Tuesday, August 26, 2008

Permatang Pauh - tamparan hebat kpd Pak Lah dan Najib

Kemenangan besar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kekalahan memalukan yang dipikul oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) Permatang Pauh merupakan satu tamparan menyakitkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Ahmad dan timbalannya Datuk Seri Najib bin Abdul Razak.

Pak Lah telah beberapa kali turun ke Permatang Pauh untuk merayu dan meminta para pengundi menyokong calon BN, Arif Shah Omar Shah, yang kononnya calon popular dan paling sesuai untuk berdepan dengan Anwar semata-mata kerana dia boleh berturur bahasa Cina, iaitu Mandarin dan Hokkian serta dapat membawa perubahan ke Permatang Pauh. Sebaliknya, beberapa akhbar berbahasa Cina mendedahkan perbuatan Arif Shah yang kurang jujur berkaitan kelayakan akademiknya.


Selaku pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Pak Lah harus memikul tanggungjawab atas kekalahan BN Pulau Pinang di tangan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum Mac lalu dan kini kekalahan teruk pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Najib pula boleh dikatakan berkampung di Permatang Pauh untuk memastikan calon BN yang dibanggakan kerana boleh bertutur dalam bahasa Cina itu, patut sama-sama memikul tanggungjawab atas kekalahan itu.

Najib sendiri terlibat dengan serangan peribadi ke atas Anwar dan memperlekehkan agama Islam apabila mengangkat sumpah di dalam masjid di Permatang Pauh. Orang Najib juga telah membawa orang yang tidak sepatutnya terlibat sama dalam pilihan raya kecil ini seperti Konsol Kehormat Mongolia dan manusia yang membuat tuduhan dia diliwat oleh Anwar.

Selain itu, Najib juga telah menggunakan kemudahan kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan untuk turun ke Permatang Pauh sedangkan ia dilarang oleh undang-undang kerana pilihan raya tiada kaitan dengan Kementerian Pertahanan mahupun Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Ia adalah soal politik dan bukan soal pentadbiran.

( Nak kebumikan kerjaya politik Anwar Ibrahim, inilah sikap angkuh Khairy yang merupakan antara faktor kenapa rakyat terus menolak BN di Permatang Pauh)

Antara kesilapan besar yang dilakukan oleh jentera BN ialah membawa naib ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (KJ) untuk berkempen. Kehadiran KJ telah menyemarakkan serangan peribadi ke atas Anwar dan pendekatan ini membuatkan rakyat di Permatang Pauh marah.

Dengan begitu angkuhnya, KJ melaungkan kata-kata bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh sebenarnya akan menanamkam (menyemadikan) kerjaya politik Anwar dan bukan untuk membuka jalan untuk Anwar ke Putrajaya. KJ adalah antara orang yang begitu lantang menghentam peribadi Anwar. Ini adalah satu kesilapan amat besar yang tidak disukai oleh orang Permatang Pauh.

Seperti biasa, BN tidak mempelajari daripada kesilapan dengan menjadikan pembangunan sebagai umpan untuk mendapatkan undi. Muslihat ini sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi diterima oleh rakyat. Walau seluruh Kabinet turun ke Permatang Pauh dengan menaburkan 1001 macam bantuan dan membuat beratus-ratus janji, rakyat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh. Ini adalah taktik lapuk.

BN sebenarnya tidak peka dan tidak mengikuti arus perdana berbanding dengan PKR. Kempen yang dijalankan oleh BN tidak berkesan kerana isu yang dibangkitkan lebih mirip kepada serangan peribadi, sogokan pembangunan dan janji-janji manis berbanding dengan isu pokok yang dibawa oleh PKR iaitu kehidupan seharian rakyat.

Kehadiran sebegitu ramai orang UMNO yang berkampung sama ada di Permatang Pauh atau di Bukit Mertajam tidak memberi sebarang kesan kerana kebanykan mereka hanya melepak dan membuang masa. Ketua-ketua bahagian UMNO termasuk yang diterbangkan dari Sabah juga tidak membantu sama sekali. Kehadiran mereka hanya membazirkan wang sahaja.


