Apabila presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee mendedahkan kepada dunia bahawa partinya yang merupakan kerabat komponen Barisan Nasional (BN) telah hilang kepercayaan terhadap bos mereka yang juga Perdana Menteri, Abdullah Haji Ahmad (Pak Lah), maka timbullah bermacam ramalan dan teka-teki di kalangan orang ramai mengenai kedudukan politik tanah air.
Pengumuman Teck Lee yang pernah memimpin Sabah selaku Ketua Menteri, mendapat liputan meluas media dalam dan di luar negeri. Banyaklah ramalan dan andaian dibuat berkaitan kedudukan Pak Lah dan BN. Ada yang agak jauh menyimpang daripada kenyataan dan tidak kurang pula yang mengambil kesempatan untuk menegakkan benang yang basah.
Walupun SAPP hanya diwakili oleh dua orang Ahli Parlimen dan andai kata mereka keluar BN atau dipecat daripada keanggotaan BN, ia tidak akan memberi kesan sama sekali kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan Pak Lah. BN masih mempunyai sokongan majoriti untuk memerintah dan Pakatan Rakyat (PR) perlu menunggu lebih ramai Ahli Parlimen BN berpaling tadah, itupun jika ianya berlaku. Kita tidak tahu sama ada tarikh 16 September yang dikatakan bakal "memusibahkan" BN akan menjadi kenyataan atau tidak.
(Dacing - yang menjadi lambang kuasa pemerintahan gabungan BN - masih belum dapat dijatuhkan).
Sebenarnya, isu hilang kepercayaan SAPP terhadap Pak Lah yang mendapat liputan meluas media tidak menjadi minat saya untuk mengulas. Saya lebih tertarik untuk memperkatakan tentang apa yang dibangkitkan selepas isu itu timbul.
Teck Lee telah menuduh Pak Lah mengamalkan "sogokan politik" atau "political bribery" apabila dia ditawarkan kerusi Dewan Negara dan jawatan selaku duta istimewa Kerajaan Malaysia ke BIMP-EAGA atau Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina.
Pak Lah pula menuduh Teck Lee sebagai seorang yang "tamak" yang tidak puas hati kerana apa yang dimintanya tidak dipenuhi. Ketua Menteri Sabah Musa Aman, seperti yang dijangkakan, dengan cepat memihak kepada Pak Lah.
Berbekalkan sedikit pengalaman dalam dunia kewartawanan dan kemudian selaku pegawai menteri di Jabatan Perdana Menteri, saya berani menyatakan bahawa amalan "sogokan politik" dan juga "habuan politik" sememangnya berlaku di negara ini sama seperti yang diamalkan dihampir semua negara di dunia ini. Berbohonglah saya jika saya katakan ianya tidak berlaku walaupun orang politik akan menafikannya sama seperti mereka menafikan pembabitan dalam "politik wang" atau "rasuah politik".
Sejak zaman awal kemerdekaan negara amalan seperti ini berlaku dimana seseorang pemimpin yang "bermasalah" akan dihantar ke luar negeri sebagai duta atau diberi sesuatu jawatan yang kurang penting. Tindakan itu mungkin tidak dilihat sebagai satu "sogokan" atau "habuan" tetapi ia lebih merupakan satu tindakan untuk "menyelamatkan" orang berkenaan daripada diambil tindakan undang-undang.
Semasa pemerintahan Almarhum Tun Hussein Onn, mantan Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris yang menghadapi "tuduhan salah guna kuasa dan rasuah" telah ditawarkan satu jawatan di luar negara untuk mengelak daripada diambil tindakan. Datuk Harun, yang banyak berjasa kepada orang Melayu di Lembah Klang dan seorang yang tegas dan berani, menolak tawaran itu dan apa yang berlaku ke atasnya selepas itu menjadi sejarah hitam dalam politik UMNO dan negara. Sehingga hari ini saya masih percaya yang Datuk Harun menjadi mangsa "perbalahan politik".
Sogokan politik memang berlaku apabila UMNO menghadapi musim pemilihan parti. Saya pernah melaluinya apabila menjadi wakil calon salah seorang yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi. Jika ditinjau pendapat mereka yang berkenaan, tidak ada seorangpun yang akan mengaku yang dia "memberi" atau "menerima" sogokan untuk mengundi tokoh tertentu. Ramai yang tidak sedar bahawa "sogokan" sedemikian boleh dikatakan tidak berlaku semasa UMNO asal berkuasa tetapi telah menjadi "pekong" apabila parti itu diharamkan dan diganti dengan UMNO "Baru".
