Keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti melebihi 12,000 undi.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah pasti akan mempertahankan kerusi yang diwakili isteri beliau, Dr Wan Azizah Ismail. Calon Barisan Nasional (BN) Arif Shah Omar Shah ketinggalan jauh di belakang manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Hanafi Mamat hanya diberi 74 undi dan hilang wang pertaruhannya.
BERNAMA melaporkan bahawa sehingga pukul 9.00 malam, Anwar mendahului dengan memperolehi 23,674 undi manakalan Arif Shah di belakang dengan 10,762 undi manakala Hanafi 72 undi.
4 comments:
“Victory Cries” After Permatang Pauh By-Election.
“Laungan-Laungan Kemenangan” Selepas Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh.
“Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!”
“Hail! Man of Honour” walks again in the Corridors of Power
Posted at http://patek1472.wordpress.com
Pak Habib,
Menang dengan majoriti lebih besar memberi gambaran penyokong PKR bertambah.
Hakikatnya undi yang diterima oleh kedua-dua calon adalah kurang sedikit dpd PU12 8 Mac.
Menag tetap menang, dan kita akan berhadapan dengan senario politik yang lebih celaru tetapi berwarna.
Siap sedia.
Kemenangan Anwar memang dah dijangka. Tiada yang luar biasa. Kemenangan ini memberi peluang kepada BN dan UMNO untuk mengkaji dan seterusnya berusaha untuk mendapatkan kembali sokongan dan kepercayaan rakyat..
Tahniah Tahniah Tahniah Anwar,
Jikalau undi hari sabtu tentu banyak undi dapat dikutip kerana banyak pengundi permatang pauh kerja dikilang kulim hightech kedah ada juga kerja sempadan perak dan ramai bekerja luar pulau pinang tidak bercuti..TAPI TAK APA
Post a Comment