Saturday, August 02, 2008

Perang besar di Permatang Pauh

Perletakan keahlian Dewan Rakyat mewakili kawasan undi Parlimen Permatang Pauh oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail nampaknya telah dijadikan sasaran serangan oleh pemimpin dan pengikut Barisan Nasional termasuk beberapa ekor burung kakatua yang bijak mengulangi kata-kata tuannya.

Mereka menuduh tindakan Dr Wan Azizah yang akan membolehkan suaminya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sesuatu 'kesalahan besar' dan mempermain-mainkan kepercayaan pengundi dan demokrasi.

Setelah pemimpin besar BN bernama Abdullah Ahmad atau Pak Lah bersuara, maka terbitlah suara burung kakatua mengulangi apa yang dikatakan oleh Pak Lah dan ada pula yang menokok tambah seperti yang dibuat oleh kakatua dari Johor yang terkenal dengan kerisnya.


Tindakan Wan Azizah dibolehkan oleh Perlembagaan.

Sesiapapun tidak boleh mempertikaikan tindakan Dr Wan Azizah kerana apa yang dilakukannya itu tidak menyalahi undang-undang atau mencemar amalan demokrasi. Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan membolehkan seseorang Ahli Dewan Rakyat meletak jawatan tetapi ada hukum dan peraturannya.

"Seseorang yang meletakkan keahliannya dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh perletakan keahliannya berkuatkuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat."

Ini bermkna Dr Wan Azizah tidak boleh bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecil atau umum untuk kerusi Dewan Rakyat dalam tempoh lima tahun berkenaan.

Dr Wan Azizah menggunakan haknya seperti yang dibolehkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan apa yang dilakukannya adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang menjadi amalan di Malaysia.

Oleh itu, Dr Wan Azizah tidak seharusnya menjadi sasaran kutukan semata-mata kerana dia mengosongkan kerusi wakil rakyat Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding.

Itu haknya dan haknya itu dibolehkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Nasib Anwar Ibrahim bukan ditentukan oleh Dr Wan Azizah atau sesiapapun yang tiada kaitan tetapi oleh para pengundi atau pemilih berdaftar di Permatang Pauh. Sama ada Anwar akan kembali ke Dewan Rakyat atau tidak adalah hak penentuan pemilih Permatang Pauh.

Sogokan pembangunan akan berlaku di Permatang Pauh

Apa yang pasti ialah penduduk kawasan undi Parlimen Permatang Pauh akan menikmati durian runtuh dalam bermacam bentuk bantuan dan hadiah pembangunan. Sekaranglah masa untuk meminta kerana Kerajaan Persekutuan akan bersikap murah hati dan akan meluluskan projek-projek pembangunan yang selama ini tidak diperolehi.

Penduduk Permatang Pauh juga akan dapat menatap wajah-wajah manis dan yang sentiasa tersenyum yang bakal dipertontonkan oleh para menteri Kerajaan Persekutuan yang dengan tiba-tiba mempunyai banyak masa untuk diluangkan.

Oleh kerana para menteri, timbalan menteri mahupun setiausaha politik tidak boleh membuat sebarang tuntutan perjalanan mahupun untuk penginapan dan makan-minum atas perbelanjaan kerja parti-parti politik, maka mereka akan mengadakan lawatan kerja seperti untuk merasmi dewan yang dah berusia lebih 10 tahun, bangunan sekolah yang disapu cat baru, jalan yang diturap semula atau memberi bantuan subsidi baja, atau bantuan persekolahan, atau bantuan alat dan kemudahan sukan dan bermacam bantuan lain termasuk kebajikan dan kemasyarakatan. Semuanya itu dibuat untuk membolehkan anggota pentadbiran turun ke Permatang Pauh 'secara rasmi' yang membolehkan tuntutan-tuntutan berkenaan dibuat. Ia boleh dikira sebagai menyalahguna kuasa dan perbuatan menipu secara 'sah' kerana mereka turun ke Permatang Pauh untuk berkempen dan bukan untuk menjalankan tugas rasmi kerajaan.

Para menteri besar dan ketua menteri juga akan ke Permatang Pauh kononnya nak bantu calon BN merampas semula kerusi Dewan Rakyat itu daripada PKR atau Pakatan Rakyat. Sebenarnya rombongan dari negeri-negeri yang turun ke Permatang Pauh termasuk yang mewakili bahagian-bahagian UMNO tidak ubah seperti sambil menyelam minum air.