Oleh kerana terlalu terdesak untuk menang, BN sanggup menggunakan taktik kurang sihat sedangkan kempen yang dijalankan oleh PKR jauh lebih teratur dan berkesan. Isu liwat dan sumpah laknat sebenarnya telah melaknatkan BN sendiri. Kehadiran tokoh-tokoh agama yang dihormati oleh masyarakat Melayu seperti Dr Haron Din, Datuk Seri Haji Hadi Awang, Dauk Seri Nik Aziz Nik Mat dan mantan mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya dengan mudah mematahkan serangan BN itu.

Orang Melayu tolak dakwaan ke atas Anwar kerana mereka tidak dapat menerima perbuatan mengaibkan itu. Mereka berpendapat bahawa ia adalah isu lama yang dibangkitkan semula semata-mata atas kepentingan politik dan ia bukan satu isu bagi rakyat tempatan.

Rakyat Permatang Pauh juga tidak dapat menerima tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar kononnya dia adalah pengkhianat bangsa, ejen Amerika dan yang lebih dahsyat lagi ejen Yahudi.


(Pengorbanan Dr Wan Azizah cukup berbaloi dan amat dihargai oleh pengundi Permatang Pauh)

Kita juga tidak boleh menafikan bahawa media arus perdana seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian, RTM, TV3 dan stesen-stesen lain di bawah Media Prima dan Bernama, tidak memberi liputan yang adil dan saksama. Hampir semua media berkenaan menghidangkan laporan berat sebelah atau yang condong memihak kepada BN. Kita juga akui ada media alternatif termasuk penulis blog yang memihak kepada Anwar Ibrahim semata-mata kerana mereka dah naik muak dengan sikap media arus perdana.

Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).


30 comments:

oney_chan9 said...

Tuan Syed, apa pendapat tuan sekiranya tokoh-tokoh agama dari PAS tidak turun padang?Saya tak nampak sangat ahli-ahli PR yang lain tidak turun sekerap tokoh-tokoh PAS ini.Saya menganggap mereka ini amat berpengaruh dan berjaya mempengaruhi pengundi di Permatang Pauh untuk memastikan kemenangan di tangan DSAI.

Apapun, tahniah pada DSAI.

Anonymous said...

BN tak sedar diri lagi?

Berapa kali nak kalah baru nak sedar yang orang tak suka (TAK SUKA) BN?

Anonymous said...

bro syed,
kita perlu memberi tahniah kepada dsai kerana menang dalam pilihanraya kecil permatang pauh. itulah amalan demokrasi, kena beri tahniah walaupun kita tidak begitu gemar dengannya. apa yang jelas ialah para pengundi telah memberi pengiktirafan kepada bekas tpm ini. saya percaya pihak bn sekarang sedang berhempas pulas mengatur strategi untuk menyekat kemaraan dsai yang dilihat begitu yakin dapat mempengaruhi ahli-ahli parlimen supaya terus menyokong beliau. sama-samalah kita tunggu dan lihat.

SweetDaisy said...

well written!
congrats DSAI! i woke up with a smile on my face this moring.

Anonymous said...

Tulisan mantap dari Tuan Syed.

Terima kasih.

Anonymous said...

Aku cuba bunoh diriku.
Tapi, aku tidak mati.
Aku tidak mati
Kerana aku adalah pejuang Rakyat!
Pejuang Rakyat tidak mati.
-makangaji.

Kerajaan Rakyat said...

Wahai UMNO sedarlah diri.
Rakyat tidak perlukan kau lagi
Jangan kau buat tak mengerti

Negara tergadai, maruah kau hancuri.
Akibat gelagat kaum kau sendiri

Anonymous said...

Terlalu berat untuk menerima kemenangan PKR dan kekalahan BN dalam pilihanraya semalam walaupun memang sudah dijangka kemenangan akan berpihak kepada Anwar tetapi bila fikir balik tentang nasib bangsa Melayu dan Islam, membuatkan kita berasa agak gementar.. Dasar keterbukaan Anwar kepada bangsa lain amat menakutkan. Seperti kata Dr, bukannya nak menafikan kepentingan bangsa bukan Melayu tetapi ketuan Melayu adalah perlu kerana negara kita majoriti Melayu. Kita tak mahu jadi seperti Singapura yang mana ada khabar angin mengatakan Melayu Singapura tenggelam oleh bangsa lain... Tapi nampaknya itulah yang dikehendaki oleh 'bangsa Melayu penyokong Anwar', nak tak nak, itulah keputusannya...