Boleh dikatakan hampir semua calon yang bertanding jawatan tinggi mengeluarkan "wang" bukan sahaja untuk menampung perbelanjaan "petugas yang melobi undi" tetapi untuk dijadikan "habuan" atau "duit belanja" perwakilan yang kononnya akan menyokong mereka. Inilah kenyataan yang sering dinafikan oleh semua calon yang bertanding.
Nampaknya, dalam UMNO hanya Tan Sri Isa Samad yang melakukan rasuah politik atau "politik wang" di kalangan mereka yang bertanding jawatan naib presiden UMNO, setakat ini. Inilah gambaran yang diberikan kepada umum.
Amalan memberi "habuan politik" dilakukan dalam beberapa cara termasuk jawatan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, dalam badan-badan berkanun dan dalam syarikat-syarikat awam yang ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Orang yang "berjasa" atau "penyokong kuat" pemimpin tertinggi akan dilantik menjadi pengerusi atau menduduki lembaga pengarah agensi-agensi seperti RISDA, FELDA, MARA, Amanah Raya, KADA, MADA, PERDA dan agensi-agensi berkaitan kerajaan yang lain walaupun orang yang dilantik itu tidak memiliki kepakaran mahupun kelulusan yang diperlukan. Bukankah ini "habuan politik" namanya.
Jika ditinjau beberapa lembaga pelabuhan di negara ini kita akan dapati pengerusinya adalah orang politik termasuk mantan menteri dan mantan wakil rakyat atau ketua bahagian sesebuah parti komponen BN. Perlantikan mereka juga ada kaitannya dengan amalan "habuan" atau "penghargaan" politik.
Selain daripada dilantik sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah, satu lagi kaedah "membalas budi atau membalas sokongan" di kalangan orang politik ialah penganugerahan gelaran "datuk".
Seorang pemimpin sebuah parti politik di Kuala Lumpur yang berasal dari Terengganu, umpamanya, diberi bintang kebesaran yang membawa gelaran "datuk" oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sedangkan orang berkenaan tidak pernah berkhidmat atau menabur jasa di Pulau Pinang. Begitu juga dengan gelaran yang sama yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri lain seperti Melaka dan Sabah kepada pemimpin politik yang bukan berasal dari negeri berkenaan semata-mata kerana "jasa dan sokongan politik" kepada ketua kerajaan negeri yang memberi anugerah itu.
Sogokan dalam bentuk pemberian kontrak atau permit tertentu juga dilakukan semata-mata atas pertimbangan politik.
Apa yang didedahkan oleh Yong Teck Lee bukanlah sesuatu yang baru dan tidak pernah berlaku tetapi ia adalah sebahagian daripada amalan politik "naungan" yang telah sebati dalam sepak terajang gelanggang politik.

4 comments:
Sokong 100%.. memang tidak dapat di nafikan lagi. Selagi mana BN berkuasa, selagi itulah rasuah bermaharajalela..
Amboi2..sedapnya kata awak melayu+penang..mana jaminan awak parti lain tidak akan melakukan rasuah?malah mungkin akan jadi lebih teruk dari itu..awak kena sedar semua politik ini dirancang..tiada satu politik pun yang "bersih" awak boleh cari dalam dunia ni..kerana politik perlukan pengaruh..pengaruh perlukan wang dan suara..suara tidak akan mencukupi..fikirkan lah kalu awak berada di tempat mereka sekali pun..
relax gang.....
kita dok bising-bising tapi depa relax saja...
parti mana pun sama saja, pemimpin yang tentukan...
fikir-fikirkanlah...
-mijan-
Steady Mike.. Kami bukan dok bising-bising..tapi dah fed-up dengan rasuah dalam politik ni. memang betoi apa yang dikatakan oleh saudara raymond tu, mana-mana parti politik pun akan menggunakan pengaruh wang untuk mendapatkan kepentingan, tapi janganlah keterlaluan sehingga menggunakan wang rakyat dan menyusahkan rakyat dengan menaikan harga barang pada tahap yang tak sepatutnya.. renung-renungkan dan selamat beramal.
Post a Comment