Friday, June 27, 2008

Najib lawan Pak Lah Disember ini?

Timbalan presiden UMNO merangkap timbalan perdana menteri Najib Tun Razak dikutip oleh Bernama sebagai berkata beliau belum memutuskan sama ada untuk bertanding jawatan presiden UMNO pada pemilihan parti itu Disember depan.

Najib juga berkata belum tiba masanya untuk beliau membuat keputusan sama ada akan mencabar Pak Lah atau tidak untuk jawatan itu yang sekali gus menjaminkan jawatan perdana menteri kepada penyandang.

Dalam erti kata lain yang mudah difahami, Najib sememangnya menaruh harapan untuk mencabar Pak Lah dan mengambil alih jawatan perdana menteri.

Siapa pula calon gandingan Najib untuk jawatan timbalan presiden UMNO dan jawatan timbalan perdana menteri?

Pertandingan akan menjadi bertambah hebat sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah mendapat pencalonan mencukupi untuk bertanding jawatan yang sama dan bertambah rancak lagi sekiranya calon yang dipilih untuk berganding bahu dengan putera Kelantan ini ialah Muhyiddin Yassin.

Bagaimana pula dengan calon dari Sabah yang kini nampaknya semakin mendapat tempat di kalangan pemimpin pusat? Sabah akan menghantar perwakilan yang boleh menentukan kecondongan sesuatu pemilihan itu, sama ada ke kiri atau ke kanan. Pendek kata, undi perwakilan Sabah tidak boleh diketepikan dan amat diperlukan oleh mana-mana calon yang ingin memimpin UMNO.

Askar-askar upahan atau gurkha dah mula berkempen dan bersedia untuk berperang Disember ini.


Sila klik pada link di bawah untuk membaca berita berkenaan.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia :: BERNAMA

12 comments:

A Voice said...

Adakah Najib Memberi Isyarat?

Berhubung jawapan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak tentang pemilihan UMNO semasa sidang akhbar semalam, Jeanbara dari blog Depa Kata bertanya "Belum cadang atau belum buat keputusan?"

Mungkin persoalan itu timbul kerana frustasi atau kekecewaan ramai terhadap Najib yang kelihatan seolah-olah membiarkan sahaja Abdullah melakukan tindakan dan keputusan sesuka hati. Ramai yang begitu kecewa hingga memanggil Najib sebagai pengecut.

Apakah realiti disebalik persepsi? Adakah sesuatu disebalik jawapan sidang akhbar itu?

Baca seterusnya di blog saya mengenai dilemma Najib, kes pembunuhan Altantunya dan isyarat yang diberi.

Quantum Metal Consultant said...

Najib difitnah oleh rangkaian musuh politiknya di dalam dan dari luar UMNO yang sudah sekian lama mahu memusnahkan impiannya.

Atau Najib tidak menyangka bahawa persefahaman bersama yang telah dibuat telah dikhianati dengan pendedahan kesnya sedangkan selama ini Najib setia dan bermati matian mempertahankan Pak lah.

Najib sudah marah !
Sayangnya semuanya sudah terlewat.

Anonymous said...

Pak Syed,

Ada jugak saya difahamkan yg buka hikayat Melayu lama dan cuba mengutip tradisi peralihan kuasa yg teratur.

Dlm konteks perubahan dalaman dan luaran yg pantas, saya tidak pasti jawpan pd semua persoalan dan kemusykilan mesti bersandarkan orderly transition itu.

Mmng dijangkakan hebat dan sengit pemilihan UMNO Disembar ini.

Dalam pada kita semua buat curtain raiser dan preview kesengitang yg dijangkakan itu, Majli Peguam di bawah chief yg dicabar secara terbuka oleh Matthias Chang sibuk membincangkan soal ketuanan Melayu.

Semoga kita tidak lepaskan begitu sahaja tapisan radar dan sensitiviti kita terhadap mrk yg mengaku pakar dan pengamal undang2 yg "berkecuali" dan "tiada kepentingan tertentu" ini dari mencorakkan sesuka hati mrk kelangsungan kedaulatan institusi dan org2 Melayu/ Islam di negara ini.

