Sunday, August 31, 2008

Logo Hari Kebangsaan hasil ciplak, sungguh mengaibkan



Logo sebelah kiri adalah logo rasmi yang diguna pakai untuk barangan keluaran Taiwan manakala di sebelah kanan logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-51 yang jelas diciplak daripada logo Taiwan.


Memalukan bahkan mengaibkan. Itulah kata-kata yang dapat diluahkan setelah mendapati logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-51 adalah hasil ciplak.

Logo itu ditiru hampir keseluruhannya daripada logo rasmi Taiwan. Manusia yang kononnya melakarkan logo itu hanya membuat sedikit perubahan tetapi konsep dan rekabentuknya 100 peratus diciplak.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dan para pegawai yang bertanggungjawab memilih logo itu semestinya berani bertanggungjawab atas kealpaan memilih logo yang diciplak.

Perbuatan dan tindakan mereka memilih sebuah logo ciplak amat memalukan seluruh rakyat Malaysia.

Apakah Malaysia ketandusan insan yang boleh menghasilkan rekaan logo yang asli sebagai lambang kejayaan negara selama 51 tahun, untuk Malaya dan 45 tahun untuk Sabah dan Sarawak?

Semasa mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shafie sering malaung-laungkan kepada rakyat Malaysia supaya beli barangan yang "Ori" atau yang asli/tulen. Beliau juga sering mengetuai usaha memerangi cetak rompak tetapi kenapa dalam usaha memilih logo hari kebangsaan, beliau memilih logo ciplak?

Inikah keterbukaan dan ketelusan yang selalu dicanang oleh Kerajaan Datuk Seri Abdullah bin Ahmad (Pak Lah). Adakah keterbukaan dan ketelusan membolehkan kita menutup sebelah mata kepada perbuatan menciplak?

Ciplak adalah satu kesalahan di bawah Akta Hak Cipta. Kita ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil ke atas insan yang menciplak logo dari Taiwan untuk dijadikan logo Hari Kebangsaan Malaysia ke-51?




8 comments:

Admin said...

MENIRU ATAU INOVASI?

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa logo hari kemerdekaan telah di"cilok" dari sebuah logo yang berasal dari Taiwan. Pencipta logo tersebut, En. Anwar...Eh...eja betul-betul nih! En. ANUAR DAN, telah dihubungi dan mengesahkan memang beliau mengambil konsep logo tersebut sebagai panduan untuk Logo Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 51. Tahniah diucapkan kepada En. Anuar Dan kerana memenangi pertandingan mencipta logo tersebut. BACA DI SINI

Namun begitu, disebalik pengubahsuaian yang dilakukan, seperti biasa, adalah hakim-hakim yang tak berbayar komplen mengenai logo tersebut atas sebab men"cilok". Punya la dia meluatnya dekat kerajaan sampaikan logo hari kebangsaan yang telah dicipta dari pengubahsuaian pun dia nak hentam! Come on guys, be matured, anda sebagai rakyat Malaysia, hormatlah hak-hak orang lain seperti mana yang anda agungkan selama ini.

Ungkapan mencilok atau meniru tidak perlu timbul kerana beliau telah menggunakan kreativiti beliau untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan konsep yang telah dicipta atau di patternkan. Kalau nak komplen, komplen la bendera Malaysia yang hampir serupa dengan bendera United States of America...naper? tak berani? Pasal apa? Sebab pemimpin anda seorang proksi USA?

Ungkapan paling sesuai untuk En. Anuar Dan ialah INOVASI...I think that would be appropriate...Sekurang-kurangnya beliau menghantar penyertaan untuk menunjukkan cintanya pada negara, apakah yang anda lakukan demi kesejahteraan dan kecintaan anda pada negara? Oleh kerana Des memegang konsep sentiasa bersangka baik walaupun sekelumit...Des percaya, orang yang membuat tohmahan dan kritikan yang tidak membina tersebut mungkin telah menghantar hasilnya...namun tak ada rezeki untuk menang kot... Wallahuallam.

Ahmad A Talib said...

Sdra Kuda Ranggi

...saya agak malu Pak Tuan.

PAHIT MANIS

Anonymous said...

Ini lah masalanya Tuan Syed.

Kita di Malaysia ni hebat dalam menciplak.

Tapi dalam membuat sesuatu yang original, meng-innovasi, ini kita dapat markah kosong.

Sebab ini lah negara kita bergantung sangat pada pelabur asing.

Kalau kita dapat create dan innovate, sudah tentu kita dapat menggerakkan ekonomi kita dari dalaman.

Malang sekali, walaupun ekonomi "pesat" semenjak 20 tahun lepas, apakah kita sebenar-benarnya maju? Kita masih dijadikan hamba kepada handout kerajaan, dan ini dilakukan untuk berpegang pada kuasa politik. Kita bergantung sangat pada sumber alam semulajadi dan tenaga buruh murah (dulu lah) dan undang-undang buruh yang oppresif.

Logo Merdeka ini adalah 'trademark' pencapaian kita sehingga hari ni, Tuan Syed. Sedih bukan?

Unknown said...

Desperado, jika ini dikatakan inovasi, maka ramai rakyt Malaysia yang mampu berbuat demikian.

Berkaitan bendera Malaysia (Malaya), kerajaan Malaya pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman mengakui (tidak berselindung dan memberi alasan satu inovasi) bahawa ia diilhamkan beradasarkan bendera Amerika Syarikat.

Ia bukan satu rahsia.

Hasbullah Pit said...

Kalau nak tau inovasi atau tidak lihat
Lihat senarai logo yang ada.

Kebanyakan logo mungkin ada berdasarkan sesuatu.

Cokodok said...

salam,

agaknya maksud innovasi yg saya faham dgn maksud yg En Desperado fahami adalah berlainan... or berkemungkinan kamus kami dari cetakan yang berlainan...

jika teknologi.. yg kita boleh ber'innovasi'... tp karya??.. hmmmm... ntah la... no comment.. saya pernah terbaca satu blog anti-malaysia oleh seorg warga indonesia... antara isu yg mereka sentuh adalah org malaysia tidak kreatif dan satu bangsa peniru... walaupun agak berat utk saya terima, tetapi ada sedikit kebenaran dlm artikel tersebut... dan isu logo ini menguatkan lagi hujah tersebut... sedih!

Anonymous said...

sebelum siapa-siapa hendak buat tuduhan melulu kepada en.anuar dan kerajaan,elok pergi ke link yang diberikan oleh Hasbullah Pit dan buka minda dan mata dengan luas!

En.Anuar memang kreatif!

dia mencipta banyak logo dan memang rezeki dia yang logo dia terpilih.

inspirasi boleh datang dalam pelbagai bentuk dan tidak dapat dinafikan yang ciptaan atau rekaan itu seaakan sama dengan inspirasi ciptaan atau rekaan itu.ini perkara biasa.

dalam hal logo ini,banyak logo yang telah dibuat tetapi logo yang menang itu yang telah terpilih.

jadi,apa masalahnya?.

Anonymous said...

dear mr. adnan..

en. anuar pun dah ngaku dia tiru bulat2 logo tu.
sebagai pereka grafik, patutnya dia tau rules nih.
ini bukan kaitan original sahaja, tapi maruah dan periuk nasi pereka lain.

kalau senang2 bole ciplak, ape gunanya en. anuar jadi pereka logo pasal orang lain pn bole ciplak logo anuar..

rezeki anuar yg dapat tu mmg tak berkat lar.. abis kene sumpah dengan pereka logo asal.. nak keje, duit, buat betul2 bukan tiru n tipu dong...