi perlu menyediakan saksi untuk mendakwa orang yang kena tuduh...begitu

Anonymous said...

saya dah makin keliru sekarang... sumpah macam ni salah..., macam tu salah...seingat saya, dari dulu lagi saya mendengar 'sumpah sambil junjung Quran', sudah mencukupi. Habis tu macam mana yang betul...Entah hape2 entah ulamak2 sekarang ni...kononnya pandai sangat pasal hkum-hakam, tapi tak bagitau pun cara yang betul... entah hape2 entah...

Anonymous said...

Saya setuju dengan kenyataan Anonymous 9.45pm (makangaji),that's the correct way to make an oath BERSAKSIKAN AL-Quran Nur Karim,we have to remember that Al-Quran Nur Karim adalah mukjizat Nabi Muhammad S.A.W,with that said dunia dan akhirat Al-Quran Nur Karim menjadi saksi...Wallahualam.

Unknown said...

"Bahawa Dengan nama Allah saya bersumpah saya tidak
melakukan perbuatan terkutuk ifu. Dan ini semua adalah fitnah
dan tohmahan jahat untuk terus menghina dan mengaibkan
Seisikeluarga Saya" - Batu Pahat, Johor Darul Takzim 19 September 1998
_petikan dari cover BUKU SUMPAH dan AIR MATA Reformis Bangsa oleh Mohd sayuti Omar
terbitan tinta merah Kuala Lumpur 1958.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Tok Nik Aziz kecewa kerana media arus perdana (Utusan Malaysia) memutar belitkan kenyataan beliau.

Sila baca petikan berikut, dari akhbar The Star:

Anwar Ibrahim: “We can clearly see that PKR supporters outnumbered Barisan Nasional supporters yesterday. The newspaper also distorted a quote by Nik Aziz (PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat). He called me this morning to express his disappointment."

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/17/nation/20080817174608&sec=nation

Nostradamus said...

Nostrdamus Predictions on Possibilities In Malaysia.
Ramalan Nostradamus atas Kemungkinan-kemungkinan di Malaysia.

1. Is it possible that DSAI wins the Permatang Pauh elections and become the next Chief Minister of Penang as a stepping stone to becoming Prime Minister?
Adakah mungkinnya DSAI memenangi pilihan raya Permatang Pauh dan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum menjadi Perdana Menteri?

2. Is it possible that DSAB resign as PM of Malaysia after the Permatang Pauh elections and handover to DSNTR earlier than expected?
Adakah mungkinnya DSAB meletak jawatan sebagai PM Malaysia selepas pilihan raya Permatang Pauh dan menyerahkannya kepada DSNTR lebih awal dari jangkaan?

3. Is it possible that UMNO and PKR will combine to form a new party?
Adakah mungkinnya UMNO dan PKR akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?

4. Is it possible that all other component parties of BN without UMNO will combine with PKR to form a new party?
Adakah mungkinnya parti-parti komponen BN lain kecuali UMNO akan bergabung dengan PKR untuk membentuk sebuah parti baru?

5. Is it possible that PKR and PAS will combine to form a new party?
Adakah mungkinnya PKR dan PAS akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?

6. Is it possible that PKR, DAP and HINDRAF will combine to form a new party?
Adakah mungkinnya PKR,DAP dan HINDRAF akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru.

7. Is it possible that TDM and all other Little Napoleons knows of these possibilities and are preparing to migrate?
Adakah mungkinnya TDM dan semua “Little Napoleons” mengetahui kemungkinan-kemungkinan ini dan sedang bersedia untuk berhijrah?

To be continued…….
Akan disambung……

http://patek1472.wordpress.com

Anonymous said...

ramai ulama yang berbeza pendapat tentang hal ini.ada yang kata boleh dan ada yang kata tak boleh.

tapi kalau sumpah ini memang tak boleh dilakukan,maka ulama/imam yang terlibat dalam angkat sumpah Saiful baru-baru ini mesti sudah lama tarik diri dan tidak mahu turut serta.

cheqPelesit,
saya kira ayat yang digunakan Saiful tidak lucah.sama seperti di Mahkamah.mahkamah perlu mendengar segala pengakuan walaupun pengakuan itu seteruk mana sekalipun.bukan saya ingin meyamakan angkat sumpah itu dan Mahkamah,tetapi sekadar membuat perbandingan.bagi saya,Saiful masih lagi mengunakan kata yang sopan.

