Thursday, August 14, 2008

Arif Shah lawan Anwar Ibrahim

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) kawasan undi Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Arif Shah, mantan ketua pemuda UMNO Permatang Pauh semasa diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikira sebagai calon paling sesuai dan layak untuk mencabar Anwar.
Penamaan calon akan diadakan 16 Ogos ini.

16 comments:

Anonymous said...

Kehadapan tuan Syed yang dihormati,

Arif Shah lawan Anwar Ibrahim or BN Goverment Vs Minus Five Goverment.

Nuraina A. Samad in her blog remind the players at Permatang pauh- don't use the J-word in the contest.
my take is, carefull when use this Malay words:


1.Jahanam.
Seperti dalam ayat:
Kalau si anu Jadi PM Jahanam Melayu.

2. Jahat.
Seperti dalam ayat:
kejahatan si Anu menyebabklan dia tidak boleh Menjadi PM.

3. Jenayah.Seperti dalam ayat:
Dia memang penjenayar besar,yang merompak hak Melayu.

4. jahil.Seperti adalam ayat :
Dia itu orang yang jahil, bebal, bodaoh dan bebal sebab itu tidak layak beri di undi.

5. Jaja. Seperti dalam ayat:
Dia seorang yang akan menjual, menjaja dan mendagangkan negara ini.Jadi, Tidak layak jadi PM.

6. Jajah.Seperti dalam ayat:
Beliau disukai Oleh Amerika,ajen Amerika.Dan suka kalau negara ini di jajah kembali.Jadi jangan undi dia.

7. Jakun.Seperti dalam ayat:
Dia jakun politik

8.Jaki.
Seperti dalam ayat:
Beliau jaki serti irihati pada kejayaan Bangsa sendiri.

9.Jalang.
Seperti dalam ayat: Beliau sangat suka menjalang sesama lelaki.

10.Jubor
Seperti dalam ayat: memang dia al-jubori sebab itu tidak boleh diangkat menjadi PM.

-makangaji.

jeritan sepi said...

Dato Arif Shah?

siapa dia?

mesti ramai yang tak kenal akan dia.dia memang tak terkenal macam Dato Seri Anwar.tapi dia fasih dalam mandarin dan kantonis dan setakat ini mempunyai rekod yang cemerlang dalam bidang politik dan bukan politik dan mempunyai pengalaman yang luas.

dia juga pernah menduduki beberapa jawatan dalam UMNO bahagian Permatang Pauh sebelum ini.

tapi memang ternyata dia dan UMNO/BN adalah "pasukan bukan pilihan" untuk pilihanraya akan datang.

untuk mengenali dia dengan lebih dekat,boleh lah melayari http://arifshah.com.

Syed Imran said...

Saya tak kenal Arif Shah tapi kenal saudaranya Amin Shah. Semasa Anwar jadi TPM, Amin Shah akan ikut ke mana saja Anwar mahupun Tun M pergi dan selalunya akan menandatangani MOU dengan syarikat asing tapi hasilnya jarang sekali dapat dilihat. Amin yang sering ke luar negeri menaiki jet peribadi, dikenali sebagai Mister MOU di kalangan korporat dan wartawan.

Bak kata orang putih, "Good Luck and all the best, Mr Arif Shah. You are facing an uphill task but who knows, lady luck may be on your side."

Samad said...

Salam semua...
Diharapkan Dato' Arif Shah adalah seorang yang benar-benar jujur dan mengambil berat tentang masalah penduduk.

Bagi kita, mungkin kita tak berapa mengenali beliau tapi orang-orang Permatang Pauh mungkin mengenali beliau. Diharap beliau dapat membawa obor semangat perjuangan UMNO/BN dan membawa kemenangan kepada UMNO. Saya yakin keputusan UMNO betul apabila mencalonkan beliau untuk lawan Anwar...

Anonymous said...

Kelihatan Arif Shah di TV 1 mencium tangan ahli politik Gerakan....ini fenomena baru! apa punya politikus si Arif ni belum menang dah berlagak macam sudah berjaya...sampai mencucurkan air mata.Ini gaya politikus cengeng.

PK said...

Setuju, memandangkan beliau adalah calon tempatan yang dihendaki oleh penduduk tempatan, maka beliau dilihat sebagai calon yang sesuai sekali untuk mewakili BN untuk bertanding menentang ANWAR di permatang pauh nanti.

farzain said...

hmm.... mungkin dah dapat bajet siapa yang akan menang.. mengapa pula BN mempertaruhkan Arif Shah... macam nak free2 bag anwar menang ke apa....?? nak buat camne... permatang mmg kawasan anwar pun, kebarangkalian anwar menang mmg akan tinggi. Kan menarik kalau bertarung tempat yang lebih KAU!

tangisan keamanan said...

rasanya kita dah tau sapa yang bakal menang.tapi takpe.yang penting kita tengok Anwar boleh dapat undi yang lebih banyak tak dari Wan Azizah dan berapa jauh beza undi antara Anwar dan Arif Shah.

zv said...

Pak Tuan yang dihormati...

Sekali imbas nampak keputusan BN untuk mncalonkan Arif Shah sebagai tidak ingin mengambil risiko besar pada pilihanraya kecil parlimen ini.

Ini adalah kerana sekiranya Arif kalah beliau adalah tetap seorang adun, justeru tiada apa yang rugi akan tetapi sekiranya, seperti Pak Tuan kata, dia menang, maka langkah anwar ke arah Agenda 16 Sept akan terencat seketika.

BN nampaknya tidak mahu mempertaruhkan individu lain mungkin kerana risiko kekalahan agak besar di bekas kawasan parlimen anwar.