Soal maruah dan masa depan politik

Keghairahan yang sedang dan akan ditunjukkan oleh parti-parti politik terutama yang bernaung dengan parti yang memerintah Kerajaan Persekutuan begitu ketara kerana kalah atau menang di Permatang Pauh akan memberi kesan besar dan mendalam.

BN sedar bahawa ia menghadapi tugas yang berat dan sukar untuk menang dan mereka sudah tentu akan membuat apa sahaja yang termampu untuk memalukan Anwar dan Pakatan Rakyat. Perkara pokok ialah soal maruah dan masa depan politik. Jika BN gagal dan sekali lagi terhumban di Permatang Pauh, maka BN seharusnya mula mengira hari-hari terakhirnya sebagai satu kuasa politik.

Sebaliknya, jika Anwar dan Pakatan Rakyat terus bertakhta di Permatang Pauh, masa depan parti itu sebagai satu kuasa politik pilihan lain agak cerah dan BN ataupun UMNO khususnya, akan menjadi sebuah pertubuhan siasah yang akan menjadi sejarah semata-mata.

9 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Bernasib baik sungguh pengundi-penggundi Pematang Pauh pada pilihanraya kecil akan datang. Mereka akan menentukan arah tuju politik negara. Mereka akan "mewakili" rakyat negara ini untuk menerima atau menolak kepimpinan Abdullah Badawi.Saya harap Kera Jantan dan Bosnya Krismuddin akan turun ke padang membantu memporakperandakan kempen-kempen UMNO/BN. Mike Tyson dan S.Vellu juga mesti turun membantu. Saya yakin jika keempat-empat gurka Dolah ini turun padang, DSAI boleh tidur lena dan rakyat jelata bersedialah untuk melihat pertukaran tampuk pentadbiran negara.
Yang pasti rakyat Pematang Pauh akan berpesta dan beraya sakan kerana pilihanraya kecil ini adalah ibarat durian runtuh, berton-ton wang akan ditaburkan oleh UMNO untuk mempastikan DSAI tewas. Ambil jangan tak ambil undi itu rashia.

Anonymous said...

Salam tuan syed

Saya doakan DSAI menang pilihanraya ini.Dan bila DSAI berjaya jadi PM, dpt bersihkan kerajaan yg penuh penyakit.

Saya sebagai warga BERNAMA juga berharap bila DSAI jadi PM nanti,dapat membongkar kemungkaran salah guna kuasa penyelewengan yang banyak berlaku di BERNAMA yang selama ini ditutup dengan rapi.

Tahukah Tuan Syed Bernama sekarang langsung tidak mempunyai duit dan banyak telah diselewengkan oleh kuasa2 tamak? Khabar angin mengatakan Bangunan BERNAMA pun telah dipajakkan bagi menampung perbelanjaan BERNAMA. Wallahuaalam


Kepada Para Pengundi Di Parlimen Permatang Pauh yang budiman,andalah sandaran kami dan rakyat Malaysia untuk membawa Malaysia yg baru,negara penuh kebajikan.

Sekian Wassalam.

Anonymous said...

Pengundi-pengundi Permatang pauh,
Kau bukan pelacur kelas bawah
atau kelas tinggi
atau kelas hadhari
nanti kita ganyang
biar mereka kecut
hina dan meraba-raba dalam api ini.
sesakkan yangmana patut kita sesalkan
tapi jangan kau berpaling arah
dan jangan jadikan dirimu dijadi mainan.
Wahai pengundi-pengundi Permatang Pauh,
sekarang kita mulai bersumpah
cucikan arang dimuka anakmu ini
kerana disetankan lagi sekali.
Kini tibalah gilianmu
bukan untuk membela diri melulu
tapi untuk lancarkan serangan:
selesaikan mana yang patut engkau selesaikan
tetapi jangan kau rela dibikin macam binatang!
-makangaji.

Desperado said...

Makhsum sangatkan DSAI?

Anonymous said...

Pak Tuan...

Mengenai Bernama. Khabarnya Annuar Zaini kini sedang menjaja Izham Omar, bekas ceo KUB sebagai pengurus besar yang baru.