Anonymous said...

Utusan macam biasalah pak syed.. Putar alam je kerjanya...

Admin said...

Nostradamus...ekau tanyo ko ekau ramalkan? tak paham esei...

Utusan kaki putar alam...Harakah pun dah putar jugak...Ramai yang bengang pasal cerita DSAI lebih banyak dari cerita kepala pimpinan mereka!

Media semunya kaki putar!

Anonymous said...

Balasundram bersumpah dua kali. Anwar bukan sahaja menyokong malah mempertahankan sumpah Balasundram. Tetapi bila Balasundram bersumpah kali kedua, Anwar tiba-tiba menghukum sumpah Bala tak betul. Sumpah Dr Myanmar pun di sokong dan dipertahankan Anwar. Nampak sangat bila sumpah menyebelahi Anwar, dia akan sokong tetapi menolak jika sebaliknya.

Anwar jadi TPM dulu pun bersumpah juga. Ni 16 September nak jadi PM pun kena bersumpah juga, sebut nama Allah juga.

DYMM Tuanku-tuanku apabila menjadi Agong pun bersumpah menggunakan nama Allah. Takda pun ulamak cakap tak betul.

Mungkin ada perselisihan pendapat dari segi prosedur atau teknikaliti tetapi, pokoknya sumpah harus diterima pada face value.

Unknown said...

Tokoh-tokoh agama termasuk Mufti Negeri Perak dan Mufti Negeri Perlis serta mantan presiden Indonesia yang juga ketua Nahdatul Ulama memperkatakan tentang cara sumpah itu dilakukan. Ia membabitkan penggunaan kitab suci Al-Quran yang menurut mereka bukan cara Islam.

Anonymous said...

ami ban....

siapa betul dan siapa salah bukan kita yang tentukan...
biarpun bersumpah atau pun tidak...
yang salah tetap salah...

dan balasan tetap akan di titerima..
janganlah kita salahkan saiful 100%
cuma caranya mungkin tidak betul..
wallahhualam..

-mijan-

Unknown said...

Yang dipersoalkan adalah dua laporan yang jauh berbeza, bukan sama ada Saiful atau Anwar yang betul atau sebaliknya.

Anonymous said...

Tuan Syed;

Nowadays, it is pretty confusing that one Mufti say this, then another Mufti says that. One Tok Guru say something, then another Tok Guru says something different.

I am reminded of one Hadith Qudsi. About angels being sent by ALlah to destroy the village because of some mungkar that is going on.

Whan the angels arive, they saw an alim that is in the mosque of that village doing the rituals. So the angels reported back to God.

Upon hearing, ALlah commanded, Go forth and destroy that village beginning with that alim.

I do not mind that thins angels come today to Malaysia, even if I am too being destroyed in the process.

It has reached that stage... as I too am an active participants in May 13th incident. I have an unfinished business, I think.

Anonymous said...

salam tuan syed, pada bulan julai nik aziz dilaporkan..

Nik Aziz: Bersumpah junjung al-Quran tentukan kebenaran

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata “mubahalah” atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

“Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mohd Asri supaya kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan “bermubahalah” atau bersumpah.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Asri berkata isu liwat yang membabitkan Anwar sudah semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru. - Bernama

then selepas sumpah dijalankan..

Sumpah Mohd. Saiful bercanggah dengan Islam - Nik Aziz

IPOH 17 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sumpah yang dilafazkan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan bahawa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dilakukan Mohd. Saiful itu sama dengan penganut Kristian menggunakan Bible.

Menurut beliau, Islam hanya menerima sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi. - Utusan

dua kenyataan yg berbeza, so yang mana betul nya disini yer..

-pening_lalat-

Unknown said...

bagaimana pula dgn laporan berita harian ni pula tuan syed..

Sumpah Saiful tak tiru cara Kristian: Mufti WP

KUALA LUMPUR: Perbuatan Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Persekutuan, 15 Ogos lalu tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, hari ini.