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

You are right 100% right. Pemimpin UMNO/BN ni bodoh sombong, pandai tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar. Tiga hari tiga malam terakhir berkempen,saya berada di Pematang Pauh, to feel the ground. Rata-rata saya dengar orang meluat dengan kempen-kempen UMNO/BN. Tak ada benda baru. Kata dia orang sterotype. TV3 pula terlaluan ampu bodek BN hingga backfire. Kehadiran Pak Lah dan KJ seperti bagi peluru kepada musuh. Kalau biarkan UMNO Pematang Pauh sendiri kendalikan kempen-kempen saya yakin majoriti DSAI mungkin kurang daripada 10,000

Anonymous said...

Tahniah Anwar!! Teruskan perjuanganmu demi keadilan.. Buatlah macamana pun, kemenangan akan berada di pihak yang benar..(dan sesungguhnya, doa orang-orang yang teraniaya akan dimakbulkan Tuhan walaupun ianya kafir..Amin)

Anonymous said...

a sad day for malaysia ....DSAI akan jual negara ini kepada orang puteh...dan orang melayu akan menjadi setinggan di negara sendiri!!!

Anonymous said...

adakah kemenangan DSAI itu akan membawa perubahan positif kepada negara? saya nampak DSAI ini kemaruk sangat nak jadi PM...perjuangan beliau lebih bersifat peribadi, dia lebih pentingkan masa depan dan politik dia sendiri dan bukan nak sangat untuk memperbetulkan masalah rakyat dan negara. minta komen saudara!

Anonymous said...

Tahniah DSAI! namun, saya tidak bersetuju dengan cara beliau nak jadi PM...dengan membeli taat setia anggota parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung...kenapa tidak tunggu pilihan raya umum akan datang, baru tumbangkan kerajaan BN ini....cara ini lebih legitimate!!!

Bung Karno said...

Pak Habib,

Pandangan Pak Habib paling tepat. UMNO masih ditakuk lama sedangkan zaman dah berubah, dunia dah maju.

Diharap gandingan TRH (Ku Li) dan Muhyiddin dapat buat sesuatu untuk mempastikan UMNO boleh diubah.

Paling ketara UMNO gagal mempengaruhi golongan muda untuk memahami dan menyokong perjuangan (jika ada yang ikhlas) mereka.

Anonymous said...

sudah lama saya syak KJ adalah planted seed pihak PKR...sekarang sudah terbukti setiap kali dia buka mulut pasti BN kalah teruk...hahaha

Anonymous said...

Syabas anwar ibrahim. akhirnya tercapai jua hajat saudara untuk kembali berjuang di medan parlimen. harap-harap beliau akan menggunakan kehadirannya di parlimen dengan sebaik mungkin...kalau nak kritik, biarlah berasas dan kalau berjuang itu, biarlah ikhlas.

jangan anak bangsa terpinggir dek kerana mahu mengambil hati bangsa dan kaum lain. jangan anak bangsa merempat di tanahair sendiri kerana mahu kononnya menegakkan keadilan dan kesaksamaan...kita harus akur, anak bangsa masih mundur walaupun negara dah merdeka 51 tahun...salah siapa?? salah kerajaan yang ada sekarang... kerajaan BN kerana terlalu memanjakan anak bangsa...sehingga menjadi bangsa yang malas, bangsa subsidi.

oleh itu, wahai anwar ibrahim, perjuangan utama saudara haruslah memperbetulkan keadaan, cuba ubah nasib anak bangsa agar mereka boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain yang sudah maju...dan sudah lama BERDIKARI!!! takbir!!!!!

Anonymous said...

Tahniah kepada BernamaTV saluran 502 Astro kerana berusaha membuat laporan yang saksama bagi pilihan raya kecil parmatang pauh. walaupun mereka mendapat tekanan dari pihak atasan, namun masih mampu berlaku adil kepada semua pihak yang bertanding. infact, semasa Bernama TV menyiarkan temuramah Arif Shah dan Tian Chua, pejabat PM telah menelefon dan mengecam hebat tindakan BTV menyiarkan laporan itu....sehinggakan chairman Bernama datuk seri panglima anuar zaini masuk hospital kerana tak tahan dengan tekanan dan kecaman itu...hahaha.. kesian member tu! hakikatnya, sekurang-kurangnya Bernama TV taklah seteruk TV3 atau RTM yang TERLALU pro gomen..