La ni siapa sebanqnya yg control Majlis Peguam ni?

Unknown said...

Benar. Dalam keadaan semasa, banyak pihak yang ambil kesempatan atas nama kebebasan bersuara.

Unknown said...

Kedua Pak Lah dan najib kena belajar dari PM yang dikasihi rakyat serta imigran yang menumpang rezeki..http://1426.blogspot.com/2008/06/why-do-we-love-our-prime-minister-so.html

Anonymous said...

PM dan TPM sudah berjanji penyerahan kuasa. Jika benar-benar TPM tiada kaitan dengan kes Altantuya, silalah segerakan penyerahan tersebut. Do the rakyat a big favour. May God bless this country.

- The Last Malay

Unknown said...

Ameen.

Bung Karno said...

Pak Habib,

Datuk AKJ ada sebut pasala penyakit koro yang kena pada DS Najib.

Lagi pulak satu jin dah kenakan sumpah atas DS Najib supaya jangan lawan Paklah.

TRH akan berganding dengan TS Muhyiddin untuk jawatan UMNO 1 dan 2, tapi mereka mungkin tewas kepada jentera Paklah-Najib yang digerakkan atas kekayaaan Abdullah & Sons Sdn Bhd.

Unknown said...

Bung Karno,

Walaupun pahit tetapi ditelan juga. Itulah UMNO (Baru).

Benar kata saudara, wang ringgit adalah penentu.

Kita usah harapkan sangat para perwakilan buat pilihan berdasarkan kewibawaan, keikhlasan, kesanggupan untuk berjuang atas nama kebenaran, kesaksamaan dan kejujuran seseorang calon itu. Walaupun ada orang yang "bersih" tetapi jumlahnya amat kecil.

Saya pernah bertanya beberapa orang ahli perwakilan (beberapa tahun lalu) kenapa terima habuan (sogokan wang) daripada ramai calon yang bertanding, jawapnya ringkas sahaja, "tiga tahun sekali Beb, orang lain ambil, kenapa saya tidak boleh?". Inilah budaya yang ada di kalangan mereka yang menjadi anggota perwakilan (bukan semua). Saya tahu sangat sebab pernah jadi anggota perwakilan pemuda (UMNO asal yang bersidang di Dewan Bahasa dan Pustaka, pernah membuat liputan perhimpunan agung beberapa kali dan pernah menjadi wakil calon naib presiden. Politik wang atau rasuah politik dalam UMNO lebih hebat daripada yang disangka ramai.

Nostradamus said...

Nostradamus Quatrains on Malaysie

In the year of the great games started by the Greeks
Hosted by the nation of heavenly emperors of times before
In a land called Malaysie
Great turbulence and strife engulf

A land where a Genghis Khan’s Descendant was shred to bits
Blown by the winds to the heavenly clouds
Where the accused are finally crowned
Amid great trepidation and acrimony

Then arose among men of honor
A man of the faith of Mohammedans
Kings and Rulers let him reign
And a new nation was born

Great leaders bring forth divination and revelations
A land of many tribes divided was thus united
The color of men was blurred and lost
By great competition to give their best

Herein lies the destiny of men
Who showed the meaning of democracy and humanity
Religions and languages flourishes as times before
A land as peaceful as Shangri La

Malaysie, a stopping point of travelers must see
Back to the days of great Sultans and Rajas
Nations and men afar come to seek their wealth
Knowledge, trade and life flourishes as before




From: Patek1472.wordpress.com

Bung Karno said...

Pak abib,

Nak kata apa, hakim pun Paklah bagi duit.

(Corner sikit) Zaid Ibrahim ada personal agenda. Bila dia kena tendang dan balik ke Zaid & Co. semua kes dia boleh menang, terutama kalau ada Ian Chin.

Edyes said...

Tolong sebarkan artikel ini.

Kerajaan Penjajah

Terima kasih