Beliau berkata kewujudan persamaan zahir dengan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian tidak boleh dianggap meniru agama itu.

“Misalnya paderi Kristian menyebut kalimah “Amin” (Amen) ketika melakukan upacara sembahyang di gereja, maka umat Islam tidak boleh dianggap meniru Kristian ketika menyebut kalimah “Amin” dalam sembahyang dan ketika berdoa,” katanya.


Beliau berkata sumpah Mohd Saiful juga adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau “alyamin qhairul qadhaiyah” dan bukan sumpah “mubahalah" seperti yang disiarkan oleh media.

“Ini kerana “mubahalah” memerlukan persetujuan pihak kedua seperti yang dinyatakan dalam ayat 61 Surah Ali Imran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengenai hukum memegang Al-Quran ketika bersumpah, Wan Zahidi memetik sumber dari kitab “Fatwa Syarriah” oleh Al-Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf, mantan Mufti Mesir dan Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya “Fatawa al-Sheikh Muhammad Abu Zuhrah.

Beliau berkata Al-Sheikh Hassanin dalam kitabnya telah memetik pendapat Al-Imam Al-Ain iaitu “ Jika seseorang bersumpah dengan mushaf, atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata: "Demi Quran ini - maka ia adalah sumpah yang sah.” Wan Zahidi berkata ini berupakan pendapat Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali.

Katanya Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam kitabnya telah menyatakan bahawa “Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah.”

“Daripada huraian itu dapat disimpulkan bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful adalah harus dilakukan dan tidak bercanggah syariat Islam,” katanya.

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan dia diliwat secara paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu. - Bernama

Unknown said...

Apabila insan yang diterima sebagai arif dalam bidang agama bertentangan pendapat, walaupun dibenarkan dalam Islam, maka kita, yang tidak arif dan bukan ahli dalam bidang agama, semakin keliru.

Yang mana satu yang betul... jika mufti tidak sekata dan sehaluan pendapat entahlah ....

Majoriti atau hampir semua umat Islam di Malaysia tergolong sebagai pengikut Sunni bermazhap Syafie walaupun ada segelintir yang condong kepada ajaran Wahhabi dan ada juga yang mengikut fahaman Syiah. Semua mufti berpegang kepada mazhap Syafie malainkan, pada pemerhatian saya, seorang sahaja yang lebih memihak kepada ajaran Wahhabi, oleh itu tidak harus timbul masalah sehingga mengelirukan ummah.

Anonymous said...

Tuan Syed,

.. but you have not comment on the fact that one day Tok Guru asked to Junjung Al Quran, than another day Tok Guru says, tak boleh pegang?

Or isit kena junjung tapi jangan pegang?

Or, cannot comment because Tok Guru is maksum?

Sad, sad.

kulatlapok said...

salam Tuan syed,

Kita semua mula rasa keliru... tapi yang arif tentang agama teruta Mufti2 makan gaji seluruh negeri ni setakat arinie belum lagi sepakat buat kenyataan..mereka ni buat dekk je.. apahal..pulak mereka semua ni dah BISU...Wallahualam

Unknown said...

Kepada yang bertanya (anonymous 9.59pm - kan lebih senang dirujuk jika sdr guna nama samaran)

Tak timbul soal maksum atau tidak kerana Tok Guru juga seorang yang arif dalam bidang agama. Soal sama ada manusia itu maksum atau tidak bukan kerja atau bidang tugas kita. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Yang diperkatakan oleh tokoh agama termasuk mufti-mufti berkenaan adalah soal pegang Al-Quran, bukan junjung Al-Quran. Pegang dan junjung adalah dua perbuatan yang berlainan. Itu saya faham tetapi sama ada ia dibolehkan atau mengikut cara Islam, saya tidak tahu kerana tidak arif. Yang jelas, para alim ulama dan tokoh agama kita nampaknya tidak sependapat.

Komen saya adalah menyeluruh dan meliputi apa yang diperkatakan oleh Tok Guru.

