Sunday, June 08, 2008

Tahniah Datuk Seri Datuk Datuk Kalimullah Masheerul Hassan

Kali, naib pengerusi Kumpulan NST bersama CEO NST Syed Faisal bin Ali Albar, sedang menikmati segelas minuman istimewa.


Sekalung tahniah kita hulurkan kepada Datuk Seri Datuk Kalimullah Masheerul Hassan atas pengurniaan darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran "Datuk" sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Walaupun desas-desus menyatakan nama beliau dicadangkan untuk anugerah yang lebih tinggi bergelar "Tan Sri" tidak menjadi kenyataan, namun gelaran "Datuk Persekutuan" juga satu penghargaan, tidak kiralah untuk apa dan kenapa. Apapun, kita ucapkan tahniah kepada Kalimullah Masheerul Hassan, Datuk Seri, Datuk, Datuk.

Kali semasa remaja di Kelawai, Pulau Pinang.

12 comments:

melayuangkat said...

Rezeki masing masing lah.

Zukri Valenteno said...

Pak Tuan...

Amboi... tinggi sungguh bahasa Pak Tuan...dalam maknanya dan tajam bagai menikam sukma...he he he

Inilah bezanya bloggers biasa dengan KudaRanggi... tera sungguh ...

Mergong, Alor Setar

Anonymous said...

Tuan Syed
Orang ini suka kumpul Datuk dan lain-lain pingat. Dalam pada itu, ada yang sokong dia seperti melayuangkat ini. saya nampak macam ada beberapa orang yang rapat dengan dia iaitu adik, adik ipar dan keluarganya menggunakan nama yang berlainan dan membela Datuk Seri Datuk Datuk ini di dalam blog Tuan Syed, Rocky Bru, AlKerohi dsb walhal satu Malaysia meluat dengannya. Apa jasa yang dibuatnya. Jiran tepi rumah di Subang pun tidak dikenalinya. Yang dia tahu ialah perut anak dan isterinya.
Rotiwala,
Kg D.Harun, PJ

Anonymous said...

Pak Tuan Syed

Saya turut mengucap setinggi tinggi tahniah kepada Datuk Kalimullah atas anugerah daripda Yang di-Pertuan Agong. Moga tahun hadapan dianugerahi Tan Sri pula dan tahun 2010, Tun.
Cheers Kali.

kulatlapok said...

MEMANGLAH REZEKI MASING-MASING, SEBENARNYA KERAJAAN SALAH BAGI, SEPATUTNYA, 'KALI' DAPAT LEBIH DARI ITU BUKAN SAHAJA PINGAT,BINTANG MALAH 'BULAN' PUN SEBENARNYA KERAJAAN NAK BERI.

Anonymous said...

Pak Tuan,

Apa salahnya Kali dapat anugerah PJN tu? Saya tak nampak dia patut dipersalahkan atau diperkecilkan. Dia adalah antara orang kanan PM dan sentiasa membantu PM. Malah dia juga sering membantu ahli keluarga PM. Tak kan ini pun salah?

Kali orang bijak! Dia mendekati PM dan PM bagi habuan. Apa salahnya? Dia nak minum arak ke, tak kenal jiran ke, apa orang lain peduli? Depa jenih yang tak suka tengok orang macam Kali dapat anugerah! Depa semua dok dengki pada dia. Ada yang kata Paklah tak serupa seperti sebelum jadi PM. Memang betuilah! Dulu dia tak ada Kali! La ni dah ada Kali! Tentulah Kali dok bantu naikkan imej dia. Bila BN kena belasah teruk dalam PRU, itu bukan pasai Kali. Itu pasai PakLah tak mau dengar cakap Kali!

Saya sokong Kali dapat anugerah itu. Dia patut dapat hadiah yang lebih hebat, InsyaAllah!

Medal gangsa

AFRAR YUNUS said...

salam pak tuan,
semoga sihat walafiat.
teruk-teruk pak lah, semasa ibunya datuk kailan meninggal, dia balik menguruskan hal ibunya selama tiga hari berturut-turut.
sibuk-sibuk Tun Dr M, semasa abang dan kakaknya sakit, beliau kerap balik menjenguk mereka.
pak tuan,
ada datuk semasa ibunya meninggal, balik cuma tiga jam sahaja. lepas tu tak nampak muka. alasannya, terlalu sibuk. macamlah bumi ini tak berputar jika dia tak sibuk.
adik datuk tu memberitahu, abangnya yang kini berjaya kutip 5 atau 6 kali datuk tu, manusia paling sibuk di dunia. macam nak termuntah mendengar.

Anonymous said...

Salam Bro,

Apakah guna harta dan pangkat jika datang dari penderitaan org lain... sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa, Suatu hari nanti mereka akan kembali kebumi jua, maka ketika itu tiada gunanya lagi itu semua...

FactFactor said...

SALAM
LARI DARI TOPIC SIKIT NI

NAK TANYA SKIT (UTK SAPA2 YG ADA DATA OR INFOR PASAL NI):

A) BERAPA BANYAK EXPORT MINYAK NEGARA? (yg dikatakan mutu tinggi dgn harga yg agak tinggi dr nilai pasaran)

B) BERAPA BANYAK IMPORT MINYAK NEGARA? (mengikut nilai pasaran dunia)


JIKA SITUASI (A) LAGI BESAR DR (B), APA-APA KENAIKAN HARGA MINYAK NEGARA AKAN MENGUNTUNGKAN KERAJAAN DAN RAKYAT. SEPATUTNYA KITA BERSYUKOR HARGA MINYAK PASARAN DUNIA NAIK , DPT MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA TANPA PERLU MEMBEBANKAN RAKYAT - ISU SUBSIDI TAK TIMBUL SBG BEBAN KERAJAAN KERANA PENDAPATAN NEGARA MENINGKAT

JIKA SITUASI (A) LAGI KECIL DR (B), KITA TAK LAYAK DI PANGGIL SBG NEGARA PENGELUAR MINYAL DAN SEPATUTNYA HARGA MINYAK DI NEGARA KITA PERLU MENGIKUT HARGA PASARAN DUNIA

Anonymous said...

Salam Tuan Syed,

Saya tak pasti apa Kali nasihatkan Pak Lah pasai minyak Terengganu. Walaubagaimanapun, rakyat Terengganu akan mengadakan:

KONVENSYEN KEMBALIKAN ROYALTI
Sejarah, Realiti & Harapan
14 Jun 2008
Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Mungkin Tuan Syed atau lain-lain pengunjung berminat nak pi?

Unknown said...

Terima kasih atas maklumat dan undangan. Saya mohon maaf tak dapat ikut sama kerana ada satu majlis lain di KL.

Anonymous said...

Saudara Afrar Yunus takkan saudara/ahli keluarga sendiri pun nak kutuk kot.....
manusia biasa melakukan kesalahan....
kita buka aib dia di dunia kelak kat akhirat Allah buka aib kita.....
mana yg lebih teruk agaknye ye?
saudara jgn berlagak mcm saya tak tau pe2 pasal saudara.....
untung2 saudara bkn org terkenal mcm die nie.......
Semoga Allah selamatkan kamu dr aib di akhirat......