Sepatutnya ezam diletakkan kerana beriya-riya sangat untuk berdepan dengan anwar dan rujuknya ezam (selepas mengalami penyakit gila talak) ke dalam umno tidak hanya sebagai ahli biasa akan tetapi akan digunakan untuk kempen-kempen seperti inilah.

Malang sekali nampaknya golongan bangsawan dalam BN tidak sanggup mempertaruhkan ezam untuk berdepan dengan anwar.

Jika diteliti strategi BN kali ini, nampaknya tiada langsung calon baru atau muka baru yang boleh dikemukakan, atau dikorbankan pada permatang pauh ini kerana mungkin BN percaya bahawa menang adalah suatu keajaiban manakala kekalahan adalah suatu yang sudah pasti.

Justeru, apakah tidak ada muka baru? atau barisan pelapis? kerana hampir kesemua nama yang dispekulasikan merupakan muka lama yang sudah direject pengundi sebelum ini, termasuklah ketua umno bahagian permatang pauh? termasuklah juga bekas imam yang sudah lupa asal usul beliau.

Seandainya Anwar menang, ini adalah suatu yang dijangka. Sekiranya beliau tewas, maka boleh disifatkan bahawa selain daripada strategi Anwar terencat, rakyat juga kini sedar bahawa mereka telah membuat kesilapan dengan mengundi parti-parti lain pada 8 March 08 terutamanya di dun dan parlimen pulau pinang sehinggakan kini negeri itu tidak lagi berunsur Melayu.

Isu cadangan, repeat cadangan khalid ibrahim agar dibuka 10 peratus pintu UiTM kepada bukan Melayu saya jangka akan menjadi teras utama BN kali ini kerana bukanlah selalu parti lawan menyerahkan peluru di atas dulang kepada BN, kali terakhir apabila khalid juga tersilap cakar semasa kempen di pilihanraya kecil ijok.

Dengan bilangan pengundi yang lebih 60 peratus merupakan Melayu saya jangka isu UiTM ini, dalam konteks "hangpa tengokla, PKR bukan ada ati Melayu, yang hangpa nak undi puak-puak ini buat pa lagi?" akan berkumandang di bumi permatang pauh.

Ramalan saya? Arif Shah akan menang tipis dengan majoriti dua atau tiga angka sahaja...disebabkan....

(1) Arif Shah adalah antara wakil rakyat contoh (bukan macam setiausaha badan perhubungan umno pulau pinang dan bendahari) yang memang jenis buat kerja siang dan malam di Pulau Pinang.

(2) Isu cadangan buka pintu UiTM kepada Melayu yang cukup ranum untuk digunakan sebagai senjata paling berbisa terhadap PKR....

Saya dok perhatikan semua ni dpd Mergong...Insyallah boleh jumpa kot Pak Tuan dan rombongan di Matang Pauh masa kempen...

melayu+arab penang said...

Pencalonan Arif Shah untuk kerusi Permatang Pauh, mungkin dapat mengurangkan majoriti undi PKR. Ini adalah kerana beliau amat dihormati di kawasan Seberang Perai dan mempunyai latar belakang yang agak baik jika dibandingkan dengan segelintir pemimpin UMNO yang lain. Tapi untuk merampaskannya dari PKR adalah sesuatu yang mustahil..

Bung Karno said...

Pak Habib,

Ini tak adil. Anwar kena jumpa dua orang Arif.

Arif Shah dan Yang Arif.

Syed Imran said...

Bung Karno,

tak terfikir pula saya. terima kasih.

Nostradamus said...

Permatang Pauh Voters decide for Nation? - Appeal by Nostradamus.
Pengundi Permatang Pauh tentukan untuk Negara? – Rayuan oleh Nostradamus.

1. Voters of Permatang Pauh will vote come 26 August 2008. Who to vote for and What to vote for? (Man of Honour)
Pengundi-pengundi Permatang Pauh akan undi menjelang 26 Ogos 2008. Mengundi Siapa and mengundi untuk Apa? (Man of Honour)

2. 50 Questions to test your Conscience at www.patek1472.wordpress.com
50 Soalan untuk menguji Suara Hati anda di www.patek1472.wordpress.com

oney_chan9 said...

Tuan Syed,

Saya baru je balik dari p.pinang selasa lepas.Selalu saya akan balik hari.Tapi kali ni terpaksa menginap.So, saya dan kawan saya pun menginaplah di satu hotel tengah bandar Georgetown dekat dengan bangunan yang telah diisytihar oleh UNESCO.Yang peliknya, bila time nak beli makanan, susahnya nak cari restoran melayu kecuali gerai penjaja di Padang Kota. Apakah restoran melayu sudah pupus di sana? Maaf kalau silap tempat untuk bercerita.

Syed Imran said...

Restoran milik Melayu di dalam kawasan bandar raya George Town boleh dibilang dengan jari.

Gerai makan memang ada tetapi restoran susah nak cari. Dalam kawasan bandar raya, ada tiga buah restoran orang Melayu di Jalan Transfer termasuk sebuah yang terkenal dengan hidangan ulam.

Yang banyak adalah restoran Mamak yang hampir semuanya mengaku menghidang nasi kandar pada hal bukan nasi kandar tulen.

Di Jalan Tanjong Tokong terdapat sebuah restoran Melayu yang disukai ramai (popular) yang menghidangkan masakan Melayu, Cina dan Barat. Restoran yang bernama Tari Cafe itu dikunjungi atau dilanggani oleh berbilang kaum.

Memang sukar nak cari restoran Melayu tetapi restoran Muslim agak mudah didapati.

oney_chan9 said...

Terima kasih byk Tuan syed.so, lepas ni saya tak risau lagilah pasal makan.Sebab saya ni selera melayu.Insyaallah saya akan ke penang lagi.