Kulatlapok,

Institusi Mufti di Malaysia, saya difahamkan, sama seperti institusi-institusi pemerintah yang lain terikat dengan Perintah Am dan Pekeliling-Pekeliling Kerajaan. Gaji mereka juga ada tanggagaji yang diselia oleh Jabatan Perkhidmatan Awam atau pihak berkuasa perkhidmatan awam peringkat negeri walaupun perlantikan mereka diperkenan oleh Raja Yang Memerintah atau oleh Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri berketuakan Gabnor atau Yang di-Pertua Negeri. Pendek kata, seperti yang saudara sedia maklum, mereka juga manusia yang makan gaji dan khidmat atau tempoh perlantikan mereka tertakluk kepada persetujuan pihak pentadbir negeri (orang politik). Oleh itu, para mufti juga boleh ditakrifkan sebagai perlantikan yang disokong politik.

Unknown said...

salam tuan syed,

pada saya kenyataan nik aziz lebih kepada polimik politik sbb dia org politik..

kenyataan berubah mengikut situasi..macam PM malaysia tu..

memegang al-quran dikatakan mengikut amalan kristian..bagaimana pula apa yg dikatakan mufti wilayah berkenaan ucapan amin itu..adakah amalan doa kita kita selama ini juga menikut amalan kristian..adakah doa kita selama ini diterima olleh Allah sebab menyerupai amalan kristian..

dalam hal ini pendapat org politik atau mufti yg patut kita percayai..

adakah kitab rujukan oleh mufti itu tak boleh dipercayai..

maaf jika tuan syed tidak setuju..

Unknown said...

Sdr Yazid,

Saya amat menghargai ulasan dan pendapat saudara dan semua pengulas yang sudi berbuat demikian. Ini adalah cara yang sihat dan terbaik untuk bertukar-tukar pendapat. Kita sama-sama mempelajari dan menokok-tambah ilmu pengetahuan. Terima kasih.

Bagi saya, ahli politik ataupun mufti adalah sama sekiranya mereka memiliki kelulusan dalam bidang berkenaan. Ada ahli politik yang kemudian menjadi ulama dan ada pula mufti yang beralih kepada politik.

Dalam kes yang kita perkatakan, amat jelas para mufti tidak sehaluan jika kita teliti dan halusi kenyataan Mufti Perlis, Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan.

Mungkin Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bersidang dan memuktamatkan persoalan ini dan fatwa yang dikeluarkan hendaklah diterima dan dipatuhi oleh semua pihak.

oney_chan9 said...

Saya rasa yang lebih baik ialah rujuk Al-Quran dan Hadith untuk mengetahui kaedah bersumpah daripada mendengar kata-kata org lain.Lebih baik kita sendiri mengkaji.

Anonymous said...

Swearing on Quran is not part of Islamic teachings and can't be found in Quran and Hadith. Quran is to be read, recited and used as the Law and guidelines for Muslims, not to be used as any other tools including for swearing.

Unknown said...

sebenarnya nik aziz dah menggunakan agama utk kepentingan politik. Tapi nak buat macamana, penyokong nya begitu taksub sama seperti penyokong anwar, apa pun cakap semua ikut. Tambah lagi dia keluar kan airmata. Padahal tu, terkena lampu jurugambar yang menyakitkan mata nya sampai berair.
nak buat camne, ikut la nik aziz tu, kurang kurang nanti dia keluarkan fatwa pengikut PAS boleh masyuk syurga. Bukan kah itupun kehendak pengikut PAS.
Biar negara dan bangsa tergadai agar syurga dapat dikecapi.

Anonymous said...

A'kum..ana tertungguh-tunggu cara sumpah mengikut islam mengikut Datuk n.Aziz dan Datuk Hj Hadi.You all boleh cakap apa saja..namun bila ayah si saiful memeluk dan mencium dahinya apb selesai bersumpah, air mata ana mengalir krn ana juga ada anak..mungkin you all ada anak kucing saja.Sbg seorang ayah , tak mungkin beliau melakukan perbuatan tersebut kalau tidak dgn kebenaran..tolong jangan tuduh saiful bersumpah untuk wang.Apa you all ingat anwar tu baik sangat, maksum..kalau betul dia nok bela rakyat, basmi kemiskinan kws permatang pauh dah lama maju..you all nilai sendiri. dan kalau ana dilahirkan sbg cina atau india ana pasti sokong PKR krn ....tak payah hurai you all pikir sendiiri..mat kelete