Tuesday, June 17, 2008

Tengku Razaleigh ke Pulau Pinang 21 Jun



Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah akan berada di Pulau Pinang 21 Jun ini (Sabtu) untuk merasmikan, Insya Allah, Kongres Permuafakatan Melayu Pulau Pinang/Zon Utara Semenanjung Malaysia.

Majlis itu akan diadakan mulai pukul 8.30 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), dan penyertaan adalah percuma.



Kongres tersebut adalah anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang (IKATAN).

Presiden PEMENANG Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata Kongres itu diadakan untuk mengumpul semua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang khasnya, dan di Perlis, Kedah dan Perak amnya, bagi membincang penyatuan dan permuafakatan orang Melayu tanpa pembabitan parti-parti politik.

Kongres ini dikira penting memandangkan penyatuan orang Melayu melepasi batasan politik kepartian dan segala usaha adalah perlu demi kelangsungan hidup orang Melayu itu sendiri.

Sebanyak tiga kertas kerja akan dibentangkan, iaitu:

1. Kedaulatan Kebudayaan, Pendidikan, Bahasa dan Agama Bangsa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dari Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak.

2. Mencetuskan Kebangkitan Bangsa oleh Mohd. Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS Pengupayaan Melayu, dan

3. Melakar Masa Depan Bangsa Melayu Berpaksikan Kedaulatan Perlembagaan Malaysia oleh Prof. Madya Dr. Mustapa Kassim, Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Majlis penutupan Kongres akan dilakukan, Insya Allah, oleh Prof. Emeritus Tan Sri (Dr) Pendita Ismail Hussein, Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional merangkap Pengerusi Sekretariat Majlis Muafakatan Melayu Malaysia.

Tempat untuk peserta adalah terhad dan penyertaan akan dibuat atas dasar yang dahulu didahulukan.

Terima kasih Datuk Seri Mohd Yussof Latiff kerana sudi menjemput saya, tetapi dengan perasaan dukacita, saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadirinya. Walau bagaimanapun, saya mendoakan kejayaan dan semoga Kongres ini dapat membuahkan sesuatu yang benar-benar berguna demi kelangsungan hidup umat Melayu itu sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

Kesian kat Ku Li.. sapa-sapa pun tak mau komen pasai dia.. buang masa saja. He..he..

Anonymous said...

Pak Lah dgn Ku Li macam sama-sama letih saja...

-mijan-