Anonymous said...

nampaknya kerajaan BN masih tak sedar bahawa rakyat tidak lagi boleh disogokkan dengan janji-janji pembangunan...itu modal lama, rakyat dah bosan dengan rasuah, kroni dan sebagainya.

najib seperti mempersenda-sendakan agama apabila bersumpah...jangan najib, nanti makan sumpah baru tau...Allah itu maha berkuasa... kesian saiful bukhari...jangan mangsa permainan politik BN...

Anonymous said...

Bagus, artikel saudara mempunyai banyak maklumat yang tepat...namun persoalannya, adakah kemenangan DSAI itu mampu merubah senario politik negara....mampu merubah kerajaan yang ada sekarang...mampu memperbetulkan pelbagai kerosakan dan penyakit yang telah menular dalam masyarakat kita --- jika anwar ibrahim ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan beliau - masalah utama yang perlu diatasi, dibendung dan ditangani --
A)MASALAH RASUAH, DAN,
B)MASALAH KERUNTUHAN MORAL DI KALANGAN ORANG DEWASA DAN REMAJA,

setiap hari saya menangis kerana bimbang dengan apa yang berlaku kepada remaja kita --- budak-budak perempuan melayu yang sudah tak segan silu berpakaian dedah dan budak lelaki yang lebih menyerupai remaja barat.

masjid sekarang sudah agak lengang kecuali pada sambutan aidilfitri, solat jumaat.... sebaliknya konsert sureheboh dan konsert2 lain penuh dengan bangsa AKU sendiri!!!

saya berharap sungguh agar saudara DSAI dapat berbuat sesuatu untuk memperbetulkan kesilapan yang telah lama dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang.

Anonymous said...

akhirnya bersumpah juga sdr anwar hari ini

Anonymous said...

Saudara-saudari sekalian

Yang derita di negara kita golongan miskin, tidak kira Melayu atau bukan Melayu.

Golongan inilah yang DSAI kata harus dibantu sebaik-baiknya dan jangan dipinggirkan.

Jadi, tidak ada lah masalah Melayu hilang atau tenggelam. Kerana yang dibantu itu adalah golongan yang paling memerlukan sokongan.

Tidakkah ini adil dan saksama namanya? Tidakkah ini yang diajar agama kita?

Mengapa harus kita takut? Beranikanlah diri wahai umat Melayu ku...

Anonymous said...

Tahniah kepada Anwar Ibrahim.

Tetapi pada saya tiada apa yang gah untuk Anwar menang Di Permatang Pauh. Seperti Juga Ku Li tidak akan kalah di Gua Musang, Hj Hadi di Rusila, Lee Lam Thye di KL bandar, Ghafar baba di Jasin, Shahrir di Johor Bharu atau pun Pak Lah di Kepala Batas.

Walaupun saya tidak sealiran dengan politik Lim Kit Siang tapi beliau adalah satu-satunya ahli politik yang boleh menang dimana saja - Kota Melaka, Ipoh Timor dan beberapa kerusi di Pulau Pinang.

Unknown said...

Askar Melayu,

Tuan Guru Haji Hadi pernah kalah kepada Rahman Bakar bagi kerusi Parlimen Marang. Kerusi DUN Rusila betul seperti kata saudara.

Dalam kes Permatang Pauh, DSAI menghadapi bukan seorang calon BN tetapi hampir seluruh jentera pentadbiran BN yang diketuai oleh PM dan timbalannya yang berkampung di sana.

Saya anggar jumlah wang yang dibazirkan dan bakal hangus termasuk apabila para menteri dan kakitangan awam yang terpaksa ke sana membuat tuntutan masing-masing. Percaylah, jumlahnya bukan kecil.