Kalau orang di Bernama tidak tahu, izham adalah perosak utama legasi KUB yang seketika dahulu cukup kaya dengan aset dan berpendapatan tinggi.

Hari ini KUB hanyalah bayangan sedih KUB dahulu.

Izham Omar hanya tahu memecah-belahkan KUB kepada unit-unit kecil dan menjual asetnya termasuklah yang berada di Jalan Tun Razak dan berdekatan dengan Wisma Bernama, habis semua dijualnya kononnya untuk menyelamatkan syarikat.

Beliau juga pernah hampir-hampir menjual A&W kepunyaan KUB sehinggalah hasrat itu dihentikan oleh lembaga pengarah pada saat-saat akhir yang termasuklah bekas ceonya Hassan Harun.

Akhirnya Izham Omar dinasihatkan berhenti oleh khazanah dan tidak bekerja untuk seketika dan hilang daripada radar korporat sehinggalah muncul semula untuk dilantik pengurus besar bernama.

Apakah orang macam ni layak menjadi pengurus besar? Fikirkanlah sendiri.

Perwatakannya cukup sombong dan angkuh kerana selalu bercerita kepada kenalannya bahawa Nor Mohd Yakcop adalah kawan rapatnya...

Nasib Bernama belum tentu selamat sekiranya Izham Omar menguruskan Bernama...

Anonymous said...

Sejak Che Mat, tiada seorang pun GM BERNAMA yang boleh menaikkan nama agensi berita ini aoalagi memajukannya. Adakah jawatan GM cuma setakat menghadiri mesyuarat bersama Menteri Penerangan, memeriahkan majlis-mejlis rasmi di Angkasapuri ? Carilah yang berwawasan dan ada business minded but yet his foot is firm on the ground.

anak Bernama 80an

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Siapa dia Si Annuar Zaini ini? Tolong Pak Tuan Syed cerita sedikit. Setahu saya bahawa Pengerusi Bernama tidak mempunyai kuasa eksekutif. Dia haya Pengerusi Lembaga Pengelola Bernama yang anggotanya terdiri daripada wakil-wakil media cetak, wakil IPTA, Perbendaharaan dan Kempen.Lembaga ini melihat bahawa Bernama tidak lari dasar penubuhannya sebagai agensi berita kerajaan yang saksama dalam membuat liputan berita dan integrasi nasional. Sejak pengerusi pertama T an Sri Aziz Yeop hingga Datuk Kalimullah Hassan, mereka tidak pernah camportangan dlm urusan pentadbiran Bernama khususya perlantikan Pengurus Besar, Ketua Pengarang dan Pegawai-pegawai kanan.Si Annuar Zaini sema hal dia kacau dari Pengurus Besar hinga pemandu dan pengawal kesemalatan. Anak lelakinya pun dimasukkan sebagai wartawan di Bernama.Apa punya manusia. Budak India kaki botol dan bekas Pengurus Harta kini dilantik sebagai Pemangku Pengurus Besar. Visva ini adalah seorang yang kaki bodek no 1 di dunia. Bila Syed Jamil pengurus besar, Visva jilat Syed Jamil hingga dilantik sebagai Pengurus Kanan Sumber Manusia dari N43 kepada N54, tanpa peperiksaan dan tanpa temuduga.
Sejak Pak Lah jadi PM, Annuar Zaini sangat berkuasa, diberi pelbagai jawatan antaranya Pengerusi Koridor Utara, Pengarah MAS, Pengarah ISIS, Pengarah Universiti Malaya dan Pengarah Berjaya.

Anonymous said...

Tajuk "Perang besar di Permatang Pauh".. Tapi rata-rata dok 'comment' pasal BERNAMA pulak! Dah lari tajuk ni.. Walau macamana pun strategi BN, jangan harap la nak dapat tawan Permatang Pauh. Buang masa saja.. Nak perabih lagi duit rakyat boleh la.

Unknown said...

Tak tau pasai apa depa dok komen macam tu... mungkin lepas gian.

Harap tiada lagi komen berkaitan Bernama. Tolong rujuk kepada tajuk yang diperkatakan.

Mungkin lepas ni saya boleh ulas sikit pasai Bernama. Tunggu!