Anonymous said...

apa kabaq ami imran? tahniah kepada Datuk Seri Anuar Ibrahim (DSAI).saya telah meramal kemenangan besar yang akan dperolehi oleh DSAI.ini mengambarkan bahawa penguni kompenan bn sendiri menolak kepimpinan pak lah n pak najib.kajian drpd malaysiakini seramai 26000 lebih penghuni BN d permatang pauh yang berdaftar.tapi BN hanya cuma dapat 15000 lebih.kemana hilangnya undi itu kalau tak ke DSAI.kepada pak lah n pak najib.rakyat malaysia dah tak mahu "hampa" dah.so pada pemilihan parti disember nanti rakyat umno khusus nya tolong la buat satu keputusan yang memuaskan semua pihak termasuk cina n india.gunakan kuasa yang ada pada kita.kearah malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang untuk agama,bangsa dan negara tercinta.

Anonymous said...

Encik Syed,

Point on Hj Hadi is noted. Exactly, that Rusila Tuan Guru tak kalah. Begitu juga Lim Kit Siang, ada juga kalah jika bertanding kedua-dua parlimen dan adun.

Dalam pembaziran wang dan kakitangan kerajaan saya akui. Tetapi harus diingat, pembaziran kewangan dan masa kakitangan awam juga dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, bukan begitu? Mungkin tidak sebegitu banyak tetapi jumlah bukan perkara pokok tapi prinsip.

Dua kali limalah Encik Syed. Saya kira Anwar berbelanja lebih banyak ketika bertanding dalam team wawasan menentang Tun Ghabar Baba. Dan dari manakah datang duit itu?

Unknown said...

Askar Melayu,

kakitangan awam meliputi kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan. Kakitangan awam bukan saja dari P Pinang tetapi ramai yang turun dari negeri-negeri lain terutama jabatan-jabatan di bawah Kementerian Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri.

Kes Tim Wawasan tidak boleh disamakan. Pada waktu itu DSAI berada dalam pasukan Tun Mahathir dan hampir semua menteri UMNO menyokongnya. Pendek kata, itu masalah dalaman UMNO dan seperti yang semua orang tahu, rasuah politik UMNO sudahpun menjadi pekong yang teramat busuk.

Anonymous said...

Tuan Syed, apa sudah jadi kat sayfool, nampak sia-sia saja sumpah dia, silap haribulan dimakan sumpah. Kerana mau kaya dan nama, sayfool dan bapa nya sanggup diperalatkan. Mana perginya maruah diri, mana perginya cahaya iman. Jgn main-main dgn Allah.

Anonymous said...

Salam

Pak Tuan,

Nampaknya UMNO n BN masih x sedar lagi dgn keadaan yang sebenarnya. Masih lagi kuat dengan mandat daripada rakyat, katanya. Keputusan PRK PP tak beri kesan kepada kerajaan, penduduk PP taksub dan macam macam lagi...

Sampai bila sindrom salahkan orang lain ni melekat ngan UMNO? Sendiri buat salah, tuding orang lain. Sendiri terjun sungai, salahkan orang lain pulak baju basah. Hanyuit la UMNO lepah ni kalau x sdaq lagi.

Tringat satu kartun Zunar:

Satu hari di 2020...

Anak : ayah, UMNO tu apa?
Bapa : Tahla, ayah bukan tau sangat bab2 sejarah ni.
Emak : Sejenis tumbuhan agaknya..

pikir2 la sendiri...

p/s: Universiti mana puak2 UMNo ni blajaq? Kalah besaq pun macam x da pa pa. Penin.

Salam Ramadhan Pak tuan.

Skuad Peninjau

Unknown said...

Terima kasih Skuad Peninjau,

semoga ibadah puasa kita diterima dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Anonymous said...

http://www.kulitpisang.com

Jika Azizah sekali yang mendedahkan - Anwar akan tentang

Jika Wan Azizah sekali yang bersumpah dan buat pendedahan kepada rakyat, Anwar pasti akan menafikan dan isterinya juga akan dijadikan musuh bersama-sama dengan sokongan penyokong fanatik PKR. Anwar akan lakukan apa saja untuk mencapai cita-cita politik Mat Jeninnya.

Bagi Anwar, apa saja yang boleh membawa beliau sebagai Perdana Menteri akan digunakan sepenuhnya untuk mencapai matlamat dan nafsu beliau yang sedang membuak-buak yang telah disimpannya selama 10 tahun. Bangsa akan digadai dan agama akan dipersendakan, inikan isterinya. Anwar sanggup membuang semua kawan-kawan rapat yang telah berjuang untuk beliau ketika dipenjara dahulu jika mereka menghalang kehendak dan keinginan besar beliau.

Sesiapa sahaja yang akan menghalang beliau akan pasti ditentang dan akan menerima padah dari fitnah yang akan dilemparkan kepada sesiapa sahaja yang akan menjadi batu penghalang perjalanan beliau untuk mencapai cita-citanya. Bagi beliau Saiful adalah satu kesilapan besar yang telah dilakukannya dan beliau hampir terjerat dan hampir saja mahu membuat pengakuan apabila ada kesilapan teknikal dimakahmah yang mendakwa beliau sebagai melakukan sex diluar tabie secara suka sama suka. Persoalan beliau mengenai kenapa hanya beliau sahaja yang dituduh hampir-hampir tercetus pengakuan Anwar mengenai kes aduan liwat berkenaan.

Anwar tidak mungkin akan bersumpah kerana tahu sumpahan itu akan melaknati dirinya, menangis airmata darah sekalipun beliau tidak akan melakukannya. Ketua Dewan pemuda Pas Sallehen Mukhyi meminta Anwar Ibrahim untuk bersumpah dan berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga. Kita mungkin sudah dapat mengagak apa sebabnya. Anwar enggan bersumpah, tapi bagi penyokong Anwar yang bagaikan disihir tidak akan mempercayai apa yang telah berlaku kerana sokongan mereka kepada Anwar tidak ada hadnya.

Anwar menggunakan kaedah menyerang kembali lawan yang mencabar beliau untuk bersumpah. Hari ini Anwar telah mengugut Timbalan Perdana Menteri dengan Isu Port Dickson, seperti biasa isu yang akan direka tanpa bukti. Jika Anwar mahu dedahkan, dedahkanlah, Najib pernah difitnah oleh Anwar lebih dari ini.

Bagi mengelakkan diri dari terus ditekan supaya besumpah, Anwar telah mencari pertolongan dari luar dengan membawa Gus Dur atau nama sebenarnya Abdul Rahman Wahid didatangkan khas dari Indonesia untuk bantu kempen bagi pihak Anwar. Walau apa pun motif diterbangkan Gus Dus dari Indonesia ke Malaysia, dalam musim pilihanraya Permatang Pauh ini, ia tetap dilabel sebagai ‘pertolongan kempen dari luar’.

Rakyat Malaysia akan bertanya kenapa perlu diterbangkan ‘ulama’ luar kalau semata-mata untuk membersihkan ‘isu liwat Anwar’, seolah-olah memperlekehkan ulama-ulama dalam negara dalam menangani isu berkenaan. Melainkan Mufti Perlis, Saiful juga telah membuktikan bahawa ulama politik di Malaysia juga mementingkan kuasa dan seolah-olah ditipu juga oleh Anwar Ibrahim, mereka lebih suka mengambil sikap berdiam diri. Tidak dipastikan apakah maksud berdiam diri ulama-ulama Malaysia.

Turut mengulas juga Ustaz Haji Hadi Awang, Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Haron Din, tetapi mereka tidak mempertikaikan tentang kesahihan lafaz sumpah, sebaliknya pertikaikan soal aspek teknikal sahaja. Namun begitu, kenyataan mereka turut ditafsirkan sebagai berpolitik kerana mereka adalah pemegang jawatan utama dalam politik PAS. Bermakna kebergantungan Anwar untuk membersihkan diri daripada isu liwat semata-mata bersandar kepada ‘ulama’ politik luar. Gus Dur tidak mampu mengubah apa-apa tanggapan rakyat Malaysia terhadap Anwar.

Anwar sepatutntya tidak perlu menjemput Gus Dur datang ke Malaysia, Gus Dur tak ‘nampak’ apa yang berlaku di Malaysia, Gus Dur juga tidak nampak apa yang ada dihadapan beliau, lebih baik Anwar sendiri pilih mana-mana masjid atau mana ceramah di Permatang Pauh, lafaz “Wallahi